Bau ketiak adalah antara perkara yang sangat melecehkan dan mampu merendahkan tahap keyakinan diri kita. Adakalanya, keharuman deodoran sahaja tidak mampu untuk menutup bau ketiak kita. Jadi, apa kata jika kita berkongsi sedikit 9 tips menghilangkan bau ketiak. Sesetengah daripada petua ini, mungkin agak pelik di minda anda, tapi tidak ada salahnya jika kita mencuba, selagi ia tidak mendatangkan mudarat pada diri kita. Semoga dengan apa yang saya kongsikan ini, dapat membantu masalah yang anda hadapi.
1. Buah limau kasturi
Ambil limau kasturi yang masih muda dan kecil, makan tiga kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Amalkan petua ini selama tujuh hari.
2. Kulit limau kasturi
Jika anda tidak lalu untuk memakan limau yang masih muda itu, anda juga boleh memakan kulit limau kasturi yang telah ranum atau matang. Anda boleh melakukannya bila-bila masa sahaja selama tujuh hari.
3. Minyak kelapa
Minyak kelapa juga boleh digunakan. Caranya ialah dengan mencolekkan minyak tersebut ke ketiak anda menggunakan jari dan sapukan secara merata di ketiak anda. Amalkan cara ini sehingga bau busuk ketiak hilang.
4. Belakang tangan
Setiap kali anda mandi, jangan gunakan tapak tangan anda untuk membasuh ketiak anda. Sebaliknya, amalkan mencucinya dengan menggunakan belakang tangan anda.
5. Menjolok kerongkong
Amalkan cara ini setiap kali anda mandi pagi. Jolokkan kerongkong sehingga keluar kahak dan muntah.
6. Daun sirih
Ambil kira-kira 10 helai daun sirih yang telah tua. Rebuskan ia sebaik-baiknya dalam periuk tembaga atau periuk tanah. Biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal separuh. Sejukkan dan jadikan air minuman.
7. Cekur dan daun betik
Ambil tiga ulas cekur sebesar ibu jari, segenggam daun betik dan daun beluntas. Tumbuk lumat dan campurkan dengan air limau nipis dan sedikit garam. Tapis dan ambil air dalam segelas. Minum dua kali seminggu.
8. Daun sirih dan daun kenanga.
Ambil lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Basuh bersih dan di didihkan dengan 1 ½ gelas air dan ¼ sudu teh garam. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas. Tapis dan bubuh gula merah secukupnya. Amalkan meminumnya dua kali dalam seminggu.
9. Kapur dan air limau
Bancuh bersama kapur makan, air limau nipis dan sedikit air. Biarkan bancuhan sedikit pekat. Sapukan air bancuhan ini ke ketiak setiap kali anda ingin keluar dari rumah.