Friday, June 10, 2011

Dack Coklat (bab 2(iv))

“Hoi  Ryu.. ken  channae ? ( kau ok tak?) Talk  to  me  please. You  scared me.” Desak  Zaquan lagi, tidak berpuas hati kerana tidak mendapat jawapan dari Ryu Hazim.

 ‘Kenapa dengan mamat sorang ni? Kena sampuk hantu ke apa?’ Bisik hati Zaquan sambil meraut tangan Ryu Hazim dan menariknya menuju ke asrama mereka semula.         

        “Hai  Hazim, boleh saya berjumpa dengan awak diluar sekarang?” Tanya Erin tiba-tiba sebaik sahaja kelas 5 A1 Sains Tulen habis waktu mata pelajaran matematik tambahan.

 Hazim hanya bangun dari tempat duduknya dan berjalan mengikuti Erin ke tangga bahagian timur bangunan empat tingkat  blok B.

            “Tentang hal semalam awak tak bagitau  kat sesiapa kan?” Ujar Erin dengan nada serious setelah memastikan tiada siapa berada dikawasan koridor tersebut. Hazim hanya membisu dan merenung wajah putih gebu gadis dihadapannya itu.

            “Saya  bagi amaran jangan bagitau sesiapa tau! Faham tak? Kalau tak siap awak”  Amaran keras dari Erin yang bimbang hal dia tercium dengan Hazim terbongkar.

            “Enough!  I  already told  Zaquan and the entire boy’s dorm…that you KISSED my lips…happy? " Ugut Hazim setelah lama mendiamkan diri.

            “Apa? Berani awak cakap kat semua orang tentang kita? Awak ni tak tau malu ke?”

            “What's  wrong?  You mad at me without reason? It’s driving me nuts! "

            “Kan saya dah mintak maaf semalam. Awak nak saya buat apa lagi? Tak cukup lagi ke?”

            “Owh, I see! First you mad at me without reason…then you didn’t even THANKED me after I HELP YOU! Then you mad at me AGAIN? WITHOUT REASON?!’ Chinja  yo!!”

            “Dahlah, tak guna saya cakap dengan awak lagi. Kalau ada orang tanya saya  pasal kita bercium semalam, saya akan cakap awak yang mulakan dulu. Faham? ”  Marah Erin sambil berjalan pergi meninggalkan Hazim dengan egonya.

Erin berjumpa dengan Hazim semata-mata untuk meminta maaf dan berterima kasih diatas pertolongannya tapi apakan daya lain pula yang jadinya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.