Tuesday, July 17, 2012

6 reason why sweet to be SINGLE!!!~


Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!
1. Bebas dan berdikariJika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
2. Jadi rakan yang baikSememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumahIbu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
4. Kuat keuntungan dengan part-timeDengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
5. Jimat kosBila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.
6. Kurang beban tanggungjawabAnda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Friday, June 10, 2011

Dack Coklat (bab 2(vi))

Semua pelajar kelas 5 A1 mula bergerak keluar menuju ke makmal Biologi yang terletak di blok D yang terletak berhampiran dengan blok E yang menempatkan semua makmal termasuklah makmal kemahiran, makmal senior dan junior, bengkel teknikal, bilik kejuruteraan dan makmal kimia.

            Semua pelajar mula memasuki makmal Biologi setelah Puan Hasniza memberikan kebenaran untuk mereka memasuki makmal tersebut. Puan Hasniza, guru berusia 38 tahun, berkulit kuning langsat, berkaca mata tanpa bingkai, sering memakai baju kebaja moden yang sesuai untuknya yang bertubuh tinggi lampai. Seorang guru yang tegas namun baik hati dan kelakar serta adil.

            Pelajaran hari itu dimulakan dengan penerangan dan pelajar perlu menyalin nota yang diberikan sebelum mereka melakukan eksperimen untuk bab yang dipelajari.

             “Baik pelajar, sekarang ini senarai nama pasangan. Duduk dalam kumpulan kamu sekarang juga. Nisa dan Nabila, Zaquan dan Myra, Fahmi dan Kamal, akhir sekali, Hazim dan Erin. Duduk dengan pasangan kamu sekarang. ” Arah Puan Hasniza setelah selesai menbacakan senarai nama kumpulan pelajarnya.

            “Cikgu, boleh tak kalau saya nak tukar pasangan? Saya tak nak dengan Hazim.” Tanya Erin kepada guru Biologi tersebut.

            “Tak boleh Erin. Cikgu dah aturkan ikut cabutan. Kalau awak nak tukar, tunggu eksperimen yang lain, faham? Dah sekarang duduk tempat kamu balik dan buat eksperimen kamu.” Ujar Puan Hasnizah tanpa tolak ansur.

            ‘ Eii, kenapalah aku kena duduk dengan mamat nerd ni? Buat sakit hati aku je. Tapi tak pe, kali ni je aku buat dengan kau. Lain kali jangan harap aku nak duduk dengan kau lagi.’ Rungut hati Erin tidak berpuas hati.  

         "Ehh,  why  I do  this  experiment  with  her? Eee… will make  me crazy…. " Bisik hati Ryu Hazim pula.

            Peralatan dan radas diatas meja diambil oleh Erin dan disusun mengikut turutan dan arahan. Sedikit demi sedikit cecair kimia dimasukkan dengan berhati-hati mengikut takat yang betul.
           Hei, you  take  the  wrong  this chemical. You  should  put  ice  in  the  beaker  on  the  top  of  the  Bunsen  Burner  first  before  you  use  it  with other chemical.” Tegur Hazim sambil menunjukkan cara yang betul.

            “Terima kasih ya cik abang. Saya tak reti buat, awaklah yang buat. Awak kan pandai buat eksperimen ni!” Ejek Erin. Tidak berpuas hati apabila ditegur oleh Hazim kerana merasakan jejaka itu sedang menghinanya yang salah mengambil cecair yang diperlukan.

            “Erin, why you like this? Keep arguing with me?”

            “Mana awak tahu nama saya?”


            “Your..name tag .. of course?!”

            “Owh yela. Habis awak suka buat saya marah. Memanglah saya marah takkanlah saya nak menangis pulak?”


            “  I not doing anything! I not innocent ok?”

            “Not innocent awak kata? Awak ni memang……aaarrrggghhh” Jerit Erin sambil memegang tangan kirinya yang baru sahaja terkena campuran cecair yang sedang dikacaunya, cecair tersebut terpercik mengena tangan Erin semasa dia mengacaunya terlampau kasar kerana berang dengan soalan Hazim.

            “Let me see!” Pinta Hazim sekaligus menarik tangan Erin dan melihat kesan lecur ditangan gadis tersebut. Hazim bertindak pantas dengan melakukan bahagian yang melecur tadi dengan air sejuk dan meminta kotak kecemasan dari guru mereka.

 Hazim balik ke mejanya bersama dengan kotak kecemasan dan mengeluarkan iodine sebelum menyapukan sedikit ubat tersebut dengan kapas.


            “Apa yang awak buat ni? Saya boleh sapu sendirilah.” Marah Erin sambil menarik tangannya. 

Namun Hazim tidak menghiraukan permintaan Erin sebaliknya terus menyapu tempat lecur tadi dan memegang tangan gadis tersebut dengan lebih erat dari sebelumnya kerana gadis itu asyik menarik tangannya.


            ‘Apa mamat ni? Aku boleh buat sendirilah. Kenapa nak buat macam ni? Nak mintak maaf dengan aku sebab cakap kat semua orang pasal incident hari tu ke? Jangan harap aku nak maafkan.  Tapi.. kenapa dia nampak caring sangat pada saat ni? Gentle betul.’ Puji Erin didalam hati sambil memerhatikan wajah Hazim yang sedang tekun menyapukan ubat serta membalut tangan gadis tersebut dengan berhati-hati.

            “Thank you.” Ucap Erin sambil memerhatikan balutan ditangannya dan mengemas buku miliknya yang tergeletak diatas meja untuk pulang ke kelas. Hazim mengemas buku miliknya sebelum mengambil buku Erin setelah melihat gadis kesukaran gadis itu membawa buku-buku tersebut.

            “Let  me  take  your books. Your hand still hurt right?” Kata Hazim sebelum berjalan keluar dari makmal dan bergerak pulang ke kelas mereka.


            

Dack Coklat (bab 2(v))

            Myra dan Erin berjalan perlahan kearah kerusi batu yang terletak berhampiran dengan padang sekolah mereka. Dipanjang padang tersebut, terdapat enam buah kerusi batu yang diletakkan berdekatan dengan cafeteria dan   laluan ke asrama pelajar perempuan.

           Erin aku nak tanya kau boleh tak? Tapi kau kena jawab dengan jujur tau!” Ujar Myra Fazira kawan baik Erin sejak dari sekolah rendah lagi.

            “Kau nak Tanya apa? Serious semacam je?” 

            “Betul ke kau dengan budak baru tu bercium? Jawab dengan jujur ya!”

            “Ehh, mana ada? Dari mana kau dengar semua ni?” Erin terkedu. Rahsia yang ingin disimpannya diketahui orang.

            “Aku tak dengar dari sesiapa. Aku dengar sendiri kau yang cakap masa kau marah budak baru itu. Masa aku nak cari kau, aku terdengar kauorang berbual pastu aku terdengar kau cakap kauorang bercium, betul ke? Aku takkan cakap dengan orang lain. Baik kau cakap kat dulu sebelum orang lain yang Tanya kat kau. ” Desak Myra lagi, mahu kepastian dari kawan baiknya itu.

            “Okay aku bagitau kau. Tapi janji, kau tak bagitau kat sesiapa tau?!”

            “Okay aku janji. Aku takkan bagitau sesiapa!”

            “Semalam, aku terjatuh kat atas mamat sial itu pastu tak tau macam mana aku ter kiss dia, pastu aku marah dia lak, walaupun tu salah aku.”

            “Waahh.. kau, tak sangka betul kau ya? Macam mana kau boleh ter kiss dia? Walaupun dia nampak nerd, tapi aku rasa kalau dia bukak cermin mata, mesti dia hensem kan?”

            “Aku ‘tak’ sengaja okay? Raket yang aku nak ambik tu kat bahagian atas sekali aku tak sampai jadi aku panjatlah rak tu, tapi terjatuh lak, betul-betul atas mamat sial tu. Alangkah bagusnya kalau aku tak jatuh atas dia, buat sakit hati aku je.” Rungut Erin sambil menarik muka geli pabila terdengar rakannya mengata Hazim mempunyai wajah yang kacak.

            “Alaa..kau nie! Patut kau bersyukur tau tak? Nasib baik kau jatuh atas dia, siap tercium pulak tu. Cuba kau bayangkan, kalaulah kau terjatuh kat atas besi ke, batu ke? Tak ke sakit dan menyusahkan kau? Apalah kau ni?” Balas Myra

Masa rehat itu dihabiskan dengan kemungkinan dan perkara yang terjadi dan apa yang akan berlaku. Myra dan Erin mengambil masa lebih kurang setengah jam bercerita tentang Zaquan dan Ryu Hazim pelajar baru di kelas mereka

Dack Coklat (bab 2(iv))

“Hoi  Ryu.. ken  channae ? ( kau ok tak?) Talk  to  me  please. You  scared me.” Desak  Zaquan lagi, tidak berpuas hati kerana tidak mendapat jawapan dari Ryu Hazim.

 ‘Kenapa dengan mamat sorang ni? Kena sampuk hantu ke apa?’ Bisik hati Zaquan sambil meraut tangan Ryu Hazim dan menariknya menuju ke asrama mereka semula.         

        “Hai  Hazim, boleh saya berjumpa dengan awak diluar sekarang?” Tanya Erin tiba-tiba sebaik sahaja kelas 5 A1 Sains Tulen habis waktu mata pelajaran matematik tambahan.

 Hazim hanya bangun dari tempat duduknya dan berjalan mengikuti Erin ke tangga bahagian timur bangunan empat tingkat  blok B.

            “Tentang hal semalam awak tak bagitau  kat sesiapa kan?” Ujar Erin dengan nada serious setelah memastikan tiada siapa berada dikawasan koridor tersebut. Hazim hanya membisu dan merenung wajah putih gebu gadis dihadapannya itu.

            “Saya  bagi amaran jangan bagitau sesiapa tau! Faham tak? Kalau tak siap awak”  Amaran keras dari Erin yang bimbang hal dia tercium dengan Hazim terbongkar.

            “Enough!  I  already told  Zaquan and the entire boy’s dorm…that you KISSED my lips…happy? " Ugut Hazim setelah lama mendiamkan diri.

            “Apa? Berani awak cakap kat semua orang tentang kita? Awak ni tak tau malu ke?”

            “What's  wrong?  You mad at me without reason? It’s driving me nuts! "

            “Kan saya dah mintak maaf semalam. Awak nak saya buat apa lagi? Tak cukup lagi ke?”

            “Owh, I see! First you mad at me without reason…then you didn’t even THANKED me after I HELP YOU! Then you mad at me AGAIN? WITHOUT REASON?!’ Chinja  yo!!”

            “Dahlah, tak guna saya cakap dengan awak lagi. Kalau ada orang tanya saya  pasal kita bercium semalam, saya akan cakap awak yang mulakan dulu. Faham? ”  Marah Erin sambil berjalan pergi meninggalkan Hazim dengan egonya.

Erin berjumpa dengan Hazim semata-mata untuk meminta maaf dan berterima kasih diatas pertolongannya tapi apakan daya lain pula yang jadinya. 

Dack Coklat (bab 2(iii))

10 batang raket tennis di tangan Erin manakala lagi sepuluh serta 20 pemberat diangkat oleh Ryu Hazim dengan menggunakan kotak. Mereka berjalan menuju ke tennis court setelah mendapatkan kesemua barang yang diperlukan. Sebagai seorang lelaki, Ryu Hazim mengangkat kotak yang diisi pemberat serta raket tennis tanpa disuruh.

“Hazim… Kau pergi mana? Penat aku cari.” Jerit Zaquan sebaik sahaja pemuda tersebut menemui sepupunya. Setelah tamat melakukan pemeriksaan asrama, Zaquan segera mencari sepupunya kerana bimbang dia akan tersesat atau ditimpa kemalangan.

“Zaquan, I’m  helping  her  take  this  things  to the  tennis court. You looking for me?” Tanya Ryu Hazim melihat Zaquan termengah-mengah berlari kearahnya.

“Hai Zaquan, awak dari mana? Tadi ada ‘spot check’ kat dorm lelaki ya?”

“Owh hai Erin, yap tadi kitaorang buat ‘spotcheck’ sedikit dapatlah rokoklah, buku komik. Korang dari mana ni?” Tanya Zaquan melihat mereka berdua berjalan bersama-sama. Serta merta sahaja mukanya menjadi merah dan  Erin tunduk lalu berjalan pergi.

“Zaquan, saya pergi dulu.”

“Eh,  wait.  what  about  this  box?” Jerit Ryu Hazim sebaik sahaja gadis itu berjalan meninggalkannya bersama Zaquan dalam keadaan yang terpinga-pinga.

“Just put it there. Saya akan suruh orang lain ambilkannya nanti.” Jerit Erin tanpa menoleh ke belakang.

Heii, Ryu.  Bou  yoai  ao? Ken channae?  Boa kea shoo? (Hei Ryu Kenapa ni? Kau ok tak? Apa dah berlaku?)” Tanya Zaquan yang sedang kebingungan melihat kelakuan mereka berdua.

 Ryu Hazim hanya memandang bayang Erin sebelum gadis itu menghilang  dan menatap wajah Zaquan cuba untuk meluahkan perasaannya namun tiada sebarang perkataan keluar dari mulutnya.

Dack Coklat (bab 2(ii))

“Eeeiii.. gelapnya bilik nie. Kenapalah lampu ni rosak pulak. Mana Myra nie? Sengaja betullah minah nie tinggalkan aku sorang diri tok angkat benda-benda berat.” Rungut Erin sambil berjalan perlahan-lahan dengan berhati-hati memasuki bilik alatan sukan untuk mengambil 20 batang raket tenis dan 20 pemberat walaupun dalam ketakutan kerana kerosakan mentol lampu pendaflour bilik tersebut. 
  
 Rak-rak setinggi lima tingkat tersusun disepanjang stor tersebut, diikuti peralatan-peralatan lain. Dibahagian rak ke-lima, ditingkat paling atas terletaknya peralatan tennis.

Dengan ketinggian 165cm, Erin perlu menjengkitkan kaki untuk mengambil barangan ditingkat teratas rak itu.

“Aaaahhhh….”

“Waaahh.. aw…awak…apa awak buat nie?” jerit Erin sebaik sahaja dia beralih dari badan Ryu Hazim. 

Erin terjatuh diatas badan Ryu Hazim yang sedang tidur lalu bibir mereka bertemu. Ryu Hazim terjaga dari tidurnya sebaik sahaja dia merasa suatu beban diatas badannya dan menyedari dia baru sahaja bercium dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya kerana kegelapan bilik tersebut. Dan pada saat itu, mereka bertentang mata sekaligus menimbulkan bunga-bunga cinta.

“Heii..what wrong with you? I don’t  do anything to you ok?!! I  just sleeping  at  here, what  wrong  with  it? And   you, what  are  you  doing here, at  this  time  and  why  you are at the top of my body?” Bangkang Ryu Hazim marah apabila mendapati seorang gadis berada diatas badannya dan dimarahi oleh gadis tersebut.

Erin bingkas bangun malu setelah menyedari dia berada diatas badan Ryu Hazim  secara tidak sengaja dan memarahi pemuda itu pula. Erin secara tidak sengaja terjatuh diatas badan Ryu Hazim yang sedang tidur diatas tilam alas yang digunakan untuk latihan lompat tinggi yang terletak betul-betul dibawah rak yang menempatkan peralatan tennis. Dek kerana tidak cukup tinggi, Erin cuba untuk memanjat rak tersebut lalu tergelincir.

“Owh.. Sorry,its my fault. Tapi apa awak buat disini? Pelajar yang tiada kebenaran tidak boleh berada disini sesuka hati. Semua pelajar perlu berada didalam kelas atau dipadang untuk latihan dan ‘proop’.” Ujar Erin bagi menutup malu kerana memarahi Ryu Hazim tanpa sebab.

“It my business, what do you care about me?” Marah Ryu Hazim. Dia masih lagi tidak berpuas hati kerana dimarahi tanpa sebab dan kerana tidurnya telah diganggu.

“Dah ini tugas saya mestilah saya sibuk. Pelajar yang tidak berkenaan tidak dibenarkan berada disini. Sila keluar atau saya bagi nama kamu ke ketua pengawas.” Arah Erin sambil memandang marah ke wajah Ryu Hazim. 

Ryu Hazim hanya memandang sahaja gadis dihadapannya itu dan berjalan meninggalkan gadis kecil molek itu sendirian, oleh kerana telah berjanji dengan Zaquan, Ryu Hazim berjanji akan mendengar arahan para pengawas.

Dua raket tennis diletakkan ditangan Erin.

“How much you need?” Tanya Ryu Hazim yang sedang berdiri dibelakang Erin sambil mengambil menghulurkan raket tennis kepada gadis tersebut.

“kalau tak sampai minta la bantuan orang.”Perli Ryu Hazim sambil menanti jawapan dari gadis dihadapannya itu. 

Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Ryu Hazim setelah dua minggu berada di Malaysia, selama Ryu Hazim di Malaysia, bahasa perantaraan yang diggunakan hanyalah bahasa Korea dan bahasa English sahaja.

“Emm.. 18 lagi raket tennis dan 20 pemberat. Terima kasih” Ucap Erin sedikit tergamam dari perbuatan Ryu Hazim yang tiba-tiba sahaja muncul dari belakang bagaikan hantu, tidak berbunyi ketika berjalan.

‘Ooo..selamat…hantu betulah mamat nie. Tetiba je ada kat belakang aku. Taulah aku pendek, nak perli lak. Kenapa jantung aku ni? Rasa berdebar lak bila mamat ni diri kat belakang aku. ‘Tingginya dia’ Puji Erin di dalam hati sambil melekapkan tangan kanannya didada dan merasai degupan jantungnya. 

Dack COklat (bab 2(i))

“Ryu boleh tak kau jangan hilang macam hantu? One more thing tolong ikut arahan yang diberi oleh para pengawas. Apa kau buat kat bawah pokok nie? Kau tidur lagi ya?”Pesan Zaquan.

I  want  to  find  a  place  to  rest  near  the  place  just  like  this. What do you think about my style? \  Does it suit me ” Tanya Ryu Hazim sambil membetulkan rambut dan kaca matanya. 

Rambut yang dahulunya diwarnakan blond telah diubah menjadi hitam keseluruhan dan di potong pendek dibelah tepi, memakai cermin mata besar berbingkai hitam sengaja dibuat bagi menampilkan image budak nerd.

“Okay je. Tapi satu je masalahnya. Kau..kau.. nampak tetap hensem gak sama macam sebelum ni. Dahlah tu, dah okaylah tu. Dah sebiji macam budak nerd sepupu aku nie. Owh ya, satu lagi pesanan untuk kau. Jangan asyik cakap dalam bahasa English, nanti dia orang kata kau berlagak, sekarang kau kat Malaysia bukan kat Korea faham?”Pesan Zaquan lagi sambil memerhatikan Ryu Hazim mengkusutkan rambutnya yang sudah sedia kusut.

Mereka berjalan menuju asrama lelaki blok Budiman dimana asrama tersebut menempatkan seramai 450 pelajar dalam suatu sesi, dilengkapi dengan ruang tayang, bilik mengosok, bilik membasuh, serta cafeteria.

Setelah selesai solat Maghrib dan Isyak, para pelajar perlulah berada didalam kelas untuk ‘proop’ pada sebelah malam yang diwajibkan untuk semua pelajar tingkatan 5 sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  

Oleh sebab Zaquan merupakan ketua pelajar dan pengawas diarahkan untuk membuat pemeriksaan barang terlarang diblok asrama yang lain setelah mendapat aduan menyebabkan Ryu Hazim terpaksa pergi ke kelas malam sendirian buat kali pertama.

'Hishh .. Never  mind,  I  am  the  new  boy,  I don’t  even know where the heck is my class . Hello,is there is anybody going to tell me?  Senyap,tiada sebarang suara pun yang menjawab soalan ryu. “ well….anybody?hanya cengkerik sahaja bersuara. “it seem that I have to skip then!”  Omel Ryu Hazim sendirian sambil berjalan dikoridor yang menyambungkan laluan asrama lelaki ke cafeteria dan koridor laluan ke dewan utama bangunan sekolah.

I’m not in the mood going to class. never mind… there no zaquan to nagging me all around….but wait! How  am I supose to find a friend. i can’t speak malay…and they can’t speak Korean….and if I speak english…..i don’t…like…the way they look at me….mommy! help me!" bisik hati Ryu Hazim memberi cadangan kepada dirinya sendiri setelah melalui bilik penyimpan alatan sukan. Ryu Hazim yang selama ini sering kali dikejar oleh para peminat menyebabkannya pandai menyembunyikan diri dari dijumpai orang. 

 Tanpa berlengah lagi dia segera menyelinap masuk ke stor tersebut dan bersembunyi bahagian paling dalam stor yang menyimpan pelbagai peralatan sukan dan dia memilih untuk bersembunyi berhampiran dengan tilam yang digunakan untuk latihan lompat tinggi.