Sudah
seminggu Ryu Hazim mengikuti Tan Sri Tengku Farish dan Puan Sri Kamelia pulang
ke Malaysia dan tinggal di Villa Kemboja milik atoknya. Ramai pembantu-pembantu
rumah atoknya memerhatikan dirinya yang sedang menonton televisyen
berseorangan.
“
Tok ma, Hazim bosan lah” ujar Ryu Hazim apabila melihat Puan Sri Kamelia masuk
ke rumah.
“
Bosan ke sayang. Macam mana kamu sambung belajar.? Nak?” soal Puan Sri Kamelia
membuat Ryu Hazim mengangguk.
“
Boleh saja tapi kalau boleh Hazim nak keluar dari rumah ini. Boleh Tok ma
uruskan tak. Pujuk Tok ba la.” Rayu Ryu Hazim membuat Puan Sri Kamelia
tersenyum dan mengangguk.
“
Abang, kesian saya tengok Hazim itu. Ayang mahu dia sambung study”’ ujar Puan
Sri Kamelia bersama Tan Sri Tengku Farish di dalam bilik membuat dirinya
memandang isterinya.
“
Futher study?” tanya Tan Sri Tengku Farish memandang isterinya.
“
Yup. Biarlah dia sambung study” ujar Puan Sri Kamelia lagi membuat Tan Sri
Tengku Farish berfikir.
“
Baiklah. Nanti saya tanya lecturer dekat UM tu. Datang rumah ajar Hazim” balas Tan
Sri Tengku Farish membuat Puan Sri Kamelia menoleh ke arah suaminya.
“
Ish abang ini. Biarlah dia belajar dekat UM sana. Sampai bila awak nak kurung
dia. Dari kecil hingga sekarang, asyik belajar dalam rumah saja tanpa dapat
keluar. Kesian saya dengan cucu kite itu. Atleast biarlah dia sambung master
dekat UM sana. Biar dia kenal dengan dunia luar” ujar Puan Sri Kamelia membuat Tan
Sri Tengku Farish mengerut dahinya.
“
Tapi..”
“
Benarkan saja abang. Lagipun kan ada Hafiz dan Vince. Diaorang boleh jaga cucu
kita itu” ujar Puan Sri Kamelia yang memotong cakap Tan Sri Tengku Farish.
“
yela. Ikut awaklah” Tan Sri Tengku Farish mengalah dengan isterinya membuat Puan
Sri Kamelia tersenyum.
“
Hazim, Tok ba sudah daftarkan kamu dekat UM” ujar Tan Sri Tengku Farish membuat
Ryu Hazim menoleh ke arah atoknya “ tapi ada syarat”
“
Apa dia Tok ba” ujar Ryu Hazim memandang atoknya.
“
kamu boleh keluar dari rumah bila ada kelas saja. Habis kelas balik terus.
Faham” ujar tegas Tan Sri Tengku Farish membuat Ryu Hazim mengangguk.
Ryu
Hazim pergi ke UM dengan menaiki kereta Mini Cooper milik Tan Sri Tengku Farish
selepas mendapat kebenaran daripada atoknya manakala di belakangnya ada sebuah
kereta BMW mengikuti merupakan pengawal peribadinya. Dua orang pengawal
peribadinya merupakan Vince dan Hafiz manakala lagi dua merupakan pengawal peribadi
upahan atoknya.
Semua
pelajar yang sedang lepak melihat sebuah kereta Mini Cooper berwarna emas hitam
memasuki kawasan UM tersebut. Mereka memandang pelik apabila sebuah kereta
mewah memasuki kawasan kolej mereka. Pelajar-pelajar lain terpaku apabila Ryu
Hazim turun dari kereta kerana kekacakkan Ryu Hazim yang melebih daripada
biasa. Dengan warna rambutnya hitam keperangan, mata hijau, hidung manjung
serta kulit mukanya putih kemerahan.
“
Ini UM Tuan Muda” ujar Vince membuat Ryu Hazim mengikutinya manakala
belakangnya ada tiga orang pengawal lagi.
Ryu
Hazim berjalan bersama Lecturer yang dikenalkan oleh dekan UM tadi untuk
mengelilingi kawasan UM tersebut. Ryu Hazim mendengar dengan baik serta melihat
kawasan sekelilingnya melihat ramai pelajar memerhatikan dirinya.
“
Miss Zura, pelajar baru ke?” soal salah seorang pemuda yang sedang lepak
bersama kawan-kawannya membuat perempuan tersebut mengangguk.
“
Ye Aidil. Ini pelajar baru. Tengku Ryu Hazim merupakan cucu Tan Sri Tengku
Farish” ujar lecturer tersebut membuat lelaki tersebut tersentak.
“
Huh cucu Tan Sri Tengku Farish. Pemilik kolej ini” ujar Syed Aidil Aiman.
“
Kenalkan Tengku. Ini presiden kolej ini Syed Aidil Aiman.” Ujar Miss Zurani
tersebut membuat Ryu Hazim mengangguk.
“Tengku
Ryu Hazim. Just call me Hazim” ujar Tengku Ryu Hazim sambil menyalami Syed
Aidil Aiman.
“
Aidil” jawab Syed Aidil Aiman sambil tersenyum dan menyambut salam Tengku Ryu
Hazim.
“
Just call him Tengku. Not Hazim” sampuk salah seorang pengawal upahan atoknya membuat
mereka memandang pengawal tersebut.
“
Hazim okay sikit. Tak perlu formal” ujar Tengku Ryu Hazim geram.
“
Maaf Tuan Muda, perlu panggil nama keluarga bila berjumpa” balas pengawal
tersebut membuat Tengku Ryu Hazim bengang.
“
Yela. Vince, Hafiz. Please. Can you” ujar Tengku Ryu Hazim membuat Vince dan
Hafiz mengangguk dan beredar diikuti oleh pengawal peribadi atoknya.
“
Kami tunggu di hadapan. Habis kelas terus balik” ujar pengawal upahan atoknya.
“
Ya, ya. Nanti i balik” ujar Tengku Ryu Hazim sambil berpeluk tubuhnya tanda
geram. Syed Aidil Aiman tersenyum melihat gelagat Tengku Ryu Hazim. Dalam diam Syed
Aidil Aiman menilik wajah Tengku Ryu Hazim yang putih kemerahan, hidung manjung
dan yang penting matanya berwarna hijau. Jarang orang melayu memilik warna mata
hijau.
“
Vince!!!!” panggil Tengku Ryu Hazim membuat Vince patah balik kearah Tengku Ryu
Hazim.
“
You ada buang tak iphone i masa Tok ba suruh you buang?” soal Tengku Ryu Hazim
membuat Syed Aidil Aiman pelik.
“
Tak Tuan Muda. Ini dia. Saya simpan iphone ini. Lattop dan Mp3 pun ada tapi
dekat bilik saya” jawab Vince membuat Tengku Ryu Hazim tersenyum.
“
Thankz so much Vince. Jangan beritahu Tok ba taw. Kang mengamuk pulak dia.”
Ujar Tengku Ryu Hazim sambil membelet iphone jenama applenya. Tengku Ryu Hazim
memasuki geng Syed Aidil Aiman selepas mereka berkenalan. Antara kenalannya
Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan
Syed Afran Chong. Seminggu mereka berkawan membuat mereka memahami
perangai Tengku Ryu Hazim yang sempoi orangnnya.
Tan
Sri Tengku Farish memanggil kawan-kawan cucunya datang kerumah untuk mengenal
pasti kawan-kawan cucunya. Seperti biasa Tan Sri Tengku Farish akan menyiasat
latar belakang kawan-kawan cucunya.
“
Kamu semua kawan Hazim” tanya Tan Sri Tengku Farish tegas membuat Syed Aidil
Aiman, Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan Syed Afran Chong memandang satu
sama lain melihat ketegasan Tan Sri Tengku Farish.
“
Ye Tan Sri” jawab mereka serentak membuat Tan Sri Tengku Farish memandang
sorang demi sorang.
“
Tok ba!!!” ujar Tengku Ryu Hazim terkejut melihat kawan-kawannya berada
dirumahnya. Syed Aidil Aiman, Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan Syed Afran
Chong memandang Tengku Ryu Hazim yang baru turun kebawah terkejut kehadiran
mereka.
“
Tok ba panggil kawan-kawan kamu. Tok ba nak mengenali mereka” jawab Tan Sri
Tengku Farish sambil memandang cucunya.
“
Tok ba, tolong jangan macam ini. Sampai jumpa kawan-kawan Hazim. Tok ba kan
sudah janji. Tok ma” ujar Tengku Ryu Hazim tension dengan perangai Tan Sri
Tengku Farish.
“ Tok ba nak pastikan kamu berkawan dengan
orang yang betul. Bukannya kawan dengan kamu sebab kamu cucu atok. Faham” ujar Tan
Sri Tengku Farish tegas membuat Tengku Ryu Hazim mengaru kepalanya dengan
perangai atoknya. “ Ke kamu nak Tok ba batalkan balik pembelajaran kamu ke UM.
Tok ba panggil lecturer datang ke sini untuk mengajar kamu. Macam Tok ba buat
pada kamu dari sekolah rendah hingga menengah” ujar Tan Sri Tengku Farish lagi
membuat Tengku Ryu Hazim menelan air liurnya memandang Tan Sri Tengku Farish.
Syed
Aidil Aiman, Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan Syed Afran Chong memandang Tengku
Ryu Hazim dalam keadaan pucat mukanya selepas mendengar kata-kata Tan Sri
Tengku Farish.
“
Tak. Tak nak. Cukuplah dulu sudah kena. Okay, buat Tok ba suka” ujar Tengku Ryu
Hazim mengalah sambil mengaru kepalanya. Puan Sri Kamelia menepuk dahu cucunya
suruh bertenang.
“
Abang!!” jerit Aina Syazah di kolej UM membuat Tengku Ryu Hazim tersentak.
Cepat-cepat Tengku Ryu Hazim menarik tangan Aina Syazah di hadapan
kawan-kawannya.
“
Buat apa dekat sini. Mati abang kalau Tok ba tahu” jawab Tengku Ryu Hazim
sambil memandang kiri dan kanan.
“
Kenapa? Tok ba bukannya ada dekat sini” jawab Aina Syazah selamba membuat Tengku
Ryu Hazim menunjul kepala adiknya.
“
Kau giler. Memanglah Tok ba tak ada dekat sini. Mata-mata tok ba banyak. Kang
mampus abang. Aina bukan tak kenal Tok ba macam mana. Abang rasa nak balik Korea”
ujar Tengku Ryu Hazim sambil terduduk kerusinya. Kawan-kawannya mendengar apa
yang dibualkan oleh kawannya Tengku Ryu Hazim.
“
Tahu. Aina pun dari England datang sini senyap-senyap tanpa pengetahuan papa
dan mama” ujar Aina Syazah melihat wajah abangnya muram.
“
Tension la duduk dengan Tok ba dekat sini. Nak buat tu tak boleh. Nak buat nie
tak boleh. Sampai abang pun tak tahu nak buat apa.” Jawab Tengku Ryu Hazim
tension dengan perangai Tan Sri Tengku Farish.
“
kenapa? Duduk dengan mama dan papa lagi bestkan” uji Aina Syazah mendapat
jelingan Tengku Ryu Hazim. “ Mana Mp3 kau?” soal Aina Syazah lagi.
“
Kau jangan tanya la. Habis semua gagget aku kena buang dengan Tok ba. Lattop,
Mp3, PSP.. semualah. Nasib baik aku sempat selamatkan phone ini. Kalau tak
habis semua” ujar Tengku Ryu Hazim sambil mencampak iphonenya di atas meja.
“
Kena buang? Biar betul” tanya Aina Syazah.
“
Ye Aina. Kena buang masa Tok ba datang Korea. Aku tak sempat selamatkan gagget
aku tahu. Habis semua kena campak luar. Yang Tok ba tahu, terapi.. terapi...
terapi.. naik muak aku dengan terapi tu. Kalau tak sakit tak apalah.” Jawab Tengku
Ryu Hazim membuat Aina Syazah ketawa.
“
Kau kan cucu kesayangan Tok ba. Dari dulukan kau sudah dalam kurungan Tok ba.
Hahaha habislah kau abang” usik Aina Syazah sambil ketawa.
“
Agak-agak kau nak makan kasut aku tak. Aku tension nie” adu Tengku Ryu Hazim
membuat Aina Syazah berhenti ketawa.
“
Anyway kau balik tak cuti nie?” soal Aina Syazah lagi.
“
Tengok kalau Tok ba benarkan aku balik. Aku baliklah” jawab Tengku Ryu Hazim
membuat Aina Syazah mengeluh.
“
Cuba kau tegas cikit. Cikit-cikit Tok ba. Macam mana Tok ba tak kawal ko” marah
Aina Syazah geram dengan perangai abangnya yang suka mengikut arahan Tan Sri
Tengku Farish.
“
Kau nak aku buat macam mana? Nak tegas macam mana? Kau tak kena macam aku kena
masa kecil Aina. Kau tak merasai. Kau tak merasai perangai Tok ba. Kau tak kena
Aina. Boleh la kau cakap. Yang merasai aku. Aku Aina. Aku merasai macam mana
hukuman Tok ba. Aku lebih rela ikut cakap Tok ba, Aina daripada kena hukuman
dengan Tok ba” jawab Tengku Ryu Hazim membuat Aina Syazah terdiam. Iphone Tengku
Ryu Hazim berbunyi membuat dia melihat nama Hafizudin Hakimi muncil di screen
telefonnya.
“
Kimi..” ujar Tengku Ryu Hazim lemah
“
Kau kenapa? Dekat mana?” soal Hafizudin Hakimi didengari oleh Aina Syazah, Syed
Afran Chong, Mohd Alif Ibrahim, Tengku Iskandar dan Syed Aidil Aiman apabila Tengku
Ryu Hazim membuka pembesar suara.
“
Dekat Malaysia. Aku tinggal bersama Tok ba dan Tok ma” ujar Tengku Ryu Hazim
membuat Hafizudin Hakimi terjerit.
“
Apa!!!!!!! Kau giler apa. Kau duduk dengan Tok ba. Kau nak mampus ke Zim. Sudah
lupa ke dulu. Teruk hidup kau Zim. Kau masuk lagi penjara tu lagi ker?” soal Hafizudin
Hakimi membuat Tengku Ryu Hazim mengeluh.
“
Kau nak aku buat macam mana? Dahlah Tok ba datang Korea mengejut. Aku punyalah
terkejut bila Tok ba muncul depan rumah aku. Help me. I want back Korea again “
ujar Tengku Ryu Hazim tension dengan perangai Tok banya.
“
Hazim!!!! Jangan tension sangat... kang kau sakit. Tak pasal-pasal kejar ke
hospital. Sapa sebelah kau?” soal Hafizudin Hakimi cuak memikirkan kesihatan Tengku
Ryu Hazim. Bukannya Tengku Ryu Hazim boleh tension, nanti mulalah sakitnya
naik. Kawan-kawannya terkejut mendengar kenyataan tersebut.
“
Aina.. member aku pun ada” jawab Tengku Ryu Hazim membuat Hafizudin Hakimi
tersentak.
“
Member? Sejak bila kau ada member? Aku nak berkawan dengan kau punyalah susah.
Diaorang tak kena dengan Tok ba?” soal Hafizudin Hakimi pelik apabila Tengku
Ryu Hazim sudah ada kawan apabila duduk di Malaysia.
“
Sudah. Diaorang sudah kena dengan Tok ba. Aku pun tak tahu nak cakap apa” jawab
Tengku Ryu Hazim sambil menyandar badannya membuat kawan-kawannya memandangnya.
“
Biasalah. Kau kan satu-satunya cucu Tan Sri Tengku Farish kan. Mestilah Tok ba
kau kawal dengan ketat. Tak silap aku, nama kau Tok ba kau sudah letak sebagai
pewaris utama Syarikat Maapple Corparation. Giler beb” ujar Hafizudin Hakimi
sambil ketawa membuat Tengku Ryu Hazim mengetap bibirnya.
“
Kau tak perlu gelak sangat okay. Itu aku tahulah. Sebab itu sampai semua kebebasan aku tak ada
ker? Beb agak-agaklah, aku manusia juga perlu privasi untuk sesuatu. Ko
tengoklah kawan aku berapa jerk. Harapkan kau, Edward, Aidil dan sebagainya.
Beb aku tak ada life okay. Nak berkawan dengan lebih ramai tak boleh. Aku sudah
kena sound dengan Tok ba. Dia siap cakap “ Berani kawan dengan orang tak berkedudukan,
Tok ba tarik semula” ambil kau kena sound macam itu. Naik kecut aku dengan
suara Tok ba” adu Tengku Ryu Hazim yang sememangnya tidak mempunyai ramai kawan
untuk mengadu nasib.
Tengku
Ryu Hazim ingin bangun tiba-tiba jatuh kembali membuat Aina Syazah menjerit. Syed
Aidil Aiman pun cuak melihat wajah pucat Tengku Ryu Hazim membuat keputusan
menghantarnya ke hospital.