Wednesday, August 29, 2012

Hazim ( bab 8)


Vince pernah melihat Tuan Besarnya menghukum Tuan Mudanya masa kecil apabila Tuan Mudanya tidak mendengar katanya. Teruk Tan Sri Farish kerjakan Ryu Hazim di dalam rumah banglo tersebut apabila Ryu Hazim keluar dari rumah tersebut.
“ Tolong Tok ba. Maafkan Hazim. Tolong Tok ba” rayu Ryu Hazim sambil menangis apabila tangannya di seret oleh Tan Sri Farish masuk ke dalam rumah. Masa itu Ryu Hazim masih kecil tinggal bersama atoknya kerana Tan Sri Tengku Ryuzaki dan Puan Sri Maria mempunyai urusan luar negara menyebabkan mereka meninggalkan satu-satunya anaknya tinggal bersama atoknya.
“ Abang, apa yang you nak buat” ujar Puan Sri Kamelia manghalang Tan Sri Farish menyeret Ryu Hazim kedalam. Kalam kabut dia berlari apabila mendenngar suara cucunya menangis.
“ Tepi Lia. Abang tahu nak ajar cucu abang macam mana. Tok ba sudah cakap jangan keluar dari rumah. Hazim degil” marah Tan Sri Farish apabila melihat Ryu Hazim menangis sambil memeluk Puan Sri Kamelia yang mengeleng kepalanya.
“ Zim kecil lagi abang. Abang pun, bertimbang rasalah. Kesian budak ini. Dia sudahlah sakit.” Pujuk Puan Sri Kamelia sambil memeluk cucunya ketakutan memandang Tan Sri Farish.
“ Ingat Hazim. Sekali lagi Tok Ba nampak kamu keluar dari pintu utama tu. Tahu Tok ba ajar. Faham” ujar Tan Sri Farish tegas membuat Ryu Hazim mengangguk kepalanya sambil menangis.
“ Sudah tak mahu menangis. Dengar cakap Tok ba ya sayang. Jangan ingkar” pujuk Puan Sri Kamelia sambil mengesat air mata cucunya apabila dia menunduk badannya supaya selaras dengan cucunya. Kesian juga Puan Sri Kamelia melihat Ryu Hazim yang terkurung di kawasan rumah banglonya tanpa boleh keluar walaupun luar tersebut masih dalam kawasan rumahnya.
Ryu Hazim sentiasa dikelilingi cikgu-cikgu sejak kecil lagi. Dia diajar adat keluarga Tan Sri Tengku Farish, diajar bahasa beberapa bahasa asing walaupun waktu itu dia kecil lagi.
“ Tok ma, benarkan Hazim keluar. Hazim nak pergi main” ujar Ryu Hazim sambil memandang Puan Sri Kamelia yang sedang menyiapkan kerjanya terkejut mendengar suara cucunya.
“ Kamu sudah habis belajar ke Zim?” soal Puan Sri Kamelia membuat Ryu Hazim mengeleng kepalanya.
“ Zim nak main. Zim bosan dekat dalam tu” jawab Ryu Hazim sambil memegang peha Puan Sri Kamelia yang sedang duduk. Puan Sri Kamelia memandang cucunya yang sedang memerhatikan dirinya yang sedang berkelip-kelip memandangnya. Comel.
“ Pergilah sayang. Tok ba tak ada nie. Zim pergilah main. Vince bawa Zim main” ujar Puan Sri Kamelia sambil mengosok ubun rambut cucunya membuat Ryu Hazim gembira. Vince melihat Tuan Mudanya sedang seronok dapat bermain bersama kawan barunya di taman permainan yang berdekatan dengan rumah majikannnya.
“ Hazim!!!!!!” jerit Tan Sri Tengku Farish yang baru balik dari urusannya terkejut melihat cucunya sedang seronok bermain di taman permainan tersebut. Vince terus terbangun dan terpaku melihat majikannya menarik Ryu Hazim masuk kereta sambil menangis dengan muka atoknya.

“ Abang!!!!!!” jerit Puan Sri Kamelia menghalang Tan Sri Tengku Farish merotan Ryu Hazim yang sedang menangis di ruang tamu rumahnya.
“ Awak tahu tak, cucu awak nie keluar” tengking Tan Sri Tengku Farish apabila melihat cucunya keluar dari rumah.
“ Saya tahu. Zim sudah minta kebenaran dari saya. Saya yang benarkan. Zim kecil lagi abang, sampai macam ini abang pukul. Kalau abang nak salah, saya yang salah. Bukannya Hazim” ujar Puan Sri Kamelia sedih melihat tangan Ryu Hazim lebam akibat kena rotan dengan Tan Sri Tengku Farish. Tan Sri Tengku Farish mendengus lalu masuk ke biliknya untuk membersihkan dirinya. Ryu Hazim teresak-esak menangis dalam pelukan Puan Sri Kamelia membuat dia mendukung Ryu Hazim masuk kebilik lalu membersihkan badan Ryu Hazim.



“ Hazimmmm” panggil Puan Sri Kamelia membuat Ryu Hazim tersentak dari khayalannya.
“ Yes Tok ma” jerit Ryu Hazim turun ke bawah melihat Puan Sri Maria sedang duduk bersama Tan Sri Tengku Farish.
“ Tok ba kamu panggil” ujar Puan Sri Kamelia selepas Ryu Hazim duduk di ruang tamu tersebut. Ryu Hazim memandang Tan Sri Tengku Farish dengan perasaan takut kerana sudah puas dia kena masa kecil. Ingatan yang tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya.
“ Tok ba nak kamu belajar uruskan syarikat” ujar  Tan Sri Tengku Farish membuat Ryu Hazim mengangkat mukanya tanda pelik.
“ Tapi..”
“ Belajar. Tok nak kamu belajar” potong Tan Sri Tengku Farish membuat Ryu Hazim mengangguk.


Ryu Hazim terbehenti di hadapan pintu utama membuat Vince dan Hafiz memandang pelik apabila Ryu Hazim tidak melangkah keluar dari rumah tersebut.  Mata Ryu Hazim melilau mencari Tan Sri Tengku Farish di kawasan rumah tersebut sebelum dia melangkah keluar dari rumah tersebut.
“ Hazim kamu nak ke mana?” soal Puan Sri Kamelia ternampak cucunya berada di hadapan pintu utama.
“ Tok ba ada tak tok ma? Hazim nak keluar laman sekejap” tanya Ryu Hazim sambil memandang Puan Sri Kamelia yang sedang tersenyum memandang cucunya.
“ Tok ba tak ada sayang. Keluarlah. Tok ma benarkan” ujar lembut Puan Sri Kamelia membuat wajah Ryu Hazim berseri.
“ Serius tok ma. Thankz you tok ma” ujar Ryu Hazim gembira sambil menyium pipi Puan Sri Kamelia yang sedang ketawa melihat telatah cucunya. Ryu Hazim jalan dekat laman rumahnya sambil menghirus udara pagi yang segar.
“ Tuan Muda” panggil Hafiz membuat Ryu Hazim menoleh suara tersebut.
“ Yes?” jawab Ryu Hazim memandang Hafiz tetapi tidak dapat diucap apabila Vince menyinggul siku Hafiz membuat dia terbantut untuk bertanya.  Ryu Hazim menyambung menghirup udara segar sambil diperhatikan oleh Puan Sri Kamelia yang tersenyum melihat gelagat cucunya. Puan Sri Kamelia keluar lalu memeluk cucunya dari belakang membuat Ryu Hazim tersentak.
“ Tok ma” ujar Ryu Hazim membuat Puan Sri Kamelia tersenyum.
“ Cucu tok ma sudah besar. Tak sedar masa berlalu, dulu kamu kecil lagi masa datang rumah tok ma” ujar Puan Sri Kamelia membuat Ryu Hazim ketawa. Ryu Hazim sememangnya manja dengan Puan Sri Kamelia berbanding Tan Sri Tengku Farish kerana tok banya seorang yang tegas menyebabkan Ryu Hazim takut dengan tok banya.
“ Apa yang kamu buat dekat luar itu” ujar Tan Sri Tengku Farish tegas menyebabkan Puan Sri Kamelia dan Ryu Hazim menoleh ke belakang melihat Tan Sri Tengku Farish memandang tajam. Ryu Hazim menelan air liurnya apabila melihat pandangan tajam Tan Sri Tengku Farish ke arahnya.
“ Sudahlah bang, saya yang ajak Hazim keluar. Tak perlu marah dia.” Jawab Puan Sri Kamelia membuat Tan Sri Tengku Farish memandang tajam isterinya.
“ Masuk!!!!” sepatah Tan Sri Tengku Farish cakap terus Ryu Hazim masuk menuju ke biliknya untuk melakukan terapi. Seumur hidupnya, belum pernah dia merasai kebebasan mutlak dan mempunyai kawan-kawan sebaya. Dia ada kawan pun sebab masa kecil bila Tan Sri Tengku Farish outstation, Puan Sri Kamelia memanggil Hafizudin Hakimi datang ke rumah untuk berkawan dengan Ryu Hazim. Sejak itu, dalam hidup Ryu Hazim, dia Cuma ada seorang kawan.
“ Abang nie, jangan tegas sangat dengan Hazim. Itukan cucu kita. Sampai bila awak nak kurung Hazim dalam rumah ini. Dari kecil hingga ke dewasa budak itu. Sampai bila abang” tanya Puan Sri Kamelia pelik dengan perangai suaminya. “ masa Zaki, tak ada kamu kurung sampai macam ini sekali. Budak itu sudah besar abang. Biarlah dia bebas” sambungnya lagi apabila melihat Tan Sri Tengku Farish tiada ciri-ciri hendak membalas kata-katanya.
“ Itu cucu saya. Tahulah saya apa yang baik untuk dia. Kamu sedar tak, cucu awak itu menghidap penyakit serius yang boleh menyebabkan kematian. Sebab itu saya kurung dia dalam rumah ini. Dari dahulu lagi, jangan benarkan Zaki kahwin dengan pilihan hati dia. Tengok keputusannya. Cucu awak sakit” jawab Tan Sri Tengku Farish tegas membuat Puan Sri Kamelia terdiam. Bukan dia tidak tahu, Tan Sri Tengku Farish sebenarnya tidak menyukai pilihan anaknya.


“ Abah sudah buat keputusan, abah nak Hazim ikut abah duduk dekat Malaysia” ujar Tan Sri Tengku Farish membuat yang lain terkejut semasa mereka menonton televisyen dengan keputusan Tan Sri Tengku Farish.
“ Tapi ba” ujar Tan Sri Tengku Ryuzaki
“ Tapi apa?” ujar Tan Sri Tengku Farish tegas membuat Ryu Hazim tidak berani masuk campur perkacakap Tan Sri Tengku Farish dan Tan Sri Tengku Ryuzaki.
“ Biarlah Hazim tinggal dengan saya. Saya tahu menjaganya. Lagipun Hazim anak saya bah” jawab Tan Sri Tengku Ryuzaki menyebabkan Tan Sri Tengku Farish memandangnya tajam.
“ Abah sudah buat keputusan, Hazim duduk dengan abah” ujar Tan Sri Tengku Farish membuat Tan Sri Tengku Ryuzaki terdiam mendengar keputusan Abahnya. Tan Sri Tengku Ryuzaki melihat wajah anaknya yang muram apabila Tan Sri Tengku Farish menyuruhnya duduk bersamanya.
“ Baiklah, Zaki ikut saja apa yang baik” Tan Sri Tengku Ryuzaki mengalah dengan Tan Sri Tengku Farish.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.