Wednesday, August 29, 2012

Hazim ( bab 7)


“ Zim..” panggil seseorang membuat Ryu Hazim berhenti bermain piano dan melihat sepupunya berada di depan mata membuat dia bangun dan memeluk sepupunya.
“ Bila sampai?” soal Ryu Hazim membuat sepupunya ketawa.
“ Baru saja. Asal muka kau makin pucat nie?” soal Zaquan membuat Ryu Hazim tergelak.
“ Kau nampak muka aku, ada saja aduan. Tak pernah berubah la kau Quan” bebel Ryu Hazim membuat Zaquan tergelak. Vince dan Hafiz yang mengetahui sebab sebenar muka Tuan Mudanya pucat mendiamkan diri.
“ Sakit kau macam mana?” soal Zaquan membuat Ryu Hazim menjungkitkan bahunya.
“ Seperti biasa Quan. Macam inilah keadaan aku” ujar Ryu Hazim sambil tersenyum.
“ Kau tak makan ubat ke Hazim. Dari kecil lagikan kau sakit. Tak silap aku masa kau umur 15 tahun, sakit kau makin kurang, kenapa makin teruk nie Zim?” soal Zaquan sambil merasai dahi Ryu Hazim yang panas.
“ Entah Quan, mybe badan aku tak dapat tampung lagi kot. Sebab itu sakit saja” ujar Ryu Hazim sambil meletakkan kepalaya disofa. Sejak kecil lagi, Ryu Hazim mempunyai penyakit yang serius menyebabkan papa dan mamanya menyekat kebebasannya untuk memastikan keselamatannya terjamin.


“ Vince...” ujar Ryu Hazim duduk disebelah Vince yang terkejut melihat kemunculan Ryu Hazim. Hafiz memerhatikan Ryu Hazim yang selamba duduk di sebelah Tuannya. Vince terbangun apabila Ryu Hazim disebelahnya membuat dirinya mengeluh.
“ Sayang.. buat apa dekat situ. Masuk. Nanti kamu sakit” jerit Puan Maria di koridor biliknya melihat Ryu Hazim duduk di laman rumahnya bersama pengawal-pengawalnya. Ryu Hazim memandang atas melihat mamanya sedang siap-siap untuk keluar menguruskan sesuatu.
“ Huh!!!” keluh Ryu Hazim membuat dirinya memandang langit. Kelakuan Ryu Hazim diperhatiakn oleh Hafiz yang berada dihadapannya. “ Kenapa kau sakit Zim. Dari dulu hingga sekarang, sakit saja kau memanjangkan.” Omel Ryu Hazim sendiri.
Ibubapanya okay lagi membenarkan dirinya duduk di laman rumahnya. Tok ma dan tok ba belah papanya lagi tegas terhadapnya sejak dia dilahirkan dalam keluarga Tan Sri Tengku Ryuzaki.
“ Hazim.” Ujar seseorang membuat Ryu Hazim terus memandang dan terbangun melihat Tok Ma dan Tok Ba dia berada di laman rumahnya. Pucat mukanya memandang atok-atoknya yang tiba-tiba datang ke rumahnya. Hafiz pelik melihat muka Ryu Hazim tiba-tiba bertukar menjadi pucat melihat dua orang tua di kawasan rumah majikannya itu.
“ Tok Ba, Tok Ma” ujar Ryu Hazim gagap memandang atoknya berada dirumahnya.
“ What are you doing here” ujar Tan Sri Farish tegas terhadap cucunya. Tan Sri Farish sememangnya tegas dengan satu-satunya cucu yang dia ada selepas anaknya Tan Sri Tengku Ryuzaki berkahwin bersama pilihan hatinya menyebabkan cucunya mempunyai sakit yang serius.
“ Ha... ha...” gagap Ryu Hazim selepas mendengar suara atoknya sambil menundukkan kepalanya.
“ Ha... apa? Lupa tok ba pesan apa” ujar tegas membuat Ryu Hazim berasa lagi kecut untuk memandang tok banya yang sedang marah. “ Masuk!!!” tegas Tan Sri Farish membuat Ryu Hazim mengangguk kepalanya selepas Tan Sri Farish dan Puan Sri Kamelia masuk kedalam rumah anaknya. Tan Sri Farish dan Puan Sri Kamelia tidak menyukai anak angkat yang dijaga oleh Puan Sri Maria dan Tan Sri Tengku Ryuzaki bela selepas Puan Sri Maria tidak dapat mengandung lagi selepas Ryu Hazim keluar. Sejak itu, kelakuan Ryu Hazim dijaga rapi dan dia sangat tegas dengan cucunya.

“ Tolong Tok ba, jangan buat Hazim macam ini” rayu Ryu Hazim apabila Tan Sri Farish merampas semua Ipodnya dan Mp3nya. Sudahlah dirinya terkurung di dalam rumah ini, semua barang miliknya semua dirampas oleh Tan Sri Farish. Ryu Hazim rasa nak menangis melihat semua barang miliknya dirampas oleh Tan Sri Farish. Ryu Hazim memandang Puan Sri Maria supaya menolongnya tetapi mamanya diam tanpa tanda-tanda membantunya.
“ No. Tok ba tak benarkan” ujar tegas Tan Sri Farish memandang wajah cucunya yang sedang merayu supaya tidak merampas barang miliknya.
“ Tolong Tok ba. Jangan rampas barang Hazim. Hazim dengar cakap Tok ba. Janji Tok ba jangan ambil barang Hazim. Tolong Tok ba. Mama tolong Hazim” ujar Ryu Hazim sambil rayu dihadapan Tan Sri Farish yang memandangnya tajam.
“ Ba, jangan rampas barang Hazim tu.” Sampuk Tan Sri Tengku Ryuzaki kesian melihat anaknya merayu-rayu dengan atoknya membuat Tan Sri Farish memandang Tan Sri Tengku Ryuzaki tajam. Tan Sri Tengku Ryuzaki sendiri takut dengan Tan Sri Farish terus terdiam apabila Tan Sri Farish melihatnya tajam.
“ Keputusan Tok Ba tetap. Vince, buang barang ini.” Arah Tan Sri Farish membuat Ryu Hazim terduduk sambil memerhatikan Vince membawa kotak yang penuh isi Ipod, Mp3, phone dan lattopnya di angkat oleh Vince keluar.
“ Mulai sekarang, jangan kamu belikan apa-apa gagget untuk Hazim. Faham.” Uajr tegas Tan Sri Farish kepada Tan Sri Tengku Ryuzaki dan Puan Sri Maria. Tertelan air liurnya memandang ayah dan bapa mertuanya lalu mengangguk kepalanya. “ Macam mana nak baik, kalau kamu manjakan Hazim dengan gagget” tegas Tan Sri Farish sebelum dia menghilangkan diri masuk ke biliknya. Puan Sri Kamelia memandang sayu terhadap satu-satunya cucunya yang terduduk dengan muka sedih apabila semua gaggetnya dibuang.
“ Sabar sayang” pujuk Puan Sri Kamelia sambil memeluk cucunya yang terduduk di ruang tamu tersebut.
 “ Tapi Tok ma. Hazim...”
“ Shhh... jangan cakap lagi. Tok Ba kamu bukannya betul orangnya. Semua wajib dengan cakap dia. Nanti Tok ma try cakap dengan Tok ba kamu ya” pujuk Puan Sri Kamelia membuat Ryu Hazim mengangguk kepalanya. Hafiz kesian melihat Tuan Mudanya apabila mengetahui kehidupan sebenar Ryu Hazim yang tersekat dalam sangkar emas yang dicipta oleh Tuan Besarnya Tan Sri Farish.
“ Kamu nak ke mana” tanya Tan Sri Farish tegas apabila melihat Ryu Hazim hendak melangkah keluar ke koridor rumahnya membuat cucunya terpaku dihadapan pintu. “ Masuk” uajrnya lagi membuat Ryu Hazim menelan air liurnya lalu beredar menaiki tangga menuju ke biliknya. Hafiz perasan Ryu Hazim memandang luar dengan tingkap biliknya yang sudah bergrill di luar untuk mengelakkan Ryu Hazim melarikan diri.
Cara pandangan Ryu Hazim memerhatikan dirinya dan Vince yang sedang duduk diluar sayu. Satu pandangan sayu dan sedih apabila terperangakp dalam sebuah rumah besar ibarat istana tanpa membolehkan dirinya keluar dari sangkar emas yang dicipta oleh Tan Sri Farish.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.