Friday, August 10, 2012

Hazim (bab 3)


“ Ala please Akim. Benarkan aku keluar. 1 hari saja” pujuk Ryu Hazim mengikuti Doktor Akim sehingga di hadapan kaunter hospital tersebut.
“ Kau sedar tak, kau sakit sekarang nie. Aku tak benarkan” bantah Doktor Akim membuat Ryu Hazim mengetap bibirnya.
“ Benarkan aku keluar Akim. Tinggal beberapa bulan untuk aku hidup. Please Akim. Aku tak nak meninggalkan semua ini sebelum aku melakukan apa yang aku nak. Kau sendiri tahu keputusannya Akim dan aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab kau merahsiakan hal ini daripada papa” jerit Ryu Hazim membuat Doktor Akim terbehenti.
“ Sebab itu aku tak benarkan kau keluar. Nanti kau sakit dekat luar, siapa susah. No” ujar Doktor Akim yang membelakangkan Ryu Hazim ketika bercakap membuat Ryu Hazim mengeluh.
“ Please Akim. Benarkan aku keluar kali ini saja. Aku ada hal perlu diuruskan.” Pujuk Ryu Hazim membuat Doktor Akim mengeluh.
“ Kenapa kau degil sangat hah Hazim. Tak boleh ke kau duduk diam dalam hospital ini. Kau sakit Hazim. Kanser Otak bukannya boleh buat main-main Hazim. Silap hari bulan kau boleh mati tepi jalan” marah Doktor Akim dengan sikap kawan baiknya yang dia kenal sejak zaman sekolah lagi.
“ Sebab aku ada kanser la nie, aku minta kebenaran kau untuk keluar. Aku perlu uruskan sesuatu sebelum terlambat dan biar aku merasai semua aktiviti yang aku nak selama ini tak pernah aku dapat buat Akim. Kau tahukan kehidupan aku masa kecil lagi. Selalu dijaga rapi oleh pengawal upahan papa aku sehingga menyekat kebebasan aku. Please Akim. I beg you” ujar Ryu Hazim membuat Doktor Akim geram.
“ No... my answer no. Kau faham tak. Aku lebih risaukan kesihatan kau Hazim.” Marah Doktor Akim membuat Nurse Iza dan nurse-nurse lain terpaku apabila mendengar perbualan mereka.
“ Aku bosan Akim kalau macam ini. Sejak kecil lagi aku sudah berada dalam hospital ini. Bosan kau tahu. Setiap tahun aku mesti duduk dalam hospital ini. Dari kecil sampai besar, itu saja rutin aku. Bosan tahu tak. Now i’m stuck again in this hospital. I’m tried Hafizudin Hakimi. My life always be control with my parent Akim. Tolonglah Akim. Aku perlu keluar dari hospital ini juga” rayu Ryu Hazim membuat Doktor Akim mengeluh.
“ Baik. Aku benarkan tetapi dengan satu syarat. Kau mesti keluar dengan aku” Doktor Akim mengalah dengan Ryu Hazim membuat dirinya tersenyum.
“ Thank my friend. Okay but don’t tell to my parent okay. Kang mampus aku” ujar Ryu Hazim sambil ketawa.
“ Tahu takut.” Ujar Doktor Akim sambil ketawa.
“ Giler kau tak takut. Kau ingat En. Ryuzaki dan Puan Maria tu boleh baca pemikiran diaorang. Aku anak diaorang pun tak dapat baca fikiran mama dan papa aku. Kang ada pula keluar arahan yang tak pernah aku fikir” bela Ryu Hazim membuat Doktor Akim ketawa.
“ Sudah, pergi tukar baju sana. Tunggu aku dekat sini” arah Doktor Akim membuat Ryu Hazim tersenyum lebar kearah kawannya.

“ Iza, kalau Hafiz tanya saya mana? Cakap saya pergi buat pemeriksaan” arah Ryu Hazim kepada Nurse Iza sementara menunggu Hafizudin Hakimi muncul dirinya. Nurse Iza mengangguk kepalanya melihat pemuda dihadapnnya dengan pandangan sayu. Dia mendengar perbualan Ryu Hazim dan Doktor Akim tadi mengenai sakit Ryu Hazim yang selama ini dia tidak pernah menyangka dia kena sakit kanser otak.
“ jom” ajak Hafizudin Hakimi yang sempoi memakai tshirt bersama seluar jeannya.
“ Aku drive. Sudah lama tak bawa kereta nie” ujar Ryu Hazim membuat Hafizudin Hakimi ketawa lalu menyerahkan kunci keretanya beriringan keluar bersama Ryu Hazim.


“ Iza ambil ubat cepat” jerit Hafizudin Hakimi sambil memapah Ryu Hazim yang sedang sakit kepalanya lalu didudukkan di kerusi yang ditempatkan di depan kaunter hospital tersebut.
“ Doktor” ujar Nurse Iza menyerahkan ubat tersebut lalu menyuntik ke lengan Ryu Hazim yang sedang berkerut dahinya menahan sakit lalu hidungnya keluar darah membuat Hafizudin Hakimi mendongakkan kepala Ryu Hazim ke atas.
“ Kau okay tak Hazim” tanya Doktor Akim sambil mendongak kepala Ryu Hazim ke atas.
“ Aku okay. Thankz bawa aku keluar hari ini. Dapat juga aku melakukan aktiviti selama  ini aku teringin nak buat” jawab Ryu Hazim membuat Hafizudin Hakimi mengangguk.
“ No hal. Sekarang kau jangan lasak sangat Hazim. Makin teruk aku tengok nie.” Bebel Hafizudin Hakimi membuat Ryu Hazim ketawa.
“ don’t worry i’m okay.” Ujar Ryu Hazim sambil menepuk paha milik Hafizudin Hakimi.
“ TENGKU RYU HAZIM TAN SRI TENGKU RYUZAKI, where are you going?” marah Puan Maria siap menyebut nama penuh Ryu Hazim. Hafizudin Hakimi, Nurse Iza dan Ryu Hazim terkejut terus terbangun apabila melihat Puan Maria bercekak pinggangnya 500meter di hadapan mereka bersama beberapa pengawal peribadi membuat mereka menundukkan kepalanya termasuk Ryu Hazim.
“ Errr mama... Ha.. Hazim.. Hazim..” gagap Ryu Hazim yang kecut melihat muka merah Puan Maria memandangnya tajam.
“ Berapa kali mama pesan” marah Puan Maria mengunung apabila mengetahui anak tunggalnya keluar dari hospital tanpa kebenarannya. Ryu Hazim mendiamkan dirinya sambil menunduk kepalanya walaupun kepalanya sedang berdenyut kerana dia tidak berani untuk melihat muka Puan Maria yang sedang marah. “ Dan kamu juga Akim. Kan aunty sudah pesan, jangan benarkan Hazim keluar. Aunty tahu kamu kawan baik Hazim, tak bermaksud kamu dibenarkan membawa Hazim keluar tanpa kebenaran Aunty”
“ Maaf Aunty, ini salah Akim” ujar Hafizudin Hakimi sambil menundukkan kepalanya kerana tidak berani menaikkan kepalanya mengadap Puan Maria dihadapannya.
“ Sudah. Hafiz, bawa Hazim masuk. Mulai hari ini, kamu tak dibenarkan keluar dari wad kamu lagi. Faham!!!” arah Puan Maria membuat Ryu Hazim kecut perutnya mendengar arahan Puan Maria.
“ Faham mama. I’m sorry” alah Ryu Hazim lalu mengikuti Hafiz menuju ke wadnya dengan laju tanpa melihat muka Puan Maria yang memerhatikan bayangan Ryu Hazim menuju ke wadnya.
“ Kau dan kau, jaga Hazim dekat sini. Pastikan dia tak keluar lagi. Faham” arah Puan Maria kepada pengawalnya sebelum beredar keluar dari hospital tersebut. Hafizudin Hakimi mengeluh lega apabila Puan Maria beredar membuat dirinya berlari menuju ke wad Ryu Hazim dengan cepat. Nurse Iza mengikuti Hafizudin Hakimi memasuki wad persendirian Ryu Hazim.
“ Kecut perut aku apabila mendengar suara mama kau” ujar Hafizudin Hakimi dalam masa yang sama, dia memeriksa Ryu Hazim yang sudah baring di katilnya.
“ Itu baru kau kenal mama aku. Kau belum melihat papa aku lagi. Itu lagi kecut perut aku. Mama aku sudah pergi?” soal Ryu Hazim membuat Hafizudin Hakimi mengangguk. “ Fuhhh selamat. Nak tercabut nyawa aku apabila dengar mama aku sebut nama penuh aku. Tak sangka pula mama aku ada dekat sini”
“ Lepas ini susah kau nak keluar dari bilik ini. Mama arahkan pengawal dia untuk menjaga kau” ujar Hafizudin Hakimi membuat kepala Ryu Hazim mengadap Hafizudin Hakimi meminta kepastian.
“ Whattt!!!!! Mampus aku” ujar Ryu Hazim yang tidak menyangka pengawal mamanya akan menjaganya. Bukannya dia tak tahu perangai pengawal mamanya. Sentiasa mengikut arahan mamanya sehingga mengawal dirinya dengan ketat. Pernah sekali dia cuba melepaskan diri dari pengawal mamanya tetapi tidak berjaya kerana pengawal mamanya sangat gagah dan perkasa mengalah dirinya walaupun dia selalu pergi gym membentuk badannya.

Hafizudin Hakimi memasuki wad Ryu Hazim melihat kawannya sedang bermain game PSP disamping beberapa pengawal di kawasan wad tersebut memerhatikan gerak geri Ryu Hazim yang sedang leka bermain gamenya.
“ Mama kau keluarkan arahan untuk memindahkan kau ke rumah. Kau akan dirawat di rumah” ujar Hafizudin Hakimi membuat Ryu Hazim membulatkan matanya terkejut.
“ Whatt!!!!!” jerit Ryu Hazim terkejut menyebabkan gamenya mati kena tembak dengan hantu lain.
“ Sorry. Mama kau yang arahkan macam itu” ujar Hafizudin Hakimi membuat Ryu Hazim mengeluh.
“ It’s okay.sudah kena balik, nak buat macam mana lagi. Balik sajalah” ujar Ryu Hazim melompat turun katil untuk menukar bajunya sementara pengawalnya yang lain menunggu dirinya. Ryu Hazim keluar dengan tshirt serta jean keluar dari wadnya bersama Hafizudin Hakimi sementara belakangnya ada beberapa pengawal mengikuti mereka.
“ Hazim, sudah nak balik” tanya Nurse Iza membuat Ryu Hazim mengangguk.
“ Mama sudah keluarkan arahan. Terpaksalah.” Jawab Ryu Hazim membuat Nurse Iza tersengih.
Ryu Hazim memboloskan dirinya masuk ke dalam kereta BMW metelik yang menjemputnya lalu meluncur pergi meninggalkan hospital tersebut. Ryu Hazim mengeluh apabila memikirkan dirinya tersekat dengan arahan Puan Maria dan En. Ryuzaki sehinggakan kebebasan dirinya bukannya milik mutlak dia. Semua pergerakkan dan kebebasan dirinya berdasarkan Puan Maria dan En. Ryuzaki.
“ Please stop here. I want see that” ujar Ryu Hazim melihat ada sebuah kedai yang menarik perhatiannya.
“ I’m sorry Tuan Muda. Puan tidak benarkan Tuan Muda memasuki kedai tersebut. Kita akan terus balik” jawab pengawal peribadi milik mamanya membuat Ryu Hazim mengeluh.
“ Please. Kali ini saja. Saya teringin hendak masuk kedai itu” pujuk Ryu Hazim sambil memerhatikan suasana kedai tersebut meriah di balik cermin hitam kereta BMW Metelik tersebut.
“ Maaf Tuan Muda. Saya tak dapat tunaikan. Kita akan terus balik. Tuan Muda tak dibenarkan pergi ke kedai bawah kelas. Kedai yang bukan setaraf dengan Tuan Muda” jawab pengawal tersebut menyebabkan kepala Ryu Hazim memandang pengawal tersebut.
“ Tapi saya teringin nak masuk.” Bantah Ryu Hazim yang seboleh-boleh hendak pergi kedai tersebut. Pengawal tersebut membuat tindakkan mengunci pintu kereta tersebut membuat Ryu Hazim tergamam dengan kelakuan pengawal tersebut. Dia tersekat di dalam kereta tersebut apabila pintu kereta tersebut dikunci oleh pengawal peribadi milik mamanya yang tidak membenarkan dirinya keluar menuju ke kedai tersebut. Ryu Hazim memandang sayu ke arah kedai tersebut kerana dia sememangnya teringin hendak masuk ke dalam kedai tersebut.
Hafiz memerhatikan saja kelakuan Ryu Hazim yang memandang ke arah kedai tersebut yang Tuan Mudanya teringin pergi dan memandang pengawal yang berada dihadapannya sangat tegas semasa melaksanakan tugas untuk memastikan keselamatan Tuan Mudanya terjamin. Dia hendak buat demikian tetapi tidak sampai hati apabila melihat muka Ryu Hazim berubah sambil memerhatikan kedai tersebut.
Hafiz tahu bukan senang untuk menjadi anak kepada orang kaya yang lebih mementingkan statusnya sampai sanggup menyekat kebebasan anaknya sebagai contoh Tuan Mudanya sekarang. Tuan Mudanya merupakan anak tunggal kepada usahawan jutawan Tan Sri Tengku Ryuzaki yang mempunyai harta semerata dunia yang tidak habis hartanya walaupun 7 keturunan memakannya.
Ryu Hazim mengeluarkan iphonenya untuk menelefon Hafizudin Hakimi selaku kawan baiknya. Hafiz sememangnya jelas melihat Tuan Mudanya memakai barang berjenama semuanya dari hujung kaki sehinggalah hujung rambut. Semuanya berjenama termasuklah jaggatnya.
“ Akim, tolong aku lihat kedai Sugar Candy dekat jalan Tuah itu. Aku nak masuk tapi Vince tak benarkan. Aku berharap dekat kau saja. Please Akim, masuk kedai itu dan beritahu aku apa ada dekat kedai itu.” Ujar Ryu Hazim sambil memerhatikan kedai tersebut kerana traffic lightnya belum hijau menyebabkan Ryu Hazim memerhatikan kedai sugar tersebut dan tangannya di tingkap sambil memerhatikan kedai tersebut.
Bukan Vince tidak mahu membenarkan Tuan Mudanya masuk kedai tersebut, tetapi dia takut dengan arahan Puan Maria kalau membenarkan Tuan Mudanya pergi ke tempat-tempat yang tidak setaraf dengannya, dia yang teruk berhadapan dengan Puan Maria.
“ Maaf Tuan Muda, sila serahkan Iphone kamu. Ini arahan Puan” ujar Vince selepas melihat Ryu Hazim habis bercakap dengan kawannya membuat dirinya terpinga-pinga dengan permintaan Vince. Ryu Hazim menyerahkan Iphonenya dengan perlahan sebelum Vince mengambil Iphone tersebut dan dia pegang telefon tersebut.
Ryu Hazim mendiamkan diri apabila iphonenya dirampas oleh Vince atas arahan mamanya. Dia tidak berani hendak melawan arahan Puan Maria yang boleh menyebabkan menyusahkan dirinya.

“ Serahkan semua handphone kamu” ujar Puan Maria apabila melihat Ryu Hazim di hadapan banglonya yang baru turun dari kereta tersebut.
“ Pada Vince. Hazim sudah bagi Vince” jawab Ryu Hazim lalu beredar memasuki rumahnya dan menuju ke biliknya. Dia menghempas badannya di atas katil sambil memandang silling apabila dirinya tersekat di dalam banglo ini. Baginya ini bukannya rumah tetapi penjara yang memerangkap dirinya di sangka emas tanpa sedikit pun diberi kebebasan untuk dirinya terbang dan menikmati kehidupan sebenar. Semua kelakuan dan perbuatan di control oleh Puan Maria dan En. Ryuzaki.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.