Wednesday, July 18, 2012

Dack Coklat (bab 6(i))


“ Assalammualaikum” ujar satu suara membuat Zaquan, Datin Rosma, Datok Moktar, Zaquan Hakimi, Syafikah, Syakila dan Ryu Hazim menoleh kearah satu suara.

“ Mmm,........mama” jerit Ryu Hazim tiba-tiba. Dia terkejut melihat mamanya berada di hadapannya. 

Terpaku Ryu Hazim melihat Puan Sri Maria dihadapannya. Sememangnya dia tidak menyangka Puan Sri Maria datang sambil tersenyum kambing.

“ Emm.... Zim ada apa-apa hendak terangkan pada mama?” soal Puan Sri Maria sinis membuat Ryu Hazim kecut untuk memandang mamanya. Melihat anaknya dia membuat Puan Sri Maria bersuara 

“ Kamu hendak terangkan pada mama or hendak mama melakukan sesuatu yang buruk Hazim”

“ Errrrrr “Ryu Hazim bangun membelakangkan Syafikah untuk melindungi buah hatinya. Tingkah laku Ryu Hazim membuat Puan Sri Maria marah.

“ Vince, i mahu you tangkap Hazim dan bawa dia pulang ke KL” arah Puan Sri Maria kepada orang suruhannya. Tiga pengawal peribadi mamanya mula mengambil langkah untuk menangkap tuan mudanya.

“ Mama, stop it. Please mama, jangan buat Hazim macam ini. Satu saja Hazim minta pada mama. Tolong terima Ika, mama” ujar Ryu Hazim yang seram untuk membayangkan apa yang bakal berlaku kalau dia pulang ke KL nanti.

“ You ini kenapa. Susah sangat ker hendak terima Syafikah” ujar Datok Moktar yang selama ini mendiamkan diri.

 Dia tidak dapat tahan melihat Puan Sri Maria melayan anaknya begitu. Zaquan Hakimi, Zaquan dan Syakila terpaku melihat Auntynya marah macam itu.

“ You jangan masuk campur urusan keluarga i Moktar. I tahu hendak kawal Hazim. Dia anak i. Tahulah i nak buat macam mana” marah Puan Sri Maria.

“ Mama..... please. Jangan buat Hazim macam ini. Hazim sudah besar mama. Sekarang Hazim 25 tahun mama. Biar Hazim tentukan masa depan sendiri” ujar Ryu Hazim berani.

“ Mama kata tak boleh. Tak boleh" kalau Puan Sri Maria sudah membuat keputusan hitam, hitamlah jawabnya. Jarang orang lain dapat merubah keputusan mamanya. Pengawal peribadi mamanya sudah berhampiran dengan Ryu Hazim membuat Ryu Hazim mendengus.

“ Tuam Muda, sila ikut kami. Kalau tak, kami akan gunakan kekerasan” ugut salah seorang pengawal peribbadi mamanya. Zaquan terdiam melihat situasi sekarang. Ryu Hazim menjeling tajam kearah pengawal peribadi mamanya sambil menguak rambutnya ke belakang.

Ryu Hazim memandang Syafikah sebelum mengangguk. Syafikah menarik tangan Ryu Hazim untuk tidak membenarkan Ryu Hazim pergi. Ryu Hazim memandang Datin Rosma dan Datok Moktar sekilas. Sebelum teruk yang berlaku, baik dia mengikut saja rentak mamanya.

“ Uncle, Zim balik dulu ya. Hazim tak boleh lama-lama dekat sini. Abang Kimi, Zim tak dapat hadiri majlis perkahwinan abang esok. Sorry ya. Quan, nanti kau balik seorang taw. Aku tunggu kau dekat KL” ujar Ryu Hazim membuat keputusan untuk mengikut mamanya.

“ Tapi Zim. Kau.....”

“ Tak apa la Quan. Baik aku ikut apa yang mama aku. Kalau tak nak lagi teruk yang berlaku. Aku tak nak sebab aku majlis abang Kimi tak jadi esok” potong Ryu Hazim sambil memandang Zaquan dan tersenyum berpura-pura.

“ Hazim tak perlu pergi mana-mana” jerit Ryu Helmi yang baru sampai dihadapan rumah Datok Moktar. Semua mata memandang ke arah Ryu Helmi. Ryu Hazim tersenyum melihat abangnya sudah ada dihadapannya dengan segera dia memeluk abangnya.

“ How are you?” soal Ryu Hazim sambil memeluk Ryu Helmi. Pertama kali Zaquan, Datin Rosma, Datok Moktar, Zaquan Hakimi, Syafikah dan Syakila melihat Ryu Helmi.

“ Kamu tak payah masuk campur Helmi. Tahulah mama hendak uruskan Hazim” Puan Sri Maria gelisah melihat anak tirinya berada di hadapannya.

 “ Kenapa kamu ada dekat sini. Bukannya kamu ada ekat Korea?”

“ Kenapa Puan Sri. Tak suka saya balik ker? Saya boleh balik bila-bila masa jikalau adik saya perlukan saya Puan Sri" sindir Ryu Helmi membuat Puan Sri Maria mengetap bibirnya geram.

“ Hazim, masuk kereta sekarang. Ikut mama pulang” Puan Sri Maria membesarkan matanya untuk menunjuk amarahnya kepada anaknya.

“ Tapi mama...”

“ I say now” jerit Puan Sri Maria membuat Ryu Hazim terkulat-kulat dekat situ.

“ Kenapa mama tak pernah berubah. Selalu memaksa orang lain. Dulu mama paksa Helmi. Sekarang Hazim pula jadi mangsa. Sudahlah mama, berhenti mengawal orang” teguh Ryu Helmi. Ryu Helmi tahu dia cuma anak tiri tetapi dia terlalu menyayangi mak tirinya dan adik tirinya.

“ Mama ada hak hendak buat macam ini pada Hazim. Kamu tak perlu masuk campur. “ kata-kata Puan Sri Maria membuat Ryu Helmi ingin ketawa.

“ Ada hak ya. Mama tak perlu buat lawak. Sebab mama tak dapat kawal Helmi, mama nak hancurkan hidup Hazim pula. Tak puas lagi ke selepas mama buat pada Hazim dan Mi. Mama dah hancurkan hidup Helmi dan sekarang mama nak buat pada Hazim pula. Tak mama, Helmi takkan diamkan diri macam mama buat pada Helmi dahulu” tegas Ryu Helmi. Puan Sri Maria menampar Ryu Helmi mendorong Ryu Helmi tersungkur dan membuat cermin matanya terpelanting.

Ryu Helmi tersenyum apabila Puan Sri Maria menamparnya. “ Both of you, get in the car now. I say now. Ryu Hazim, Ryu Helmi.” Jerit Puan Sri Maria membuat pengawal peribadi mamanya memegang tangan Ryu Hazim dan Ryu Helmi tetapi di rentap oleh Ryu Helmi.

“ Ok. Helmi ikut sekali. Tak perlu arahkan pengawal seret kami. Puas hati mama. Hazim, get you key car. I want drive?” ujar Ryu Helmi kepada adiknya. Ryu Hazim menyerahkan kunci keretanya tetapi dihalang oleh pengawal peribadi mamanya. 

“ Stop it. Mama jangan risau, Helmi dan Hazim takkan lari. Mama tak perlu risau. Helmi dan Hazim akan naik kereta Audit. Kitaorang akan ikut mama dari belakang.”

Puan Sri Maria mendengus perlahan melihat perangai anak tirinya yang degil. 

“ Ingat Helmi, jangan cuba lari kalau kamu tak nak timbul masalah” amaran Puan Sri Maria membuat Ryu Helmi tersengih.

‘ Mama nie macam tahu saja aku rancangkan sesuatu’ bisik hati Ryu Helmi. Kereta Puan Sri Maria meluncur berada dari situ cuma tinggal sebuah kereta pengawal peribadi mamanya yang belum bergerak kerana menunggu dia dan Hazim. Ryu Helmi melihat kawan baiknya Zaquan Hakimi sambil tersenyum.

“ Yo bro. Lama tak jumpa kau” ujar Ryu Helmi sambil memeluk kawan baiknya.

“ Kau Helmi, tak cakap pula kau abang Hazim. Sepupu aku pula tu” Zaquan Hakimi menumbuk lengan kanan Ryu Helmi membuat dua-duanya ketawa.

“ Well, aku tak tahu pula kau sepupu aku. Oklah Kimi. Aku tak boleh lama. Nanti aku jumpa kau. Hazim jom kita gerak” ujar Ryu Helmi sambil melepaskan pelukkannya. Ryu Hazim terus masuk ke dalam kereta Auditnya yang di pandu abangnya dan meluncur keluar dari rumah banglo Datok Moktar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.