Friday, August 10, 2012

Hazim


ini adalah rekaan semata-mata ya. ini hasil karya saya pada masa bosan. memang agak mengarut cikit jalan ceritanya. saya ingin meminta maaf jika jalan ceritanya anda tidak menyukai.



“ Hazim, kau dekat mana?” jerit Zaquan yang bersama-sama melancong ke Villa milik En. Ryuzaki dan Puan Maria di England untuk memenangkan fikiran selepas habis final exam mereka.
Zaquan mencari-cari bayangan Ryu Hazim di Villa tersebut tetapi dari semalam dia tidak dapat mencari Ryu Hazim di dalam Villa tersebut membuat dia sedikit cuak kerana kesihatan Ryu Hazim bukannya sihat sangat kebelakangan ini.
“ Kenapa Tuan Muda Quan?” tanya salah seorang pengawal peribadi yang diupah oleh En. Ryuzaki untuk menjaga Ryu Hazim dan Zaquan.
“ Hazim mana? Risau saya” ujar Zaquan membuat pengawal tersebut itu mengangguk.
“ Saya rasa, saya tahu di mana Tuan Muda Ryu” jawab pengawal tersebut membuat Zaquan mengikuti pengawal tersebut masuk ke sebuah bilik perpustakaan lalu menarik satu buku membuat rak buku tersebut tersebut. Zaquan terkejut apabila melihat ada jalan yang selama ini dia tidak mengetahui.
“ Astafiazim. Hazimmmmm” jerit Zaquan apabila melihat Ryu Hazim terbaring di lantai dalam keadaan tidak menyedarkan diri membuat dirinya cuak melihat muka Ryu Hazim pucat. Pengawal tersebut mengangkat Ryu Hazim naik ke bilik lalu menelefon doktor peribadi keluarga En. Ryuzaki untuk merawat Ryu Hazim yang tidak menyedarkan diri di atas katil.

“ saya harap kamu jaga Hazim dengan rapi. Dia sekarang demam panas” ujar doktor tersebut lalu beredar keluar dari bilik tersebut tanpa sedar En. Ryuzaki dan Puan Maria berada di belakang mereka.
“ Kenapa dengan Hazim nie Quan?” soal En. Ryuzaki melihat Ryu Hazim terbaring tidak menyedarkan dirinya membuat Zaquan serba salah untuk menceritakan kepada En. Ryuzaki dan Puan Maria.
“ Tak tahu uncle, aunty. Dari malam tadi Quan cari Hazim tetapi tak jumpa. Itu pun Haris tunjukkan tempat rahsia Hazim.” Terang Zaquan membuat En. Ryuzaki dan Puan Maria mengeleng kepalanya.
“ Masuk lagi bilik bawah tanah tu lagi ke Quan. Degil betul Hazim nie. Papa sudah pesan jangan masuk lagi.” Bebel En. Ryuzaki sambil meramas rambut milik Ryu Hazim.


“ Peningnya” ujar Ryu Hazim baru sedar membuat Puan Maria, En. Ryuzaki dan Zaquan melihat dirinya yang baru turun tangga dengan muka risau dengan kesihatan Ryu Hazim yang kadang kala tidak menentu kesihatannya.
“ Sayang okay tak nie. Mama risau” ujar Puan Maria menarik Ryu Hazim mengikutnya lalu duduk di sebelah Puan Maria yang sedang meramas rambut milik Ryu Hazim di sebelahnya.
“ Okay. Hazim pening cikit” bohong Ryu Hazim sambil tersenyum pelik apabila melihat kedua ibubapanya berada di Villa tersebut. “ Quan, macam mana aku....”
“ Macam mana kau dekat bilik? Itu kau tanya?” soal Zaquan membuat Ryu Hazim mengangguk perlahan. “ Aku cari kau macam apa. Nasib baik Hafiz beritahu aku pasal tempat rahsia kau itu. Kalau tak sihat, jangan masuk bilik itu” bebel Zaquan membuat Ryu Hazim tersengih.
“ Papa tak benarkan Hazim masuk lagi bilik itu. Kali ini kalau Hazim masuk juga bilik itu, papa akan robohkan bilik itu” ugut En. Ryuzaki membuat Ryu Hazim terkebil-kebil melihat papanya lalu mengangguk kepalanya. Ryu Hazim menyandarkan badannya di sofa lalu memejamkan matanya kerana sekarang ini, kepalanya macam nak meletup menahan sakit.
Puan Maria perasan keadaan anaknya lain macam terus dia merasai suhu di dahi anaknya. Panas itu yang dirasai Puan Maria membuat dirinya terkejut memandang Ryu Hazim yang sedang memejamkan matanya.
“ Abang, Hazim demam” ujar Puan Maria terkejut apabila merasai dahi anaknya.
“ Apa?” ujar En. Ryuzaki lalu bangun merasai dahi Ryu Hazim yang panas membuat dia merasai leher anaknya juga. En. Ryuzaki mula risau dengan kesihatan anaknya kerana dia tahu sekali anaknya sakit, teruk dibuatnya. Sampai masuk ke hospital dibuatnya. “ Pergi klinik” arah En. Ryuzaki membuat Ryu Hazim bangun memandang En. Ryuzaki dan Puan Maria sebelum badannya hampir tersungkur kerana dia merasai badannya melayang tetapi sempat ditahan oleh Zaquan yang ada dibelakangnya.
Zaquan memapah Ryu Hazim masuk ke kereta lalu meluncur pergi ke klinik kerana badan Ryu Hazim sangat panas membuat En. Ryuzaki dan Puan Maria mengambil keputusan menghantar Ryu Hazim ke klinik. Ryu Hazim di tahan di klinik hospital apabila demamnya melebih suhu yang dibenarkan membuat dia mengeluh.
‘ Masuk hospital lagi’ bebel Ryu Hazim seorang diri yang sedang duduk di tepi bersama Zaquan dan Hafiz selaku pengawal peribadi Ryu Hazim yang mendengar ucapannya. Ryu Hazim memerhatikan saja En. Ryuzaki dan Puan Maria berbincang dengan doktor tersebut mengenai kesihatannya.
Sudah berapa kali dia masuk hospital dalam tahun ini kerana kebelakangan ini dia mudah di serangi demam setiap bulan membuat Puan Maria dan En. Ryuzaki risau dengan kesihatan Ryu Hazim.
“ Sudah berapa kali kau masuk hospital nie Hazim. Teruk betul aku tengok kau. Dulu tak adalah sampai setiap bulan masuk hospital. Dulu jarang kau nak kena sakit. Ke kau ada sembunyikan sesuatu daripada aku nie Hazim” teka Zaquan membuat Ryu Hazim terus memandang sepupunya di sebelahnya. Tertelan air liurnya apabila Zaquan mengesyaki sesuatu mengenai dirinya.
“ Mana ada. Mana aku tahu. Cuaca kot” elak Ryu Hazim yang cuba menafikan bahawa dia mempunyai sakit barah otak membuat keadaan dirinya akan selalu kena demam.
Mereka pulang ke Malaysia dalam keadaan Ryu Hazim yang sedang demam sebelum dia dimasukkan ke dalam hospital peribadi milik keluarga En. Ryuzaki.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.