Thursday, July 19, 2012

Peace (bab 4)


Julia masuk ke bilik Henry Ryuri yang tidak terkunci lagi dan melihat John sudah berada di dalam bilik tersebut sementara Henry Ryuri masih lagi lena tidur tidak sedar. Julia melihat John sedang membuat air susu untuk Henry Ryuri yang masih lena tidur  biliknya.
“ Henry bangun” kejut John perlahan sambil mengoyangkan badan Henry Ryuri. John merasai badan Henry Ryuri yang panas membuat dirinya terkejut. “ You demam nie Henry” jerit John membuat Julia terus memandangnya.
John terus keluar tanpa mengunci bilik tersebut ke farmasi membuat Julia mengambil peluang membuka ikatan tangan Henry Ryuri dan membawa Henry Ryuri keluar dari hotel tersebut dengan menolak kerusi roda tersebut. Dia perlu menyelamatkan Henry Ryuri dari cengkaman John selama-lamanya.
Henry Ryuri yang demam itu cuma menurut kemana Julia membawanya. John mengamuk apabila melihat Henry Ryuri tiada di biliknya dan membuat dirinya berlari mencari ke mana Henry Ryuri pergi.
“ Shit..!!!!!! Julia, kalau aku dapat kau. Aku bunuh kau. Berani kau bawa Henry lari dari aku. Kau akan dapat balasannya. “ marah John sambil mencari kemana Julia membawa Henry Ryuri.
Julia membawa Henry Ryuri ke rumahnya yang selama ini tiada orang lain tahu dia asal mana. Dia membaringkan Henry Ryuri di atas katil rumahnya. Dia menjaga dan merapi keadaan Henry Ryuri yang masih panas itu. John mencari Henry Ryuri selama seminggu dan selama itu juga demam Henry Ryuri belum kebah sehingga Julia mengambil keputusan keluar dari kampungnya menuju ke farmasi.
Julia tidak perasan John sudah nampaknya lalu mengikut ke mana dirinya pergi. John melihat sebuah rumah usang apabila dia melihat Julia masuk rumah tersebut membuat dirinya terus masuk. Julia terkejut melihat John berada di rumahnya terlepas pinggannya. Dia takut memandang John yang sedang marah.
John terus menghantuk muka Julia ke dinding rumahnya menyebabkan Julia jatuh pengsan. John melihat Henry Ryuri terbaring di atas katil lalu mengangkat Henry Ryuri ke keretanya. Henry Ryuri ketika ini tidak menyedarkan diri kerana demamnya sangat panas sehingga dirinya tidak sedar apa yang sedang berlaku.
Henry Ryuri dibawa ke banglo milik John dan meletakkan Henry Ryuri di sebuah bilik. Dia mengarahkan orang-orangnya menjaga Henry Ryuri supaya dia tidak melarikan diri lagi. John mengelap dahi Henry Ryuri berulang kali untuk menurunkan demamnya.
Akhirnya demam Henry Ryuri kebah dan dia mula menunjukkan tanda-tanda sedar. John gembira apabila tangan Henry Ryuri mula berkuit dan menunjukkan tanda sedarkan diri. Henry Ryuri membuka matanya dan melihat sekeliling yang asing baginya. Setahu dia, dia bersama Julia sebelum dirinya jatuh pengsan kembali. Henry Ryuri menoleh dan melihat John sedang memandangnya dengan senyuman. Dia mengeluh perlahan apabila dirinya kembali kepada John lagi.
John mengambil tindakkan mengikat tangan Henry Ryuri lalu di ikat pada palang katil sehingga mati. Henry Ryuri memandang saja kelakuan John yang sedang mengikat lebihan tali ke bawah katil yang dia baring.
“ I nak menjamin you tak dilarikan daripada i. Mulai sekarang, you akan sentiasa terikat macam ini” ujar John sambil mengusap rambut Henry Ryuri yang sedang baring mengiring mengadap John yang sedang duduk di hadapannya. Henry Ryuri mengerak-gerakkan tangannya cuba membuka ikatan tersebut tak boleh apabila tangannya di buat tanda X lalu sekitar tangannya dililit dengan tali yang kuat ikatannya.
“ Bawa budak itu masuk” arah John membuat anak buahnya menarik Julia yang sudah di seksa olehnya mengadap Henry Ryuri yang terbaring di atas katil
“ Ju.!!!! Apa yang you sudah buat” tanya Henry Ryuri perlahan membuat John ketawa.
“ Ini balasannya orang yang ingkar arahan i dan membawa lari you” ujar John membuat tangan Henry Ryuri lagi kuat bergerak untuk menghalang perbuatan John. “ You tak perlu gerakkan tangan you. Ikatan tu takkan terbuka Henry.”
“ Please John. Lepaskan dia.” Rayu Henry Ryuri yang kasihan melihat muka Julia lebam-lebam serta berdarah. John menarik rambut Henry Ryuri untuk mengadapnya.
“ Jangan harap i nak lepaskan perempuan itu. You tak perlu kasihankan orang. You fikir dulu diri you dan i tak nak you fikirkan pasal perempuan itu selain i. Faham Henry” ujar John sambil menarik rambut Henry Ryuri mengadapnya. Henry Ryuri mendongak kepalanya apabila rambutnya ditarik ke belakang bila di tarik oleh John. Henry Ryuri seboleh-boleh membuka ikatan tangannya dengan sendiri tetapi hasilnya tidak berjaya.
Tangannya bertambah sakit kerana dia banyak mengerakkan tangannya untuk lepas daripada ikatan tersebut. Henry Ryuri mengeluh memandang ke arah pintu sebelum di buka dari luar. John masuk bersama beberapa orang bawahannya sebelum dia membangunkan Henry Ryuri lalu menutup matanya dan di angkat.
Henry Ryuri mengerutkan dahinya apabila merasai dirinya terasa di angkat. Dia merasai dirinya dimasukkan di sebuah kereta sebelum dibaringkan dan kepalanya di pangku oleh John. John mengusap-gusap rambutnya sementara tangan dan matanya di ikat.
“ you nak bawa i ke mana?” tanya Henry Ryuri berani membuat John ketawa.
“ Ada suatu tempat. Di sebuah tempat yang tidak orang lain tahu kecuali i. Mama you pun tak dapat cari you” ujar John sambil membisikkan ke telinga Henry Ryuri. Maria Farandes mengarahkan orang-orangnya mencari Henry Ryuri dan John yang tidak pulang-pulang sebulan selepas John meminta kebenaran membawa Henry Ryuri melancong.
Henry Ryuri mendiamkan diri dan mengerakkan tangannya yang masih terikat dengan ketat sementara matanya di tutup dengan kain. Henry Ryuri Cuma boleh mendengar suasana yang amat ganjil baginya.
“ Lepaskan i John. Tolong jangan buat i macam ini” rayu Henry Ryuri membuat John ketawa lagi.
“ Kan i sudah cakap. You milik i. Tiada siapa boleh bawa you pergi jauh daripada i” jawab John kembali mengusap rambut Henry Ryuri. Henry Ryuri mengeluh perlahan mengenangkan dirinya begini.
Pembantu John mengangkat dirinya dari kereta ke sebuah rumah yang Henry Ryuri tidak dapat melihat kecuali mendengar. Henry Ryuri di letakkan di atas katil sebelum dibiarkan begitu tanpa membuka ikatan matanya. Henry Ryuri terpinga-pinga apabila ikatan matanya tidak di buka oleh orang John.
John memang sengaja tidak membuka ikatan mata Henry Ryuri dan membiarkan saja Henry Ryuri dalam keadaan begitu.


Maria Farandes sibuk mengarahkan orang-orangnya mencari ke mana Henry Ryuri di bawa oleh John. Maria Farandes menyesal menyerahkan Henry Ryuri kepada John kalau ini yang berlaku.
“ Macam mana Malik. Jumpa Henry?” tanya Maria Farandes kepada pembantu peribadinya.
“ Tak Puan. Kami tidak jumpa Tuan Muda” jawab Malik
“ I risau dengan keadaan Henry, Malik. I nak you cari Henry dan John sampai dapat.” Arah Maria Farandes yang merisaukan keadaan Henry Ryuri.

Selama itu  Henry Ryuri terseksa dengan perbuatan John yang tidak mempedulikan kesakitan Henry Ryuri. Tangannya sentiasa terikat di belakang tanpa ada tanda-tanda dibuka. Sampai merah tangan Henry Ryuri bekas ikatannya terlampau kuat. John meramas rambut milik Henry Ryuri yang sedang nyenyak tidur selepas dia memasukkan ubat tidur di dalam minuman Henry Ryuri. John sentiasa memastikan Henry Ryuri selalu tidur tanpa sesaat pun Henry Ryuri menyedarkan dirinya.
Pencarian Maria Farandes berjaya apabila dia dapat mencari Henry Ryuri berada di sebuah banglo bersama John. Maria Farandes mengambil keputusan menyerbu rumah tersebut dengan pengawal-pengawalnya sehingga pengawal John tidak dapat membalas manakala John duduk senang melihat Maria Farandes di hadapannya.
“ Mana Henry?” soal Maria Farandes geram melihat John tersenyum terhadapnya. Maria Farandes menyesal menyerahkan Henry Ryuri dibawah tanggungjawab John.
“ Puan” ujar Malik sambil mengendong Henry Ryuri yang tidak menyedarkan diri di belakangnya. Maria Farandes terpaku melihat wajah anaknya yang pucat manakala tangannya merah macam ada benda yang lama sudah melecetkan pergelangan anaknya.
“ What you done with my son John” marah Maria Farandes sambil melihat wajah Henry Ryuri yang pucat dalam tidak menyedarkan diri. John tersenyum sinis terhadap Maria Farandes melihat keadaan Henry Ryuri sangat teruk di atas dukungan Malik.
“ Henry milik i. you can’t get Henry” ujar John kurang ajar terhadap Maria Farandes.
“ I pecat you. Mulai sekarang, Henry akan i ambil” ujar Maria Farandes terus mengarahkan Malik memasukkan Henry Ryuri kedalam kereta dan di ikuti oleh Maria Farandes dan pengawal-pengawalnya.
“ You boleh ambil Henry hari ini. But i never let Henry go from my life” ujar John membuat Maria Farandes meramas rambut Henry Ryuri yang tidak menyedarkan diri membuat dirinya sedih.
“ I’m sorry sayang. Maafkan mama sebab tak mempercayai cakap kamu Henry. Mama janji, mama takkan benarkan siapa-siapa cederakan Henry lagi” ujar Maria Farandes perlahan sambil meramas rambut Henry Ryuri yang tidak menyedarkan diri membuat Malik melihat kelakuan Puannya sedang bersedih melihat Henry Ryuri begitu. Dia pun tidak mempercayai John sanggup membuat Henry Ryuri macam itu sekali.
“ I tak sangka John buat Henry macam ini sekali Malik. I menyesal serahkan Henry pada dia” ujar Maria Farandes sambil memangis melihat keadaan anaknya yang sangat teruk di matanya.
“ I janji Puan. I takkan serahkan Tuan Muda pada sesiapa pun. I akan pastikan tiada siapa dapatkan Tuan Muda selagi i hidup Puan” janji Malik membuat Maria Farandes mengangguk kepalanya.
Maria Farandes dan beberapa pembantu rumahnya menguruskan Henry Ryuri yang tidak menyedarkan diri walaupun dia sudah berada di biliknya sendiri. Maria Farandes menyapu ubat pada pergelangan tangan anaknya yang meleceh sangat teruk membuat dirinya sedih melihat pergelangan tangan anaknya luka-luka. Malik memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Henry Ryuri yang kelihatan berkerut dahinya ibarat mimpi yang buruk.
“ Mama... help me” ujar Henry Ryuri perlahan sambil berkerut dahi serta tangannya mengenggam kuat membuat Maria Farandes sedih melihat kesensaraan anaknya tanpa dia mengetahui.
“ Mama janji sayang. Mama takkan benarkan sesiapa dekati sayang.” Janji Maria Farandes sambil mengenggam tangan Henry Ryuri lalu cium tangan tersebut membuat dahinya hilang berkerutnya. Henry Ryuri mengalami truma atas perbuatan John yang tersemat dalam dadanya membuat dirinya selalu mengacau tiap-tiap malam membuat Maria Farandes berada sangat sedih melihat keadaan anaknya begitu.

Henry Ryuri mula menyedarkan diri dan melihat Maria Farandes di sisinya membuat dirinya mengeluarkan air matanya sambil memandang Maria Farandes yang sedang mengenggam tangannya. Baru Henry Ryuri perasan, dirinya sudah berada di rumahnya sendiri bukannya rumah milik John.
“ Don’t cry sayang. Mama minta maaf tak percaya cakap sayang. Mama takkan benarkan John dekati kamu lagi sayang” ujar Maria Farandes membuat Henry Ryuri mengangguk perlahan sebelum memejamkan matanya membuat Maria Farandes menyium dahi Henry Ryuri selepas melihat anaknya tidur selepas mendapat ubat dari doktor peribadinya.

Keadaan Henry Ryuri sekarang sudah tenang di samping Maria Farandes walaupun tangannya masih ada bekas luka. Maria Farandes sentiasa menyapu ubat untuk anaknya sebelum dirinya masuk tidur. Tiap malam Maria Farandes menemani Henry Ryuri tidur sebelum Maria Farandes meninggalkan Henry Ryuri keseorangan dalam bilik selepas dia memastikan Henry Ryuri betul-betul tidur.
Tanpa Maria Farandes dan Malik menyedari, pengintip John berada di dalam rumah tersebut dan melaporkan aktiviti Maria Farandes yang sentiasa menjaga Henry Ryuri dengan ketat.
“ Tuan, macam mana nak menculik Tuan Muda. Puan sentiasa berada di sisi Tuan Muda” lapor salah seorang pembantu John yang bekerja di banglo milik Maria Farandes memerhatikan gerak geri Maria Farandes, Henry Ryuri dan Malik.
“ Nanti i fikirkan caranya. Sekarang aku nak kau perhatikan kelakuan Maria Farandes dan Malik” arah John sambil ketawa jahat selepas mematikan telefon tersebut. “ Kau tak boleh lari dari aku Henry. Kau tetap jadi milik aku” ujarnya lagi.
Keadaan Henry Ryuri semakin baik membuat Maria Farandes mempercayai meninggalkan Henry Ryuri bersama pengawal-pengawal yang dia upah untuk menjaga Henry Ryuri ketika dia ada urusan di luar negera. Tanpa Maria Farandes sedari, John muncul di hadapan Henry Ryuri yang sedang duduk di ruang tamu lalu terkejut melihat wajah John yang tersenyum sinis. Pucat muka Henry Ryuri apabila melihat John dihadapannya. Dia memerhatikan sekeliling melihat pengawal-pengawal upahan mamanya sudah pengsan manakala pengawal milik John lebih ramai membuat mereka senang masuk di kawasan rumah Maria Farandes.
“ Seronok bebas Henry” ujar  John membuat muka Henry Ryuri pucat melihat John dihadapannya. Henry Ryuri tidak dapat melarikan diri apabila dirinya tidak mampu berjalan membuat dia mengesot ke tepi apabila John mahu dekatinya.
“ Tolong John. Jangan seksa i macam ini. Lepaskan i” rayu Henry Ryuri pucat melihat wajah bengis John memandangnya. Pembantu rumahnya cuba membantu Henry Ryuri tetapi tidak berdaya melihat pengawal John memuncurkan pistol terhadapnya.
“ You milik i Henry. I takkan benarkan you bebas dari i” ujar bengis John sambil memegang muka Henry Ryuri yang kelihatan takut melihatnya. John mengarahkan pengawalnya mengikat tangan Henry Ryuri dengan kasar membuat dirinya mengerang sakit dengan kelakuan ganas pengawal John.
“ Tolong John. Jangan buat i macam ini” rayu Henry Ryuri membuat John ketawa.
“ You milik i” ujar John sambil memegang dagu Henry Ryuri dengan kasar manakala tangannya sudah selesai diikat oleh pengawal John. Pengawal John mengangkat Henry Ryuri dan memasuki kereta bosnya sebelum John masuk sekali dalam kereta tersebut. Henry Ryuri memandang rumahnya sebelum mereka meluncur pergi meninggalkan rumah banglo Maria Farandes.
Henry Ryuri tidak dapat buat apa-apa apabila tangannya terikat di belakang manakala kakinya tidak dapat berjalan untuk melarikan diri terbatas. Semua pengawal dan pembantu rumah milik Maria Farandes dibunuh oleh John sebelum mereka dapat menangkap Henry Ryuri semula.
John membawa Henry Ryuri ke rumah banglonya yang tiada siapa mengetahui apabila rumah tersebut berada di tengah-tengah pulau tanpa tiada siapa pun tahu keadaan Henry Ryuri yang berada di dalam tahanan John.
“ Please John. Lepaskan i” rayu Henry Ryuri selepas mukanya teruk kena belasah dengan John apabila dia tidak mahu John menyentuhnya. Henry Ryuri terkurung dalam sebuah bilik manakala tangannya sentiasa terikat manakala kakinya dirantai yang disediakan dalam biliknya. Lehernya dipakai gelung besi yang dilekatkan di katil membuat Henry Ryuri tidak dapat bergerak melainkan di kawasan katil tersebut. Ibarat macam anjing dirantai oleh tuannya. Keadaannya sangat menyedihkan kalau Maria Farandes melihat kerana John tiada hati perut menyeksa Henry Ryuri dengan teruk.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.