Saturday, July 21, 2012

kata hikmat cinta




Cinta adalah kerinduan untuk dipahami oleh seseorang
 yang benar-benar tulus untuk peduli. 
Ketika seseorang dimengerti,
 ia akan mampu bertahan terhadap apa pun di dunia ini. 
Cinta hanya akan indah pabila berpondasikan kasih sang pencipta. 
Karena Cinta berasal dari-Nya 
Dan cinta yg paling utama adalah cinta kepada sang pencipta cinta Bintang kehidupanku tlah redup, 
cahaya nya bgai pelita yg hampir mati dan harapan akan kehadiran mu terkubur dalam penantian tak bertepi 
Kau daTang membaWa Cinta dan kesetiaan . . .
 Dan  kaU pergi MeninggaLkan Luka Dan Kehancuran . . . 
Dan aQ leBih Baik DikenaL laLu di LupAKAn
 daripada Di CinTai LalU dKhiAnaTi 
Jangan prnah merasa sepi karena hatiku,
 kan slalu menemanimu pejamkanlah matamu 
dan bermimpilah dlm tidurmu.
 bangunlah esok pagi dengan senyuman yg indah seindah mentari pagi yang bersinar! 
Dengan senyuman,
 kau luluhkan hatiku, dengan senyuman, 
kau perlihatkan dunia padaku hanya dengan sebuah senyuman 
kau berikan aku kesadaran begitu indah cerita hidupku oleh senyumu 
i love u, 
Datang dan pergi seperti angin tak beraturan dan arah merasakan cinta dalam kehidupan 
kadang ku bahagia kadang ku bersedih
 Pagi yang cerah ketika bersamamu,
 malam yang indah ketika mendengarkan suara mu , 
hati yang bahagia ketika memiliki mu selamanya. 
Cinta adalah caraku bercerita tentang dirimu, 
caraku menatap kepergian mu dan caraku tersenyum, 
saat menatap indah wajahmu. 
Aku tak pernah menyesal mencintai mu, 
yang aku sesali mengapa tidak sejak dulu mencintaimu. 
Cinta adalah sebuah pengorbanan yang tulus, 
tanpa ada rasa pengorbanan cinta akan jauh. 
Segala hal terindah kita tidak bias dilihat dan di sentuh, 
semua itu hanya bias di rasakan dengan hati yang tulus dan suci. 
Sesuatu yang dicintai selalu indah
 tapi sesuatu yang indah belum layak dicintai. 
Gapai lah cintamu ungkapkan isi hatimu
 betapa kita mendambakan cinta. 
Cinta penyembuh orang, 
baik yang memberikan maupun menerima cinta itu. 

Tips menjaga rambut

Rambut merupakan elemen yang penting bagi seseorang untuk menonjolkan imej sendiri. Penggayaan rambut yang tidak betul dengan cara yang pelbagai seperti mewarnakan rambut, membuat kerinting kepada rambut, menggunting rambut bahkan menyikat rambut juga akan menyebabkan kerosakan terhadap rambut kita. Oleh itu, cara-cara yang memelihara rambut dengan betul adalah pengetahuan yang penting untuk semua orang bagi mengekalkan kesihatan rambut mereka. Rambut merupakan elemen pada badan kita yang susah dijaga kerana rambut yang telah tumbuh daripada kulit rambut kita merupakan elemen yang sudah mati. Hal ini kerana tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka cara memanjangkan hayat bagi rambut agar rambut kelihatan sihat dan bersinar adalah sangat mustahil. Oleh itu, perkara yang boleh dilakukan untuk membolehkan rambut kelihatan sihat hanya dengan cara pemeliharaan dan penjagaan yang teliti. 

1 Kurangkan manipulasi rambut
Terdapat banyak produk di pasaran melambangkan diri sendiri sebagai produk yang dapat memelihara dan menjaga kesihatan rambut bagi seseorang. Selain itu, produk tersebut akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan produk berkenaan dengan kerap agar rambut dapat menjadi sihat dan bersinar. Pernyataan tersebut adalah kurang tepat. Tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka kerosakan yang terjadi adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, cara yang terbaik untuk memelihara rambut daripada kerosakan adalah kurang memanipulasikan rambut anda. Dengan cara ini kadar kerosakan yang akan terjadi adalah rendah kerana rambut tidak diganggu oleh sebarang bahan kimia dan alat yang berfungsi untuk membentukkan gaya rambut. 

2 Memilih sikat yang bergigi luas
Sikat merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita. 


3 Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi
Alat yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting. Bagi tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan. Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera


4. Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah
Rambut adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa kering. Oleh itu, rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa basah sekiranya dibandingkan dengan keadaan kering. Memandangkan keadaan menghadapi rambut yang basah merupakan keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang akan terjadi.

5 Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunann pengering rambut 
Seperti yang diterangkan di atas, rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sekiranya penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada rambut sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.

Cara penjagaan rambut yang tepat adalah penting bagi setiap orang. oleh itu, tips yang dibincang pada edisi ini diharapkan dapat memberi panduan bagi orang ramai agar dapat memiliki rambut yang cantik dan sihat. 

Rahsia amalan wanita solehah


1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

tips penjagaan kulit


Assalamualaikum.

majority kaum Hawa impikan kulit yang cantik, lembut, dan licin. tapi kalau nak kulit cantik nih, mesti lah kena jaga kan. kalau dah sedia kulit cantik, tak berjaga pun nanti akan jadi tak cantik jugak. tips yang aku akan share nih berdasarkan apa yang pernah aku baca, dan aku amalkan. kulit gua tak cantik sangat bro. biasa-biasa je macam orang ramai punya kulit.

pertama, kalau korang jenis guna sunblock then pakai bedak bila keluar, balik tuh mesti kena guna remover sebelum cuci muka dengan pencuci. kenapa? sebab bila kita tak remove, kita terus je cuci segala habuk2 yg kita dah expose masa kita keluar tadi akan tersumbat kat kulit kita. nanti lama-lama jadi lah liang roma terbuka besar.

kedua, pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka. macam mana nak tau? aku bagi cara paling senang. pegi mana2 mall yang ada jual skin care jenama Clinique. ko buat2 lah nak beli produk dia pastuh ko tanya orang tuh kulit saya nih jenis apa yer? then, orang tuh akan test kulit ko. dari situ ko boleh tau jenis kulit ko apa. after that bila beli skin care, cari lah yang sesuai dengan kulit sendiri. simple je. kalau soh kita identify sendiri memang mengarut la kan, so tanya yang pakar.


ketiga, lepas cuci muka jangan sesekali lupa pakai toner, moisturiser dan sun block. tiga benda nih sangat penting yer terutama bila kulit muka kita terdedah kepada matahari dan habuk habuk. itu semua punca kulit muka kita rosak kalau tak dijaga.

keempat, seminggu sekali kena pakai mask. tak kira lah apa mask pun untuk kasi rehat kulit kita dan mencantikkan lagi kulit kita. and, seminggu sekali jugak kena buang black heads or white heads yang ada pada kulit muka kita supaya dia tak tersumbat lama dalam kulit muka kita.

last sekali, jangan lupa amalkan minum air masak. bagi aku, air masak nih pengubat segala penyakit. banyak makan benda manis2 potongnya air masak. kena banyak banyak banyak minum air masak. ingat tuh.

kulit muka kita bukannya macam kulit tapak kaki kita. boleh dipijak2 takdehal punya. kulit muka kita nih macam kulit baby kena jaga dengan terapi. makin meningkat umur kita, makin berkurang collagen dalam diri kita. so, nak kulit cantik perlu penjagaan yang lebih awal.

yang paling paling penting sekali, penjagaan dalaman kita. maksudnya pemakanan kita. itu yang perlu dijaga. next entry will be updated soon.

p/s : mak aku cakap, daripada ko bazir-bazir duit beli make-up mahal mahal bagus ko beli skin care mahal-mahal sebabnya bila kulit cantik, make-up biasa-biasa je dah cukup. takyah nak 5inci sangat.

cara mudah penjagaan kulit


Penjagaan kulit bukan hanya perlu dikalangan perempuan sahaja kerana lelaki pun PATUT menjaga tapi tak perlulah serajin perempuan. Kenapa? Muka yang bersih mencerminkan lambang maskulin seseorang lelaki. Cara mudah menjaga kulit wajah adalah dengan;
Perkara paling utama ialah anda perlu tahu jenis kulit dan masalah kulit yang anda miliki. Sebagai contoh jenis kulit normal, berminyak, kering atau kedua-duanya sekali.

Pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Terdapat pelbagai jenis produk yang anda boleh pilih di pasaran. Anda tidak semestinya perlu membeli produk yang mahal dan berjenama. Sabun Susu Kambing Gurun juga sudah cukup jika ianya sesuai dengan kulit anda. BERHATI-HATI!!!
Pemilihan produk yang tidak sesuai boleh merosakkan kulit anda.. Produk pelembut & pelembab kulit wajah adalah disarankan terutamanya yang mempunyai bahan-bahan seperti ekstrak buah-buahan seperti minyak biji anggur, minyak Babbassu, Phytessence Wakame, Coenzyme Q10 & Cynergy TK. 
Jika anda kerap berada di luar, gunakan losyen atau krim pelindung matahari. Ini kerana sinar UV yang memancar ke kulit wajah boleh mempercepatkan proses penuaan. Kulit juga boleh terdedah kepada masalah kedutan, kusam & berminyakAmalan mencucui muka juga boleh memberikan hasil yang memuaskan.
Cuci wajah anda secara kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Anda boleh gunakan pencuci muka jenis gel, krim ataupun scrub dan pastikan ianya bersesuaian dengan jenis kulit wajah anda.
P/s: Hendak seribu daya, kalau malas sejuta alasan boleh direka.:)

6 cara menjaga kulit muka


Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Sebab anda kerap menegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna, tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.

Sebaliknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara
penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

:)


SALAM RAMADANN SEMUAA.... pose tawv :)