10 batang raket tennis di tangan Erin manakala lagi sepuluh serta 20 pemberat diangkat oleh Ryu Hazim dengan menggunakan kotak. Mereka berjalan menuju ke tennis court setelah mendapatkan kesemua barang yang diperlukan. Sebagai seorang lelaki, Ryu Hazim mengangkat kotak yang diisi pemberat serta raket tennis tanpa disuruh.
“Hazim… Kau pergi mana? Penat aku cari.” Jerit Zaquan sebaik sahaja pemuda tersebut menemui sepupunya. Setelah tamat melakukan pemeriksaan asrama, Zaquan segera mencari sepupunya kerana bimbang dia akan tersesat atau ditimpa kemalangan.
“Zaquan, I’m helping her take this things to the tennis court. You looking for me?” Tanya Ryu Hazim melihat Zaquan termengah-mengah berlari kearahnya.
“Hai Zaquan, awak dari mana? Tadi ada ‘spot check’ kat dorm lelaki ya?”
“Owh hai Erin , yap tadi kitaorang buat ‘spotcheck’ sedikit dapatlah rokoklah, buku komik. Korang dari mana ni?” Tanya Zaquan melihat mereka berdua berjalan bersama-sama. Serta merta sahaja mukanya menjadi merah dan Erin tunduk lalu berjalan pergi.
“Zaquan, saya pergi dulu.”
“Eh, wait. what about this box?” Jerit Ryu Hazim sebaik sahaja gadis itu berjalan meninggalkannya bersama Zaquan dalam keadaan yang terpinga-pinga.
“Just put it there. Saya akan suruh orang lain ambilkannya nanti.” Jerit Erin tanpa menoleh ke belakang.
“Heii, Ryu. Bou yoai ao? Ken channae? Boa kea shoo? (Hei Ryu Kenapa ni? Kau ok tak? Apa dah berlaku?)” Tanya Zaquan yang sedang kebingungan melihat kelakuan mereka berdua.
Ryu Hazim hanya memandang bayang Erin sebelum gadis itu menghilang dan menatap wajah Zaquancuba untuk meluahkan perasaannya namun tiada sebarang perkataan keluar dari mulutnya.
Ryu Hazim hanya memandang bayang Erin sebelum gadis itu menghilang dan menatap wajah Zaquan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.