Sunday, September 9, 2012
kisah seseorang yang kesian
kadang kala bukan semua orang prefect okay.... kita perlulah terima kelemahan seseorang bukannya mengutuk seorang itu dengan sesuka hati.. perangai macam itu tidak baik okay... so saya ingin menasihat kepada seseorang yang amat saya mengenali itu, kamu jangannlah sesuka membuka aib seseorang padahal orang itu tak buat masalah dengan kamu pun. memang saya pun tak prefect tapi tak salah kan kalau saling tegur sapa. awak kena ingat itu, setiap perbuatan itu akan ada balasan. mybe kite tak tahu bila kena balasannya kan. so nasihat saya, awak berhentilah buat perangai mengutuk-ngutuk orang dalam TWITTER dan FACEBOOK awak okay.. bukan kitaorang tak tahu siapa yang awak kutuk tu even tak mention nama orang itu. kita tahu wak.. dan bukan semua orang menyukai perangai awak itu okay. fikir la sendiri,. awak tu sudah umor 20 tahun okay.. bukannya budak-budak kecil yang perlu memberitahu mana salah dan betul. awak boleh fikir sendiri la... so nasihat saya, berhentilah membuat perangai mengutuk orang. awak itu nak kata tak sembahyang, yes awak sembahyang, tapi kenapa perlu mengutuk-kutuk dan mengeluarkan keaiban orang. itu satu jerk yang saya tak faham. awak tahu hukum-hukum agamakan, tapi kenapa awak ABAIKAN SEMUA ITU~!!!!!!!!!!!!!!! jangan sampai orang menyumpah-yumpah awak dan membuat muka awak lagi buruk. tolonglah berhenti memaki seseorang.... bukan semua orang menyukai perangai awak itu... berhentilah mengutuk orang dalam laman sosial..
Monday, September 3, 2012
sayang...
hye semua... lama sudah saya tidak menaip dan update blog kan... mesti korang rasa ingin tahu apa yang biasa saya buat. kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang tidak dapat saya tahan kepada anda semua kerana ini berlaku kepada kehidupan saya. cerita ini bermula saya berkawan dengan kawan lama saya. tapi lama kelamaan kami semakin rapat dan entah bagaimana saya boleh ada perasaan suka kepada dirinya walaupun saya tahu dia menyukai kawan rapat saya. kawan saya itu memang baik orangnya dan sesuai kalau semua lelaki menyukai dirinya. lelaki itu saya gelarkan capital A dan kawan rapat saya itu capital F.Mr. A memang sukakan Ms. F dari dahulu lagi. sejak zaman persekolahan. tapi yang paling saya sedih dia cuma anggap saya kawan saja dan dalam masa yang sama saya ingin dia bahagia bersama Ms. F tapi apa yang patut saya lakukan. hati saya sangat sakit sangat kerana bila sudah terlajak menyukai seseorang, inilah jadinya. apa patut saya buat... :'(
Wednesday, August 29, 2012
Hazim ( bab 9)
Sudah
seminggu Ryu Hazim mengikuti Tan Sri Tengku Farish dan Puan Sri Kamelia pulang
ke Malaysia dan tinggal di Villa Kemboja milik atoknya. Ramai pembantu-pembantu
rumah atoknya memerhatikan dirinya yang sedang menonton televisyen
berseorangan.
“
Tok ma, Hazim bosan lah” ujar Ryu Hazim apabila melihat Puan Sri Kamelia masuk
ke rumah.
“
Bosan ke sayang. Macam mana kamu sambung belajar.? Nak?” soal Puan Sri Kamelia
membuat Ryu Hazim mengangguk.
“
Boleh saja tapi kalau boleh Hazim nak keluar dari rumah ini. Boleh Tok ma
uruskan tak. Pujuk Tok ba la.” Rayu Ryu Hazim membuat Puan Sri Kamelia
tersenyum dan mengangguk.
“
Abang, kesian saya tengok Hazim itu. Ayang mahu dia sambung study”’ ujar Puan
Sri Kamelia bersama Tan Sri Tengku Farish di dalam bilik membuat dirinya
memandang isterinya.
“
Futher study?” tanya Tan Sri Tengku Farish memandang isterinya.
“
Yup. Biarlah dia sambung study” ujar Puan Sri Kamelia lagi membuat Tan Sri
Tengku Farish berfikir.
“
Baiklah. Nanti saya tanya lecturer dekat UM tu. Datang rumah ajar Hazim” balas Tan
Sri Tengku Farish membuat Puan Sri Kamelia menoleh ke arah suaminya.
“
Ish abang ini. Biarlah dia belajar dekat UM sana. Sampai bila awak nak kurung
dia. Dari kecil hingga sekarang, asyik belajar dalam rumah saja tanpa dapat
keluar. Kesian saya dengan cucu kite itu. Atleast biarlah dia sambung master
dekat UM sana. Biar dia kenal dengan dunia luar” ujar Puan Sri Kamelia membuat Tan
Sri Tengku Farish mengerut dahinya.
“
Tapi..”
“
Benarkan saja abang. Lagipun kan ada Hafiz dan Vince. Diaorang boleh jaga cucu
kita itu” ujar Puan Sri Kamelia yang memotong cakap Tan Sri Tengku Farish.
“
yela. Ikut awaklah” Tan Sri Tengku Farish mengalah dengan isterinya membuat Puan
Sri Kamelia tersenyum.
“
Hazim, Tok ba sudah daftarkan kamu dekat UM” ujar Tan Sri Tengku Farish membuat
Ryu Hazim menoleh ke arah atoknya “ tapi ada syarat”
“
Apa dia Tok ba” ujar Ryu Hazim memandang atoknya.
“
kamu boleh keluar dari rumah bila ada kelas saja. Habis kelas balik terus.
Faham” ujar tegas Tan Sri Tengku Farish membuat Ryu Hazim mengangguk.
Ryu
Hazim pergi ke UM dengan menaiki kereta Mini Cooper milik Tan Sri Tengku Farish
selepas mendapat kebenaran daripada atoknya manakala di belakangnya ada sebuah
kereta BMW mengikuti merupakan pengawal peribadinya. Dua orang pengawal
peribadinya merupakan Vince dan Hafiz manakala lagi dua merupakan pengawal peribadi
upahan atoknya.
Semua
pelajar yang sedang lepak melihat sebuah kereta Mini Cooper berwarna emas hitam
memasuki kawasan UM tersebut. Mereka memandang pelik apabila sebuah kereta
mewah memasuki kawasan kolej mereka. Pelajar-pelajar lain terpaku apabila Ryu
Hazim turun dari kereta kerana kekacakkan Ryu Hazim yang melebih daripada
biasa. Dengan warna rambutnya hitam keperangan, mata hijau, hidung manjung
serta kulit mukanya putih kemerahan.
“
Ini UM Tuan Muda” ujar Vince membuat Ryu Hazim mengikutinya manakala
belakangnya ada tiga orang pengawal lagi.
Ryu
Hazim berjalan bersama Lecturer yang dikenalkan oleh dekan UM tadi untuk
mengelilingi kawasan UM tersebut. Ryu Hazim mendengar dengan baik serta melihat
kawasan sekelilingnya melihat ramai pelajar memerhatikan dirinya.
“
Miss Zura, pelajar baru ke?” soal salah seorang pemuda yang sedang lepak
bersama kawan-kawannya membuat perempuan tersebut mengangguk.
“
Ye Aidil. Ini pelajar baru. Tengku Ryu Hazim merupakan cucu Tan Sri Tengku
Farish” ujar lecturer tersebut membuat lelaki tersebut tersentak.
“
Huh cucu Tan Sri Tengku Farish. Pemilik kolej ini” ujar Syed Aidil Aiman.
“
Kenalkan Tengku. Ini presiden kolej ini Syed Aidil Aiman.” Ujar Miss Zurani
tersebut membuat Ryu Hazim mengangguk.
“Tengku
Ryu Hazim. Just call me Hazim” ujar Tengku Ryu Hazim sambil menyalami Syed
Aidil Aiman.
“
Aidil” jawab Syed Aidil Aiman sambil tersenyum dan menyambut salam Tengku Ryu
Hazim.
“
Just call him Tengku. Not Hazim” sampuk salah seorang pengawal upahan atoknya membuat
mereka memandang pengawal tersebut.
“
Hazim okay sikit. Tak perlu formal” ujar Tengku Ryu Hazim geram.
“
Maaf Tuan Muda, perlu panggil nama keluarga bila berjumpa” balas pengawal
tersebut membuat Tengku Ryu Hazim bengang.
“
Yela. Vince, Hafiz. Please. Can you” ujar Tengku Ryu Hazim membuat Vince dan
Hafiz mengangguk dan beredar diikuti oleh pengawal peribadi atoknya.
“
Kami tunggu di hadapan. Habis kelas terus balik” ujar pengawal upahan atoknya.
“
Ya, ya. Nanti i balik” ujar Tengku Ryu Hazim sambil berpeluk tubuhnya tanda
geram. Syed Aidil Aiman tersenyum melihat gelagat Tengku Ryu Hazim. Dalam diam Syed
Aidil Aiman menilik wajah Tengku Ryu Hazim yang putih kemerahan, hidung manjung
dan yang penting matanya berwarna hijau. Jarang orang melayu memilik warna mata
hijau.
“
Vince!!!!” panggil Tengku Ryu Hazim membuat Vince patah balik kearah Tengku Ryu
Hazim.
“
You ada buang tak iphone i masa Tok ba suruh you buang?” soal Tengku Ryu Hazim
membuat Syed Aidil Aiman pelik.
“
Tak Tuan Muda. Ini dia. Saya simpan iphone ini. Lattop dan Mp3 pun ada tapi
dekat bilik saya” jawab Vince membuat Tengku Ryu Hazim tersenyum.
“
Thankz so much Vince. Jangan beritahu Tok ba taw. Kang mengamuk pulak dia.”
Ujar Tengku Ryu Hazim sambil membelet iphone jenama applenya. Tengku Ryu Hazim
memasuki geng Syed Aidil Aiman selepas mereka berkenalan. Antara kenalannya
Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan
Syed Afran Chong. Seminggu mereka berkawan membuat mereka memahami
perangai Tengku Ryu Hazim yang sempoi orangnnya.
Tan
Sri Tengku Farish memanggil kawan-kawan cucunya datang kerumah untuk mengenal
pasti kawan-kawan cucunya. Seperti biasa Tan Sri Tengku Farish akan menyiasat
latar belakang kawan-kawan cucunya.
“
Kamu semua kawan Hazim” tanya Tan Sri Tengku Farish tegas membuat Syed Aidil
Aiman, Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan Syed Afran Chong memandang satu
sama lain melihat ketegasan Tan Sri Tengku Farish.
“
Ye Tan Sri” jawab mereka serentak membuat Tan Sri Tengku Farish memandang
sorang demi sorang.
“
Tok ba!!!” ujar Tengku Ryu Hazim terkejut melihat kawan-kawannya berada
dirumahnya. Syed Aidil Aiman, Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan Syed Afran
Chong memandang Tengku Ryu Hazim yang baru turun kebawah terkejut kehadiran
mereka.
“
Tok ba panggil kawan-kawan kamu. Tok ba nak mengenali mereka” jawab Tan Sri
Tengku Farish sambil memandang cucunya.
“
Tok ba, tolong jangan macam ini. Sampai jumpa kawan-kawan Hazim. Tok ba kan
sudah janji. Tok ma” ujar Tengku Ryu Hazim tension dengan perangai Tan Sri
Tengku Farish.
“ Tok ba nak pastikan kamu berkawan dengan
orang yang betul. Bukannya kawan dengan kamu sebab kamu cucu atok. Faham” ujar Tan
Sri Tengku Farish tegas membuat Tengku Ryu Hazim mengaru kepalanya dengan
perangai atoknya. “ Ke kamu nak Tok ba batalkan balik pembelajaran kamu ke UM.
Tok ba panggil lecturer datang ke sini untuk mengajar kamu. Macam Tok ba buat
pada kamu dari sekolah rendah hingga menengah” ujar Tan Sri Tengku Farish lagi
membuat Tengku Ryu Hazim menelan air liurnya memandang Tan Sri Tengku Farish.
Syed
Aidil Aiman, Tengku Iskandar, Mohd Alif Ibrahim dan Syed Afran Chong memandang Tengku
Ryu Hazim dalam keadaan pucat mukanya selepas mendengar kata-kata Tan Sri
Tengku Farish.
“
Tak. Tak nak. Cukuplah dulu sudah kena. Okay, buat Tok ba suka” ujar Tengku Ryu
Hazim mengalah sambil mengaru kepalanya. Puan Sri Kamelia menepuk dahu cucunya
suruh bertenang.
“
Abang!!” jerit Aina Syazah di kolej UM membuat Tengku Ryu Hazim tersentak.
Cepat-cepat Tengku Ryu Hazim menarik tangan Aina Syazah di hadapan
kawan-kawannya.
“
Buat apa dekat sini. Mati abang kalau Tok ba tahu” jawab Tengku Ryu Hazim
sambil memandang kiri dan kanan.
“
Kenapa? Tok ba bukannya ada dekat sini” jawab Aina Syazah selamba membuat Tengku
Ryu Hazim menunjul kepala adiknya.
“
Kau giler. Memanglah Tok ba tak ada dekat sini. Mata-mata tok ba banyak. Kang
mampus abang. Aina bukan tak kenal Tok ba macam mana. Abang rasa nak balik Korea”
ujar Tengku Ryu Hazim sambil terduduk kerusinya. Kawan-kawannya mendengar apa
yang dibualkan oleh kawannya Tengku Ryu Hazim.
“
Tahu. Aina pun dari England datang sini senyap-senyap tanpa pengetahuan papa
dan mama” ujar Aina Syazah melihat wajah abangnya muram.
“
Tension la duduk dengan Tok ba dekat sini. Nak buat tu tak boleh. Nak buat nie
tak boleh. Sampai abang pun tak tahu nak buat apa.” Jawab Tengku Ryu Hazim
tension dengan perangai Tan Sri Tengku Farish.
“
kenapa? Duduk dengan mama dan papa lagi bestkan” uji Aina Syazah mendapat
jelingan Tengku Ryu Hazim. “ Mana Mp3 kau?” soal Aina Syazah lagi.
“
Kau jangan tanya la. Habis semua gagget aku kena buang dengan Tok ba. Lattop,
Mp3, PSP.. semualah. Nasib baik aku sempat selamatkan phone ini. Kalau tak
habis semua” ujar Tengku Ryu Hazim sambil mencampak iphonenya di atas meja.
“
Kena buang? Biar betul” tanya Aina Syazah.
“
Ye Aina. Kena buang masa Tok ba datang Korea. Aku tak sempat selamatkan gagget
aku tahu. Habis semua kena campak luar. Yang Tok ba tahu, terapi.. terapi...
terapi.. naik muak aku dengan terapi tu. Kalau tak sakit tak apalah.” Jawab Tengku
Ryu Hazim membuat Aina Syazah ketawa.
“
Kau kan cucu kesayangan Tok ba. Dari dulukan kau sudah dalam kurungan Tok ba.
Hahaha habislah kau abang” usik Aina Syazah sambil ketawa.
“
Agak-agak kau nak makan kasut aku tak. Aku tension nie” adu Tengku Ryu Hazim
membuat Aina Syazah berhenti ketawa.
“
Anyway kau balik tak cuti nie?” soal Aina Syazah lagi.
“
Tengok kalau Tok ba benarkan aku balik. Aku baliklah” jawab Tengku Ryu Hazim
membuat Aina Syazah mengeluh.
“
Cuba kau tegas cikit. Cikit-cikit Tok ba. Macam mana Tok ba tak kawal ko” marah
Aina Syazah geram dengan perangai abangnya yang suka mengikut arahan Tan Sri
Tengku Farish.
“
Kau nak aku buat macam mana? Nak tegas macam mana? Kau tak kena macam aku kena
masa kecil Aina. Kau tak merasai. Kau tak merasai perangai Tok ba. Kau tak kena
Aina. Boleh la kau cakap. Yang merasai aku. Aku Aina. Aku merasai macam mana
hukuman Tok ba. Aku lebih rela ikut cakap Tok ba, Aina daripada kena hukuman
dengan Tok ba” jawab Tengku Ryu Hazim membuat Aina Syazah terdiam. Iphone Tengku
Ryu Hazim berbunyi membuat dia melihat nama Hafizudin Hakimi muncil di screen
telefonnya.
“
Kimi..” ujar Tengku Ryu Hazim lemah
“
Kau kenapa? Dekat mana?” soal Hafizudin Hakimi didengari oleh Aina Syazah, Syed
Afran Chong, Mohd Alif Ibrahim, Tengku Iskandar dan Syed Aidil Aiman apabila Tengku
Ryu Hazim membuka pembesar suara.
“
Dekat Malaysia. Aku tinggal bersama Tok ba dan Tok ma” ujar Tengku Ryu Hazim
membuat Hafizudin Hakimi terjerit.
“
Apa!!!!!!! Kau giler apa. Kau duduk dengan Tok ba. Kau nak mampus ke Zim. Sudah
lupa ke dulu. Teruk hidup kau Zim. Kau masuk lagi penjara tu lagi ker?” soal Hafizudin
Hakimi membuat Tengku Ryu Hazim mengeluh.
“
Kau nak aku buat macam mana? Dahlah Tok ba datang Korea mengejut. Aku punyalah
terkejut bila Tok ba muncul depan rumah aku. Help me. I want back Korea again “
ujar Tengku Ryu Hazim tension dengan perangai Tok banya.
“
Hazim!!!! Jangan tension sangat... kang kau sakit. Tak pasal-pasal kejar ke
hospital. Sapa sebelah kau?” soal Hafizudin Hakimi cuak memikirkan kesihatan Tengku
Ryu Hazim. Bukannya Tengku Ryu Hazim boleh tension, nanti mulalah sakitnya
naik. Kawan-kawannya terkejut mendengar kenyataan tersebut.
“
Aina.. member aku pun ada” jawab Tengku Ryu Hazim membuat Hafizudin Hakimi
tersentak.
“
Member? Sejak bila kau ada member? Aku nak berkawan dengan kau punyalah susah.
Diaorang tak kena dengan Tok ba?” soal Hafizudin Hakimi pelik apabila Tengku
Ryu Hazim sudah ada kawan apabila duduk di Malaysia.
“
Sudah. Diaorang sudah kena dengan Tok ba. Aku pun tak tahu nak cakap apa” jawab
Tengku Ryu Hazim sambil menyandar badannya membuat kawan-kawannya memandangnya.
“
Biasalah. Kau kan satu-satunya cucu Tan Sri Tengku Farish kan. Mestilah Tok ba
kau kawal dengan ketat. Tak silap aku, nama kau Tok ba kau sudah letak sebagai
pewaris utama Syarikat Maapple Corparation. Giler beb” ujar Hafizudin Hakimi
sambil ketawa membuat Tengku Ryu Hazim mengetap bibirnya.
“
Kau tak perlu gelak sangat okay. Itu aku tahulah. Sebab itu sampai semua kebebasan aku tak ada
ker? Beb agak-agaklah, aku manusia juga perlu privasi untuk sesuatu. Ko
tengoklah kawan aku berapa jerk. Harapkan kau, Edward, Aidil dan sebagainya.
Beb aku tak ada life okay. Nak berkawan dengan lebih ramai tak boleh. Aku sudah
kena sound dengan Tok ba. Dia siap cakap “ Berani kawan dengan orang tak berkedudukan,
Tok ba tarik semula” ambil kau kena sound macam itu. Naik kecut aku dengan
suara Tok ba” adu Tengku Ryu Hazim yang sememangnya tidak mempunyai ramai kawan
untuk mengadu nasib.
Tengku
Ryu Hazim ingin bangun tiba-tiba jatuh kembali membuat Aina Syazah menjerit. Syed
Aidil Aiman pun cuak melihat wajah pucat Tengku Ryu Hazim membuat keputusan
menghantarnya ke hospital.
Hazim ( bab 8)
Vince
pernah melihat Tuan Besarnya menghukum Tuan Mudanya masa kecil apabila Tuan
Mudanya tidak mendengar katanya. Teruk Tan Sri Farish kerjakan Ryu Hazim di
dalam rumah banglo tersebut apabila Ryu Hazim keluar dari rumah tersebut.
“
Tolong Tok ba. Maafkan Hazim. Tolong Tok ba” rayu Ryu Hazim sambil menangis
apabila tangannya di seret oleh Tan Sri Farish masuk ke dalam rumah. Masa itu Ryu
Hazim masih kecil tinggal bersama atoknya kerana Tan Sri Tengku Ryuzaki dan Puan Sri Maria mempunyai
urusan luar negara menyebabkan mereka meninggalkan satu-satunya anaknya tinggal
bersama atoknya.
“ Abang, apa yang you nak buat” ujar Puan
Sri Kamelia manghalang Tan Sri Farish menyeret Ryu Hazim kedalam. Kalam kabut
dia berlari apabila mendenngar suara cucunya menangis.
“
Tepi Lia. Abang tahu nak ajar cucu abang macam mana. Tok ba sudah cakap jangan
keluar dari rumah. Hazim degil” marah Tan Sri Farish apabila melihat Ryu Hazim
menangis sambil memeluk Puan Sri Kamelia yang mengeleng kepalanya.
“
Zim kecil lagi abang. Abang pun, bertimbang rasalah. Kesian budak ini. Dia sudahlah
sakit.” Pujuk Puan Sri Kamelia sambil memeluk cucunya ketakutan memandang Tan
Sri Farish.
“
Ingat Hazim. Sekali lagi Tok Ba nampak kamu keluar dari pintu utama tu. Tahu
Tok ba ajar. Faham” ujar Tan Sri Farish tegas membuat Ryu Hazim mengangguk
kepalanya sambil menangis.
“
Sudah tak mahu menangis. Dengar cakap Tok ba ya sayang. Jangan ingkar” pujuk Puan
Sri Kamelia sambil mengesat air mata cucunya apabila dia menunduk badannya
supaya selaras dengan cucunya. Kesian juga Puan Sri Kamelia melihat Ryu Hazim
yang terkurung di kawasan rumah banglonya tanpa boleh keluar walaupun luar
tersebut masih dalam kawasan rumahnya.
Ryu
Hazim sentiasa dikelilingi cikgu-cikgu sejak kecil lagi. Dia diajar adat
keluarga Tan Sri Tengku Farish, diajar bahasa beberapa bahasa asing walaupun
waktu itu dia kecil lagi.
“
Tok ma, benarkan Hazim keluar. Hazim nak pergi main” ujar Ryu Hazim sambil
memandang Puan Sri Kamelia yang sedang menyiapkan kerjanya terkejut mendengar
suara cucunya.
“
Kamu sudah habis belajar ke Zim?” soal Puan Sri Kamelia membuat Ryu Hazim
mengeleng kepalanya.
“
Zim nak main. Zim bosan dekat dalam tu” jawab Ryu Hazim sambil memegang peha Puan
Sri Kamelia yang sedang duduk. Puan Sri Kamelia memandang cucunya yang sedang
memerhatikan dirinya yang sedang berkelip-kelip memandangnya. Comel.
“
Pergilah sayang. Tok ba tak ada nie. Zim pergilah main. Vince bawa Zim main”
ujar Puan Sri Kamelia sambil mengosok ubun rambut cucunya membuat Ryu Hazim
gembira. Vince melihat Tuan Mudanya sedang seronok dapat bermain bersama kawan
barunya di taman permainan yang berdekatan dengan rumah majikannnya.
“
Hazim!!!!!!” jerit Tan Sri Tengku Farish yang baru balik dari urusannya
terkejut melihat cucunya sedang seronok bermain di taman permainan tersebut. Vince
terus terbangun dan terpaku melihat majikannya menarik Ryu Hazim masuk kereta
sambil menangis dengan muka atoknya.
“
Abang!!!!!!” jerit Puan Sri Kamelia menghalang Tan Sri Tengku Farish merotan Ryu
Hazim yang sedang menangis di ruang tamu rumahnya.
“
Awak tahu tak, cucu awak nie keluar” tengking Tan Sri Tengku Farish apabila
melihat cucunya keluar dari rumah.
“
Saya tahu. Zim sudah minta kebenaran dari saya. Saya yang benarkan. Zim kecil
lagi abang, sampai macam ini abang pukul. Kalau abang nak salah, saya yang
salah. Bukannya Hazim” ujar Puan Sri Kamelia sedih melihat tangan Ryu Hazim lebam akibat kena
rotan dengan Tan Sri Tengku Farish. Tan Sri Tengku Farish mendengus lalu masuk
ke biliknya untuk membersihkan dirinya. Ryu Hazim teresak-esak menangis dalam
pelukan Puan Sri Kamelia membuat dia mendukung Ryu Hazim masuk kebilik lalu
membersihkan badan Ryu Hazim.
“
Hazimmmm” panggil Puan Sri Kamelia membuat Ryu Hazim tersentak dari
khayalannya.
“
Yes Tok ma” jerit Ryu Hazim turun ke bawah melihat Puan Sri Maria sedang duduk bersama Tan Sri Tengku
Farish.
“
Tok ba kamu panggil” ujar Puan Sri Kamelia selepas Ryu Hazim duduk di ruang
tamu tersebut. Ryu Hazim memandang Tan Sri Tengku Farish dengan perasaan takut
kerana sudah puas dia kena masa kecil. Ingatan yang tidak dapat dia lupakan
seumur hidupnya.
“
Tok ba nak kamu belajar uruskan syarikat” ujar
Tan Sri Tengku Farish membuat Ryu Hazim mengangkat mukanya tanda pelik.
“
Tapi..”
“
Belajar. Tok nak kamu belajar” potong Tan Sri Tengku Farish membuat Ryu Hazim
mengangguk.
Ryu
Hazim terbehenti di hadapan pintu utama membuat Vince dan Hafiz memandang pelik
apabila Ryu Hazim tidak melangkah keluar dari rumah tersebut. Mata Ryu Hazim melilau mencari Tan Sri Tengku
Farish di kawasan rumah tersebut sebelum dia melangkah keluar dari rumah
tersebut.
“
Hazim kamu nak ke mana?” soal Puan Sri Kamelia ternampak cucunya berada di
hadapan pintu utama.
“
Tok ba ada tak tok ma? Hazim nak keluar laman sekejap” tanya Ryu Hazim sambil
memandang Puan Sri Kamelia yang sedang tersenyum memandang cucunya.
“
Tok ba tak ada sayang. Keluarlah. Tok ma benarkan” ujar lembut Puan Sri Kamelia
membuat wajah Ryu Hazim berseri.
“
Serius tok ma. Thankz you tok ma” ujar Ryu Hazim gembira sambil menyium pipi Puan
Sri Kamelia yang sedang ketawa melihat telatah cucunya. Ryu Hazim jalan dekat
laman rumahnya sambil menghirus udara pagi yang segar.
“
Tuan Muda” panggil Hafiz membuat Ryu Hazim menoleh suara tersebut.
“
Yes?” jawab Ryu Hazim memandang Hafiz tetapi tidak dapat diucap apabila Vince
menyinggul siku Hafiz membuat dia terbantut untuk bertanya. Ryu Hazim menyambung menghirup udara segar
sambil diperhatikan oleh Puan Sri Kamelia yang tersenyum melihat gelagat
cucunya. Puan Sri Kamelia keluar lalu memeluk cucunya dari belakang membuat Ryu
Hazim tersentak.
“
Tok ma” ujar Ryu Hazim membuat Puan Sri Kamelia tersenyum.
“
Cucu tok ma sudah besar. Tak sedar masa berlalu, dulu kamu kecil lagi masa
datang rumah tok ma” ujar Puan Sri Kamelia membuat Ryu Hazim ketawa. Ryu Hazim
sememangnya manja dengan Puan Sri Kamelia berbanding Tan Sri Tengku Farish
kerana tok banya seorang yang tegas menyebabkan Ryu Hazim takut dengan tok
banya.
“
Apa yang kamu buat dekat luar itu” ujar Tan Sri Tengku Farish tegas menyebabkan
Puan Sri Kamelia dan Ryu Hazim menoleh ke belakang melihat Tan Sri Tengku
Farish memandang tajam. Ryu Hazim menelan air liurnya apabila melihat pandangan
tajam Tan Sri Tengku Farish ke arahnya.
“
Sudahlah bang, saya yang ajak Hazim keluar. Tak perlu marah dia.” Jawab Puan
Sri Kamelia membuat Tan Sri Tengku Farish memandang tajam isterinya.
“
Masuk!!!!” sepatah Tan Sri Tengku Farish cakap terus Ryu Hazim masuk menuju ke
biliknya untuk melakukan terapi. Seumur hidupnya, belum pernah dia merasai
kebebasan mutlak dan mempunyai kawan-kawan sebaya. Dia ada kawan pun sebab masa
kecil bila Tan Sri Tengku Farish outstation, Puan Sri Kamelia memanggil Hafizudin
Hakimi datang ke rumah untuk berkawan dengan Ryu Hazim. Sejak itu, dalam hidup Ryu
Hazim, dia Cuma ada seorang kawan.
“
Abang nie, jangan tegas sangat dengan Hazim. Itukan cucu kita. Sampai bila awak
nak kurung Hazim dalam rumah ini. Dari kecil hingga ke dewasa budak itu. Sampai
bila abang” tanya Puan Sri Kamelia pelik dengan perangai suaminya. “ masa Zaki,
tak ada kamu kurung sampai macam ini sekali. Budak itu sudah besar abang.
Biarlah dia bebas” sambungnya lagi apabila melihat Tan Sri Tengku Farish tiada
ciri-ciri hendak membalas kata-katanya.
“
Itu cucu saya. Tahulah saya apa yang baik untuk dia. Kamu sedar tak, cucu awak
itu menghidap penyakit serius yang boleh menyebabkan kematian. Sebab itu saya
kurung dia dalam rumah ini. Dari dahulu lagi, jangan benarkan Zaki kahwin
dengan pilihan hati dia. Tengok keputusannya. Cucu awak sakit” jawab Tan Sri
Tengku Farish tegas membuat Puan Sri Kamelia terdiam. Bukan dia tidak tahu, Tan
Sri Tengku Farish sebenarnya tidak menyukai pilihan anaknya.
“
Abah sudah buat keputusan, abah nak Hazim ikut abah duduk dekat Malaysia” ujar Tan
Sri Tengku Farish membuat yang lain terkejut semasa mereka menonton televisyen
dengan keputusan Tan Sri Tengku Farish.
“
Tapi ba” ujar Tan Sri Tengku Ryuzaki
“ Tapi apa?” ujar Tan
Sri Tengku Farish tegas membuat Ryu Hazim tidak berani masuk campur perkacakap Tan
Sri Tengku Farish dan Tan Sri Tengku Ryuzaki.
“ Biarlah Hazim tinggal dengan saya. Saya
tahu menjaganya. Lagipun Hazim anak saya bah” jawab Tan
Sri Tengku Ryuzaki menyebabkan Tan
Sri Tengku Farish memandangnya tajam.
“
Abah sudah buat keputusan, Hazim duduk dengan abah” ujar Tan Sri Tengku Farish
membuat Tan Sri Tengku Ryuzaki
terdiam mendengar keputusan Abahnya. Tan Sri Tengku Ryuzaki melihat wajah anaknya yang
muram apabila Tan Sri Tengku Farish menyuruhnya duduk bersamanya.
“
Baiklah, Zaki ikut saja apa yang baik” Tan Sri Tengku Ryuzaki mengalah dengan Tan Sri Tengku Farish.
Hazim ( bab 7)
“
Zim..” panggil seseorang membuat Ryu Hazim berhenti bermain piano dan melihat
sepupunya berada di depan mata membuat dia bangun dan memeluk sepupunya.
“
Bila sampai?” soal Ryu Hazim membuat sepupunya ketawa.
“
Baru saja. Asal muka kau makin pucat nie?” soal Zaquan membuat Ryu Hazim
tergelak.
“
Kau nampak muka aku, ada saja aduan. Tak pernah berubah la kau Quan” bebel Ryu
Hazim membuat Zaquan tergelak. Vince dan Hafiz yang mengetahui sebab sebenar
muka Tuan Mudanya pucat mendiamkan diri.
“
Sakit kau macam mana?” soal Zaquan membuat Ryu Hazim menjungkitkan bahunya.
“
Seperti biasa Quan. Macam inilah keadaan aku” ujar Ryu Hazim sambil tersenyum.
“
Kau tak makan ubat ke Hazim. Dari kecil lagikan kau sakit. Tak silap aku masa
kau umur 15 tahun, sakit kau makin kurang, kenapa makin teruk nie Zim?” soal Zaquan
sambil merasai dahi Ryu Hazim yang panas.
“
Entah Quan, mybe badan aku tak dapat tampung lagi kot. Sebab itu sakit saja”
ujar Ryu Hazim sambil meletakkan kepalaya disofa. Sejak kecil lagi, Ryu Hazim mempunyai penyakit
yang serius menyebabkan papa dan mamanya menyekat kebebasannya untuk memastikan
keselamatannya terjamin.
“
Vince...” ujar Ryu Hazim duduk disebelah Vince yang terkejut melihat kemunculan
Ryu Hazim. Hafiz memerhatikan Ryu Hazim yang selamba duduk di sebelah Tuannya. Vince
terbangun apabila Ryu Hazim disebelahnya membuat dirinya mengeluh.
“
Sayang.. buat apa dekat situ. Masuk. Nanti kamu sakit” jerit Puan Maria di koridor biliknya melihat
Ryu Hazim duduk di laman rumahnya bersama pengawal-pengawalnya. Ryu
Hazim memandang atas melihat mamanya sedang siap-siap untuk keluar menguruskan
sesuatu.
“
Huh!!!” keluh Ryu Hazim membuat dirinya memandang langit. Kelakuan Ryu Hazim
diperhatiakn oleh Hafiz yang berada dihadapannya. “ Kenapa kau sakit Zim. Dari
dulu hingga sekarang, sakit saja kau memanjangkan.” Omel Ryu Hazim sendiri.
Ibubapanya
okay lagi membenarkan dirinya duduk di laman rumahnya. Tok ma dan tok ba belah
papanya lagi tegas terhadapnya sejak dia dilahirkan dalam keluarga Tan Sri
Tengku Ryuzaki.
“ Hazim.” Ujar seseorang membuat Ryu
Hazim terus memandang dan terbangun melihat Tok Ma dan Tok Ba dia berada di
laman rumahnya. Pucat mukanya memandang atok-atoknya yang tiba-tiba datang ke
rumahnya. Hafiz pelik melihat muka Ryu Hazim tiba-tiba bertukar menjadi pucat
melihat dua orang tua di kawasan rumah majikannya itu.
“
Tok Ba, Tok Ma” ujar Ryu Hazim gagap memandang atoknya berada dirumahnya.
“
What are you doing here” ujar Tan Sri Farish tegas terhadap cucunya. Tan Sri
Farish sememangnya tegas dengan satu-satunya cucu yang dia ada selepas anaknya Tan
Sri Tengku Ryuzaki berkahwin
bersama pilihan hatinya menyebabkan cucunya mempunyai sakit yang serius.
“ Ha... ha...” gagap Ryu
Hazim selepas mendengar suara atoknya sambil menundukkan kepalanya.
“
Ha... apa? Lupa tok ba pesan apa” ujar tegas membuat Ryu Hazim berasa lagi
kecut untuk memandang tok banya yang sedang marah. “ Masuk!!!” tegas Tan Sri
Farish membuat Ryu Hazim mengangguk kepalanya selepas Tan Sri Farish dan Puan
Sri Kamelia masuk kedalam rumah anaknya. Tan Sri Farish dan Puan Sri Kamelia
tidak menyukai anak angkat yang dijaga oleh Puan Sri Maria dan Tan Sri Tengku Ryuzaki bela selepas Puan Sri Maria
tidak dapat mengandung lagi selepas Ryu Hazim keluar. Sejak itu,
kelakuan Ryu Hazim dijaga rapi dan dia sangat tegas dengan cucunya.
“
Tolong Tok ba, jangan buat Hazim macam ini” rayu Ryu Hazim apabila Tan Sri
Farish merampas semua Ipodnya dan Mp3nya. Sudahlah dirinya terkurung di dalam
rumah ini, semua barang miliknya semua dirampas oleh Tan Sri Farish. Ryu Hazim
rasa nak menangis melihat semua barang miliknya dirampas oleh Tan Sri Farish. Ryu
Hazim memandang Puan Sri Maria
supaya menolongnya tetapi mamanya diam tanpa tanda-tanda membantunya.
“ No. Tok ba tak benarkan” ujar tegas Tan
Sri Farish memandang wajah cucunya yang sedang merayu supaya tidak merampas
barang miliknya.
“
Tolong Tok ba. Jangan rampas barang Hazim. Hazim dengar cakap Tok ba. Janji Tok
ba jangan ambil barang Hazim. Tolong Tok ba. Mama tolong Hazim” ujar Ryu Hazim
sambil rayu dihadapan Tan Sri Farish yang memandangnya tajam.
“
Ba, jangan rampas barang Hazim tu.” Sampuk Tan Sri Tengku Ryuzaki kesian melihat anaknya
merayu-rayu dengan atoknya membuat Tan Sri Farish memandang Tan Sri
Tengku Ryuzaki tajam. Tan
Sri Tengku Ryuzaki sendiri takut
dengan Tan Sri Farish terus terdiam apabila Tan Sri Farish melihatnya
tajam.
“
Keputusan Tok Ba tetap. Vince, buang barang ini.” Arah Tan Sri Farish membuat Ryu
Hazim terduduk sambil memerhatikan Vince membawa kotak yang penuh isi Ipod,
Mp3, phone dan lattopnya di angkat oleh Vince keluar.
“
Mulai sekarang, jangan kamu belikan apa-apa gagget untuk Hazim. Faham.” Uajr
tegas Tan Sri Farish kepada Tan Sri Tengku Ryuzaki dan Puan Sri Maria. Tertelan air liurnya memandang ayah dan bapa
mertuanya lalu mengangguk kepalanya. “ Macam mana nak baik, kalau kamu manjakan
Hazim dengan gagget” tegas Tan Sri Farish sebelum dia menghilangkan diri
masuk ke biliknya. Puan Sri Kamelia memandang sayu terhadap satu-satunya
cucunya yang terduduk dengan muka sedih apabila semua gaggetnya dibuang.
“
Sabar sayang” pujuk Puan Sri Kamelia sambil memeluk cucunya yang terduduk di
ruang tamu tersebut.
“ Tapi Tok ma. Hazim...”
“
Shhh... jangan cakap lagi. Tok Ba kamu bukannya betul orangnya. Semua wajib
dengan cakap dia. Nanti Tok ma try cakap dengan Tok ba kamu ya” pujuk Puan Sri
Kamelia membuat Ryu Hazim mengangguk kepalanya. Hafiz kesian melihat Tuan
Mudanya apabila mengetahui kehidupan sebenar Ryu Hazim yang tersekat dalam
sangkar emas yang dicipta oleh Tuan Besarnya Tan Sri Farish.
“
Kamu nak ke mana” tanya Tan Sri Farish tegas apabila melihat Ryu Hazim hendak
melangkah keluar ke koridor rumahnya membuat cucunya terpaku dihadapan pintu. “
Masuk” uajrnya lagi membuat Ryu Hazim menelan air liurnya lalu beredar menaiki
tangga menuju ke biliknya. Hafiz perasan Ryu Hazim memandang luar dengan
tingkap biliknya yang sudah bergrill di luar untuk mengelakkan Ryu Hazim
melarikan diri.
Cara
pandangan Ryu Hazim memerhatikan dirinya dan Vince yang sedang duduk diluar
sayu. Satu pandangan sayu dan sedih apabila terperangakp dalam sebuah rumah
besar ibarat istana tanpa membolehkan dirinya keluar dari sangkar emas yang
dicipta oleh Tan Sri Farish.
Hazim (bab 6)
ini sambungannya walaupun agak sikit mengarut jalan ceritanya :)
“
Apa maksud Puan, Sir?” soal Hafiz kepada Vince selepas mendengar perbualan
majikannya.
“
Tuan Muda dari kecil sudah ada sakit Hafiz. Sebab itu saya menjaga Tuan Muda
dengan tegas untuk memastikan dia tidak jatuh sakit” jawab Vince membuat Hafiz
memandang ke arah Ryu Hazim yang sedang mengeliat di koridor rumahnya sambil
mendengar Ipod melalui earphonenya sambil memandang bukit dibelakang rumahnya.
“
Puan tak cari iktibar ke Sir untuk mengubati penyakit Tuan Muda?” soal Hafiz
membuat Vince mengeluh.
“
Sudah puas Fiz. Sejak kecil lagi, Tuan dan Puan mencari ubat untuk kesihatan
Tuan Muda tetapi semua tidak menjadi. Kebelakangan ini, Tuan Muda selalu kena
sakit. Itu yang membimbangkan Tuan dan Puan” jawab Vince tanpa melarikan
pandangan matanya ke arah Ryu Hazim yang
sedang menyanyi di koridor tersebut. Hafiz memandang sayu ke arah Ryu Hazim
apabila mengetahui cerita sebenar dibalik keceriaan Ryu Hazim.
“
Pang......” bunyi jatuh Ipod yang dipegang oleh Ryu Hazim yang sedang
tersungkur di lantai sambil memegang kepalanya.
“
Tuan Muda!!!!!” jerit Vince yang sudah risau dengan keadaan Ryu Hazim yang
sedang memegang kepalanya. Berlari Vince dan Hafiz ke tempat Ryu Hazim dan
terkejut melihat darah keluar banyak dari hidungnya.
“
I okay” nafi Ryu Hazim sambil mengesat darah yang keluar dari hidungnya.
Tiba-tiba kepalanya sakit menyebabkan dirinya hilang pertimbangan menyebabkan
dia tersungkur di laman koridor tersebut.
“
Tapi Tuan Muda”
“
I okay Vince. Please jangan cakap dengan mama, papa pasal ini” ujar Ryu Hazim
sambil mengesat darahnya di hidung sambil memandang Vince. Dengan serba salah Vince
mengangguk kepalanya apabila melihat keadaan Ryu Hazim teruk di matanya. Ryu
Hazim berkerut dahinya menahan sakit yang melampau kebelakangan ini.
“
Ya Allah abang..!!!!!!” jerit Aina Hazirah kebetulan baru balik dari keluar
melihat abangnya tergesa-gesa membersihkan darah di hidungnya. Aina Hazirah
berlari ke arah abangnya untuk menolong.
“
Abang, keadaan kau sudah teruk. Kita pergi hospital” pujuk Aina Hazirah membuat
Ryu Hazim mengeleng kepalanya sambil mendongak kepalanya dan dituam ais
dimukanya untuk membehentikan darah keluar dari hidung abangnya.
“
Jangan beritahu papa, mama. Please Aina” pujuk Ryu Hazim sambil memandang Aina
Hazirah.
“
Tapi abang.... kau sakit nie”
“
Aku tak apa-apa Ina. Please promise me” ujar Ryu Hazim membuat Aina Hazirah
mengangguk kepalanya. Ryu Hazim mengabiskan masanya di rumah dengan melakukan
aktiviti yang dia sukai semenjak dia menjadi penghuni tetap dalam Villa
tersebut. Kedengaran bunyi piano yang dimain oleh Ryu Hazim selalu kedengaran
oleh ahli penghuni Villa tersebut.
Saturday, August 18, 2012
memory~
kalau korang nak tahu, accually zaman persekolahan lagi best daripada zaman kerja ini. betul tak apa yang saya cakap ini. mesti korang setuju. korang mesti rindu kan nak balik pada zaman kanak-kanak. sini saya nak menceritakan zaman persekolahan saya. zaman persekolahan saya memang seronok kerana ramai kawan-kawan lama. gambar di atas merupakan bilik darjah saya masa form 5. itulah layout dalam kelas kiteowang. dalam kelas itu terdapat 10 orang melayu dan selebihnya adalah cina. dulu saya sekolah yang mejoritinya ramai cina. sebab itu tak peliklah kalau saya mempunyai kawan lebih ramai cina. betul tak? heheehhee dalam kelas tersebutlah banyak memory yang tidak dapat saya lupakan untuk selamanya.. kelas kiteowang merupakan kelas sains. tapi kelas kiteorang merupakan kelas yang ketiga daripada 4 kelas sains. kelas ketiga saya melayunya cuma 10 orang saja dalam 1 kelas. pelikkan tapi itulah kenyataan. banyak-banyak kelas, kelas kiteoranglah merupakan kelas yang aman damai kerana 1 kelas kiteorang bergaul tanpa memikirkan perbezaan budaya. pelikkan. kelas-kelas lain biasanya berkelompok antara laki dan pompuan, cina dan melayu. tetapi bagi kelas kitaorang tidak memikirkan itu. kiteorang duduk ikut suka saja kerana bagi kiteorang semua itu tak penting, yang penting adat berkawan. zaman sekarang sangat susah hendak mencari kawan yang betul-betul kawan kerana sekarang merupakan lebih banyak musuh daripada kawan. oleh itu, itulah memory yang tak dapat saya lupakan sampai sekarang. korang nak tengok wajah2 budak-budak kelas saya dlu. jap saya upload... :
Subscribe to:
Posts (Atom)