“Eeeiii.. gelapnya bilik nie. Kenapalah lampu ni rosak pulak. Mana Myra nie? Sengaja betullah minah nie tinggalkan aku sorang diri tok angkat benda-benda berat.” Rungut Erin sambil berjalan perlahan-lahan dengan berhati-hati memasuki bilik alatan sukan untuk mengambil 20 batang raket tenis dan 20 pemberat walaupun dalam ketakutan kerana kerosakan mentol lampu pendaflour bilik tersebut.
Rak-rak setinggi lima tingkat tersusun disepanjang stor tersebut, diikuti peralatan-peralatan lain. Dibahagian rak ke-lima, ditingkat paling atas terletaknya peralatan tennis.
Dengan ketinggian 165cm, Erin perlu menjengkitkan kaki untuk mengambil barangan ditingkat teratas rak itu.
“Aaaahhhh….”
“Waaahh.. aw…awak…apa awak buat nie?” jerit Erin sebaik sahaja dia beralih dari badan Ryu Hazim.
Erin terjatuh diatas badan Ryu Hazim yang sedang tidur lalu bibir mereka bertemu. Ryu Hazim terjaga dari tidurnya sebaik sahaja dia merasa suatu beban diatas badannya dan menyedari dia baru sahaja bercium dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya kerana kegelapan bilik tersebut. Dan pada saat itu, mereka bertentang mata sekaligus menimbulkan bunga-bunga cinta.
“Heii..what wrong with you? I don’t do anything to you ok?!! I just sleeping at here, what wrong with it? And you, what are you doing here, at this time and why you are at the top of my body?” Bangkang Ryu Hazim marah apabila mendapati seorang gadis berada diatas badannya dan dimarahi oleh gadis tersebut.
“Owh.. Sorry,its my fault. Tapi apa awak buat disini? Pelajar yang tiada kebenaran tidak boleh berada disini sesuka hati. Semua pelajar perlu berada didalam kelas atau dipadang untuk latihan dan ‘proop’.” Ujar Erin bagi menutup malu kerana memarahi Ryu Hazim tanpa sebab.
“It my business, what do you care about me?” Marah Ryu Hazim. Dia masih lagi tidak berpuas hati kerana dimarahi tanpa sebab dan kerana tidurnya telah diganggu.
“Dah ini tugas saya mestilah saya sibuk. Pelajar yang tidak berkenaan tidak dibenarkan berada disini. Sila keluar atau saya bagi nama kamu ke ketua pengawas.” Arah Erin sambil memandang marah ke wajah Ryu Hazim.
Ryu Hazim hanya memandang sahaja gadis dihadapannya itu dan berjalan meninggalkan gadis kecil molek itu sendirian, oleh kerana telah berjanji dengan Zaquan, Ryu Hazim berjanji akan mendengar arahan para pengawas.
Ryu Hazim hanya memandang sahaja gadis dihadapannya itu dan berjalan meninggalkan gadis kecil molek itu sendirian, oleh kerana telah berjanji dengan Zaquan, Ryu Hazim berjanji akan mendengar arahan para pengawas.
Dua raket tennis diletakkan ditangan Erin .
“How much you need?” Tanya Ryu Hazim yang sedang berdiri dibelakang Erin sambil mengambil menghulurkan raket tennis kepada gadis tersebut.
“kalau tak sampai minta la bantuan orang.”Perli Ryu Hazim sambil menanti jawapan dari gadis dihadapannya itu.
Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Ryu Hazim setelah dua minggu berada di Malaysia, selama Ryu Hazim di Malaysia, bahasa perantaraan yang diggunakan hanyalah bahasa Korea dan bahasa English sahaja.
Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Ryu Hazim setelah dua minggu berada di Malaysia, selama Ryu Hazim di Malaysia, bahasa perantaraan yang diggunakan hanyalah bahasa Korea dan bahasa English sahaja.
“Emm.. 18 lagi raket tennis dan 20 pemberat. Terima kasih” Ucap Erin sedikit tergamam dari perbuatan Ryu Hazim yang tiba-tiba sahaja muncul dari belakang bagaikan hantu, tidak berbunyi ketika berjalan.
‘Ooo..selamat…hantu betulah mamat nie. Tetiba je ada kat belakang aku. Taulah aku pendek, nak perli lak. Kenapa jantung aku ni? Rasa berdebar lak bila mamat ni diri kat belakang aku. ‘Tingginya dia’ Puji Erin di dalam hati sambil melekapkan tangan kanannya didada dan merasai degupan jantungnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.