Apa Do's and Dont's yang perlu kau tahu dalam LDR? Kalau kau tanya encik google, beribu link diberi untuk memberi panduan pada kau, Dan mungkin kalau kau cari lagi, link Terfaktab turut tersenarai. Apa yang akan aku tulis ini adalah pengalaman aku sendiri selama tiga tahun memperjuangkan LDR.
DO'S
1. Kuat
Kuat di sini bermaksud kuat dari segi emosi. Ketika ini kau akan rasa hati kau berperang dengan akal. Hati - hati terutama bila kau seorang pelajar. Jangan hilang fokus. Jangan bawa masalah cinta dengan belajar. Jangan biarkan rasa rindu pada si suami yang jauh menggangu tumpuan kau ketika belajar. Cakap mudah, bagaimana aku implimentasi kan kata-kata aku ini? Sibukkan diri kau dengan kerja. Basuh pinggan, basuh rumah, basuh bilik, makan, baca buku, tidur. Jangan 24 jam kau menghadap Facebook untuk stalk isi hati kau. Belum tentu kau stalk dia, kau tahu dia curang ataupun tidak. Lagi-lagi lelaki kan?
2. Bersahabat dengan sahabat si dia. AKA pasang spy.
Bukan untuk mengongkong. Tapi untuk tahu perkembangan terkini. Lagi - lagi lelaki kau tu. Kalau ada apa-apa suka sangat berahsia. Kita yang perempuan kadang-kadang bukan apa, risau dengan orang jauh. Sakit ke, tak makan ke, ponteng ke, mula bergaul bebas ke? Risau faham? Aku dah nampak ada yang berkata "Alah,sama jugak macam mengongkong!". Baiklah. Terserah apa kata kau tentang termanya. Bagi aku adat bercinta. Pasti ada sedikit perasaan nak mengongkong, Tak banyak. Sedikit pasti ada. Tipu kalau ada yang kata "Aku biarkan kekasih aku buat apa yang dia nak buat, asal dia bahagia, walau aku sakit hati". Kalau ada yang begitu, jumpa aku. Aku balik Malaysia, kita pergi makan-makan. Kau belanja guna duit kau.
3. Jaga komunikasi
Bagi aku, LDR bukan alasan untuk kau buang masa Skype hari-hari. Ingat, kau ada tanggungjawab lain. Kalau yang sama negera, berbeza tempat, bukan alasan untuk kau menghabiskan duit kau untuk topup dan bergayut sepanjang masa. Ada masa kita boleh berbual. Ada masa kita perlu beri ruang untuk kekasih kita lakukan benda lain. Ingat. Kekasih bukan hak milik kau. Kau tak ada hak mutlak untuk arahkan kekasih kau buat apa kau nak melainkan kekasih kau memang setuju untuk ikut arahan kau.
Macam aku sendiri, dugaan sangat besar. Kekasih aku tak ada laptop. Kami hanya skype bila dia pulang ke rumah sebab meminjam laptop ibunya. Dia pulang ke rumah pun dua bulan tiga bulan sekali. Facebook apatah lagi. Nama sahaja wujud akaun tapi bagai tak bertuan. Kadang-kadang aku yang kemaskinikan *kantoi harap beliau tidak membaca entry ini*. Bagaimana kami berhubung? Mesej perkara penting sahaja. Itu untuk bahagian aku. Sebab mesej dari tempat aku - Malaysia sedikit mahal. Tapi, dia akan hantar mesej selamat malam pada aku tiap-tiap malam sebab dia hantar ke nombor Malaysia aku, murah. 1 Sen sahaja. Bagaimana dia tahu keadaan aku? Melalui facebook aku. Itu pun jarang dia online facebook. Jadi, bagaimana dia cuba stalk aku? Dia bijak. Dia guna taktik Do's nombor 2, cuma kali ini, kawan dia yang bersahabat dengan aku, dan dia stalk aku dari Facebook sahabat dia. Sekarang aku sudah diactivate facebook. Aku tak topup. Bagaimana kami manage? Jom tengok Do's nombor 4
4. Percaya dan sabar
Kepercayaan dan kesabaranadalah sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Tak kira lah perhubungan jarak dekat ataupun jarak jauh. Tak kisah la korang dah kahwin ataupun tidak. Cuma perhubungan jarak jauh ini memerlukan kepercayaan dan kesabaran yang sangat tinggi. Aku ulang. SANGAT TINGGI. Kalau kau rasa kau tak mampu, jangan teruskan. Kau akan makan diri. Tapi kalau kau betul percaya, sabar,teruskan. Dia mungkin teman kau di syurga kelak. InsyaAllah. Bagaimana nak pastikan kita boleh percaya dia atau tidak. Mudah. Allah katakan, apabila perlu buat pilihan, buat apa? Pandai anak-anak sekalian. Istikharah adalah jalan terbaik. Aku tak perlu nyanyikan lagu Istikharah Cinta nyanyian Sigma bukan?
5. Jujur dan persefahaman
Do's yang kelima ini mempengaruhi do's yang keempat. Jangan takut untuk jujur. Walaupun pahit. Jangan simpan perasaan. Apa guna Allah sediakan pasangan kalau bukan salah satu fungsinya adalah untuk menjadi bahu ketiga kita. Eh, yang belum berkahwin, jangan kau gatal-gatal letak tangan atau apa sahaja lapisan kulit kau pada bahu kekasih kau. Berdosa. Tapi tak salah kan bercerita. Sedikit sebanyak kurang lah bebanan itu.
Tapi, sebaik-baik tempat mengadu itu Allah. Percaya aku, kau cerita A-Z pada Dia, kau akan puas.
6. Ingat tarikh-tarikh penting
Nama lagi tarikh penting. Haruslah orang yang special tu merajuk kalau kau tak ingat hari lahirnya. Dan jangan lupa juga peristiwa manis yang kau berdua lalui sama-sama. Pasti kau senyum sendiri bila bayangkan gaya dia bercerita tentang kenangan indah kau berdua. Macam aku, kami selalu tujukan lagu, raikan ulangtahun bulanan walau sekadar ucapan pendek, itu sudah cukup.
7. Doa dan tawakkal
Ini adalah apa yang orang kata "wrapper" kepada segala usaha yang telah kau lakukan seperti di atas. Doa, solat hajat minta Allah jaga si dia untuk kita. InsyaAllah kalau dah jodoh, tak lari gunung di kejar. Yang penting, kita kena berusaha. Selepas berusaha, kita tawakkal, mudah-mudahan, segala usaha kita Allah nampak.
Setiap perkara mesti ada do's and don'ts. Termasuk lah dalam LDR ni, banyak benda yang kita perlu buat dan banyak juga benda yang kita tak patut buat.
Don'ts
1. Cemburu buta
Ini bahaya. Paling bahaya. Silap hari bulan perang dunia yang ke berapa entah akan meletus. Ok. Cemburu tak apa. Jangan cembura mengkhinzir buta. Nampak si perempuan berbalas komen dengan kawan lelaki, terus merajuk tak nak kawan dua hari. Most of the time, perasaan cemburu adalah punca daripada kekurangan perasaan percaya kepada pasangan masing-masing. Dengan kata lain, perasaan insecure.
Seperti yang kita tahu, cemburu kan tanda sayang. Tapi jangan lah lebih had. Perempuan rimas lelaki kuat cemburu tau. Aku tak tipu.
2. Terlalu berharap.
Ini juga bahaya bagi yang belum kahwin. Sepetutnya, anda yang belum kahwin perlu lah play it cool. Biasa-biasa sahaja. Jangan terlampau take for granted. Sentiasa bersedia untuk kehilangan. Tapi jangan lupa untuk bina tembok kesabaran dan kesetiaan antara both of you guys. And then tawakkal lah agar Allah beri yang terbaik buat kau berdua. Dan moga-moga, korang cepat kahwin. Dengan kata lain, kau tak kan tertekan sangat kalau takdir berkata yang dia adalah bukan untuk kau. *Don'ts ini boleh diaplikasi juga untuk SDR*
3. Berahsia dan berbohong.
Rujuk semula Do's nombor 5. Apa yang kau akan dapat kalau kau tetap ingkar arahan Don'ts ini? Sakit. Percaya cakap aku. Sakit dia lebih sakit dari pisau terhiris dekat tangan. Jangan berahsia, jangan berbohong. Kalau anda dah berubah hati, bagi tahu dia. Jangan buat dia tergantung tak bertali. Setiap benda boleh diubah. Perasaan boleh dipupuk. Setiap masalah ada jalan pelenyelesaiannya.
4. Percaya khabar angin
Ramai je orang yang benci dengan diri kau. Well, the fact is setiap orang memang akan ada haters yang tersendiri. Tak ada punya lah orang yang tak ada haters. Dan haters tu pulak, memang mustahillah nak duduk diam. So, apa yang dieorang buat? Dieorang akan buat apa je untuk merosakkan hubungan korang berdua termasukkalah menyebarkan fitnah. So, bila dapat sesuatu berita kurang enak tentang kekasih kau tu, siasat. Jangan terus serang. Kadang-kadang ada orang mahu jadi batu api. Manusia zaman sekarang, sukar ditafsir.
5. Curang
Mentang-mentang kekasih kau jauh di mata, kau pasang lain. Kalau kau rasa kau tak boleh setia, lepaskan dia. Jangan gantung dan buat don'ts nombor 3. Berterus terang lebih kurang sakitnya daripada kau berbohong.
6. Fikir negatif
Bila kita rasa insecure, kita akan start berfikiran secara negatif. Kita sering disogok yang LDR takkan pernah menjadi. Mereka tipu. Ada yang LDR dan berkahwin dan sekarang anak dah empat. Kau kena positif dalam apa sahaja yang kau laukan. LDR atau apa sahaja akan berhasil kalau kau tahu cara mengendalikannya
7. Lupa berdoa.
Allah tahu apa yang terbaik. Jadi doa minta Allah satukan kau berdua walau susah macam mana pun dugaan yang kau orang terpaksa hadapi. Allah duga kau sebab Dia sayang, sebab Dia tahu tahap mana kemampuan kau bertahan.