Myra dan Erin berjalan perlahan kearah kerusi batu yang terletak berhampiran dengan padang sekolah mereka. Dipanjang padang tersebut, terdapat enam buah kerusi batu yang diletakkan berdekatan dengan cafeteria dan laluan ke asrama pelajar perempuan.
“Erin aku nak tanya kau boleh tak? Tapi kau kena jawab dengan jujur tau!” Ujar Myra Fazira kawan baik Erin sejak dari sekolah rendah lagi.
“Kau nak Tanya apa? Serious semacam je?”
“Betul ke kau dengan budak baru tu bercium? Jawab dengan jujur ya!”
“Ehh, mana ada? Dari mana kau dengar semua ni?” Erin terkedu. Rahsia yang ingin disimpannya diketahui orang.
“Aku tak dengar dari sesiapa. Aku dengar sendiri kau yang cakap masa kau marah budak baru itu. Masa aku nak cari kau, aku terdengar kauorang berbual pastu aku terdengar kau cakap kauorang bercium, betul ke? Aku takkan cakap dengan orang lain. Baik kau cakap kat dulu sebelum orang lain yang Tanya kat kau. ” Desak Myra lagi, mahu kepastian dari kawan baiknya itu.
“Okay aku bagitau kau. Tapi janji, kau tak bagitau kat sesiapa tau?!”
“Okay aku janji. Aku takkan bagitau sesiapa!”
“Semalam, aku terjatuh kat atas mamat sial itu pastu tak tau macam mana aku ter kiss dia, pastu aku marah dia lak, walaupun tu salah aku.”
“Waahh.. kau, tak sangka betul kau ya? Macam mana kau boleh ter kiss dia? Walaupun dia nampak nerd, tapi aku rasa kalau dia bukak cermin mata, mesti dia hensem kan ?”
“Aku ‘tak’ sengaja okay? Raket yang aku nak ambik tu kat bahagian atas sekali aku tak sampai jadi aku panjatlah rak tu, tapi terjatuh lak, betul-betul atas mamat sial tu. Alangkah bagusnya kalau aku tak jatuh atas dia, buat sakit hati aku je.” Rungut Erin sambil menarik muka geli pabila terdengar rakannya mengata Hazim mempunyai wajah yang kacak.
“Alaa..kau nie! Patut kau bersyukur tau tak? Nasib baik kau jatuh atas dia, siap tercium pulak tu. Cuba kau bayangkan, kalaulah kau terjatuh kat atas besi ke, batu ke? Tak ke sakit dan menyusahkan kau? Apalah kau ni?” Balas Myra .
Masa rehat itu dihabiskan dengan kemungkinan dan perkara yang terjadi dan apa yang akan berlaku.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.