Friday, August 10, 2012

Hazim (bab 2)


“ Ehem Akim mana?” soal Ryu Hazim yang berada di kaunter pertanyaan hospital tersebut. Selamba saja dia memakai tshirt biasa bersama seluar hospital tersengih ke arah nurse tersebut yang memerhatikan dirinya dengan curiga. Mana taknya, dalam peraturan hospital tersebut semua pesakit hendaklah memakai baju hospital jika pesakit tersebut menginap di hospital tersebut.
Ramai juga nurse baru di tempatkan di hospital ini memandang Ryu Hazim dengan satu pandangan teruja apabila seorang mamat hensem di hospital tersebut. Semua nurse yang sudah lama kerja di hospital tersebut sudah masak dengan kedatangan Ryu Hazim tiap bulan akan duduk di hospital itu atas kesihatannya yang tidak menentu. Anak kepada pemilik hospital tersebut tertanya-tanya apabila nurse tersebut terpaku melihat dirinya. Ryu Hazim tergaru kepalanya apabila nurse dihadapannya menilik mukanya tanpa berkelip.
“ Ehem.” Ujar salah seorang nurse yang sudah lama bekerja di hospital tersebut membuat Ryu Hazim tersenyum.
“ Kak Za, mana Akim. Dia buzy ker?” soal Ryu Hazim yang sudah lama kenal dengan nurse Iza yang baik dengan dirinya.
“ Masuk lagi. Demam lagi ke En Hazim” soal Nurse Iza itu membuat Ryu Hazim mengangguk.
“ Ish don’t call me En Hazim. Just call me Hazim okay. Akim?” soal Ryu Hazim sambil tersengih.
“ Tak habis-habis mengangguk Doktor Akim. Dia ada dekat biliknya.” Jawab Nurse Iza membuat Ryu Hazim menggunakan telefon tersebut untuk menelefon bilik Akim.
“ Ehem, Doktor Akim. Bila kau nak masuk bilik aku. Aku bosan nak mampus dekat dalam bilik tu. Nie pun aku cabut lari dari bilik apabila aku intai Hafiz tak ada dekat depan bilik aku tu.” Ujar Ryu Hazim apabila mendengar suara Doktor Akim.
“ Kecohlah kau. Aku buzy sekarang nie. Baik kau balik bilik kau. Kang jatuh sakit lagi.” Ujar Doktor Akim membuat Ryu Hazim mengeluh.
“ Kau nie. Aku cam nak mati duduk dalam bilik itu. Bosan giler kau tahu. Kang aku cabut dari hospital nie baru tahu” ugut Ryu Hazim membuat Doktor Akim terbangun dari kerusinya.
“Ryu Hazim, don’t try run again.” Jerit Doktor Akim yang mula risau dnegan keadaan . Ryu Hazim kadang kala bukannya boleh dipercayai dengan apa yang dia cakap itu, kadang kala dia buat. Kang dia lari, mati dibuatnya.
“ Oit buat apa dekat sini” tegur Zaquan apabila melihat Ryu Hazim di kaunter pertanyaan semasa dia memasuki hospital tersebut ternampak sepupunya di situ.
“ Kau. Buat apa dekat sini. Errrr bila datang” tanya Ryu Hazim terkejut melihat sepupunya Zaquan berada di hadapannya.
“ Lawat kau lah. Macam mana kau boleh lepas keluar nie. Kang uncle nampak kau keluar dari bilik tu kang, mampus kau. Baik kau masuk balik bilik kau tu” ujar Zaquan  membuat Ryu Hazim tersengih.
“ Aku bosan dalam tu. Aku intai Hafiz tak ada di depan pintu, baru aku keluar. Aku fever saja okay. Takut sangat macam aku sakit teruk” bebel Ryu Hazim membuat Zaquan merasai dahi Ryu Hazim yang masih panas itu.
“ Panas lagi nie. Fever pun, sudah bapa kali kau masuk sini sebab demam kau tu. Tak sedar lagi ke? Sudah masuk bilik” arah Zaquan sambil menarik tangan Ryu Hazim mesuk biliknya.
“ Nantilah. Bukan senang aku nak keluar dari bilik tu” tepis Ryu Hazim membuat ramai nurse melihat pertelingaran mereka.
“ Masuk aku cakap. Kau tak faham apa. Kau tu sakit. Kalau sakit buat cara sakit.” Tengking Zaquan geram membuat Ryu Hazim terkejut apabila sepupunya sudah meninggikan suara terhadapnya. “ Kalau uncle tahu kau keluar nie, kau pernah fikir ke apa yang uncle akan buat” ujarnya lagi apabila melihat Ryu Hazim diam.
“ Hafiz, bawa Hazim masuk” arah Zaquan apabila melihat Hafiz berada di situ.
“ Macam mana Tuan Muda keluar?” soal Hafiz membuat Ryu Hazim mendengus geram.
“ Ye aku masuk. Puas hati” ujar Ryu Hazim laju masuk ke biliknya diikuti oleh Hafiz dan Zaquan. Nurse Iza ketawa apabila melihat gelagat Ryu Hazim. Dia sudah masak dengan perangai Ryu Hazim yang tidak suka duduk di biliknya.
“ Iza, bagi saya rekod Hazim” ujar En. Ryuzaki membuat Nurse Iza terkejut dengan kedatangan pemilik hospital tersebut membuat dirinya bangun tanda hormat. Semua staf hospital tersebut sudah mengenali En. Ryuzaki selaku pemilik hospital ini. Mereka juga tahu Ryu Hazim anak kepada En. Ryuzaki kecuali nurse baru dan doktor-doktor pelatih. Sebab itu ada satu wad peribadi milik En. Ryuzaki yang khas untuk menempatkan Ryu Hazim apabila dia sakit. Pernah sekali dia masuk ke dalam bilik tersebut terkejut dengan hiasan dalam bilik itu tak serupa bilik pesakit.
Masa itu dia diarahkan untuk membersihkan kawasan bilik tersebut terkejut apabila ada seorang pemuda keluar dari bilik air tersebut. Dalam fikiran muka pemuda tersebut hensem sehinggalah En. Ryuzaki memasuki wad tersebut yang ada pemuda tersebut dan Nurse Iza saja. Baru dia mengetahui pemuda dihadapannya merupakan anak kepada En. Ryuzaki yang sering dimasukkan kedalam hospital akibat kesihatannya yang tidak menentu sakitnya.
“ Papa please. Hazim bosan duduk sini” ujar pemuda tersebut kepada En. Ryuzaki. Waktu itu Ryu Hazim baru budak sekolah menengah dalam lingkungan form 4.
“ Kau tak sihat lagi. Demam ada lagi. No papa tak benarkan kamu keluar dari bilik ini. Faham. Sehingga kamu betul-betul sembuh” arah En. Ryuzaki membuat pemuda tersebut mengeluh.
“ Hazim okay papa. Lagipun sudah lama Hazim cuti. Hazim nak ke sekolah” balas Ryu Hazim membuat En. Ryuzaki mengangkat mukanya memandang tajam kearah anaknya membuat Ryu Hazim menunduk kepalanya.
“ Papa sudah minta cuti dari pihak sekolah. Selagi kamu tak sihat, papa tak benarkan kamu keluar. Faham” arah En. Ryuzaki membuat pemuda tersebut mengangguk kepalanya lalu mengeluh apabila En. Ryuzaki keluar dari bilik tersebut. Nurse Iza memerhatikan Ryu Hazim yang membaringkan dirinya di tilam tersebut sebelum dia memandang tingkap lalu mengintai dibalik pintu sebelum dia mengeluh.
“ Aduh ada pula dekat depan ini. Macam mana aku nak keluar. Lecehlah” bebel Ryu Hazim membuat Nurse Iza mendengar kata-kata pemuda tersebut. Nurse Iza keluar selepas membersihkan bilik tersebut dan melihat beberapa orang pengawal menjaga di hadapan bilik tersebut. Barulah dia mengerti apa yang dikata oleh pemuda tersebut. Nurse Iza tersenyum apabila teringat kali pertama dia jumpa Ryu Hazim masa dia berumur 16 tahun. Sejak itu dia baik dengan Ryu Hazim apabila dia dimasukkan ke hospital ini.

“ Uncle. Jenguh Hazim ker?” teguh Doktor Akim yang kebetulan hendak menuju ke bilik kawannya ternampak En. Ryuzaki.
“ Aah Kim. Hazim demam lagi. Kebelakangan ini, Hazim selalu sakit. Pelik juga uncle.” Jawab En. Ryuzaki smabil menyemak rekod milik anaknya.
“ Pelik juga Akim bila Hazim masuk balik. Tak silap Akim, dua minggu lepas Hazim baru baik demam kan. Macam mana demam balik” ujar Doktor Akim membuat En. Ryuzaki mengangguk.
“ Itu uncle risau. Uncle takut terjadi apa-apa pada Hazim. Akim tolong buat pemeriksaan terhadap Hazim untuk memastikan apa sakitnya” ujar En. Ryuzaki membuat Doktor Akim mengangguk.
“ Uncle tak jenguk Hazim ke?” soal Doktor Akim apabila melihat En. Ryuzaki hendak keluar dari hospital tersebut.
“ Tak Akim. Uncle ada hal. Uncle datang nak melihat perkembangan Hazim. Pastikan dia tak keluar dari bilik dia ya Akim” ujar En. Ryuzaki membuat Doktor Akim tersengih mendengar arahan En. Ryuzaki.
“ Muka Hazim tak keluar. Baru berapa minit dia keluar.” Bebel Doktor Akim membuat Nurse Iza ketawa apabila mendengar bebel Doktor Akim. “ Ketawa pulak awak Iza”
“ Maaf doktor. Saya sudah masak dengan perangai En. Hazim. Dia mana suka duduk diam lama bilik itu” ujar Nurse Iza membuat Doktor Akim mengangguk kepalanya.

Hazim


ini adalah rekaan semata-mata ya. ini hasil karya saya pada masa bosan. memang agak mengarut cikit jalan ceritanya. saya ingin meminta maaf jika jalan ceritanya anda tidak menyukai.



“ Hazim, kau dekat mana?” jerit Zaquan yang bersama-sama melancong ke Villa milik En. Ryuzaki dan Puan Maria di England untuk memenangkan fikiran selepas habis final exam mereka.
Zaquan mencari-cari bayangan Ryu Hazim di Villa tersebut tetapi dari semalam dia tidak dapat mencari Ryu Hazim di dalam Villa tersebut membuat dia sedikit cuak kerana kesihatan Ryu Hazim bukannya sihat sangat kebelakangan ini.
“ Kenapa Tuan Muda Quan?” tanya salah seorang pengawal peribadi yang diupah oleh En. Ryuzaki untuk menjaga Ryu Hazim dan Zaquan.
“ Hazim mana? Risau saya” ujar Zaquan membuat pengawal tersebut itu mengangguk.
“ Saya rasa, saya tahu di mana Tuan Muda Ryu” jawab pengawal tersebut membuat Zaquan mengikuti pengawal tersebut masuk ke sebuah bilik perpustakaan lalu menarik satu buku membuat rak buku tersebut tersebut. Zaquan terkejut apabila melihat ada jalan yang selama ini dia tidak mengetahui.
“ Astafiazim. Hazimmmmm” jerit Zaquan apabila melihat Ryu Hazim terbaring di lantai dalam keadaan tidak menyedarkan diri membuat dirinya cuak melihat muka Ryu Hazim pucat. Pengawal tersebut mengangkat Ryu Hazim naik ke bilik lalu menelefon doktor peribadi keluarga En. Ryuzaki untuk merawat Ryu Hazim yang tidak menyedarkan diri di atas katil.

“ saya harap kamu jaga Hazim dengan rapi. Dia sekarang demam panas” ujar doktor tersebut lalu beredar keluar dari bilik tersebut tanpa sedar En. Ryuzaki dan Puan Maria berada di belakang mereka.
“ Kenapa dengan Hazim nie Quan?” soal En. Ryuzaki melihat Ryu Hazim terbaring tidak menyedarkan dirinya membuat Zaquan serba salah untuk menceritakan kepada En. Ryuzaki dan Puan Maria.
“ Tak tahu uncle, aunty. Dari malam tadi Quan cari Hazim tetapi tak jumpa. Itu pun Haris tunjukkan tempat rahsia Hazim.” Terang Zaquan membuat En. Ryuzaki dan Puan Maria mengeleng kepalanya.
“ Masuk lagi bilik bawah tanah tu lagi ke Quan. Degil betul Hazim nie. Papa sudah pesan jangan masuk lagi.” Bebel En. Ryuzaki sambil meramas rambut milik Ryu Hazim.


“ Peningnya” ujar Ryu Hazim baru sedar membuat Puan Maria, En. Ryuzaki dan Zaquan melihat dirinya yang baru turun tangga dengan muka risau dengan kesihatan Ryu Hazim yang kadang kala tidak menentu kesihatannya.
“ Sayang okay tak nie. Mama risau” ujar Puan Maria menarik Ryu Hazim mengikutnya lalu duduk di sebelah Puan Maria yang sedang meramas rambut milik Ryu Hazim di sebelahnya.
“ Okay. Hazim pening cikit” bohong Ryu Hazim sambil tersenyum pelik apabila melihat kedua ibubapanya berada di Villa tersebut. “ Quan, macam mana aku....”
“ Macam mana kau dekat bilik? Itu kau tanya?” soal Zaquan membuat Ryu Hazim mengangguk perlahan. “ Aku cari kau macam apa. Nasib baik Hafiz beritahu aku pasal tempat rahsia kau itu. Kalau tak sihat, jangan masuk bilik itu” bebel Zaquan membuat Ryu Hazim tersengih.
“ Papa tak benarkan Hazim masuk lagi bilik itu. Kali ini kalau Hazim masuk juga bilik itu, papa akan robohkan bilik itu” ugut En. Ryuzaki membuat Ryu Hazim terkebil-kebil melihat papanya lalu mengangguk kepalanya. Ryu Hazim menyandarkan badannya di sofa lalu memejamkan matanya kerana sekarang ini, kepalanya macam nak meletup menahan sakit.
Puan Maria perasan keadaan anaknya lain macam terus dia merasai suhu di dahi anaknya. Panas itu yang dirasai Puan Maria membuat dirinya terkejut memandang Ryu Hazim yang sedang memejamkan matanya.
“ Abang, Hazim demam” ujar Puan Maria terkejut apabila merasai dahi anaknya.
“ Apa?” ujar En. Ryuzaki lalu bangun merasai dahi Ryu Hazim yang panas membuat dia merasai leher anaknya juga. En. Ryuzaki mula risau dengan kesihatan anaknya kerana dia tahu sekali anaknya sakit, teruk dibuatnya. Sampai masuk ke hospital dibuatnya. “ Pergi klinik” arah En. Ryuzaki membuat Ryu Hazim bangun memandang En. Ryuzaki dan Puan Maria sebelum badannya hampir tersungkur kerana dia merasai badannya melayang tetapi sempat ditahan oleh Zaquan yang ada dibelakangnya.
Zaquan memapah Ryu Hazim masuk ke kereta lalu meluncur pergi ke klinik kerana badan Ryu Hazim sangat panas membuat En. Ryuzaki dan Puan Maria mengambil keputusan menghantar Ryu Hazim ke klinik. Ryu Hazim di tahan di klinik hospital apabila demamnya melebih suhu yang dibenarkan membuat dia mengeluh.
‘ Masuk hospital lagi’ bebel Ryu Hazim seorang diri yang sedang duduk di tepi bersama Zaquan dan Hafiz selaku pengawal peribadi Ryu Hazim yang mendengar ucapannya. Ryu Hazim memerhatikan saja En. Ryuzaki dan Puan Maria berbincang dengan doktor tersebut mengenai kesihatannya.
Sudah berapa kali dia masuk hospital dalam tahun ini kerana kebelakangan ini dia mudah di serangi demam setiap bulan membuat Puan Maria dan En. Ryuzaki risau dengan kesihatan Ryu Hazim.
“ Sudah berapa kali kau masuk hospital nie Hazim. Teruk betul aku tengok kau. Dulu tak adalah sampai setiap bulan masuk hospital. Dulu jarang kau nak kena sakit. Ke kau ada sembunyikan sesuatu daripada aku nie Hazim” teka Zaquan membuat Ryu Hazim terus memandang sepupunya di sebelahnya. Tertelan air liurnya apabila Zaquan mengesyaki sesuatu mengenai dirinya.
“ Mana ada. Mana aku tahu. Cuaca kot” elak Ryu Hazim yang cuba menafikan bahawa dia mempunyai sakit barah otak membuat keadaan dirinya akan selalu kena demam.
Mereka pulang ke Malaysia dalam keadaan Ryu Hazim yang sedang demam sebelum dia dimasukkan ke dalam hospital peribadi milik keluarga En. Ryuzaki.

Thursday, August 9, 2012

kehidupanku

haishhhh dari semalam buat assignment tanpa behenti. penattt laaaa~!!!!! tolongg la... sangat penat. apa kehidupan menjadi student ini memang penat ker? otak berfungsi untuk memikirkan assignment tanpa berhenti dapat daripada lecture. agaknya seronok tak kalau masuk alam pekerjaan. tanpa disedari akhirnya saya sudah hampir menamatkan pengajian pembelajaran di KOlej ini. dalam diam sudah 2 tahun belajar berlalu. macam-macam memori yang dapat semasa pembelajaran ini. dapat kawan-kawan baru dan dapat mengenali zaman macam mana menjadi student. seronok rasanya. hahaahahha
   walaupun penat dengan kerena masing-masing tetapi itulah memori yang tidak dapat saya lupakan semasa dalam proses pembelajaran. too all my friend, thank you so much coz want to be my friend. <3<3<3

Monday, August 6, 2012

jualan...

korang, kalau berminat untuk belian kerepek, silalah visit di website ini http://makmimsnek.blogspot.com/
di sini de penjualan kerepek. singgahlah visit blog tersebut jika anda berminat untuk membelinya dan membuat tempahan :)

rahsia mata seorang wanita

Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang 
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

rahsia bentuk muka


BUJUR SIRIH.... 
Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong.. 
Keperibadiannya:- 
Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego... 

BULAT.... 
Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam.. 
Keperibadiannya:- 
Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati... 

BERSEGI... 
Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi... 
Keperibadiannya:- 
Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A... 

SEGI TIGA... 
Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain... 
Keperibadiannya:- 
Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri...

rahsia perwatakan melalui bentuk kuku

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...



1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.