Wednesday, July 18, 2012

Kisah kehidupan seorang pelajar (bab 1)


“ Niel ” tegur Kamarul apabila melihat Daniel sedang focus membuat assignmentnya bersedang berterabur di kawasan wakaf tersebut. Penuh dengan kertas-kertas besar sampai tengelam Daniel yang khusuk membuat landscapenya.

“ Emmmmm” jawab Daniel yang sedang focus dengan assigmentnya. 

Kamarul memerhatikan Daniel lama sebelum dia memerhatikan sekitarnya dan ternampak sekumpulan pelajar sedang memerhatikan Daniel yang sedang khusuk membuat kerjanya tanpa menyedari dirinya diperhatikan.

“ Tak habis-habis ke kau punya design?” soal Kamarul yang kadang-kadang tidak faham kelakuan Daniel yang suka sangat dengan coursenya.

“ Bolehlah” jawab Daniel sekali imbas melihat Kamarul berdiri di muka pintu wakaf tempat dia buat kerjanya.

“ Finish!!!!!” jerit Daniel sambil tersenyum dan menyandarkan dirinya di palang wakaf tersebut sebelum menjerit. 

“ Owh shit, Rul kau tunggu sini. Aku nak hantar board” ujar Daniel terus berlari menuju ke pejabat pensyarahnya dan meninggalkan barang-barangnya bersama Kamarul.

Kamarul mengeleng-geleng kepalanya dan menolong kemas barang-barang Daniel sebelum mereka bersama-sama pulang.

“ Sya. Siapa kau perhatikan dari tadi?” soal Aina selaku kawan baik Aisyah.

“ Biasalah. Dari tadi aku tengok tak berkelip Sya pandang Daniel. Aku tahu dia hensem tapi Daniel ramai peminat taw?” ujar Julia yang duduk bersama Aisyah dan Aina.

“ Korang kenal ke dengan budak itu?”soal Aisyah membuat kawan-kawannya ketawa.

“ Siapa tak kenal dengan Daniel. Pelajar top dan hot dekat sini. Tengoklah muka dia. Ala-ala chinese. Siapa tak minat mamat yang prefect macam itu. Dia adalah pengerusi majlis pelajar taw. Kira presiden kolej kita” terang Aina semangat kerana dia pun salah seorang peminat Daniel.


“ Niel!!!!! “ jerit Kamarul apabila melihat Daniel yang tiba-tiba terpaut pada kerusi tersebut sambil memegang kepalanya yang sedang pusing.

 Semua pelajar cuak melihat keadaan Daniel yang tidak stabil itu. 

“ Aku sudah kata. Jangan paksa diri kau sampai tiga hari kau tak tidur. Tengok jalan pun macam tak betul. Aku dah pesan awal-awal. Degil nak siapkan juga board kau” bebel Kamarul membuat Daniel menjeling maut ke arah Kamarul.

Beberapa pelajar lelaki menolong Kamarul memapah Daniel yang dalam keadaan pening akibat tidur tidak cukup.  Kamarul meninggalkan Daniel yang sudah duduk di site hadapan keretanya terus mengemas barang-barang landscapenya yang ditinggalkan oleh Daniel.

 Tak sampai beberapa minit Kamarul meninggalkannya, Daniel sudah terlena tidur di dalam keretanya.

“ Niel okay tak Rul?” soal salah seorang pelajar yang kelihatan risau dengan keadaan Daniel tadi.

“ Dia okay Riq. Biasalah tiga hari tak tidur ciapkan landscape dia. Memang macam itulah jadinya” jawab Kamarul sambil tersenyum melihat Daniel sudah lena di dalam kereta.

“Patutlah. Kau kena jaga Niel tu Rul. Bukannya kau tak tahu perangai dia. Kang pengsan tengah-tengah jalan bahaya. Bukannya kau tak tahu dia obses dengan landscape dia. Kadang-kadang seminggu tak tidur pun dia boleh tahan. Pastu boleh pula pengsan time kelas” ujar Hazriq yang mengenali Daniel. Boleh kata semua pelajar lelaki mengetahui perangai Daniel yang sangat menyukai coursenya.

“ Memang style dia mcam itu. Tengoklah tiap-tiap sem dia dapat DLM. Sudahlah course yang dia ambil tu tahap maut” ujar Ahmad yang lepak di situ juga.

“ Aku pun tak tahu dia bahagikan masa mana nak uruskan tugas sebagai presiden dan menyiapkan landscape dia yang melambak tu. Kalau aku, aku sudah tarik diri” sampuk Zafril yang kebetulan baru nak duduk di kawasan kawan-kawannya.

“ Korang jangan risau. Tahulah aku jaga si Niel tu. Dia degil sikit. Bila sakit sapa lagi yang dia susahkan” ujar Kamarul sambil memepuk bahu Hazriq.

“ Nyenyak dia tidur” ujar Zafril melihat Daniel lena tidur di dalam kereta Kamarul.

“ Aku balik dululah. Kesian pula aku tengok Niel tidur macam itu. Okay guys aku balik dulu” ujar Kamarul terus beredar dan memecut keretanya keluar dari kawasan kolejnya.

“ Zaf, rajin betul si Rul jaga Daniel” tanya Hazriq yang pelik dengan perangai Kamarul yang lebih rapat dengan Daniel walaupun dia anak orang berada.

“ Biasalah wei. Dia mana pentingkan darjat walaupun kawannya berada dari keluarga biasa.” Jawab Zafril yang kagum dengan Kamarul walaupun dia anak kepada jutawan terkenal Tan Sri Khairul Azwan.

“ Niel bangun. Sudah sampai rumah” kejut Kamarul membuat Daniel bangun walaupun dalam keadaan mamai tidak perasan bahawa Kamarul membawa dia ke rumah sebenar Kamarul bukannya rumah sewa mereka. 

Keluarga Kamarul sudah mengenali Daniel lebih rapat kerana Daniel adalah satu-satunya kawan yang anaknya bawa balik.

“ Kenapa dengan Niel tu Rul.? Mummy tengok lain macam saja” tegur Puan Sri Khatijah kebetulan baru turun tangga melihat Daniel berjalan ke arah sofa sebelum landing badannya baring di atas sofa.

“ Biasalah mummy, tak cukup tidur memang macam itu.” Jawab Kamarul sambil menyalami tangan Puan Sri Khatijah sebelum menuju ke tempat  Daniel yang sedang lena tidur.

 Niel buat hal lagi ker? Jangan sampai deman pulak budak nie?” risau Puan Sri Khatijah sambil merasai dahi Daniel yang  sedang lena tidur di atas sofa tersebut.


“ Niel bangun. Sudah margib nie?” kejut Kamarul selepas melihat Daniel masih tidak berkuit untuk bangun dan kebetulan Tan Sri Khairol Azwan berada di kawasan ruang tamu tersebut tersenyum melihat satu-satu kawan anaknya yang dia kenal. Tan Sri Khairol Azwan pun sudah menganggap Daniel macam anaknya sendiri.

“ Emmmmm give me 5 minit. Aku ngantok giler nie Rul. Jangan ganggu aku” dengus Daniel sambil memalingkan mukanya dan memeluk kusyennya.

“ Biarlah dia tidur Rul. Jangan ganggu” sampuk Tan Sri Khairol Azwan sambil mengeleng-geleng kepalanya melihat telatah Daniel.

“ Tapi papa. Sudah nak margib nie. Tak baik tidur” jawab Kamarul membuat Tan Sri Khairol Azwan tersenyum. 

“ Nielll!!!!!!!!! Bangun. Bangun mandi. Lepas tu kau boleh sambung tidur balik” kejut Kamarul sambil mengoyangkan badan Daniel membuat dirinya mendengus dan duduk dalam keadaan matanya tertutup.

“ Kau nie kacaulah. Aku baru nak tidur” bebel Daniel terus bangun.

“ Kau nak pergi mana tu” tanya Kamarul yang sempat memaut lengan Daniel sebelum tercium dinding.  

“ ish kau nie. Sini ikut aku”

“ Niel.... niel” ujar Puan Sri Khatijah perlahan sambil ketawa kecil melihat Daniel yang berjalan dalam keadaan mata tertutup dan kelakuan Daniel yang mencelikkan matanya dengan tangan telah mengelikan hatinya. 

“ Macam-macam perangai budak nie”



“Morning mummy, daddy” ujar Kamarul yang melihat ibubapanya sedang bersantai di ruang makan pagi-pagi nie.

“ Niel tak bangun lagi ke Rul?”tanya Puan Sri Khatijah melihat anak bujangnya saja turun dari atas.

“ Belum mummy. Tak bangun-bangun dari tadi. Tak larat nak bangunlah tu kalau seminggu tak tidur” ujar Kamarul membuat Puan Sri Khatijah mengeleng-geleng kepalanya.

“ Tidakkkkkkkk!!!!!!” jerit Daniel dari atas membuat Kamarul, Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Khairol Azwan terkejut mendengar jeritan Daniel yang sedang tergesa-gesa menuruni tangga melihat Kamarul di ruang meja makan.

 “ Rul, mana board aku. Aku kena ciapkan. Macam manalah aku boleh tidur. Adoi~!” ujar Daniel membuat Kamarul mengelng-geleng kepalanya.

“ Hari ini aku tak benarkan kau sentuh board tu. Hari ini kau rehat 1 hari.” Jawab Kamarul membuat Daniel mengerut dahinya kerana dia lambat loading akibat tidak cukup tidur.

 Lama juga Daniel berdiri tegak sambil dahinya berkerut memikirkan kata-kata Kamarul.

“ Kau giler. Next week aku kena hantar. Satu apa pun aku tak buat” jawab Daniel.

“ Sudah-sudah. Mummy nak Niel rehat hari ini. Jangan fikir sangat board tu” pujuk Puan Sri Khatijah membuat Daniel terkebil-kebil melihat ibu Kamarul.

“ Bila masa pula kau balik sini Rul? Bukannya kita balik rumah sewa ker?” tanya Daniel membuat Kamarul menepuk dahinya melihat wajah kehairanan Daniel.

“ Tulah. Tak tidur lagi. Kang macam orang tak betul aku tengok. Sudah-sudah hari ini kau rehat saja. Kang masuk hospital lagi kau kang kalau tak tidur lagi” ujar Kamarul.

“ Betul tu. Mummy dan daddy pun setuju apa yang dicakapkan oleh Rul. Niel rehat saja hari ini. Tak perlu buat board” sokong Puan Sri Khatijah

“ Tapi..”

“ Rehat saja. Daddy tahu niel boleh buat tapi kesihatan Niel kena jaga. Jangan terlampau letih sangat or Niel nak daddy hantar Niel masuk hospital?” sampuk Tan Sri Khairol Azwan membuat Daniel terdiam. 

Daniel sudah probia apabila mendengar perkataan hospital kerana ada peristiwa yang berlaku semasa dia dimasukkan di dalam hospital.

“  Okay Niel rehat hari ini” ngalah Daniel sambil duduk sebelah Kamarul dengan muka masam.

 ‘ Kau memang sengaja balik sini ya Rul supaya aku tak buat board untuk hari ini.’


“ Hah abang Niel berangan ya” ujar Adyana Ryuki selaku adik kepada Kamarul Ryuki yang sangat rapat dengan Daniel.

 Dalam diam Adyana Ryuki mengakumi Daniel  yang sedang termenung memandang kolam walaupun matanya tahap dewa yang perlu tidur.

 “ Pergi tidurlah abang Niel. Buat apa termenung dekat sini”

“ Hah!!!! Ya. Nanti abang masuk tidur”ujar Daniel tanpa menyedari dirinya diperhatikan oleh Adyana Ryuki.

“ Rul, bagi balik board aku. Aku nak buat nie” pujuk Daniel apabila melihat Kamarul muncul dari pintu utama rumahnya.

“ Ish kau nie. Cuba rehat hari ini. Tak perlu buat board”

“ Masalahnya selagi board aku tak ciap, aku tak dapat tidurlah” jawab Daniel dan akhirnya Kamarul mengikut juga permintaan Daniel dengan memulangkan boardnya.

 Serta merta Daniel terus memulakan misinya dengan menyiapkan boardnya yang terbengkalai semalam. Tan Sri Khairol Azwan dan Puan Sri Khatijah mengeleng-geleng kepalanya melihat Daniel tengah menyiapkan boardnya di ruang tamu rumahnya.

“ Degil betul budak nie” ujar Tan Sri Khairol Azwan perlahan tetapi didengari oleh Puan Sri Khatijah, Kamarul dan Adyana Ryuki.

“ Biasalah papa, Niel tu memang degil orangnya” Jawab Kamarul sambil mengeleng-geleng.

Selama cuti, Daniel menyiapkan boardnya tanpa gangguan daripada Adyana Ryuki, Kamarul, Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Khairol Azwan. Hari isnin pagi semasa mereka bangun ternampak  Daniel tertidur di atas boardnya.

“ Ya allah, budak ini. Buat sampai tertidur” bebel Puan Sri Khatijah disamping Tan Sri Khairol Azwan yang nampak Daniel tidur di atas boardnya sambil tangannya memegang pensel dan di atas telinganya ada sebuah pen.

 “ Kenapa mummy?” soal Kamarul yang kebetulan turun nampak Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Khairol Azwan di bawah tangga.

“ Rul tengok tu. Cara niel tidur” ujar Puan Sri Khatijah membuat Kamarul tersenyum.

“ Niel, bangun. Kelas kau pukul berapa?” soal Kamarul membuat Daniel terbangun dan memandang Kamarul terpinga-pinga. Daniel perasan badannya tidak larat tetapi digagahkan juga bangun.

“ Haaccuuimmmm” Daniel bersih membuat  Kamarul dapat mengagak terus memegang dahi Daniel terasa panas.

“ Niel, kau demam ker?” soal Kamarul membuat Daniel menepis tangan Kamarul.

“ Aku tak apa-apa” ujar Daniel tegas.

“ Tapi Niel, kau....”


“ Yes Ira, ada apa? Pukul 11 i habis kelas. Ya nanti i datang“ ujar Daniel sambil memegang handphonenya.

“ No Niel. Kau tak sihat nie”

“ Aku tak apa-apa Rul. Aku perlu ke kolej juga, ada  mesyuarat MPP” tegas Daniel sambil memandang Kamarul tajam.

“ Yela. Aku hantar ko” ngalah Kamarul membuat Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Khairol Azwan diam melihat angin Daniel tidak betul.

“ Mama macam mana nie? Niel demam tapi dia degil. Kang pengsan dekat kolej lagi tu” ujar Kamarul bimbang selepas melihat Daniel masuk bilik untuk bersiap.

“ Kamu hantar saja dia pergi kolej tapi ikuti dia. Pastikan dia tak pengsan” jawab Tan Sri Khairol Azwan yang sudah faham dengan perangai satu-satunya kawan baik anaknya.

15 fakta tentang metior


1.Apabila meteor menghasilkan cukup cahaya, ia akan hasilkanbayang-bayang di bumi, ia dipanggil bola api(fireball).

2. Meteor ialah zarah kecil daripada angkasa yang menghasilkan cahaya kerana ia memasuki atmosfera bumi.

3. Apabila bola api meletup di atmosfera, ia dipanggil bolide .

4. Meteor, saiznya bermula dari sebutir pasir kepada sebiji bola besbol.


5. Meteor terbesar kadang-kadang terhasil dari serpihanastroids.

6. Cahaya(Radiant) meteor Leonide adalah terletak dibahagian buruj Leo.

7. Cahaya(Radiant) adalah arah atau kawasan pancuranmeteor datang.

8. Jika bumi dihentam oleh meteoroid yang terhasil dari komet/serpihan komet.. bumi akan dilanda ribut meteor.

9. Pada tahun 1833apabila hujan Meteor Leonide berlaku, 10,000 meteor dilihat dalam masa sejam, ia bersamaan dengan 10 hingga 15  biji meteor sesaat.

10. Serpihan meteor terhasil daripada komet yang mengelilingi matahari.

11. Pancuran meteor terhasil oleh cairan kosmik yangmemasuki atmosfera bumi pada kelajuan yang sangat tinggi.

12. Terdapat kira-kira 9 pancuran meteor setiap tahun.
13. Rekod meteor dan pancuran meteor yang berusiabertahun-tahun. Orang asli Amerika telah mengambil rekodmetoer dan pancuran meteor bahawa mereka melihat secaraterdapat sepanjang hayat.

14. Pada waktu malam, di mana-mana lokasikita boleh melihat meteor setiap jam..

15. Apabila meteoroid memasuki atmosfera bumi iamenghasilkan metoerdanapabila meteor tersebut jatuh ke bumi ia akan dipanggil meteorite.

fakta dan tip menarik mengenai tidur



Korang tahu tak bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. Jadi? Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa. 

Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah korang mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu. Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirehat selama 5 jam saja. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular. Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung korang tidak normal. 

Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan mengganti sistem imune. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. 

Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari. 

Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit). 
Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan. 
Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan. 
Bermimpi adalah normal tak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti. 
Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. 
Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. 
Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah. 
Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar. 
Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua. 
Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur. 
Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit. 
Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis. 

Bagaimana Mendapatkan Tidur Yang Sihat? 

1. Persiapkan diri korang dengan memastikan korang dalam keadaan tenang dan santai sebelum tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu korang bersiap-siap untuk tidur. 

2. Pastikan korang mentaati jadual rutin korang dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh korang akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur korang dingin dan nyaman. 

3. Jika korang menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu perkara yang dapat membuat korang rileks. Akan tetapi jangan lakukan diatas kasur. Berada di katil saat terjaga malah meningkatkan kekhuatiran korang tak boleh tidur. 

4. Bersenam boleh membuat korang tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat korang rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat. 

5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur korang.

jalan paling berhanti di dunia

Jalan berhantu banyak ditemukan di seluruh dunia, dari jalan berkabut Skotlandia dan jalan-jalan tersibuk di Hong Kong sampai jalan paling sepi di Amerika Syarikat. Jika korang lebih suka menghindari kejadian ghaib pada jalan ini, korang mungkin harus menemukan jalan lain untuk pulang.

Tuen Mun Road – Hong Kong



Dianggap salah satu jalan paling mematikan di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak memakan korban selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan yang paling penting dan salah satu jalan yang paling banyak digunakan di Hong Kong, sehingga hampir mustahil untuk dihindari. Tuen Mun Road dihantui dari mereka yang telah tewas di jalan dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pengendara berbelok keluar dari jalan dan masuk ke dalam kecelakaan yang serius. Korban-korban baru kemudian menghantui kembali dan menyebabkan kecelakaan di jalan.

A229 – Inggris



The A229 dari Kent ke Sussex memiliki dua hantu terkenal. Yang pertama diyakini seorang wanita bernama Judith Langham, yang terbunuh di jalan pada hari pernikahannya pada tahun 1965. Dia muncul di jalan dalam gaun putihnya dan kemudian menghilang. Hantu kedua adalah tumpangan yang masuk ke dalam kenderaan dan berbicara tentang semua perkara. Setelah pemandu tiba di tempat tertentu, dia menghilang.

Bloodspoint Road – Illinois, Amerika Syarikat



Bloodspoint hanyalah salah satu dari beberapa jalan yang memotong seluruh Boone County, Illinois, yang dapat membuat bulu roma di belakang leher korang berdiri. Jalan ini telah menyaksikan pembunuhan, bunuh diri dan macam2 lagi. Beberapa anak meninggal ketika bus meluncur dari jambatan di daerah ini. Ada juga dikatakan penyihir yang digantung anak-anaknya di sebuah rumah pertanian tua, dan meskipun bangunan sudah tidak ada lagi, beberapa orang mengatakan bahwa mereka telah melihat hantu pokok.

M6 – Inggris



M6 di Inggris telah ada dalam beberapa bentuk atau cara selama sekitar 2000 tahun, sehingga tidak menghairankan bahawa lebih dari legenda seram beberapa telah dikaitkan dengan itu dari masa ke masa. Jalan itu pernah digunakan oleh tentera selama penduduk Romawi di Inggris, dan tentara Romawi masih terlihat di sepanjang jalan dan berjalan melalui lalu lintas. Ada juga trak hantu yang bergerak melawan arus lalu lintas serta hantu seorang wanita sepanjang sisi jalan.

Boy Scout Lane – Wisconsin, Amerika Syarikat



Menurut cerita, pasukan pramuka anak-anak pada akhir 1950-an atau awal 1960-an berada di sebuah ekspedisi dalam rangka untuk mendapatkan lencana jasa. Ketika mereka tidur di sekitar unggun api, pramuka guru mereka atau pemandu bas telah dibunuh. Cerita kedua mengatakan bahawa salah seorang lelaki sengaja menjatuhkan lentera malam itu yang menyebabkan kebakaran hutan dan menelan seluruh pasukan. Tidak ada catatan sebenarnya dari setiap kejadian tersebut pada Boy Scout Lane, tapi ada banyak cerita tentang kegiatan paranormal di daerah ini.

A75 Kinmont – Skotlandia






Dijuluki “jalan hantu,” jalan ini di barat daya Skotlandia telah menjadi

tempat ratusan penampakan yang tidak dapat dijelaskan. Banyak pengemudi telah melaporkan melihat beberapa "benda" berjalan di depan kendaraan mereka, burung-burung terbang ke kaca depan mereka dan kemudian menghilang, penampakan orang berjalan ke arah kenderaan dan makhluk menyeramkan lainnya (termasuk kambing, anjing liar dan kucing) yang muncul entah dari mana.

N9 – Afrika Selatan

Bahagian jalan antara Uniondale dan Willowmore dikenal sebagai Hitchhiker Uniondale Phantom, hantu yang dikenal sebagai Roux Charlotte Marie. Gadis itu tewas dalam kemalangan kereta di jalan pada tahun 1968, dan ia pertama kali dilaporkan sebagai penumpang pada hari Jumat Agung pada tahun 1976, ketika dia naik dan kemudian menghilang secara misteri dari kerusi belakang. Dia muncul dua tahun kemudian (lagi pada Jumat Agung) dan naik dengan pembonceng motorsikal, yang juga melaporkan bahawa ia menghilang setelah hanya beberapa batu. Para hantu telah membuat penampilan lainnya pada hari Jumat Agung sejak saat itu juga.

Annie Road – New Jersey, Amerika Syarikat



Jalan ini dikatakan dihantui oleh seorang wanita yang memakai gaun putih atau biru. Meskipun setiap orang setuju bahawa seorang wanita bernama Annie mati di jalan. Beberapa orang mengatakan bahawa Annie mati pada malam pernikahannya; yang lain mengatakan ia dipenggal pada malam pernikahannya dan mengheretnya sepanjang jalan. Pemandu mengatakan bahawa ketika mereka melalui Annie Road di tengah malam mereka melihat hantunya berjalan sepanjang jalan, dan dia rupanya muncul pada ulang tahun kematiannya setiap tahun.

Terowongan Belchen – Swiss



Terowong ini merupakan bahagian dari jalan tol A2 dari Basel untuk Chiasso. Meskipun hantu Belchen pertama dikenal adalah lelaki, itu adalah seorang wanita yang muncul pada bulan Januari tahun 1981 yang menjadi berita utama. Wanita ini, yang telah melihat berdiri di luar dari terowong, mengenakan pakaian putih. Pemandu mengatakan bahawa dia melangkah di depan kenderaan dan bahkan kadang-kadang berbual dengan mereka.

p/s: hmmm...nak bace boleh tapi percaya sikit-sikit sudah la ye.

menyingkap rahsia angka 7



Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Zahar Muhammad bin Abdulrohman Alhamdanaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya, dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.

1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.(AnNabaa’:12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.

2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.. (Atthalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..(Luqman: 27)

3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh ointu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Al-Hijr:44)

4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnyaKami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Al-Hijr: 87).

5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). (Al-’Alaq : 19).

6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut “radli”, kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ‘syaikh’. Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. (Al-Fath :26)

7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu : pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya’juj dan Ma’juj, ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Dawud a.s dengan a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya’qud a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari jumaat.

masuk islam kerana mengkaji kulit manusia



Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke-8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).

Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka, Tiap-tiap kali kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (An-Nisaa’ 4:56)

Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci, bersih. Sesiapa yang tidak mahu menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya.

Wallahu’alam…