“
Apa maksud Puan, Sir?” soal Hafiz kepada Vince selepas mendengar perbualan
majikannya.
“
Tuan Muda dari kecil sudah ada sakit Hafiz. Sebab itu saya menjaga Tuan Muda
dengan tegas untuk memastikan dia tidak jatuh sakit” jawab Vince membuat Hafiz
memandang ke arah Ryu Hazim yang sedang mengeliat di koridor rumahnya sambil
mendengar Ipod melalui earphonenya sambil memandang bukit dibelakang rumahnya.
“
Puan tak cari iktibar ke Sir untuk mengubati penyakit Tuan Muda?” soal Hafiz
membuat Vince mengeluh.
“
Sudah puas Fiz. Sejak kecil lagi, Tuan dan Puan mencari ubat untuk kesihatan
Tuan Muda tetapi semua tidak menjadi. Kebelakangan ini, Tuan Muda selalu kena
sakit. Itu yang membimbangkan Tuan dan Puan” jawab Vince tanpa melarikan
pandangan matanya ke arah Ryu Hazim yang
sedang menyanyi di koridor tersebut. Hafiz memandang sayu ke arah Ryu Hazim
apabila mengetahui cerita sebenar dibalik keceriaan Ryu Hazim.
“
Pang......” bunyi jatuh Ipod yang dipegang oleh Ryu Hazim yang sedang
tersungkur di lantai sambil memegang kepalanya.
“
Tuan Muda!!!!!” jerit Vince yang sudah risau dengan keadaan Ryu Hazim yang
sedang memegang kepalanya. Berlari Vince dan Hafiz ke tempat Ryu Hazim dan
terkejut melihat darah keluar banyak dari hidungnya.
“
I okay” nafi Ryu Hazim sambil mengesat darah yang keluar dari hidungnya.
Tiba-tiba kepalanya sakit menyebabkan dirinya hilang pertimbangan menyebabkan
dia tersungkur di laman koridor tersebut.
“
Tapi Tuan Muda”
“
I okay Vince. Please jangan cakap dengan mama, papa pasal ini” ujar Ryu Hazim
sambil mengesat darahnya di hidung sambil memandang Vince. Dengan serba salah Vince
mengangguk kepalanya apabila melihat keadaan Ryu Hazim teruk di matanya. Ryu
Hazim berkerut dahinya menahan sakit yang melampau kebelakangan ini.
“
Ya Allah abang..!!!!!!” jerit Aina Hazirah kebetulan baru balik dari keluar
melihat abangnya tergesa-gesa membersihkan darah di hidungnya. Aina Hazirah
berlari ke arah abangnya untuk menolong.
“
Abang, keadaan kau sudah teruk. Kita pergi hospital” pujuk Aina Hazirah membuat
Ryu Hazim mengeleng kepalanya sambil mendongak kepalanya dan dituam ais
dimukanya untuk membehentikan darah keluar dari hidung abangnya.
“
Jangan beritahu papa, mama. Please Aina” pujuk Ryu Hazim sambil memandang Aina
Hazirah.
“
Tapi abang.... kau sakit nie”
“
Aku tak apa-apa Ina. Please promise me” ujar Ryu Hazim membuat Aina Hazirah
mengangguk kepalanya. Ryu Hazim mengabiskan masanya di rumah dengan melakukan
aktiviti yang dia sukai semenjak dia menjadi penghuni tetap dalam Villa
tersebut. Kedengaran bunyi piano yang dimain oleh Ryu Hazim selalu kedengaran
oleh ahli penghuni Villa tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.