Sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan anda, baik dia suami, isteri, boyfriend mahupun girlfriend. Seelok-eloknya ambil pen dan cuba gabungkan huruf-huruf berkenaan dan buat definisi sendiri. Ingat, tak wajib betul harus salah, sekadar nak mengenal siapakah dia yang kita mahu menjalinkan cinta kedua tu dan siapakah kita yang tak reti-reti puas tu dan siapakah dia pasangan kita yang sedia ada.
Yang betul itu kebetulan. Jika ia baik ransang terus, jika salah itu juga kebetulan. Jika ia tak baik maka hapus terus.
A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E = anda sentiasa seorang yang exited.
F = semua orang menyayangi.
G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.
I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
J = anda seorang yang cemburu.
K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L = anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
M = kejayaan mudah datang kepada anda.
N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O = anda seorang yang berfikiran terbuka.
P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.
R = anda seorang yang gemar bersosial.
S = anda sangat broad-minded.
T = anda ada sikap canggih, amat canggih.
U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.
V = fizikal anda baik sekali.
W = anda suka menyendiri.
X = anda tak akan benarkan org bagitahu anda apa yg patut anda buat.
Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang.
Cuba gabungkan makna-makna huruf ni ikut ejaan nama anda.
Misalnya, kalau TUAH jadinya :
T = anda ada sikap canggih, amat canggih.
U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.
A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.
H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.
Disitu kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga untuk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dari perbezaan. Hendak cari perbezaan memang seratus kita akan jumpa dan hendak cari perbezaan, seribu yang akan menjelma.
Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang2nya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita, atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tak ada, tapi kita yang belum jumpa.
Akhir kata, selamat bercinta buat kali pertama dan itulah yang pertama dan terakhir. Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.
Monday, August 6, 2012
Wednesday, August 1, 2012
indahnya hidup bersama yang tersayang
insan
kaulah cahaya dan pelita dalam hidupku
yang menerangi kehidupanku
aku hendak kau tahu
hidup ini bukanlah senang seperti yang kita sangka
nasihat ini adalah untukmu
aku cukup merinduimu selama ini
tanpamu
hidupku gelap gelita tanpa ada cahaya
dengarlah lagu ini khas untukmu
bukannya aku tidak mahu mengungkapkan kata-kata cinta
tapi
diriku tidak yakin apabila bersamamu
i'm sorry :)
Tips hilangkan bau ketiak
Bau ketiak adalah antara perkara yang sangat melecehkan dan mampu merendahkan tahap keyakinan diri kita. Adakalanya, keharuman deodoran sahaja tidak mampu untuk menutup bau ketiak kita. Jadi, apa kata jika kita berkongsi sedikit 9 tips menghilangkan bau ketiak. Sesetengah daripada petua ini, mungkin agak pelik di minda anda, tapi tidak ada salahnya jika kita mencuba, selagi ia tidak mendatangkan mudarat pada diri kita. Semoga dengan apa yang saya kongsikan ini, dapat membantu masalah yang anda hadapi.

1. Buah limau kasturi
Ambil limau kasturi yang masih muda dan kecil, makan tiga kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Amalkan petua ini selama tujuh hari.
2. Kulit limau kasturi
Jika anda tidak lalu untuk memakan limau yang masih muda itu, anda juga boleh memakan kulit limau kasturi yang telah ranum atau matang. Anda boleh melakukannya bila-bila masa sahaja selama tujuh hari.
3. Minyak kelapa
Minyak kelapa juga boleh digunakan. Caranya ialah dengan mencolekkan minyak tersebut ke ketiak anda menggunakan jari dan sapukan secara merata di ketiak anda. Amalkan cara ini sehingga bau busuk ketiak hilang.
4. Belakang tangan
Setiap kali anda mandi, jangan gunakan tapak tangan anda untuk membasuh ketiak anda. Sebaliknya, amalkan mencucinya dengan menggunakan belakang tangan anda.
5. Menjolok kerongkong
Amalkan cara ini setiap kali anda mandi pagi. Jolokkan kerongkong sehingga keluar kahak dan muntah.
6. Daun sirih
Ambil kira-kira 10 helai daun sirih yang telah tua. Rebuskan ia sebaik-baiknya dalam periuk tembaga atau periuk tanah. Biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal separuh. Sejukkan dan jadikan air minuman.
7. Cekur dan daun betik
Ambil tiga ulas cekur sebesar ibu jari, segenggam daun betik dan daun beluntas. Tumbuk lumat dan campurkan dengan air limau nipis dan sedikit garam. Tapis dan ambil air dalam segelas. Minum dua kali seminggu.
8. Daun sirih dan daun kenanga.
Ambil lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Basuh bersih dan di didihkan dengan 1 ½ gelas air dan ¼ sudu teh garam. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas. Tapis dan bubuh gula merah secukupnya. Amalkan meminumnya dua kali dalam seminggu.
9. Kapur dan air limau
Bancuh bersama kapur makan, air limau nipis dan sedikit air. Biarkan bancuhan sedikit pekat. Sapukan air bancuhan ini ke ketiak setiap kali anda ingin keluar dari rumah.
Tips elakkan mengantuk dalam kelas

Haha, sapa suruh tidor dalam kelas!!
Bila mengenangkan zaman belajar diwaktu sekolah, kolej dan universiti. Ada macam-macam ragam nak kasi dari mengantuk mengusai diri nih. Aku rasa paling gila-gila di zaman kolej lah kot. Haha!!
Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Aku yakin (yang betul semangat nak belajar lah!!!) kebanyakan mereka langsung tidak berniat pun untuk tidur, cuma ada beberapa keadaan yang memang senang terlelap dalam bilik kuliah. Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan tahap dewa.
Nak-nak lagi, kalau lecturer/cikgu yang ajar kita tuh memang anti. Grrr!!
Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku?
Mengakui (pengakuan wei!) sebenarnya pun tertidur juga masa dekat kuliah masa menjadi pelajar. Tapi tak selalu lah kan, ikut kelas apa. Kadang-kadang bukan sebab tak cukup tidur. Kelas yang agak boring dan dia punya graf pensyarah mengajar atau cikgu terlalu mendatar menyebabkan aku tertidor. Minta maaf lah yer.
Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:
1. Bawa gula-gula getah dengan kuantiti yang mencukupi. Apabila lecture start jer, makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak mengantuk. Keberkesannanya bergantung kepada individu.
2. Bawa bersama air masak (air mineral pun boleh!). Mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips ini, sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin bawak air, orang melayu memang jarang-jarang sekali nak bawak. Kalau malas sangat beli air mineral seringgit tuh dekat kedai/kiosk.
3. Bila mengantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! Bukan untuk balik asrama/rumah atau tidor, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni. Nak lagi bagus ambil Wudhu.
4. Kalau mengantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas, suruh kawan sebelahurutkan bahu dan belakang. Tapi ingat, jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.
5. Kacau kawan sebelah sampai tak rasa mengantuk. Ajak bersembang, tapi mesti pandai cover line. Padahnya, tumpuan kat kelas memang out lah!! (tidak digalakkan).
6. Main conteng-conteng. Ini aku biasanya aku lakukan ketika zaman univeristi. Kiranya ia macam main mesej-mesej pun ada. Tulis, nak tanya apa-apa pastu passing. Pernah juga kantoi. Tapitu dalam cerita televisyen. Yang real, kitaorang pro maa. Kalau boleh tuh, main bluetooth guna hanphone, canggih sikit. Alah, bbm blackberry pun ok jer. Main tic toe pun ok jer.
7. Kalau mengantuk gak lagi, Azan jelah dalam kelas. Nanti syaitan kan lari. Kalau kawan kelas cakap kau gila, kau cakaplah, syaitan lagi gila kacau aku nak belajar. (aku tak pernah buat, gila apa!!).
8. Pergi ke kawasan yang bercahaya, kawasan yang bercahaya dapat menyegarkan mata kita yang berat bagaikan sekampit beras yang bertempek kat mata korang tu. Boelh duduk bawah lampu, kalau kelas tuh gelap. Memang nahas lah. Favorite untuk tidor.
9. Letakkan wangian aromaterapi.
Nampak on costlah pulak! Ada wangian aromaterapi yang boleh memberikan kita kesegaran yang kita perlu. Letaklah berhampiran dengan meja kerja korang sebab bau yang segar tu boleh merangsang deria bau dan juga mengurangkan rasa mengantuk. Cadangan wangian ; mint, lemon. Tapi kalau nak gempak, letak kapur barus. Haha!!
10. Dengar muzik
Tapi pastikan muzik yang agak sentimental. Jangan slow, lagi cepat tertidor kang. Rock-rock pun ok gak. Biasanya budak perempuan yang buat, sebab pakai tudung boleh cover headphone. So, dalam kelas tuh duk angguk-angguk. Padahal tak paham apapun.
Tapi pastikan muzik yang agak sentimental. Jangan slow, lagi cepat tertidor kang. Rock-rock pun ok gak. Biasanya budak perempuan yang buat, sebab pakai tudung boleh cover headphone. So, dalam kelas tuh duk angguk-angguk. Padahal tak paham apapun.
11. Buat senaman
Ia dilihat berkesan, sebab bila buat senaman badan kita ataupon otot kita ni bergerak. Jadinya segala abdomen badan kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon korang. cuba korang buat senaman poco-poco pun BOLEH!!
12. Pandang sekeliling
Jangan la korang asyik fokus satu tempat , Papan hitan, papan putih depan tuh! Memang la mengantuk, kalau dalam kelas tu mengadap jek muke lecturer yang bengis tuh memang penyebab korang ngantuk. Jadi disarankan agar korang pandang la jugak sekeliling, lagi untung kalau time mengantuk ada awek lalu tepi kelas. CONFIRM celik mata korang. Kelas degree aku semua lelaki, hampeh!!
13. Banyakkan bertanya. Selain dapat elakkan mengantuk, dapat lagi kita paham (jangan terlebih paham sudah) dalam kelas tuh. Tetapi jangan tanya benda yang sama jer. Kantoi sangat tuh.
14. Tidur jer. Habis cerita. Kadang-kadang ada ectuer yang jenis tak kisah, kalau student tidor depan dia. Yang penting assignment siap dan kelas datang. Lambat masuk dan tak bagi respons dalam kelas, lain ceritanya.
petua menghilangkan jerawat

Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecilAmbil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas.. letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur.. hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…
selamat mencuba…
Hilangkan Jerawat HalusSeringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.
Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.
Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
lagi petua...
1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.
2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah
3. Bersihkan wajah dengans empurna setiap kali selepas mengunakan mekap
4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yangs esuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.
6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.
9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.
12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu
13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan
14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
dan lagi...
Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca jerawat.
- Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
- Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
- Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
- Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
- Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
- Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
- Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
- Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
- Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
- Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
- Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
- Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
- Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
- Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar.
- Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
- Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
- Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
- Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
- Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
- Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
- Liang yang tersumbat harus dibuka.
- Mengurangkan jangkitan bakteria.
Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.
Tips untuk menjadi tinggi
Percayakah anda, seorang perenang itu mempunyai torso yang lebih panjang? Sebagai contoh: perenang antarabangsa Michael Phelps, dengan ketinggian 6 kaki 4 inci, beliau memiliki torso bagi individu berketinggian 6 kaki 8 inci. Sukan renang merupakan sukan yang amat menyihatkan disampingboleh membantu anda untuk menambah ketinggian serta membuatkan tubuh badan bertambah sihat.
Dalam sukan baseball, tanganseorang pitcher kebiasaannya 1-3 inci lebih panjang daripada tangan orang biasa kesan daripada latihan membaling bola baseball.
Aktiviti menendang dapat membantu ketinggian pada tulang kering pada kaki dan tulang paha. Steven Seagal, Van Damme dan Bruce Lee mempunyai kaki yang panjangnya melebihi badan mereka. Perhatikan juga pada Kick Boxer Thai, anda akan mendapati mereka mempunyai kaki yang lebih panjang. Hampir kesemua kick boxer mempunyai kaki yang lebih panjang 1-2 inci dari kebiasaannya (1 inci = 2.54 cm, jadi hampir 5 cm!!)
Wanita dari kalangan suku kaum Karen mempunyai leher yang panjang. Leher mereka menjadi panjang kerana sejak kecil lagi anak-anak perempuan mereka dipakaikan gelung leher yang diperbuat daripada logam.
Subscribe to:
Posts (Atom)