KES pasangan bercinta melalui alam maya bukan lagi isu biasa. Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes rumahtangga terkini, enam daripada 10 kes rumah tangga berpunca daripada cinta yang bermula di alam maya. Realitinya, individu tidak kira lelaki atau wanita mudah terpedaya dengan cinta alam maya kerana mereka ini terlibat dengan perhubungan tidak nyata. Secara khususnya, mereka ini tertipu dengan kebaikan diri pasangan yang tidak dikenali secara zahir dan berterus terang. Lazimnya setiap individu akan berusaha untuk menonjolkan yang terbaik bagi menambat hati rakan baharu yang dirasakan sesuai menjadi teman istimewa. Hubungan siber jadi lebih indah apabila pasangan baharu berusaha untuk memahami kekalutan yang dihadapi, kononnya sedia berkongsi apa sahaja permasalahan.
Zina siber
Saya pernah kendalikan kes pasangan yang bermasalah disebabkan si suami berzina menerusi internet, menggunakan e-mel untuk mengirimkan gambar-gambar bogel kepada pasangan. Perhubungan bertemu muka tidak berlaku dan sekadar bertukar gambar bogel masing-masing (secara spesifik, gambar alat sulit masing-masing sahaja, tanpa wajah) disertakan dengan ayat-ayat yang merangsang nafsu. Si isteri yang terjumpa kesemua e-mel itu pastinya tidak dapat bersabar apatah lagi menerima. Bukan saja suami, satu kes hujung tahun lalu, perkahwinan berusia enam bulan berakhir apabila suami mendapat tahu kerja jahat si isteri bermesej lucah dengan rakan-rakan siber. Hakikatnya, walau secara siber, tanpa pertembungan dua jasad, arahan syarak agar jangan mendekati zina telahpun berlaku dalam kes-kes di atas.
Oleh itu janganlah kita mempercayai seseorang yang kita kenali di dalam alam maya terus mempercayai seseorang itu dengan cepat kerana banyak sifat negative lebih banyak berbanding positive. ingatlah kawan-kawan, alam maya ini tidak bagus untuk melakukan hubungan yang serius kerana kita tidak mengenali dia secara dalam seperti kita kenal kawan baik kita secara berdepan. ingatlah bahawa alam maya ini sekacar hiburan semata-mata. ingatan untuk anda dan juga diri saya. selamat beramal~
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.