Saturday, July 21, 2012

cara mudah penjagaan kulit


Penjagaan kulit bukan hanya perlu dikalangan perempuan sahaja kerana lelaki pun PATUT menjaga tapi tak perlulah serajin perempuan. Kenapa? Muka yang bersih mencerminkan lambang maskulin seseorang lelaki. Cara mudah menjaga kulit wajah adalah dengan;
Perkara paling utama ialah anda perlu tahu jenis kulit dan masalah kulit yang anda miliki. Sebagai contoh jenis kulit normal, berminyak, kering atau kedua-duanya sekali.

Pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Terdapat pelbagai jenis produk yang anda boleh pilih di pasaran. Anda tidak semestinya perlu membeli produk yang mahal dan berjenama. Sabun Susu Kambing Gurun juga sudah cukup jika ianya sesuai dengan kulit anda. BERHATI-HATI!!!
Pemilihan produk yang tidak sesuai boleh merosakkan kulit anda.. Produk pelembut & pelembab kulit wajah adalah disarankan terutamanya yang mempunyai bahan-bahan seperti ekstrak buah-buahan seperti minyak biji anggur, minyak Babbassu, Phytessence Wakame, Coenzyme Q10 & Cynergy TK. 
Jika anda kerap berada di luar, gunakan losyen atau krim pelindung matahari. Ini kerana sinar UV yang memancar ke kulit wajah boleh mempercepatkan proses penuaan. Kulit juga boleh terdedah kepada masalah kedutan, kusam & berminyakAmalan mencucui muka juga boleh memberikan hasil yang memuaskan.
Cuci wajah anda secara kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Anda boleh gunakan pencuci muka jenis gel, krim ataupun scrub dan pastikan ianya bersesuaian dengan jenis kulit wajah anda.
P/s: Hendak seribu daya, kalau malas sejuta alasan boleh direka.:)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.