“
Pangg..!!!!!” kau pergi. Aku tak ada cucu macam kau” marah Tan Sri Tengku
Farish berlari menuju ke hospital selepas mendapat panggilan daripada pengawal
yang menjaga keselamatan Tengku Ryu Hazim. Menangis Aina Syazah apabila atoknya
tidak mahu menerimanya.
“
Abang, Aina cucu kite juga” uajr Puan Sri Kamelia sambil memeluk Aina Syazah
menangis.
“
Bukan. Dia anak angkat saja. Bukan cucu aku. Faham!!! Sekali lagi aku tahu kau
dekat Hazim. Siap kau” marah Tan Sri Tengku Farish membuat Syed Aidil Aiman
kecut melihat kemarahan Tan Sri Tengku Farish.
“
Tan Sri, Tuan Muda sekarang sudah okay. Silalah jenguk” uajr doktor tersebut
merupakan doktor peribadi keluarga Tan Sri Tengku Farish. Mereka masuk dan
melihat wayar-wayar melilit di badan Tengku Ryu Hazim yang sedang lena tidur
akibat ubat tidur yang dikenakan oleh dirinya.
“
Macam mana keadaan Hazim” soal Tan Sri Tengku Farish sambil meramas rambut Tengku
Ryu Hazim.
“
Tuan Muda sekarang tidak kuat lagi untuk cuaca panas dan kotor Tan Sri. Bukan
dulu Tuan Muda jarang sakit? Macam mana kuman boleh berada di jantung Tuan
Muda?” soal doktor tersebut membuat Tan Sri Tengku Farish mengeluh manakala Syed
Aidil Aiman mendiamkan diri mendengar perbualan Tan Sri Tengku Farish dan
doktor tersebut.
“
ini kerana saya benarkan Zim keluar dari rumah. Dia mula belajar di UM. Sebab
itulah” jawab Tan Sri Tengku Farish membuat Puan Sri Kamelia mengeluh.
“
Saya sudah pesan kepada Tan Sri. Tuan Muda tak boleh hidu udara kotor. Dan saya
tak galakkan Tuan Muda keluar rumah. Bukan Tan Sri sudah uruskan hal itu semasa
Tuan Muda kecil lagi?” soal doktor tersebut membuat Puan Sri Kamelia terkejut.
“
Apa yang abang sembunyikan pada saya? Beritahu saya pasal Hazim sekarang” marah
Puan Sri Kamelia membuat Tan Sri Tengku Farish mengeluh.
“
Awak nak tahu kenapa saya tidak benarkan Hazim keluar rumah dari kecil” ujar Tan
Sri Tengku Farish membuat Puan Sri Kamelia mengangguk. “ Zim mengidap penyakit
jantung kotor yang boleh menyebabkan dia jatuh sakit macam ini. Sebab itu saya
tidak benarkan dia keluar rumah walaupun sesaat. Habis awak nak dia belajar
dekat UM sana. Nak saya cakap apa lagi. Bukan sengaja saya kurung dia. Saya ada
sebab kenapa perlu kurung Hazim dalam rumah. Sebab ini Lia. Sebab saya takut
Hazim akan jatuh sakit macam ini” jawab Tan Sri Tengku Farish membuat Puan Sri
Kamelia terasa lembik kakinya untuk menghimbangkan dirinya.
“
Habis macam mana abang?” soal Puan Sri Kamelia terkejut mendengar penyakit
cucunya.
“
Saya terpaksa tarik balik kebebasan Hazim. Mulai sekarang, kebebasan Hazim
ditarik balik. Vince, uruskan pembelajaran Hazim di rumah. Arahkan beberapa
lecturer mengajar Hazim di dalam rumah” arah Tan Sri Tengku Farish membuat
Vince menundukkan kepalanya sebelum melaksanakan tanggungjwabnya. Syed Aidil
Aiman terkejut mendengar berita mengenai Tengku Ryu Hazim. Dia tidak menyangka
bahawa Tengku Ryu Hazim mengidap penyakit kronik yang boleh menyebabkan
kematian.
“
Papa..” omel Tengku Ryu Hazim sebelum menyedarkan dirinya sambil memandang Tan
Sri Tengku Farish dan Puan Sri Kamelia. “ Tok ba..”
“
Shhh.. jangan cakap. Mulai hari ini, Tok ba tarik balik kebebasan kamu. Mulai
sekarang, kamu di larang untuk keluar dari rumah lagi. Faham Hazim” ujar Tan
Sri Tengku Farish membuat Tengku Ryu Hazim mengangguk mendengar kata-kata
atoknya. Tengku Ryu Hazim sebenarnya tidak larat untuk bertekak dengan atoknya
membuat dia mengeluh selepas mendengar arahan Tan Sri Tengku Farish.
“
Hazim nak balik Korea” ujar Tengku Ryu Hazim membuat Tan Sri Tengku Farish
memandang tajam ke arah cucunya.
“
Jangan mengada-ngada. Tok ba tak benarkan” jawab Tan Sri Tengku Farish membuat Tengku
Ryu Hazim mengeluh.
Selama
Tengku Ryu Hazim terkurung di rumah, Syed Aidil Aiman rajin datang lepak dekat
rumah banglo milik Tan Sri Tengku Farish. Tan Sri Tengku Farish juga sudah
mengenali keluarga Syed Aidil Aiman menyebabkan dia tidak kesah kalau kawan
cucunya mahu lepak bersama.
“
Hazim, Tok ba nak kamu jumpa tunang kamu esok” ujar Tan Sri Tengku Farish
membuat Syed Aidil Aiman dan Tengku Ryu Hazim tersembur air yang diminum
selepas mendengar kata-kata Tan Sri Tengku Farish.
“
Tunang???” ujar Tengku Ryu Hazim terkejut. Sumpah dia terkejut dengan keputusan
Tan Sri Tengku Farish.
“
Ya tunang kamu. Lagipun umur kamu sudah 25 years old. Sesuai untuk kahwin” ujar
Tan Sri Tengku Farish tegas walaupun dia sudah memberi kebebasan kepada cucunya
selepas Tengku Ryu Hazim mengambil alih syarikatnya.
“
Tapi “
“
Tak ada tapi.. tapi.. wajib datang tengok tunang kamu. Esok dekat butik
pengantin jalan omar” Tan Sri Tengku Farish memotong kata-kata Tengku Ryu Hazim
membuat dirinya mengangguk. Syed Aidil Aiman tersengih apabila kawannya sudah
ditetapkan jodoh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.