Wednesday, June 26, 2013

kelebihan hubungan sahabat

Ramai dikalangan rakan-rakan kita yang sering salah faham dan melupakan sahabat karibnya apabila dirinya diketemukan dengan kekasih idaman hati, sedangkan mereka tidak tahu peranan sahabat karibnya berbanding dengan kekasihnya sendiri. Mana tidaknya sebelum kita bertemu dengan jodoh yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kita mungkin kerap bersama-sama dengan sahabat karib dalam apa juga keadaan seperti bergembira bersedih dan susah senang bersama -sama. Tetapi dalam sekelip mata segalanya berubah bagaikan “Ombak memukul pantai” ataupun “Kacang melupakan kulit” disebabkan kasih dan sayangnya kepada kekasih yang baru membina hubungan cinta.


4 kelebihan peranan sahabat karib yang benar-benar jujur, ikhlas kepada diri berbanding kekasih hati kita:-
  • Sahabat karib akan membantu diri kita dalam apa jua keadaan sekali pun walaupun terpaksamengadaikan nyawanya sendiri – kekasih hati kita bagaimana?
  • Sahabat karib juga akan membantu diri kita mencapai sesuatu kejayaan didunia dan akhirat tanpa mengira penat atau lelah yang mereka hadapi – kekasih hati kita macam mana?
  • Sahabat karib sanggup memberi perlindungan tanpa mengira tempat dan waktu – kekasih hati kita pula? Boleh ker?
  • Sahabat karib sanggup mengalah kepada kita dalam pertengkaran semata-mata ingin menjaga hubungan baik supaya tidak berpecah-belah – kekasih kita sanggup ker?
Semoga dengan perkongsian yang tidak sehebat mana ini jika dibandingkan dengan pengetahuan yang di miliki Allah s.w.t seluas lautan biru tetapi cukup sekadar berkongsi untuk saya memartabatkan cinta dikaca mata masyarakat.

p/s : yana adyana
Apa pandangan anda dengan tip Kehebatan Hubungan Sahabat Karib Berbanding Kekasih. Sekiranya anda mempunyai pandangan yang berbeza atau ingin menilai tambah boleh berikan pada ruangan komen dibawah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.