Thursday, July 19, 2012

Peace (bab 2)


Henry Ryuri mundar mandir sambil memikirkan cara melarikan diri dari pulau tersebut. Kelakuan Henry Ryuri diperhatikan oleh Akim dan Amir yang sedang sibuk dengan melakukkan kerja masing-masing. 

Henry Ryuri sempat memerhatikan berpuluh pemuda sedang bekerja memasukkan sesuatu. Dia sempat memandang atas bawah pekerja papanya membuat dirinya berkerut apabila melihat kesemua kaki pemuda tersebut dirantai dan dimangga di tempat masing-masing.

“ Tuan Muda hendak pergi mana?” tanya Akim yang menghalang Henry Ryuri datang dekat di tempat pemuda tersebut kerja.

“ Nak tengok sekejap”

“ No. Tuan Muda tidak dibenarkan masuk ke dalam. Tempat itu kotor. Tuan arahkan kepada kami supaya Tuan Muda tidak dibenarkan pergi ke tempat kotor” ujar Akim membuat Henry Ryuri berkerut dahinya mendengar kata-kata Akim.

“ Tapi”

“ Baik Tuan Muda masuk ke dalam bilik. Berehat" pujuk Akim sambil menolak tubuh badan Henry Ryuri pusing.


“Amir, kau jaga Tuan Muda baik-baik. Aku perlu uruskan sesuatu” ujar Akim membuat Amir memandang Henry Ryuri yang sedang leka melayari internet dengan menggunakan Ipodnya.

 “ Pastikan dia tidak melarikan diri Mir.”

“ Aku nak ikut” ujar Henry Ryuri tiba-tiba.

“ Maaf. Tak boleh. Tuan Muda perlu duduk dekat sini sehingga Tuan benarkan kami bawa Tuan Muda keluar” Henry Ryuri mendengus kasar apabila mendengar kata-kata Akim.

Henry Ryuri melihat Amir menyebat seorang pemuda apabila melihat pemuda tersebut tidak melakukan kerja. Henry Ryuri terus bangun dan menuju ke arah pemuda yang disebat oleh Amir. 

Badannya memeluk pemuda tersebut menyebabkan sebatan tersebut mengenai tubuh badan Henry Ryuri. Amir terpaku dengan kelakuan Henry Ryuri yang memeluk pemuda kotor tersebut.

“ Zack. Bawa Tuan Muda masuk. Kau pastikan Tuan Muda bersih dari najis pemuda ini.” Marah Amir membuat Zack menarik Henry Ryuri dengan kasar.

“ Lepas..... aku kata lepas... apa yang kau buat apa pemuda itu. Dia tak bersalah” ronta Henry Ryuri membuat pemuda yang di pukul tersebut memandang Henry Ryuri yang di paksa keluar dari tempat kerjanya.

Akhirnya Henry Ryuri dikurung di dalam biliknya atas perbuatannya yang menolong pemuda tersebut. Ramai pemuda yang memerhatikan Henry Ryuri tadi tidak memandangnya serong kerana perbuatannya tadi.

“ Kau nampak apa yang pemuda tadi buat. Dia cuba bela Helmi tadi” ujar pemuda-pemuda yang dipaksa kerja itu.

“ A’ah. Aku nampak tadi. Aku dengar dia anak Tuan Edward Syitori.”

“ A’ah. Aku pun dengar mereka cakap tadi” ujar pemuda lagi satu.

“ Helmi, kau okay” tanya pemuda lain yang duduk sebilik dengannya. 

Henry Ryuri curi-curi masuk ke dalam bilik yang ditempatkan oleh tahanan pemuda-pemuda tersebut membuat mereka terkejut dengan kedatangan Henry Ryuri tiba-tiba.

“ Kau okay” tanya Henry Ryuri sambil memerhatikan Helmi terbaring di atas katil. 

“ Sebenarnya apa yang sedang berlaku ini?”

“ Kau tak tahu apa-apa ker?” Henry Ryuri mengeleng-geleng kepalanya tanda tidak faham apa yang sudah terjadi.

Henry Ryuri duduk di penjuru bilik tersebut sambil mendengar cerita mereka dan bagaimana mereka boleh berada di rumah ini. Henry Ryuri tercengang selepas mendengar kata-kata mereka  membuat dirinya tidak mempercayai adakah kata-kata pemuda tersebut betul.

‘ Papa bukannya orang macam ini’ bisik hati Henry Ryuri yang tidak mempercayai 100% kata-kata pemuda tersebut.


Henry Ryuri membuat muka macam tidak tahu apa-apa sehinggalah dia jumpa bukti dengan aktiviti yang dilakukan oleh Edward Syitori. Amir diarahkan untuk menguruskan urusan terpaksa keluar meninggalkan Henry Ryuri bersama beberapa pengawal yang diamanahkan oleh Amir dan Akim untuk menjaga dirinya.

Kebetulan ada seorang pemuda yang biasa membuat rondaan untuk memastikan mereka melakukan kerja terpandang Henry Ryuri yang sedang duduk santai sambil tangannya lincah melihat Ipod sementara telingganya disumbat sesuatu. Pemuda ini memang seorang yang kejam daripada Akim dan Amir. Dia terus merampas Ipod di tangan Henry Ryuri dan menarik Henry Ryuri ke tempat pemuda-pemuda yang lain sedang bekerja.

“ Korang buat kerja macam mana. Ko boleh biarkan budak ini duduk santai tanpa melakukan kerja” tengking pemuda tadi selepas menarik Henry Ryuri masuk ke dalam makmal yang dilarang oleh Amir dan Akim. Terkebil-kebil dia melihat barang dihadapannya.

“ Tuan...”

“ Diam. Budak macam ini pun tak boleh jaga. Dan kau cepat buat kerja. Bukannya melihat saja” tengking pemuda tadi apabila melihat Henry Ryuri terpaku melihat barang dihadapannya. Dia membuat sebatan di belakang Henry Ryuri apabila dia tidak berganjak melakukan kerja.

 “ Kau pekak apa”

Henry Ryuri berkerut dahinya apabila badan belakangnya berasa sakit atas sebatan yang dilakukan oleh pemuda dihadapannya yang bermuka garang. Habis baju belakang Henry Ryuri berwarna merah akibat sebatan tadi. Baru beberapa sebatan, badan Henry Ryuri sudah luka kerana badannya sentitif dengan benda yang boleh melukakan dirinya.

Pengawal yang diamanahkan oleh Akim cuak melihat belakang badan Henry Ryuri berdarah yang banyak. Henry Ryuri menahan sakit kerana banyak darah yang mengalih dari belakangnya. Pemuda tersebut berasa tidak puas hati apabila melihat Henry Ryuri masih tercenggak dihadapannya. Dia cuba buat sebatan lagi tiba-tiba dihalang oleh seseorang.

“ Apa yang kau buat ini Vincent. Kau gila apa” tengking Akim yang baru pulang terpaku melihat badan Henry Ryuri penuh dengan darah. 

“ Kau nak kena bunuh dengan Tuan Edward apa”

“ Budak ini tak nak buat kerja.” Bela dirinya apabila melihat Akim membelet badan Henry Ryuri.

“ Kau gila apa. Look what you done. Kau memang tiada hati perut ke Vincent. Ini anak Tuan Edward Syitori. Yang kau suruh dia buat kerja buat apa?” tengking Akim membuat Vincent terpaku melihat Henry Ryuri. 

“ Tuan Muda. Kamu tak apa-apa” Henry Ryuri mengeleng kepalanya selepas mendengar kata-kata Akim.

Akim mengarahkan beberapa orang pembantu menyapu badan Henry Ryuri yang luka-luka. Vincent melihat badan Henry Ryuri yang luka-luka akibat perbuatannya berasa sangat takut dengan apa yang bakal Tuan Edward Syitori lakukan kepadannya.

“ Tuan” ujar Vincent dan Akim tunduk kerana kepulangan Edward Syitori secara tiba-tiba menambahkan ketakutan Vincent.

“ Papa... what you done. Sampai bila nak suruh Henry duduk sini” marah Henry Ryuri yang tiba-tiba keluar dari biliknya membuat Akim dan Vincent cuak melihat muka Henry Ryuri. 

Henry Ryuri tidak menghiraukan lukanya terus ke depan. Akim dapat menangkap muka Henry Ryuri yang sedang disembunyikan kesakitannya apabila melihat Edward Syitori.

“ Why, you don’t like live here?” soal Edward Syitori tenang melihat Henry Ryuri.

“ Papa, orang gila saja seronok hidupnya dikawal oleh orang lain!!!!!” marah Henry Ryuri mengadap Edward Syitori yang sedang tersenyum. Tiba-tiba phone milik Henry Ryuri berbunyi.

“ Hello mama. What!!!!!!! You joke right mama. Kenapa tak beritahu dulu mama nak datang. Adoi.... no mama Yuri bukan dekat KL“ Henry Ryuri menjeling muka Edward Syitori yang tenang melihat dirinya.

  “ Papa sini dekat mana?”

“ Pulau Sibu” jawab sepatah Edward Syitori.

“ Pulau Sibu mama. You want come but why. Oh my god, mama please. Yuri penatlah mama nak bergaduh. Henry belum bersedia nak duduk dengan mama. Yela mama datanglah. Bincang dengan papa” Henry Ryuri mengalah apabila mendengar bebel Maria Farandes. Henry Ryuri terus menghempas badannya ke sofa tanpa mengingat luka badannya.

 “ Awwuuuucchhhhh” jerit Henry Ryuri apabila lukanya tergesel dengan sofa tersebut. Edward Syitori melihat Henry Ryuri dengan pandangan tidak mengerti kenapa Henry Ryuri menjerit.

“ Nothing papa” Henry Ryuri cuba menutup dengan sengihannya.

“ Betul nie. Kamu tu bukannya boleh luka. Kulit nipis. Kang sesuatu berlaku dekat kamu. Mama kamu juga akan mengamuk. Kang tak pasal-pasal masuk hospital” bebel Edward Syitori membuat Henry Ryuri tersengih.

“ Serius papa. It’s nothing. Jangan risau” Henry Ryuri menjeling ke arah Akim dan Vincent yang menunjukkan mukanya ketakutann. Henry Ryuri menahan sakit dengan memeluk badannya apabila luka tersebut semakin mencucuk-cucuk badannya.

“ Betul nie. Tak ada apa-apa? Badan kamu tu bukannya kuat sangat. Papa tak nak tengok kamu masuk hospital lagi macam 10 tahun lepas Henry Ryuri. Cakap betul-betul dengan papa” desak Edward Syitori yang risau dengan keadaan Henry Ryuri.

“ Serius. I’m okay. Papa don’t worry okay. Itu kisah lepaslah papa.” Henry Ryuri menafikan. Seboleh-boleh dia menutup kesakitannya dari dilihat oleh Edward Syitori.


Maria Farandes datang dengan beberapa orangnya ke tempat markas milik Edward Syitori dan melihat bekas suaminya bersama anaknya. Maria Farandes perasan muka pucat Henry Ryuri seolah-olah menutup kesakitannya.

“ mama... i miss you” ujar Henry Ryuri bangun memeluk Maria Farandes. 

Vincent dan Akim melihat saja perempuan jelita dihadapannya. Mereka tidak menyangka Maria Farandes mama kepada Henry Ryuri kerana perempuan dihadapannya terkenal dengan kumpulan samsengnya yang terkenal di Amerika.

“ Are you okay sayang” ujar Maria Farandes risau melihat muka Henry Ryuri sedikit pucat.

“ I’m okay mama. Mama dan papa sama saja risaukan Henry. Mama Henry  sekarang 22 tahun okay. So don’t worry abaout me” nafi Henry Ryuri sambil tersengih sumbing ke arah Maria Farandes. 

Henry Ryuri berasa nak pitam tetapi dapat disembunyikan dari di lihat Maria Farandes dan Edward Syitori. Entah macam mana, Henry Ryuri pengsan di hadapan Edward Syitori dan Maria Farandes.

“ Henry!!!!!!” jerit Edward Syitori serentak dengan Maria Farandes yang bangun menuju ke tempat Henry Ryuri. Akim dan Vincent terkejut melihat Henry Ryuri pengsan terus menuju ke tempat Henry Ryuri.

“ Abang. What you do with my daughter” marah Maria Farandes yang risau dengan keadaan Henry Ryuri. 

Mereka berasa badan Henry Ryuri berbalut sesuatu terus membuka balutan tersebut. Terbeliak mata Edward Syitori dan Maria Farandes melihat luka yang berada di belakang Henry Ryuri.

“ Akim!!!!!!!! What you do with my daughter??” marah Edward Syitori yang memandang tajam ke arah Akim. Vincent menelan air liurnya melihat muka marah Edward Syitori.

“ Maaf Tuan. Saya salah. Saya......”

“ Enough. Kamu akan kena balasannya. Cepat angkat Henry. Dia perlu ke hospital” bantah Edward Syitori membuat Akim dan Vincent membantu Edward Syitori mangangkat Henry Ryuri.

Mereka menuju ke hospital membuat muka Maria Farandes menahan marah. Dia tak pernah menjentik sekali pun pada Henry Ryuri, ini ada orang lain yang boleh memukul badan anaknya.

“ Macam mana anak saya doktor” tanya Maria Farandes apabila melihat doktor tersebut keluar.

“ Puan jangan risau. En Henry tak apa-apa. Macam mana boleh kena?” tanya doktor tersebut.

“ Dia jatuh motor doktor. Sebab itu badannya macam itu” sampuk Edward Syitori yang menipu kenyataan sebenar.

“ Owh... En Henry tak apa-apa. Puan dan Tuan boleh masuk” ujar doktor tersebut lalu beredar membuat Edward Syitori, Vincent, Akim dan Maria Farandes masuk melihat Henry Ryuri sedang tidur menyarap kerana badan belakangnya telah dibalut oleh doktor tersebut. Maria Farandes mengusap rambut Henry Ryuri sebelum mengadap Edward Syitori.

“ Saya sudah buat keputusan. Henry duduk dengan saya. Lagi dibiarkan, apa yang pekerja awak lakukan pada anak saya” tegas Maria Farandes membuat  Edward Syitori mengeluh.

“ Tapi Maria....”

“ I sudah buat keputusan. Henry akan duduk dengan i. That’s all” Maria Farandes mengusap rambut Henry Ryuri yang sedang nyenyak tidur diatas katil.


“ Cakap. Siapa buat anak aku macam itu” tengking Edward Syitori membuat Akim dan Vincent menunduk kepalanya.

 Baran Edward Syitori melihat Henry Ryuri terlentar di hospital dan bekas isterinya mengambil alih penjagaannya atas kecuaiannya yang menyebabkan Henry Ryuri cedera.

“ Ma...maaf Tuan. Saya tak sengaja” ujar Vincent takut-takut. Pertama kali Vincent melihat Edward Syitori mengamuk. Edward Syitori mengucurkan pistolnya ke arah Vincent membuat dirinya takut sangat-sangat. Hilang semua garangnya apabila berdepan dengan Edward Syitori.

“ Tuan.....” Edward Syitori memandang Akim dengan tajam.

“ Baik aku tak bunuh kau. Kalau sesuatu yang berlaku pada anak aku. Kau orang pertama aku cari” Edward Syitori terus beredar dari situ membuat Akim mengeluh.

“ Kan aku sudah cakap. Lain kali dengar apa yang orang lain nak cakap. Jangan ikut kepala sendiri. Doa saja Tuan Muda tak apa-apa” ujar Akim membuat  Vincent mengangguk.


Akhirnya Henry Ryuri berunsur pulih dan dibenarkan pulang. Vincent memapah Henry Ryuri masuk ke banglo milik Edward Syitori di ikuti oleh Edward Syitori dan Maria Farandes dari belakang. Vincent meletak Henry Ryuri di sofa yang berada di ruang tamu.

“ Yuri akan tinggal dengan mama mulai sekarang. Esok kita gerak” ujar Maria Farandes membuat Henry Ryuri terpinga-pinga.

“ Hah?????”

“ Yuri akan duduk dengan mama mulai hari ini” ulang balik Maria Farandes dengan nada yang lembut. Selama ini Maria Farandes pantang kalau orangnya yang tidak focuskan apa yang dia cakap mesti dia melenting tetapi tidak kepada Henry Ryuri.

“ Tapi mama....”

“ Tak de tapi-tapi. Ini keputusan mama. Muktamat. Yuri perlu ikut selepas apa yang terjadi apa Yuri” arah Maria Farandes membuat Henry Ryuri memandang Edward Syitori.

“ Papa...”

“ Ikut saja mama kau cakap Henry. Papa tak larang. Nanti papa datang jenguk Henry dekat sana” ujar Edward Syitori perlahan selepas hilang hak penjagaannya apabila berlaku apa-apa yang boleh menyebabkan Henry Ryuri cedera.

“ Suka hati papalah” ujar Henry Ryuri perlahan apabila Edward Syitori tidak menghalangnya. Henry Ryuri tahu kalau duduk dnegan Maria Farandes, mesti kebebasannya mesti tersekat lain pula pada Edward Syitori yang memberinya peluang hidup dan berkawan. Henry Ryuri mengeluh perlahan.


Henry Ryuri berangkat bersama Maria Farandes menuju ke Amerika. Orang Maria Farandes menjaganya dengan baik kerana mereka tahu perangai Maria Farandes.

“ Mama please.. jangan anggap Henry macam budak kecil” bantah Henry Ryuri selepas dua bulan duduk bersama Maria Farandes.

 Maria Farandes memandang tajam ke arah Henry Ryuri membuat dirinya mengeluh. Henry Ryuri mengikut ke mana Maria Farandes pergi sehinggalah bayangan Maria Farandes hilang.

 “ Huh!!!!!!!” keluh kasar Henry Ryuri sambil menghempas badannya di sofa.

Henry Ryuri mencapai kunci keretanya terus beredar dari rumah banglo milik Maria Farandes. Mereka duduk lepak di Old Town di Amerika sambil berbual. Walaupun Henry Ryuri masih baru di Amerika, dia sudah mempunyai beberapa orang kawan yang sama satu kolej dengannya.

Henry Ryuri tidak mengetahui bahawa orang bawahan Maria Farandes sentiasa memerhatikan gerak gerinya yang sedang berbual dengan kawan-kawannya di Old Town. Tiba-tiba phone Henry Ryuri berbunyi apabila dia menganggkat Edward Syitori menyuruh dirinya pulang ke Malaysia.

Henry Ryuri membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia tanpa pengetahuan Edward Syitori. Puas Henry Ryuri memujuk Maria Farandes supaya membenarkan dirinya pulang ke Malaysia dan akhirnya Maria Farandes membenarkan Henry Ryuri kembali ke Malaysia.


“ Encik nak ke mana?” halang pengawal yang di amanahkan oleh Edward Syitori untuk menjaga rumahnya apabila ternampak Henry Ryuri selamba tarik masuk begnya.

Henry Ryuri buat bodoh tanpa mempedulikan pengawal tersebut terus masuk dalam. Pengawal peribadi Edward Syitori yang tidak mengenali Henry Ryuri terus mengeluarkan pistolnya menyuruh Henry Ryuri berhenti.

“ Berhenti!!! Kamu siapa?” soal pengawal tersebut membuat Henry Ryuri menoleh dan memandang selamba ke arah pengawal tersebut.

“ Apa bising-bising nie” sampuk Akim yang kebetulan turun dan terdengar suara orang cakap berhenti.

“ Surpise!!!!” kejut Henry Ryuri sambil ketawa melihat wajah terkejut Akim melihat dirinya di depan rumah. Pengawal peribadi Edward Syitori terpinga-pinga tiba-tiba ketuanya terpaku melihat jejaka di hadapannya.

“ Tuan Muda..!!!!!! bila sampai. Kenapa tak beritahu” ujar Akim gembira melihat muka Henry Ryuri di hadapan rumah.

“ Ala kalau beritahu, tak surpiselah. Hehe... papa mana?”tanya Henry Ryuri sambil menepuk bahu Akim perlahan.

“ Tuan keluar dengan Puan, Tuan Muda”

“ What???? Papa is married? With who?” ujar Henry Ryuri teruja membuat Akim berkerut dahinya melihat respond Henry Ryuri.

“ Tuan Muda tidak marah?”

“ Emmm nak marah for what? Lagipun biarlah papa kahwin. Sudah sampai masanya papa cari penganti” ujar Henry Ryuri sambil membelakangkan Akim sambil mengirup udara segar.

“ I miss Malaysia. “

“ Tuan Muda sampai bila?” tanya Akim.

“ This week only. Lepas itu i kena balik USA balik. You know, so hard i dapat pelepasan untuk balik sini” jawab Henry Ryuri selamba sambil memerhatikan kolam ikan di hadapannya. 

“ Surpise papa!!!!” jerit Henry Ryuri apabila melihat Edward Syitori turun kereta bersama isteri barunya.

“ Kamu nie Henry, terkejut papa. Bila sampai?” tanya Edward Syitori gembira melihat anaknya berada di rumahnya.

“ Baru saja. Wow so beautiful you wife. Hehehe” puji Henry Ryuri membuat Edward Syitori ketawa.

“ Berapa hari nie?”

“ Just this week. Lepas itu kena balik USA. Papa bukannya tak kenal dengan mama. Nak balik sini pun punyalah susah mama nak lepas. You know what, i miss Malaysia.”

“ Macam mana dengan luka kamu Henry,”

“ Huh... owh just fine. Cuma berparut saja. Don’t worry, my body is heartly okay. Agak-agaklah papa, kalau Henry nak duduk sini balik boleh tak. hehehe”

“ kamu nak kena bunuh dengan mama kamu. Bukannya Henry tak kenal dengan mama Henry.” Kata-kata Edward Syitori membuat Henry Ryuri mengeluh.

“ Bosan gila duduk sana. Not funny macam dekat sini. You know mom is so strainght. Owh ya papa, my car still have here?” tanya Henry Ryuri semangat.

“ Ada. Dekat garah sana”

“ Wow. Intresting. Okay papa i have to go. Nak jumpa Alif” ujar Henry Ryuri sambil berlari ke keretanya dan tersenyum.

“ Tak habis-habis dengan Alif” bebel Edward Syitori membuat Henry Ryuri menunjukkan peace.

“ Pergi dulu. Dada” ujar Henry Ryuri terus memecutkan keretanya hendak keluar dari rumah banglo Edward Syitori dan terbehenti secara mengejut apabila sebuah kereta berhenti di hadapannya yang menghalang kereta Henry Ryuri keluar. 

“ What!!!!! What you doing here John. Sini bukannya USA yang kamu perlu ikut aku ke mana saja” marah Henry Ryuri apabila melihat John turun dari kereta tersebut.

“ Maaf Tuan Muda. Ini arahan daripada Puan. Saya Cuma melaksanakan tugas saja”

“ Shit.... you always distrub my life. I’m bored okay” marah Henry Ryuri sambil turun dari keretanya.

“ You healty not good Tuan Muda. Jangan nak berlagak sihat” marah John membuat Edward Syitori tercengang.

“ What?? Henry, tell me. You healty not good. Why???” tanya Edward Syitori memegang pipi Henry Ryuri yang mengalihkan matanya ke arah lain.

 “ Henry, look me. Honestly  with me Henry” Henry Ryuri mendiamkan dirinya sambil melarikan pandangan matanya dari melihat Edward Syitori.

 “ John?”

“ Maaf Tuan Edward. Sejak kemalangan yang menimpa Tuan Muda 3 bulan lepas, Tuan muda mengalami sakit jantung serta tulang belakangnya tidak kuat menampung badannya. Kemalangan tersebut memberi kesan teruk kepada Tuan Muda. Sebab itu Puan tidak membenarkan Tuan Muda pergi jauh” jawab John membuat Edward Syitori dan Akim terpaku.

“ Why you don’t tell me Henry.”

“ Because, this not important dad. Henry sihat saja. Mama saja yang risau sangat” nafi Henry Ryuri walaupun sejak kebelakangan ini sakitnya kerap menyerang.

“ That’s why Maria tidak benarkan kamu balik Malaysia sendiri” ujar Edward Syitori membuat Henry Ryuri mengangguk.

“ Huh!!!!! You always worry about me John. I’m okay here. Just one week okay i’m here. Tak bolehkah kamu biarkan aku berseronok only one week” rayu Henry Ryuri.

“ No. Papa tak benarkan” sampuk Edward Syitori membuat Henry Ryuri mengeluh kasar.

“ Papa juga macam mama. Bosanlah macam ini” marah Henry Ryuri terus masuk ke dalam biliknya dengan perasaan marah. Edward Syitori melihat saja bayangan anaknya hilang di balik pintu rumahnya. Setengah Henry Ryuri berjalan, tiba-tiba penyakitnya menyerang membuat dirinya pegang palang tangga dengan kuat.

“ Tuan.... Tuan muda” jerit pembantu rumah Edward Syitori membuat Akim, Edward Syitori dan John berlari ke dalam melihat Henry Ryuri memegang dadanya diatas tangga.

“ Tuan Muda. Ubat mana?” tanya John cuak melihat muka biru Henry Ryuri.

“ Da...dalam... be...beg” ujar Henry Ryuri gagap menunjukkan beg tariknya membuat John dan Akim membongkar isi barang dalam beg tersebut. John menyerahkan ubatnya membuat Henry Ryuri mengambil ubat tersebut dan duduk sebentar menahan sakit.

 “ Jangan beritahu mama. Please John” ujar perlahan Henry Ryuri membuat John mengangguk.

Edward Syitori risau dengan kesihatan yang ditimpa oleh Henry Ryuri. Yang paling cuak Akim risau pada Vincent yang menyebabkan Henry Ryuri sakit.

“ Papa... please don’t” rayu Henry Ryuri apabila melihat muka marah Edward Syitori.

“ Dia sudah buat kemu menderita Henry. Papa tak boleh lepaskan dia” tengking Edward Syitori.

Papa nak bunuh dia buat apa. Bukannya boleh baikkan sakit Henry. Just stop. Henry sudah penat papa. I’m tried think about that. Dia mati macam manapun, tak bawa kesah apa-apa pada Henry papa. I still sick okay” pujuk Henry Ryuri sedikit rayu membuat Edward Syitori terdiam.

“ Tuan Muda. Tiba masanya”

“ i don’t want John. I tak nak” ujar Henry Ryuri perlahan sambil menyandarkan badannya ke sofa. Tulang belakangnya mencucuk-cucuk sakit membuat Henry Ryuri menyandar badannya sambil mengejam matanya menahan sakit.

“ Tak boleh Tuan Muda. You must take this medicel” desak John. John tahu sekarang Henry Ryuri sedang sakit kerana dia dapat membaca perbuatan Henry Ryuri apabila dia menahan sakitnya.

“ I don’t want. Sakit John, bila i ambil ubat itu” separuh rayu Henry Ryuri yang tidak rela mengambil ubat sakit pinggangnya.

“ Kalau Tuan Muda tak ambil sekarang. Sakit Tuan Muda semakin melarat. Or Tuan Muda mahu i call puan tentang keadaan Tuan Muda” kata-kata terakhir membuat Henry Ryuri mengalah.

“ Okay. I take that” ujar perlahan Henry Ryuri sambil bangun untuk menuju ke bilik terus terduduk balik apabila pinggangnya mencucuk menyebabkan badannya tidak dapat tanggung kesakitan tersebut. Edward Syitori memegang Henry Ryuri yang sedang menahan sakit belakangnya dengan tangan.

Edward Syitori dan Akim menyaksikan kesakitan Henry Ryuri apabila mengambil ubat tersebut dan terus tertidur secara menyiarap. John mengeluh lega apabila melihat keadaan Henry Ryuri semakin stabil semula. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.