“
Zim..” panggil seseorang membuat Ryu Hazim berhenti bermain piano dan melihat
sepupunya berada di depan mata membuat dia bangun dan memeluk sepupunya.
“
Bila sampai?” soal Ryu Hazim membuat sepupunya ketawa.
“
Baru saja. Asal muka kau makin pucat nie?” soal Zaquan membuat Ryu Hazim
tergelak.
“
Kau nampak muka aku, ada saja aduan. Tak pernah berubah la kau Quan” bebel Ryu
Hazim membuat Zaquan tergelak. Vince dan Hafiz yang mengetahui sebab sebenar
muka Tuan Mudanya pucat mendiamkan diri.
“
Sakit kau macam mana?” soal Zaquan membuat Ryu Hazim menjungkitkan bahunya.
“
Seperti biasa Quan. Macam inilah keadaan aku” ujar Ryu Hazim sambil tersenyum.
“
Kau tak makan ubat ke Hazim. Dari kecil lagikan kau sakit. Tak silap aku masa
kau umur 15 tahun, sakit kau makin kurang, kenapa makin teruk nie Zim?” soal Zaquan
sambil merasai dahi Ryu Hazim yang panas.
“
Entah Quan, mybe badan aku tak dapat tampung lagi kot. Sebab itu sakit saja”
ujar Ryu Hazim sambil meletakkan kepalaya disofa. Sejak kecil lagi, Ryu Hazim mempunyai penyakit
yang serius menyebabkan papa dan mamanya menyekat kebebasannya untuk memastikan
keselamatannya terjamin.
“
Vince...” ujar Ryu Hazim duduk disebelah Vince yang terkejut melihat kemunculan
Ryu Hazim. Hafiz memerhatikan Ryu Hazim yang selamba duduk di sebelah Tuannya. Vince
terbangun apabila Ryu Hazim disebelahnya membuat dirinya mengeluh.
“
Sayang.. buat apa dekat situ. Masuk. Nanti kamu sakit” jerit Puan Maria di koridor biliknya melihat
Ryu Hazim duduk di laman rumahnya bersama pengawal-pengawalnya. Ryu
Hazim memandang atas melihat mamanya sedang siap-siap untuk keluar menguruskan
sesuatu.
“
Huh!!!” keluh Ryu Hazim membuat dirinya memandang langit. Kelakuan Ryu Hazim
diperhatiakn oleh Hafiz yang berada dihadapannya. “ Kenapa kau sakit Zim. Dari
dulu hingga sekarang, sakit saja kau memanjangkan.” Omel Ryu Hazim sendiri.
Ibubapanya
okay lagi membenarkan dirinya duduk di laman rumahnya. Tok ma dan tok ba belah
papanya lagi tegas terhadapnya sejak dia dilahirkan dalam keluarga Tan Sri
Tengku Ryuzaki.
“ Hazim.” Ujar seseorang membuat Ryu
Hazim terus memandang dan terbangun melihat Tok Ma dan Tok Ba dia berada di
laman rumahnya. Pucat mukanya memandang atok-atoknya yang tiba-tiba datang ke
rumahnya. Hafiz pelik melihat muka Ryu Hazim tiba-tiba bertukar menjadi pucat
melihat dua orang tua di kawasan rumah majikannya itu.
“
Tok Ba, Tok Ma” ujar Ryu Hazim gagap memandang atoknya berada dirumahnya.
“
What are you doing here” ujar Tan Sri Farish tegas terhadap cucunya. Tan Sri
Farish sememangnya tegas dengan satu-satunya cucu yang dia ada selepas anaknya Tan
Sri Tengku Ryuzaki berkahwin
bersama pilihan hatinya menyebabkan cucunya mempunyai sakit yang serius.
“ Ha... ha...” gagap Ryu
Hazim selepas mendengar suara atoknya sambil menundukkan kepalanya.
“
Ha... apa? Lupa tok ba pesan apa” ujar tegas membuat Ryu Hazim berasa lagi
kecut untuk memandang tok banya yang sedang marah. “ Masuk!!!” tegas Tan Sri
Farish membuat Ryu Hazim mengangguk kepalanya selepas Tan Sri Farish dan Puan
Sri Kamelia masuk kedalam rumah anaknya. Tan Sri Farish dan Puan Sri Kamelia
tidak menyukai anak angkat yang dijaga oleh Puan Sri Maria dan Tan Sri Tengku Ryuzaki bela selepas Puan Sri Maria
tidak dapat mengandung lagi selepas Ryu Hazim keluar. Sejak itu,
kelakuan Ryu Hazim dijaga rapi dan dia sangat tegas dengan cucunya.
“
Tolong Tok ba, jangan buat Hazim macam ini” rayu Ryu Hazim apabila Tan Sri
Farish merampas semua Ipodnya dan Mp3nya. Sudahlah dirinya terkurung di dalam
rumah ini, semua barang miliknya semua dirampas oleh Tan Sri Farish. Ryu Hazim
rasa nak menangis melihat semua barang miliknya dirampas oleh Tan Sri Farish. Ryu
Hazim memandang Puan Sri Maria
supaya menolongnya tetapi mamanya diam tanpa tanda-tanda membantunya.
“ No. Tok ba tak benarkan” ujar tegas Tan
Sri Farish memandang wajah cucunya yang sedang merayu supaya tidak merampas
barang miliknya.
“
Tolong Tok ba. Jangan rampas barang Hazim. Hazim dengar cakap Tok ba. Janji Tok
ba jangan ambil barang Hazim. Tolong Tok ba. Mama tolong Hazim” ujar Ryu Hazim
sambil rayu dihadapan Tan Sri Farish yang memandangnya tajam.
“
Ba, jangan rampas barang Hazim tu.” Sampuk Tan Sri Tengku Ryuzaki kesian melihat anaknya
merayu-rayu dengan atoknya membuat Tan Sri Farish memandang Tan Sri
Tengku Ryuzaki tajam. Tan
Sri Tengku Ryuzaki sendiri takut
dengan Tan Sri Farish terus terdiam apabila Tan Sri Farish melihatnya
tajam.
“
Keputusan Tok Ba tetap. Vince, buang barang ini.” Arah Tan Sri Farish membuat Ryu
Hazim terduduk sambil memerhatikan Vince membawa kotak yang penuh isi Ipod,
Mp3, phone dan lattopnya di angkat oleh Vince keluar.
“
Mulai sekarang, jangan kamu belikan apa-apa gagget untuk Hazim. Faham.” Uajr
tegas Tan Sri Farish kepada Tan Sri Tengku Ryuzaki dan Puan Sri Maria. Tertelan air liurnya memandang ayah dan bapa
mertuanya lalu mengangguk kepalanya. “ Macam mana nak baik, kalau kamu manjakan
Hazim dengan gagget” tegas Tan Sri Farish sebelum dia menghilangkan diri
masuk ke biliknya. Puan Sri Kamelia memandang sayu terhadap satu-satunya
cucunya yang terduduk dengan muka sedih apabila semua gaggetnya dibuang.
“
Sabar sayang” pujuk Puan Sri Kamelia sambil memeluk cucunya yang terduduk di
ruang tamu tersebut.
“ Tapi Tok ma. Hazim...”
“
Shhh... jangan cakap lagi. Tok Ba kamu bukannya betul orangnya. Semua wajib
dengan cakap dia. Nanti Tok ma try cakap dengan Tok ba kamu ya” pujuk Puan Sri
Kamelia membuat Ryu Hazim mengangguk kepalanya. Hafiz kesian melihat Tuan
Mudanya apabila mengetahui kehidupan sebenar Ryu Hazim yang tersekat dalam
sangkar emas yang dicipta oleh Tuan Besarnya Tan Sri Farish.
“
Kamu nak ke mana” tanya Tan Sri Farish tegas apabila melihat Ryu Hazim hendak
melangkah keluar ke koridor rumahnya membuat cucunya terpaku dihadapan pintu. “
Masuk” uajrnya lagi membuat Ryu Hazim menelan air liurnya lalu beredar menaiki
tangga menuju ke biliknya. Hafiz perasan Ryu Hazim memandang luar dengan
tingkap biliknya yang sudah bergrill di luar untuk mengelakkan Ryu Hazim
melarikan diri.
Cara
pandangan Ryu Hazim memerhatikan dirinya dan Vince yang sedang duduk diluar
sayu. Satu pandangan sayu dan sedih apabila terperangakp dalam sebuah rumah
besar ibarat istana tanpa membolehkan dirinya keluar dari sangkar emas yang
dicipta oleh Tan Sri Farish.