Friday, July 20, 2012

Dack Coklat (bab 7(iv)


“ Apa kita hendak buat nie Datok” tanya Tengku Fahim membuat Zaquan Hakimi, Zaquan dan Tengku Farish menaikan kepalanya.
“ Saya pun tak tahu Tengku. Keadaan Hazim lagi merisaukan” Datok Moktar bingung dengan keadaan Ryu Hazim.
“ Mama......!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Ryu Hazim sampai ke bawah membuat Datok Moktar, Datin Rosma,, Tengku Adyana Erika, Tengku Fahim, Syakila, Zaquan dan Zaquan Hakimi naik ke bilik Ryu Hazim dan melihat Ryu Hazim sedang duduk dan memandang mereka dengan pandangan kosong.
“ Kamu ok sayang. Jangan buat macam ini sayang. Aunty risaulah” ujar Datin Rosma sambil memujuk Ryu Hazim. Ryu Hazim terus turun dari katil dan keluar menuju ke pintu utama. Belum sempat dia keluar, tangannya direntap oleh Zaquan Hakimi untuk menghalang Ryu Hazim keluar.
“ Lepas Kimi. Aku kata lepas” jerit Ryu Hazim.
“ Sabar Hazim. Aku hendak kau mengucap sebelum aku lepaskan tangan kau. Kau hendak pergi mana dengan keadaan kau tak mengizinkan” tengking Zaquan Hakimi membuat Ryu Hazim terdiam.
“ Aku....aku”
“ Sudahlah Hazim. Kau pergi rehat dahulu. Bila kau sudah tenang, baru kita bincang. Masuk bilik sekarang. Kau tak sihat lagi” potong Zaquan Hakimi yang melepaskan tangan Ryu Hazim dan tanpa dia duga, Ryu Hazim terus berlari keluar dan menaiki teksi untuk menuju ke rumahnya.
Kelakuan Ryu Hazim membuat Zaquan Hakimi tercengang. “ Shit!!!”
 kejar Zaquan Hakimi. Tengku Farish, Zaquan dan Zaquan Hakimi menaiki kereta untuk mengejar Ryu Hazim dihadapan. Datin Rosma, Datok Moktar, Tengku Adyana Erika dan Tengku Fahim mengikuri dari belakang.
Ryu Hazim memandang Villa milik mamanya sudah bersih dan bergegas menuju ke bilik mamanya. Zaquan, Zaquan Hakimi dan Tengku Farish berlari masuk ke Villa Teratai selepas Tengku Farish memakingkan keretanya di tepi. Diaorang lebih risau keselamatan Ryu Hazim.
“ Hazim!!!!!” jerit Zaquan Hakimi. Ryu Hazim menyelongkar barang milik Puan Sri Maria dan terjumpa sijil kelahirannya yang sebenar. Sijil itu menunjukkan Puan Sri Maria bukan ibu kandungnya. Datok Moktar, Datin Rosma, Tengku Fahim, dan Tengku Adyana Erika sampai menyertai Zaquan, Zaquan Hakimi dan Tengku Farish.
Ryu Hazim turun sambil mengenggam surat kelahirannya. Semua pandang melihat Ryu Hazim dan Datok Moktar terpaku melihat tangan Ryu Hazim ada sebuah kertas.
“ Mana kamu dapat kertas itu Hazim” tanya Datok Moktar. Ryu Hazim memandang Datok Moktar dengan tajam.
“ What’s that???????? Hazim tanya apa itu” jerit Ryu Hazim sambil membaling kertas itu ke hadapan. Zaquan mengutip kertas yang dibaling Ryu Hazim dan melihat isi kandungnya. Pucat muka Zaquan setelah membaca surat itu.
“ Hazim sebenarnya..”
“ Sebenarnya apa Uncle. Tolong terus terang dengan Hazim. Please Uncle, hazim tak kuat dengan semua ini. Hazim ini siapa sebenarnya?” tanya Ryu Hazim sedikit merayu supaya Datok Moktar menerangkan segala-galanya.
“ Kamu sebenarnya bukan anak Maria tetapi anak papa kamu dengan perempuan simpanan papa kamu.” Terang Datok Moktar membuat semua orang dekat situ terdiam. Ryu Hazim merasa lembik kepala lututnya terus menyambar tiang yang ada berdekatan dengannya supaya dapat tahan dari dirinya tergolek dari tangga. “ Hazim!!!!” jeit Datok Moktar melihat Ryu Hazim macam hendak tersungkur.
“ Ja....jadi Hazim anak luar nikah papa” ujar Ryu Hazim tersekat dan dalam masa yang sama air matanya menitis.
“ Ya Hazim. Aiman ambil kamu dari ibu kandung kamu dan Maria yang bela kamu sampai besar walaupun Maria tidak dapat mengandung. Begitu juga abang kamu.” terang Datok Moktar.
Tengku Adyana Erika, Tengku Farish dan Tengku Fahim terkedu mendengar penjelasan Datok Moktar. Memang dia tidak menyangka Ryu Hazim sebenarnya anak luar nikah.
“ Sebab itu kamu berhak dengan harta papa dan mama kamu. Uncle harap kamu dapat terima.” Ryu Hazim terdiam kerana kepalanya berat untuk terima semua inni. Pada masa yang sama peguam peribadi mamanya datang untuk membacakan wasiat peninggalan Puan Sri Maria.
“ Saya akan membacakan wasiat yang sudah Puan Sri buat beberapa bulan lepas. Saya Alif Aiman menjadi saksi wasiat Puan Sri Maria adalah benar. Dengan ini saya menyerahkan syarikat Shinwa dan Syarikat Media kepada anak saya Ryu Hazim dan Ryu Helmi jika salah seorang dari mereka hidup. Mama minta maaf kepada anak-anak mama sebab merahsiakan latar belakang kalian berdua. Mama buat macam itu kerana mama sangat sayangkan kamu berdua. Mama minta maaf kepada Ryu Hazim dan Ryu Helmi kerana tidak berterus terang kepada kalian. Satu saja mama minta, jaga Syarikat ini dan jangan sesekali menyerahkan kepada orang yang tidak berkaitan. Hazim, mama harap kamu boleh menguruskan Syarikat Shinwa kerana itu Syarikat titik peluh papa kamu. Dengan ini, saya sudahkan wasiat saya kepada kedua putera saya Ryu Hazim dan Ryu Helmi. Tuan Muda Hazim mahu saya uruskan Syarikat ini seperti biasa sehingga Tuan Muda mahu mengambil alih atau Tuan Muda hendak uruskan sendiri.” Tanya Aiman selepas selesai membacakan wasiat.
Aiman menunggu jawapan dari Ryu Hazim dan memandangnya. Tengku Farish dan Datok Moktar berpandangan melihat Ryu Hazim mendiamkan diri.
“ Hazim. Buat keputusan” ujar lembut Datok Moktar kepada Ryu Hazim.
“ En. Aiman uruskan saja seperti biasa. Nanti bila saya sudah bersedia, saya ambil alih. En. Aiman, saya hendak kamu bokingkan satu tiket ke Sweden. Saya hendak ke sana. Uncle, Aunty, saya naik dulu. Hendak rehat” ujar lemah Ryu Hazim yang tak dapat menerima kenyataan. Datok Moktar dan Datin Rosma mengangguk dan melihat bayangan Ryu Hazim hilang
“ Abang.... macam mana nie?” tanya Datin Rosma.
“ Biarkan dia Rosma. Dia perlu tenangkan dirinya. En. Aiman, tolong uruskan tempat tinggal Hazim disana dan saya mahu kamu mencari pengawal peribadi yang dapat menjaga Hazim dekat sana” arah Datok Moktar kepada Aiman.
“ Baik Datok. Saya akan uruskan” jawab Aiman terus beredar dari situ.

Sampai hari Ryu Hazim hendak bertolak ke Sweden, semua orang ada di rumahnya. Ryu Hazim memandang protek keluarganya. ‘ Maaf mama, papa. Hazim tak kuat hendak menghadapi semua ini. Berikan Hazim masa. Nanti bila Hazim sudah bersedia, Hazim sendiri menguruskan Syarikat mama dan papa’ bisik hati Ryu Hazim sambil merenung potrek keluargaan.
“ Hazim jom kita berangkat” ujar Datok Moktar. Ryu Hazim memandang Datok Moktar dan mengangguk. Tengku Farish, Tengku Adyana Erika, Tengku Fahim, Datin Rosma, Zaquan, Syakila, dan Zaquan Hakimi menunggu dia di airport.
Aiman menyerahkan passpod milik Ryu Hazim bersama dengan tiket kapal terbangnya. Ryu Hazim mengambilnya sambil tersenyum sumbing.
“ Thankz. Ika. I’m sorry. I perlu pergi untuk tenangkan diri. I harap you harap” ujar Ryu Hazim kepada Tengku Adyana Erika.
“ You jangan risaukan i. You jaga diri dekat sana. Balik ya kalau you rasa hendak balik. I dekat sini sentiasa menunggu you.” Ujar Tengku Adyana Erika sambil memeluk tunangnya. Dia sememangnya menyayangi Ryu Hazim.
“ Hazim berehat dekat sana ya. Uncle akan menyuruh Kim dan Quan meninjau Syarikat bila kamu tak ada disini.” Datok Moktar memepuk-nepuk bahu anak saudaranya. Ryu Hazim mengangguk apabila mendengar cakap Unclenya.
“ Jaga diri kamu dekat sana. Papa selalu menunggu kamu balik” ujar Tengku Fahim kepada menantunya.
“ Thankz papa. Ika, Farish, Kimi, Ila, Quan, Uncle, Aunty. Hazim pergi dulu. Nanti Hazim balik” Ryu Hazim berjalan kearah pemeriksaan dan terus hilang dari pendangan.
“ Sudahlah ika. Tunggu saja Hazim balik. Insyallah dia pulang.” Pujuk Tengku Fahim kepada anak bongsunya Tengku Adyana Erika. Tengku Adyana Erika mengangguk kepalanya mengiakan kata-kata papanya. Mereka berangkat pulang dari airport selepas Ryu Hazim hilang dari pandangannya.
‘ Hazim, i selalu tunggu kamu dekat sini. I love you Hazim’ bisik hati Tengku Adyana Erika.

Ryu Hazim muncul di Idre Airport dengan gayanya tersendiri walaupun ketika itu dirinya tidak sihat. Dengan cermin mata hitamnya terlekat di mukanya sambil mengandong begnya di belakang serta menarik beg polonya. Ryu Hazim melihat sekelilingnya ramai orang yang menunggu dengan tertera menulis name.
Mata Ryu Hazim melilau untuk mencari namanya dan terpandang di hujung tempat ada beberapa orang berpakai hitam memegang palang bernama Ryu Hazim. Dia menuju ke tempat tersebut sambil membuka cermin matanya dinaikkan ke atas kepala.
“ Excuse “ teguh Ryu Hazim membuat beberapa orang dihadapannya tercengang. “ This my name” pengawal-pengawal tersebut tercengang melihat pemuda dihadapannya sangat muda dan berwatakkan menarik sampai menarik perhatian beberapa perempuan di situ. Diaorang pun terpegun melihat muka kacak Ryu Hazim membuat Ryu Hazim tidak selesa. “ Ehem”
Pengawal-pengawal peribadinya tersedar dari terus memerhatikan majikannya. Diaorang tidak menyangka tuan mudanya seorang yang kacak. Selama ini diaorang Cuma melihat gambar. Kali ini baru dia melihat dengan mata sendiri. Tanpa Ryu Hazim sedari, dia telah diperhatikan dari dalam pesawat tadi oleh beberapa orang yang tidak dikenali.
“ Tuan Muda Ryu Hazim?” teguh salah seorang pengawal peribadinya membuat Ryu Hazim mengangguk. “ Maafkan saya sebab tenung tuan muda tadi. Saya Lokman ketua pengawal di sini”
“ Eeemmmmmm “Ryu Hazim terus bergerak menuju di hadapan dan diikuti pengawal peribadi yang lain. Lokman menyuruh salah seorang pengawal yang ada membawa beg tuan mudanya. Ryu Hazim memerhatikan keadaan Sweden yang tidak ada berubah sejak dia meninggalkan Sweden empat tahun dahulu. Dia mengeluarkan telefon lamanya dan mendail.
“ Hello. How are you Awal. Where are you now.?” Soal Ryu Hazim sambil melilau matanya memandang sekitar Sweden. Lokman mendiamkan diri sambil mendengar kata-kata tuan mudanya. “ Realy you in Sweden. Hehehe i’m back. Now i’m in Sweden. So long i not come here.”
Awal gembira kawannya sudah pulang ke Sweden. “ Yo. Lama tak jumpa kau” Ryu Hazim menoleh kearah suara tadi dan melihat kawan baiknya berada dihadapannya. Mereka berpelukan melepaskan rindu. “ Kau masih sama saja. Eh asal diri kau panas. Demam ker?” lantas Awal menyentuh dahi Ryu Hazim dan merasa panas sebelum ditepis oleh Ryu Hazim.
“ Don’t worry about me. I’m ok. Sudah lama tak datang Sweden. Kau bila hendak balik Malaysia. Dah tak nak balik ker?” soal Ryu Hazim sementara menunggu kereta.
“ Nanti-nantilah aku pulang. Aku belum bersedia untuk pulang” Ryu Hazim menunjukkan penumbuknya membuat Awal ketawa. Lokman dari tadi memerhatikan gelagat Awal kerana dia takut tuan mudanya akan di apa-apakan.
“ Banyaklah kau belum sedia. Sudah lima tahun kau dekat sini. Tak rindu apa kampung halaman kau? Oklah aku chow dulu. My car is coming. See you later” Ryu Hazim menamatkan perbualannya dengan Awal sambil memeluk semula kawan baiknya.
“ Ok. See you later” Awal melambai Ryu Hazim masuk kereta dan hilang dari pandangan.
Kepala Ryu Hazim berasa pening yang amat membuat dia melentokkan kepalanya di kusyen keretanya. Perbuatan Ryu Hazim diperhatikan Lokman dari tadi. Ryu Hazim memerhatikan dari tingkap ketika kereta mereka bergerak dan tanpa dia sedari, dia tertidur didalam kereta kerana badannya berasa penat setelah lama berada di dalam pesawat dan kepalanya berasa pening membuat dirinya tertelap didalam kereta.
“ Tuan Muda bangun. Kita sudah sampai” kejut Lokman. Ryu Hazim tersedar dan terus mencelik matanya walaupun dia berasa mahu menyambung tidurnya. Matanya melilau melihat sekeliling Villa milik papanya. ‘ I’m back papa’ bisik hati Ryu Hazim.
Lokman mengangkap beg milik tuan mudanya setelah Ryu Hazim memasuki rumah milik Tengku Aiman. Ryu Hazim memerhatikan hiasan dalaman rumahnya tiada yang berubah, dia tersenyum sendiri melihat susunan barang masih berada ditempat yang sama. Pembantu-pembantu rumahnya terpegun melihat Tuan Mudanya sekarang semakin kacak berbanding dahulu.
Lokman memerhatikan Ryu Hazim yang sedang leka memandang protek keluarganya dan menyentuh gambar tersebut. Lokman dapat mendengar apa yang dikatakan oleh Ryu Hazim kerana dia berada di belakang Ryu Hazim tanpa dia sedari.
“ Mama, papa now Hazim dekat Sweden. Sorry mama, Hazim tak kuat hendak menghadapi kenyataan bahawa mama dan abang sudah pergi meninggalkan hazim seorang di sana. Maafkan Hazim mama. Papa, mama, abang, Hazim janji akan balik Malaysia untuk laksanakan apa yang di wasiatkan kepada Hazim but not now. Buat masa sekarang, Hazim hendak merehatkan diri di sini. Harap mama, papa dan abang gembira di sana. Maafkan Hazim kerana tidak kuat menghadapinya” ujar Ryu Hazim perlahan sambil mengesat air matanya yang sudah jatuh ke pipinya.
Tiba-tiba kepala Ryu Hazim berasa berat sehingga dia hendak tumbang ke belakang tetapi sempat di tahan oleh Lokman.
“ Tuan Muda tak apa-apa?” soal Lokman risau melihat keadaan tuan mudanya. Ryu Hazim mengangguk menyatakan dirinya sihat.
“ Sorry. Saya hendak berehat” ujar Ryu Hazim di pimpin oleh Lokman menuju ke bilik yang sudah disediakan. Ryu Hazim terus rebahkan dirinya tanpa seminit dirinya terlelap tidur kerana kepenatan. Lokman yang ingin bercakap terbantut melihat tuan mudanya sudah lena tidur

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.