Wednesday, July 18, 2012

Kisah kehidupan seorang pelajar (bab 1)


“ Niel ” tegur Kamarul apabila melihat Daniel sedang focus membuat assignmentnya bersedang berterabur di kawasan wakaf tersebut. Penuh dengan kertas-kertas besar sampai tengelam Daniel yang khusuk membuat landscapenya.

“ Emmmmm” jawab Daniel yang sedang focus dengan assigmentnya. 

Kamarul memerhatikan Daniel lama sebelum dia memerhatikan sekitarnya dan ternampak sekumpulan pelajar sedang memerhatikan Daniel yang sedang khusuk membuat kerjanya tanpa menyedari dirinya diperhatikan.

“ Tak habis-habis ke kau punya design?” soal Kamarul yang kadang-kadang tidak faham kelakuan Daniel yang suka sangat dengan coursenya.

“ Bolehlah” jawab Daniel sekali imbas melihat Kamarul berdiri di muka pintu wakaf tempat dia buat kerjanya.

“ Finish!!!!!” jerit Daniel sambil tersenyum dan menyandarkan dirinya di palang wakaf tersebut sebelum menjerit. 

“ Owh shit, Rul kau tunggu sini. Aku nak hantar board” ujar Daniel terus berlari menuju ke pejabat pensyarahnya dan meninggalkan barang-barangnya bersama Kamarul.

Kamarul mengeleng-geleng kepalanya dan menolong kemas barang-barang Daniel sebelum mereka bersama-sama pulang.

“ Sya. Siapa kau perhatikan dari tadi?” soal Aina selaku kawan baik Aisyah.

“ Biasalah. Dari tadi aku tengok tak berkelip Sya pandang Daniel. Aku tahu dia hensem tapi Daniel ramai peminat taw?” ujar Julia yang duduk bersama Aisyah dan Aina.

“ Korang kenal ke dengan budak itu?”soal Aisyah membuat kawan-kawannya ketawa.

“ Siapa tak kenal dengan Daniel. Pelajar top dan hot dekat sini. Tengoklah muka dia. Ala-ala chinese. Siapa tak minat mamat yang prefect macam itu. Dia adalah pengerusi majlis pelajar taw. Kira presiden kolej kita” terang Aina semangat kerana dia pun salah seorang peminat Daniel.


“ Niel!!!!! “ jerit Kamarul apabila melihat Daniel yang tiba-tiba terpaut pada kerusi tersebut sambil memegang kepalanya yang sedang pusing.

 Semua pelajar cuak melihat keadaan Daniel yang tidak stabil itu. 

“ Aku sudah kata. Jangan paksa diri kau sampai tiga hari kau tak tidur. Tengok jalan pun macam tak betul. Aku dah pesan awal-awal. Degil nak siapkan juga board kau” bebel Kamarul membuat Daniel menjeling maut ke arah Kamarul.

Beberapa pelajar lelaki menolong Kamarul memapah Daniel yang dalam keadaan pening akibat tidur tidak cukup.  Kamarul meninggalkan Daniel yang sudah duduk di site hadapan keretanya terus mengemas barang-barang landscapenya yang ditinggalkan oleh Daniel.

 Tak sampai beberapa minit Kamarul meninggalkannya, Daniel sudah terlena tidur di dalam keretanya.

“ Niel okay tak Rul?” soal salah seorang pelajar yang kelihatan risau dengan keadaan Daniel tadi.

“ Dia okay Riq. Biasalah tiga hari tak tidur ciapkan landscape dia. Memang macam itulah jadinya” jawab Kamarul sambil tersenyum melihat Daniel sudah lena di dalam kereta.

“Patutlah. Kau kena jaga Niel tu Rul. Bukannya kau tak tahu perangai dia. Kang pengsan tengah-tengah jalan bahaya. Bukannya kau tak tahu dia obses dengan landscape dia. Kadang-kadang seminggu tak tidur pun dia boleh tahan. Pastu boleh pula pengsan time kelas” ujar Hazriq yang mengenali Daniel. Boleh kata semua pelajar lelaki mengetahui perangai Daniel yang sangat menyukai coursenya.

“ Memang style dia mcam itu. Tengoklah tiap-tiap sem dia dapat DLM. Sudahlah course yang dia ambil tu tahap maut” ujar Ahmad yang lepak di situ juga.

“ Aku pun tak tahu dia bahagikan masa mana nak uruskan tugas sebagai presiden dan menyiapkan landscape dia yang melambak tu. Kalau aku, aku sudah tarik diri” sampuk Zafril yang kebetulan baru nak duduk di kawasan kawan-kawannya.

“ Korang jangan risau. Tahulah aku jaga si Niel tu. Dia degil sikit. Bila sakit sapa lagi yang dia susahkan” ujar Kamarul sambil memepuk bahu Hazriq.

“ Nyenyak dia tidur” ujar Zafril melihat Daniel lena tidur di dalam kereta Kamarul.

“ Aku balik dululah. Kesian pula aku tengok Niel tidur macam itu. Okay guys aku balik dulu” ujar Kamarul terus beredar dan memecut keretanya keluar dari kawasan kolejnya.

“ Zaf, rajin betul si Rul jaga Daniel” tanya Hazriq yang pelik dengan perangai Kamarul yang lebih rapat dengan Daniel walaupun dia anak orang berada.

“ Biasalah wei. Dia mana pentingkan darjat walaupun kawannya berada dari keluarga biasa.” Jawab Zafril yang kagum dengan Kamarul walaupun dia anak kepada jutawan terkenal Tan Sri Khairul Azwan.

“ Niel bangun. Sudah sampai rumah” kejut Kamarul membuat Daniel bangun walaupun dalam keadaan mamai tidak perasan bahawa Kamarul membawa dia ke rumah sebenar Kamarul bukannya rumah sewa mereka. 

Keluarga Kamarul sudah mengenali Daniel lebih rapat kerana Daniel adalah satu-satunya kawan yang anaknya bawa balik.

“ Kenapa dengan Niel tu Rul.? Mummy tengok lain macam saja” tegur Puan Sri Khatijah kebetulan baru turun tangga melihat Daniel berjalan ke arah sofa sebelum landing badannya baring di atas sofa.

“ Biasalah mummy, tak cukup tidur memang macam itu.” Jawab Kamarul sambil menyalami tangan Puan Sri Khatijah sebelum menuju ke tempat  Daniel yang sedang lena tidur.

 Niel buat hal lagi ker? Jangan sampai deman pulak budak nie?” risau Puan Sri Khatijah sambil merasai dahi Daniel yang  sedang lena tidur di atas sofa tersebut.


“ Niel bangun. Sudah margib nie?” kejut Kamarul selepas melihat Daniel masih tidak berkuit untuk bangun dan kebetulan Tan Sri Khairol Azwan berada di kawasan ruang tamu tersebut tersenyum melihat satu-satu kawan anaknya yang dia kenal. Tan Sri Khairol Azwan pun sudah menganggap Daniel macam anaknya sendiri.

“ Emmmmm give me 5 minit. Aku ngantok giler nie Rul. Jangan ganggu aku” dengus Daniel sambil memalingkan mukanya dan memeluk kusyennya.

“ Biarlah dia tidur Rul. Jangan ganggu” sampuk Tan Sri Khairol Azwan sambil mengeleng-geleng kepalanya melihat telatah Daniel.

“ Tapi papa. Sudah nak margib nie. Tak baik tidur” jawab Kamarul membuat Tan Sri Khairol Azwan tersenyum. 

“ Nielll!!!!!!!!! Bangun. Bangun mandi. Lepas tu kau boleh sambung tidur balik” kejut Kamarul sambil mengoyangkan badan Daniel membuat dirinya mendengus dan duduk dalam keadaan matanya tertutup.

“ Kau nie kacaulah. Aku baru nak tidur” bebel Daniel terus bangun.

“ Kau nak pergi mana tu” tanya Kamarul yang sempat memaut lengan Daniel sebelum tercium dinding.  

“ ish kau nie. Sini ikut aku”

“ Niel.... niel” ujar Puan Sri Khatijah perlahan sambil ketawa kecil melihat Daniel yang berjalan dalam keadaan mata tertutup dan kelakuan Daniel yang mencelikkan matanya dengan tangan telah mengelikan hatinya. 

“ Macam-macam perangai budak nie”



“Morning mummy, daddy” ujar Kamarul yang melihat ibubapanya sedang bersantai di ruang makan pagi-pagi nie.

“ Niel tak bangun lagi ke Rul?”tanya Puan Sri Khatijah melihat anak bujangnya saja turun dari atas.

“ Belum mummy. Tak bangun-bangun dari tadi. Tak larat nak bangunlah tu kalau seminggu tak tidur” ujar Kamarul membuat Puan Sri Khatijah mengeleng-geleng kepalanya.

“ Tidakkkkkkkk!!!!!!” jerit Daniel dari atas membuat Kamarul, Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Khairol Azwan terkejut mendengar jeritan Daniel yang sedang tergesa-gesa menuruni tangga melihat Kamarul di ruang meja makan.

 “ Rul, mana board aku. Aku kena ciapkan. Macam manalah aku boleh tidur. Adoi~!” ujar Daniel membuat Kamarul mengelng-geleng kepalanya.

“ Hari ini aku tak benarkan kau sentuh board tu. Hari ini kau rehat 1 hari.” Jawab Kamarul membuat Daniel mengerut dahinya kerana dia lambat loading akibat tidak cukup tidur.

 Lama juga Daniel berdiri tegak sambil dahinya berkerut memikirkan kata-kata Kamarul.

“ Kau giler. Next week aku kena hantar. Satu apa pun aku tak buat” jawab Daniel.

“ Sudah-sudah. Mummy nak Niel rehat hari ini. Jangan fikir sangat board tu” pujuk Puan Sri Khatijah membuat Daniel terkebil-kebil melihat ibu Kamarul.

“ Bila masa pula kau balik sini Rul? Bukannya kita balik rumah sewa ker?” tanya Daniel membuat Kamarul menepuk dahinya melihat wajah kehairanan Daniel.

“ Tulah. Tak tidur lagi. Kang macam orang tak betul aku tengok. Sudah-sudah hari ini kau rehat saja. Kang masuk hospital lagi kau kang kalau tak tidur lagi” ujar Kamarul.

“ Betul tu. Mummy dan daddy pun setuju apa yang dicakapkan oleh Rul. Niel rehat saja hari ini. Tak perlu buat board” sokong Puan Sri Khatijah

“ Tapi..”

“ Rehat saja. Daddy tahu niel boleh buat tapi kesihatan Niel kena jaga. Jangan terlampau letih sangat or Niel nak daddy hantar Niel masuk hospital?” sampuk Tan Sri Khairol Azwan membuat Daniel terdiam. 

Daniel sudah probia apabila mendengar perkataan hospital kerana ada peristiwa yang berlaku semasa dia dimasukkan di dalam hospital.

“  Okay Niel rehat hari ini” ngalah Daniel sambil duduk sebelah Kamarul dengan muka masam.

 ‘ Kau memang sengaja balik sini ya Rul supaya aku tak buat board untuk hari ini.’


“ Hah abang Niel berangan ya” ujar Adyana Ryuki selaku adik kepada Kamarul Ryuki yang sangat rapat dengan Daniel.

 Dalam diam Adyana Ryuki mengakumi Daniel  yang sedang termenung memandang kolam walaupun matanya tahap dewa yang perlu tidur.

 “ Pergi tidurlah abang Niel. Buat apa termenung dekat sini”

“ Hah!!!! Ya. Nanti abang masuk tidur”ujar Daniel tanpa menyedari dirinya diperhatikan oleh Adyana Ryuki.

“ Rul, bagi balik board aku. Aku nak buat nie” pujuk Daniel apabila melihat Kamarul muncul dari pintu utama rumahnya.

“ Ish kau nie. Cuba rehat hari ini. Tak perlu buat board”

“ Masalahnya selagi board aku tak ciap, aku tak dapat tidurlah” jawab Daniel dan akhirnya Kamarul mengikut juga permintaan Daniel dengan memulangkan boardnya.

 Serta merta Daniel terus memulakan misinya dengan menyiapkan boardnya yang terbengkalai semalam. Tan Sri Khairol Azwan dan Puan Sri Khatijah mengeleng-geleng kepalanya melihat Daniel tengah menyiapkan boardnya di ruang tamu rumahnya.

“ Degil betul budak nie” ujar Tan Sri Khairol Azwan perlahan tetapi didengari oleh Puan Sri Khatijah, Kamarul dan Adyana Ryuki.

“ Biasalah papa, Niel tu memang degil orangnya” Jawab Kamarul sambil mengeleng-geleng.

Selama cuti, Daniel menyiapkan boardnya tanpa gangguan daripada Adyana Ryuki, Kamarul, Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Khairol Azwan. Hari isnin pagi semasa mereka bangun ternampak  Daniel tertidur di atas boardnya.

“ Ya allah, budak ini. Buat sampai tertidur” bebel Puan Sri Khatijah disamping Tan Sri Khairol Azwan yang nampak Daniel tidur di atas boardnya sambil tangannya memegang pensel dan di atas telinganya ada sebuah pen.

 “ Kenapa mummy?” soal Kamarul yang kebetulan turun nampak Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Khairol Azwan di bawah tangga.

“ Rul tengok tu. Cara niel tidur” ujar Puan Sri Khatijah membuat Kamarul tersenyum.

“ Niel, bangun. Kelas kau pukul berapa?” soal Kamarul membuat Daniel terbangun dan memandang Kamarul terpinga-pinga. Daniel perasan badannya tidak larat tetapi digagahkan juga bangun.

“ Haaccuuimmmm” Daniel bersih membuat  Kamarul dapat mengagak terus memegang dahi Daniel terasa panas.

“ Niel, kau demam ker?” soal Kamarul membuat Daniel menepis tangan Kamarul.

“ Aku tak apa-apa” ujar Daniel tegas.

“ Tapi Niel, kau....”


“ Yes Ira, ada apa? Pukul 11 i habis kelas. Ya nanti i datang“ ujar Daniel sambil memegang handphonenya.

“ No Niel. Kau tak sihat nie”

“ Aku tak apa-apa Rul. Aku perlu ke kolej juga, ada  mesyuarat MPP” tegas Daniel sambil memandang Kamarul tajam.

“ Yela. Aku hantar ko” ngalah Kamarul membuat Puan Sri Khatijah dan Tan Sri Khairol Azwan diam melihat angin Daniel tidak betul.

“ Mama macam mana nie? Niel demam tapi dia degil. Kang pengsan dekat kolej lagi tu” ujar Kamarul bimbang selepas melihat Daniel masuk bilik untuk bersiap.

“ Kamu hantar saja dia pergi kolej tapi ikuti dia. Pastikan dia tak pengsan” jawab Tan Sri Khairol Azwan yang sudah faham dengan perangai satu-satunya kawan baik anaknya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.