Monday, September 17, 2012

menjadi dewasa dengan mengerti arti kehidupan

Melupakanmu adalah hal tersulit

dalam kehidupan perlulah pengorbanan yang besar untuk mengharumi sebarang dugaan :)

Melupakan dan Dilupakan seperti itukah kehidupan?
Alangkah indahnya jika semua orang mempunyai perangai saling maaf~

Hakekat sebuah cinta

jangan selalu memaksa menyintai seseorang jika seorang itu tidak dapat menerima sepenuhnya.

tidak semua kehidupan indah seperti yang kite inginkan
kuatlah tempuhinya hari demi hari walaupun kesakitannya ada

kenangan tetaplah kenangan
semua masa silam perlulah dilupakan,
even tak mampu melupakan,
anggap itu sebagai kenangan yang menghias warna kehidupan kita

jangan pernah membiarkan dirimu hidup dalam bayang - bayang masa lalu.
Cinta sebuah istilah yang terindah,
ia juga istilah racun dalam kehidupan,
sebab itu, perlulah kita fikir rasional dalam sesebuah perkata
sebelum keputusan yang kita buat itu
akan memakan diri kita pulok. :)

yang benar:

Scopionese Adyana :)

dapatkah?

tahukah anda hidup ini penuh dengan dugaan?

mesti tahukan. saya sedih sangat bila ada seseorang member saya yang mempunyai sifat yang sangat teruk. bukan apa? tapi agak-agaklah. kita ini sedang belajar, 1 kolej pulokk.. tak kan itupun awak nak kutuk kan. batch saya pulak tu. saya tahulah awk itu senior, tai agak-agaklah. kalau awak rasa tere sangat, awak tak adalah repeat sampai masuk batch saya kan... awak sudah besar, boleh pk sendiri. awak buat ona, tapi saya yang migrin bila masalah menimpa saya tidak habis-habis. sudahlah saya ada masalah sendiri, awak pulak bagi masalah kepada saya kan. bagus betul perangai awak itu kan. serius, dengan segala masalah ini lebih membuat saya lebi matang.

 TERIMA KASIH KAWAN SEBAB MEMBUAT ONA TERHADAP KEHIDUPAN SAYA.
SAYA HARGAI ITU TETAPI AWAK KENA INGAT,
SEKALI AWAK BUAT SAYA MACAM ITU,.
SAMPAI BILA-BILA SAYA AKAN MENGINGATINYA.

INI LAGU UNTUK AWAK :)


kenangan.~


saya ada seorang kenalan dari facebook. semalam baru jumpa dia bersama kawan-kawan saya. memang kelakar la bila berkenalan dengan dia kerana dia pun merupakan kawan kepada member saya. sebab itu, saya tidak takut untuk berjumpa dia. dia merupakan seorang pelajar UITM Shah Alam yang baru saja masuk mengambil degree photograph... dia seorang photographer.. banyak gambar yang dia tangkap. saya tak dapat tunjukkan kepada anda semua kerana gamabr tersebut saya belum dapat lagi daripada dia. bila sudah dapat, nanti saya masukkan okay.~ :) dia seorang yang pemalu tetapi apabila sudah lama-lama dengan dia, dia dapat go on dengan saya. dia seorang yang ceria dan suka bahan orang tetapi mukanya macam perempuan sikit. muka baby face, ala-ala jambu.. hehehe jahatkan saya kutuk dia.. :p oppssss sorry beb ;)

Sunday, September 9, 2012

kemenangan~

hari sabtu 8/9 adalah hari intra dalam kolej saya. saya ambil bahagian dalam permainan petangue. permainan itu sememangnya sangat sengit kerana pemain-pemainnya sangat hebat-hebat tetapi alhamdullilah saya berjaya mengalahkan mereka dengan memilik tempat pertama dalam permainan tersebut. sukan itu wujud untuk mencari atlet-atlet baru untuk sukan KASUKMA diantara kolej- kolej mara. dalam masa yang sama, perlawanan diantara course-course yang ada dalam kolej saya. diantara course-course yang ada adalah Diploma Accounting, Higher Foundation in Computer Net working, Diploma Bisness Management dan last sekali course saya Diploma in Agro Bisness. walaupun course saya tidak dapat memegang tittle juara course tak apalah janji semua gembira dengan semua ini. tempat pertama dimenangi course HND, tempat kedua adalah course saya DAB dan lastly DIA. kepada DBS, bukan awak semua tidak hebat, hebat kamu semua tapi bukan rezeki awak untuk memengi. :)

kisah seseorang yang kesian

kadang kala bukan semua orang prefect okay.... kita perlulah terima kelemahan seseorang bukannya mengutuk seorang itu dengan sesuka hati.. perangai macam itu tidak baik okay... so saya ingin menasihat kepada seseorang yang amat saya mengenali itu, kamu jangannlah sesuka membuka aib seseorang padahal orang itu tak buat masalah dengan kamu pun. memang saya pun tak prefect tapi tak salah kan kalau saling tegur sapa. awak kena ingat itu, setiap perbuatan itu akan ada balasan. mybe kite tak tahu bila kena balasannya kan. so nasihat saya, awak berhentilah buat perangai mengutuk-ngutuk orang dalam TWITTER dan FACEBOOK awak okay.. bukan kitaorang tak tahu siapa yang awak kutuk tu even tak mention nama orang itu. kita tahu wak.. dan bukan semua orang menyukai perangai awak itu okay. fikir la sendiri,. awak tu sudah umor 20 tahun okay.. bukannya budak-budak kecil yang perlu memberitahu mana salah dan betul. awak boleh fikir sendiri la... so nasihat saya, berhentilah membuat perangai mengutuk orang. awak itu nak kata tak  sembahyang, yes awak sembahyang, tapi kenapa perlu mengutuk-kutuk dan mengeluarkan keaiban orang. itu satu jerk yang saya tak faham. awak tahu hukum-hukum agamakan, tapi kenapa awak ABAIKAN SEMUA ITU~!!!!!!!!!!!!!!! jangan sampai orang menyumpah-yumpah awak dan membuat muka awak lagi buruk. tolonglah berhenti memaki seseorang.... bukan semua orang menyukai perangai awak itu... berhentilah mengutuk orang dalam laman sosial..

Monday, September 3, 2012

sayang...

hye semua... lama sudah saya tidak menaip dan update blog kan... mesti korang rasa ingin tahu apa yang biasa saya buat. kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang tidak dapat saya tahan kepada anda semua kerana ini berlaku kepada kehidupan saya. cerita ini bermula saya berkawan dengan kawan lama saya. tapi lama kelamaan kami semakin rapat dan entah bagaimana saya boleh ada perasaan suka kepada dirinya walaupun saya tahu dia menyukai kawan rapat saya. kawan saya itu memang baik orangnya dan sesuai kalau semua lelaki menyukai dirinya. lelaki itu saya gelarkan capital A dan kawan rapat saya itu capital F.Mr. A memang sukakan Ms. F dari dahulu lagi. sejak zaman persekolahan. tapi yang paling saya sedih dia cuma anggap saya kawan saja dan dalam masa yang sama saya ingin dia bahagia bersama Ms. F tapi apa yang patut saya lakukan. hati saya sangat sakit sangat kerana bila sudah terlajak menyukai seseorang, inilah jadinya. apa patut saya buat... :'(

Wednesday, August 29, 2012

Hazim ( bab 9)


Sudah seminggu Ryu Hazim mengikuti Tan Sri Tengku Farish dan Puan Sri Kamelia pulang ke Malaysia dan tinggal di Villa Kemboja milik atoknya. Ramai pembantu-pembantu rumah atoknya memerhatikan dirinya yang sedang menonton televisyen berseorangan.
“ Tok ma, Hazim bosan lah” ujar Ryu Hazim apabila melihat Puan Sri Kamelia masuk ke rumah.
“ Bosan ke sayang. Macam mana kamu sambung belajar.? Nak?” soal Puan Sri Kamelia membuat Ryu Hazim mengangguk.
“ Boleh saja tapi kalau boleh Hazim nak keluar dari rumah ini. Boleh Tok ma uruskan tak. Pujuk Tok ba la.” Rayu Ryu Hazim membuat Puan Sri Kamelia tersenyum dan mengangguk.

“ Abang, kesian saya tengok Hazim itu. Ayang mahu dia sambung study”’ ujar Puan Sri Kamelia bersama Tan Sri Tengku Farish di dalam bilik membuat dirinya memandang isterinya.
“ Futher study?” tanya Tan Sri Tengku Farish memandang isterinya.
“ Yup. Biarlah dia sambung study” ujar Puan Sri Kamelia lagi membuat Tan Sri Tengku Farish berfikir.
“ Baiklah. Nanti saya tanya lecturer dekat UM tu. Datang rumah ajar Hazim” balas Tan Sri Tengku Farish membuat Puan Sri Kamelia menoleh ke arah suaminya.
“ Ish abang ini. Biarlah dia belajar dekat UM sana. Sampai bila awak nak kurung dia. Dari kecil hingga sekarang, asyik belajar dalam rumah saja tanpa dapat keluar. Kesian saya dengan cucu kite itu. Atleast biarlah dia sambung master dekat UM sana. Biar dia kenal dengan dunia luar” ujar Puan Sri Kamelia membuat Tan Sri Tengku Farish mengerut dahinya.
“ Tapi..”
“ Benarkan saja abang. Lagipun kan ada Hafiz dan Vince. Diaorang boleh jaga cucu kita itu” ujar Puan Sri Kamelia yang memotong cakap Tan Sri Tengku Farish.
“ yela. Ikut awaklah” Tan Sri Tengku Farish mengalah dengan isterinya membuat Puan Sri Kamelia tersenyum.


“ Hazim, Tok ba sudah daftarkan kamu dekat UM” ujar Tan Sri Tengku Farish membuat Ryu Hazim menoleh ke arah atoknya “ tapi ada syarat”
“ Apa dia Tok ba” ujar Ryu Hazim memandang atoknya.
“ kamu boleh keluar dari rumah bila ada kelas saja. Habis kelas balik terus. Faham” ujar tegas Tan Sri Tengku Farish membuat Ryu Hazim mengangguk.
Ryu Hazim pergi ke UM dengan menaiki kereta Mini Cooper milik Tan Sri Tengku Farish selepas mendapat kebenaran daripada atoknya manakala di belakangnya ada sebuah kereta BMW mengikuti merupakan pengawal peribadinya. Dua orang pengawal peribadinya merupakan Vince dan Hafiz manakala lagi dua merupakan pengawal peribadi upahan atoknya.
Semua pelajar yang sedang lepak melihat sebuah kereta Mini Cooper berwarna emas hitam memasuki kawasan UM tersebut. Mereka memandang pelik apabila sebuah kereta mewah memasuki kawasan kolej mereka. Pelajar-pelajar lain terpaku apabila Ryu Hazim turun dari kereta kerana kekacakkan Ryu Hazim yang melebih daripada biasa. Dengan warna rambutnya hitam keperangan, mata hijau, hidung manjung serta kulit mukanya putih kemerahan.
“ Ini UM Tuan Muda” ujar Vince membuat Ryu Hazim mengikutinya manakala belakangnya ada tiga orang pengawal lagi.
Ryu Hazim berjalan bersama Lecturer yang dikenalkan oleh dekan UM tadi untuk mengelilingi kawasan UM tersebut. Ryu Hazim mendengar dengan baik serta melihat kawasan sekelilingnya melihat ramai pelajar memerhatikan dirinya.
“ Miss Zura, pelajar baru ke?” soal salah seorang pemuda yang sedang lepak bersama kawan-kawannya membuat perempuan tersebut mengangguk.
“ Ye Aidil. Ini pelajar baru. Tengku Ryu Hazim merupakan cucu Tan Sri Tengku Farish” ujar lecturer tersebut membuat lelaki tersebut tersentak.
“ Huh cucu Tan Sri Tengku Farish. Pemilik kolej ini” ujar Syed Aidil Aiman.
“ Kenalkan Tengku. Ini presiden kolej ini Syed Aidil Aiman.” Ujar Miss Zurani tersebut membuat Ryu Hazim mengangguk.
“Tengku Ryu Hazim. Just call me Hazim” ujar Tengku Ryu Hazim sambil menyalami Syed Aidil Aiman.
“ Aidil” jawab Syed Aidil Aiman sambil tersenyum dan menyambut salam Tengku Ryu Hazim.
“ Just call him Tengku. Not Hazim” sampuk salah seorang pengawal upahan atoknya membuat mereka memandang pengawal tersebut.
“ Hazim okay sikit. Tak perlu formal” ujar Tengku Ryu Hazim geram.
“ Maaf Tuan Muda, perlu panggil nama keluarga bila berjumpa” balas pengawal tersebut membuat Tengku Ryu Hazim bengang.
“ Yela. Vince, Hafiz. Please. Can you” ujar Tengku Ryu Hazim membuat Vince dan Hafiz mengangguk dan beredar diikuti oleh pengawal peribadi atoknya.
“ Kami tunggu di hadapan. Habis kelas terus balik” ujar pengawal upahan atoknya.
“ Ya, ya. Nanti i balik” ujar Tengku Ryu Hazim sambil berpeluk tubuhnya tanda geram. Syed Aidil Aiman tersenyum melihat gelagat Tengku Ryu Hazim. Dalam diam Syed Aidil Aiman menilik wajah Tengku Ryu Hazim yang putih kemerahan, hidung manjung dan yang penting matanya berwarna hijau. Jarang orang melayu memilik warna mata hijau.
“ Vince!!!!” panggil Tengku Ryu Hazim membuat Vince patah balik kearah Tengku Ryu Hazim.
“ You ada buang tak iphone i masa Tok ba suruh you buang?” soal Tengku Ryu Hazim membuat Syed Aidil Aiman pelik.
“ Tak Tuan Muda. Ini dia. Saya simpan iphone ini. Lattop dan Mp3 pun ada tapi dekat bilik saya” jawab Vince membuat Tengku Ryu Hazim tersenyum.
“ Thankz so much Vince. Jangan beritahu Tok ba taw. Kang mengamuk pulak dia.” Ujar Tengku Ryu Hazim sambil membelet iphone jenama applenya. Tengku Ryu Hazim memasuki geng Syed Aidil Aiman selepas mereka berkenalan. Antara kenalannya Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan  Syed Afran Chong. Seminggu mereka berkawan membuat mereka memahami perangai Tengku Ryu Hazim yang sempoi orangnnya.


Tan Sri Tengku Farish memanggil kawan-kawan cucunya datang kerumah untuk mengenal pasti kawan-kawan cucunya. Seperti biasa Tan Sri Tengku Farish akan menyiasat latar belakang kawan-kawan cucunya.
“ Kamu semua kawan Hazim” tanya Tan Sri Tengku Farish tegas membuat Syed Aidil Aiman, Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan Syed Afran Chong memandang satu sama lain melihat ketegasan Tan Sri Tengku Farish.
“ Ye Tan Sri” jawab mereka serentak membuat Tan Sri Tengku Farish memandang sorang demi sorang.
“ Tok ba!!!” ujar Tengku Ryu Hazim terkejut melihat kawan-kawannya berada dirumahnya. Syed Aidil Aiman, Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan Syed Afran Chong memandang Tengku Ryu Hazim yang baru turun kebawah terkejut kehadiran mereka.
“ Tok ba panggil kawan-kawan kamu. Tok ba nak mengenali mereka” jawab Tan Sri Tengku Farish sambil memandang cucunya.
“ Tok ba, tolong jangan macam ini. Sampai jumpa kawan-kawan Hazim. Tok ba kan sudah janji. Tok ma” ujar Tengku Ryu Hazim tension dengan perangai Tan Sri Tengku Farish.
“ Tok ba nak pastikan kamu berkawan dengan orang yang betul. Bukannya kawan dengan kamu sebab kamu cucu atok. Faham” ujar Tan Sri Tengku Farish tegas membuat Tengku Ryu Hazim mengaru kepalanya dengan perangai atoknya. “ Ke kamu nak Tok ba batalkan balik pembelajaran kamu ke UM. Tok ba panggil lecturer datang ke sini untuk mengajar kamu. Macam Tok ba buat pada kamu dari sekolah rendah hingga menengah” ujar Tan Sri Tengku Farish lagi membuat Tengku Ryu Hazim menelan air liurnya memandang Tan Sri Tengku Farish.
Syed Aidil Aiman, Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan Syed Afran Chong memandang Tengku Ryu Hazim dalam keadaan pucat mukanya selepas mendengar kata-kata Tan Sri Tengku Farish.
“ Tak. Tak nak. Cukuplah dulu sudah kena. Okay, buat Tok ba suka” ujar Tengku Ryu Hazim mengalah sambil mengaru kepalanya. Puan Sri Kamelia menepuk dahu cucunya suruh bertenang.


“ Abang!!” jerit Aina Syazah di kolej UM membuat Tengku Ryu Hazim tersentak. Cepat-cepat Tengku Ryu Hazim menarik tangan Aina Syazah di hadapan kawan-kawannya.
“ Buat apa dekat sini. Mati abang kalau Tok ba tahu” jawab Tengku Ryu Hazim sambil memandang kiri dan kanan.
“ Kenapa? Tok ba bukannya ada dekat sini” jawab Aina Syazah selamba membuat Tengku Ryu Hazim menunjul kepala adiknya.
“ Kau giler. Memanglah Tok ba tak ada dekat sini. Mata-mata tok ba banyak. Kang mampus abang. Aina bukan tak kenal Tok ba macam mana. Abang rasa nak balik Korea” ujar Tengku Ryu Hazim sambil terduduk kerusinya. Kawan-kawannya mendengar apa yang dibualkan oleh kawannya Tengku Ryu Hazim.
“ Tahu. Aina pun dari England datang sini senyap-senyap tanpa pengetahuan papa dan mama” ujar Aina Syazah melihat wajah abangnya muram.
“ Tension la duduk dengan Tok ba dekat sini. Nak buat tu tak boleh. Nak buat nie tak boleh. Sampai abang pun tak tahu nak buat apa.” Jawab Tengku Ryu Hazim tension dengan perangai Tan Sri Tengku Farish.
“ kenapa? Duduk dengan mama dan papa lagi bestkan” uji Aina Syazah mendapat jelingan Tengku Ryu Hazim. “ Mana Mp3 kau?” soal Aina Syazah lagi.
“ Kau jangan tanya la. Habis semua gagget aku kena buang dengan Tok ba. Lattop, Mp3, PSP.. semualah. Nasib baik aku sempat selamatkan phone ini. Kalau tak habis semua” ujar Tengku Ryu Hazim sambil mencampak iphonenya di atas meja.
“ Kena buang? Biar betul” tanya Aina Syazah.
“ Ye Aina. Kena buang masa Tok ba datang Korea. Aku tak sempat selamatkan gagget aku tahu. Habis semua kena campak luar. Yang Tok ba tahu, terapi.. terapi... terapi.. naik muak aku dengan terapi tu. Kalau tak sakit tak apalah.” Jawab Tengku Ryu Hazim membuat Aina Syazah ketawa.
“ Kau kan cucu kesayangan Tok ba. Dari dulukan kau sudah dalam kurungan Tok ba. Hahaha habislah kau abang” usik Aina Syazah sambil ketawa.
“ Agak-agak kau nak makan kasut aku tak. Aku tension nie” adu Tengku Ryu Hazim membuat Aina Syazah berhenti ketawa.
“ Anyway kau balik tak cuti nie?” soal Aina Syazah lagi.
“ Tengok kalau Tok ba benarkan aku balik. Aku baliklah” jawab Tengku Ryu Hazim membuat Aina Syazah mengeluh.
“ Cuba kau tegas cikit. Cikit-cikit Tok ba. Macam mana Tok ba tak kawal ko” marah Aina Syazah geram dengan perangai abangnya yang suka mengikut arahan Tan Sri Tengku Farish.
“ Kau nak aku buat macam mana? Nak tegas macam mana? Kau tak kena macam aku kena masa kecil Aina. Kau tak merasai. Kau tak merasai perangai Tok ba. Kau tak kena Aina. Boleh la kau cakap. Yang merasai aku. Aku Aina. Aku merasai macam mana hukuman Tok ba. Aku lebih rela ikut cakap Tok ba, Aina daripada kena hukuman dengan Tok ba” jawab Tengku Ryu Hazim membuat Aina Syazah terdiam. Iphone Tengku Ryu Hazim berbunyi membuat dia melihat nama Hafizudin Hakimi muncil di screen telefonnya.
“ Kimi..” ujar Tengku Ryu Hazim lemah
“ Kau kenapa? Dekat mana?” soal Hafizudin Hakimi didengari oleh Aina Syazah, Syed Afran Chong, Mohd Alif Ibrahim, Tengku Iskandar dan Syed Aidil Aiman apabila Tengku Ryu Hazim membuka pembesar suara.
“ Dekat Malaysia. Aku tinggal bersama Tok ba dan Tok ma” ujar Tengku Ryu Hazim membuat Hafizudin Hakimi terjerit.
“ Apa!!!!!!! Kau giler apa. Kau duduk dengan Tok ba. Kau nak mampus ke Zim. Sudah lupa ke dulu. Teruk hidup kau Zim. Kau masuk lagi penjara tu lagi ker?” soal Hafizudin Hakimi membuat Tengku Ryu Hazim mengeluh.
“ Kau nak aku buat macam mana? Dahlah Tok ba datang Korea mengejut. Aku punyalah terkejut bila Tok ba muncul depan rumah aku. Help me. I want back Korea again “ ujar Tengku Ryu Hazim tension dengan perangai Tok banya.
“ Hazim!!!! Jangan tension sangat... kang kau sakit. Tak pasal-pasal kejar ke hospital. Sapa sebelah kau?” soal Hafizudin Hakimi cuak memikirkan kesihatan Tengku Ryu Hazim. Bukannya Tengku Ryu Hazim boleh tension, nanti mulalah sakitnya naik. Kawan-kawannya terkejut mendengar kenyataan tersebut.
“ Aina.. member aku pun ada” jawab Tengku Ryu Hazim membuat Hafizudin Hakimi tersentak.
“ Member? Sejak bila kau ada member? Aku nak berkawan dengan kau punyalah susah. Diaorang tak kena dengan Tok ba?” soal Hafizudin Hakimi pelik apabila Tengku Ryu Hazim sudah ada kawan apabila duduk di Malaysia.
“ Sudah. Diaorang sudah kena dengan Tok ba. Aku pun tak tahu nak cakap apa” jawab Tengku Ryu Hazim sambil menyandar badannya membuat kawan-kawannya memandangnya.
“ Biasalah. Kau kan satu-satunya cucu Tan Sri Tengku Farish kan. Mestilah Tok ba kau kawal dengan ketat. Tak silap aku, nama kau Tok ba kau sudah letak sebagai pewaris utama Syarikat Maapple Corparation. Giler beb” ujar Hafizudin Hakimi sambil ketawa membuat Tengku Ryu Hazim mengetap bibirnya.
“ Kau tak perlu gelak sangat okay. Itu aku tahulah.   Sebab itu sampai semua kebebasan aku tak ada ker? Beb agak-agaklah, aku manusia juga perlu privasi untuk sesuatu. Ko tengoklah kawan aku berapa jerk. Harapkan kau, Edward, Aidil dan sebagainya. Beb aku tak ada life okay. Nak berkawan dengan lebih ramai tak boleh. Aku sudah kena sound dengan Tok ba. Dia siap cakap “ Berani kawan dengan orang tak berkedudukan, Tok ba tarik semula” ambil kau kena sound macam itu. Naik kecut aku dengan suara Tok ba” adu Tengku Ryu Hazim yang sememangnya tidak mempunyai ramai kawan untuk mengadu nasib.
Tengku Ryu Hazim ingin bangun tiba-tiba jatuh kembali membuat Aina Syazah menjerit. Syed Aidil Aiman pun cuak melihat wajah pucat Tengku Ryu Hazim membuat keputusan menghantarnya ke hospital.