Saturday, August 18, 2012

memory~

kalau korang nak tahu, accually zaman persekolahan lagi best daripada zaman kerja ini. betul tak apa yang saya cakap ini. mesti korang setuju. korang mesti rindu kan nak balik pada zaman kanak-kanak. sini saya nak menceritakan zaman persekolahan saya. zaman persekolahan saya memang seronok kerana ramai kawan-kawan lama. gambar di atas merupakan bilik darjah saya masa form 5. itulah layout dalam kelas kiteowang. dalam kelas itu terdapat 10 orang melayu dan selebihnya adalah cina. dulu saya sekolah yang mejoritinya ramai cina. sebab itu tak peliklah kalau saya mempunyai kawan lebih ramai cina. betul tak? heheehhee dalam kelas tersebutlah banyak memory yang tidak dapat saya lupakan untuk selamanya.. kelas kiteowang merupakan kelas sains. tapi kelas kiteorang merupakan kelas yang ketiga daripada 4 kelas sains. kelas ketiga saya melayunya cuma 10 orang saja dalam 1 kelas. pelikkan tapi itulah kenyataan. banyak-banyak kelas, kelas kiteoranglah merupakan kelas yang aman damai kerana 1 kelas kiteorang bergaul tanpa memikirkan perbezaan budaya. pelikkan. kelas-kelas lain biasanya berkelompok antara laki dan pompuan, cina dan melayu. tetapi bagi kelas kitaorang tidak memikirkan itu. kiteorang duduk ikut suka saja kerana bagi kiteorang semua itu tak penting, yang penting adat berkawan. zaman sekarang sangat susah hendak mencari kawan yang betul-betul kawan kerana sekarang merupakan lebih banyak musuh daripada kawan. oleh itu, itulah memory yang tak dapat saya lupakan sampai sekarang. korang nak tengok wajah2 budak-budak kelas saya dlu. jap saya upload... :



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.