Semua pelajar kelas 5 A1 mula bergerak keluar menuju ke makmal Biologi yang terletak di blok D yang terletak berhampiran dengan blok E yang menempatkan semua makmal termasuklah makmal kemahiran, makmal senior dan junior, bengkel teknikal, bilik kejuruteraan dan makmal kimia.
Semua pelajar mula memasuki makmal Biologi setelah Puan Hasniza memberikan kebenaran untuk mereka memasuki makmal tersebut. Puan Hasniza, guru berusia 38 tahun, berkulit kuning langsat, berkaca mata tanpa bingkai, sering memakai baju kebaja moden yang sesuai untuknya yang bertubuh tinggi lampai. Seorang guru yang tegas namun baik hati dan kelakar serta adil.
Pelajaran hari itu dimulakan dengan penerangan dan pelajar perlu menyalin nota yang diberikan sebelum mereka melakukan eksperimen untuk bab yang dipelajari.
“Baik pelajar, sekarang ini senarai nama pasangan. Duduk dalam kumpulan kamu sekarang juga. Nisa dan Nabila, Zaquan dan Myra, Fahmi dan Kamal, akhir sekali, Hazim dan Erin. Duduk dengan pasangan kamu sekarang. ” Arah Puan Hasniza setelah selesai menbacakan senarai nama kumpulan pelajarnya.
“Cikgu, boleh tak kalau saya nak tukar pasangan? Saya tak nak dengan Hazim.” Tanya Erin kepada guru Biologi tersebut.
“Tak boleh Erin . Cikgu dah aturkan ikut cabutan. Kalau awak nak tukar, tunggu eksperimen yang lain, faham? Dah sekarang duduk tempat kamu balik dan buat eksperimen kamu.” Ujar Puan Hasnizah tanpa tolak ansur.
‘ Eii, kenapalah aku kena duduk dengan mamat nerd ni? Buat sakit hati aku je. Tapi tak pe, kali ni je aku buat dengan kau. Lain kali jangan harap aku nak duduk dengan kau lagi.’ Rungut hati Erin tidak berpuas hati.
"Ehh, why I do this experiment with her? Eee… will make me crazy…. " Bisik hati Ryu Hazim pula.
Peralatan dan radas diatas meja diambil oleh Erin dan disusun mengikut turutan dan arahan. Sedikit demi sedikit cecair kimia dimasukkan dengan berhati-hati mengikut takat yang betul.
“ Hei, you take the wrong this chemical. You should put ice in the beaker on the top of the Bunsen Burner first before you use it with other chemical.” Tegur Hazim sambil menunjukkan cara yang betul.
“Terima kasih ya cik abang. Saya tak reti buat, awaklah yang buat. Awak kan pandai buat eksperimen ni!” Ejek Erin. Tidak berpuas hati apabila ditegur oleh Hazim kerana merasakan jejaka itu sedang menghinanya yang salah mengambil cecair yang diperlukan.
“Erin, why you like this? Keep arguing with me?”
“Mana awak tahu nama saya?”
“Your..name tag .. of course?!”
“Owh yela. Habis awak suka buat saya marah. Memanglah saya marah takkanlah saya nak menangis pulak?”
“ I not doing anything! I not innocent ok?”
“Not innocent awak kata? Awak ni memang……aaarrrggghhh” Jerit Erin sambil memegang tangan kirinya yang baru sahaja terkena campuran cecair yang sedang dikacaunya, cecair tersebut terpercik mengena tangan Erin semasa dia mengacaunya terlampau kasar kerana berang dengan soalan Hazim.
“Let me see!” Pinta Hazim sekaligus menarik tangan Erin dan melihat kesan lecur ditangan gadis tersebut. Hazim bertindak pantas dengan melakukan bahagian yang melecur tadi dengan air sejuk dan meminta kotak kecemasan dari guru mereka.
Hazim balik ke mejanya bersama dengan kotak kecemasan dan mengeluarkan iodine sebelum menyapukan sedikit ubat tersebut dengan kapas.
Hazim balik ke mejanya bersama dengan kotak kecemasan dan mengeluarkan iodine sebelum menyapukan sedikit ubat tersebut dengan kapas.
“Apa yang awak buat ni? Saya boleh sapu sendirilah.” Marah Erin sambil menarik tangannya.
Namun Hazim tidak menghiraukan permintaanErin sebaliknya terus menyapu tempat lecur tadi dan memegang tangan gadis tersebut dengan lebih erat dari sebelumnya kerana gadis itu asyik menarik tangannya.
Namun Hazim tidak menghiraukan permintaan
‘Apa mamat ni? Aku boleh buat sendirilah. Kenapa nak buat macam ni? Nak mintak maaf dengan aku sebab cakap kat semua orang pasal incident hari tu ke? Jangan harap aku nak maafkan. Tapi.. kenapa dia nampak caring sangat pada saat ni? Gentle betul.’ Puji Erin didalam hati sambil memerhatikan wajah Hazim yang sedang tekun menyapukan ubat serta membalut tangan gadis tersebut dengan berhati-hati.
“Thank you.” Ucap Erin sambil memerhatikan balutan ditangannya dan mengemas buku miliknya yang tergeletak diatas meja untuk pulang ke kelas. Hazim mengemas buku miliknya sebelum mengambil buku Erin setelah melihat gadis kesukaran gadis itu membawa buku-buku tersebut.
“Let me take your books. Your hand still hurt right?” Kata Hazim sebelum berjalan keluar dari makmal dan bergerak pulang ke kelas mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.