“ Bro jangan main tipu” ujar Ryu Hazim
bercekak pinggan. Ryu Helmi ketawa melihat adiknya marah kerana dia main tipu.
“ Mana ada main tipu. Tanya Vince.” Ujar Ryu
Helmi sambil ketawa. Vince yang dari tadi memerhatikan tuan mudanya bermain PSP
ketawa melihat telatahnya.
“ Sudahlah. Malas nak main dengan abang. Asyik
main tipu saja.” Ujar Ryu Hazim merajuk dan menuju ke dapur. Ryu Helmi ketawa
dapat mempermainkan adiknya. Sejak mereka pulang dari Johor, mereka belum
keluar berjalan-jalan dekat Kl kerana Puan Sri Maria sudah keluarkan arahan
tidak membenarkan mereka keluar. Sejak hari itu, setiap minggu mereka bermain
PSP untuk menghilangkan bosan.
“
Take me water please” jerit Ryu Helmi membuat Ryu
Hazim mencebik.
“ Nah.” Mencebik-cebik Ryu Hazim, dia tetap
melaksanakan suruh abangnya. Ryu Helmi tersengih dan terus membasahkan tekaknya
yang kering. “ Urm... brother. So bored.
Want hang out?”
soal Ryu Hazim tiba-tiba.
“ You forget. Mama tak benarkan keluarlah. Kau
nampak tu” tunjuk Ryu Helmi ke arah Vince dan pengawal peribadi yang
menjaganya. Dari tadi Ryu Hazim tahu mereka memerhatikan dia dan abangnya.
“ Huh!!!!!!! Bosan kau tahu” keluh Ryu Hazim. Ryu
Hazim memilau matanya melihat pengawal peribadinya dan persekitarannya. Dia
ternampak paip yang berdekatan dan tersenyum nakal untuk kenakan abangnya yang
sedang santai di bangku.
“ Bro “Ryu Hazim terus menjirus Ryu Helmi
dengan air paip.
“ Woi... basahlah aku ngek” geram Ryu Helmi
sambil mengejar adiknya untuk membalas dendam. Puan Sri Maria yang berada di
dalam bilik keluar mendengar anaknya terjerit-jerit. Puan Sri Maria tersenyum
melihat anaknya gembira walaupun dia tidak sukakan anak tirinya. Dia takkan benarkan
anaknya membuat keputusan sesuka hati. Dia akan pantau kelakuan anaknya. “ Stop
it. Abang. I’m tried.”
Ryu Hazim menyerah tak larat hendak bermain
lagi. Ryu Helmi tersenyum menang dan duduk sebelah adiknya sambil memerhatikan
matahari terbenam. Pemandangan itu boleh dilihat dari Villanya kerana Villa
yang mereka duduk berada di atas bukit.
Semasa mereka melihat pemandangan matahari,
ada beberapa buah kereta memasuki laman rumahnya. Serentak kepala Ryu Helmi dan
Ryu Hazim menoleh dan melihat Zaquan, Zaquan Hakimi dan Syakila keluar dari
kereta masing-masing.
“ Yo” teguh Zaquan yang melihat kedua
sepupunya melengkar di laman yang beralaskan rumput. Ryu Helmi dan Ryu Hazim
bangun menuju ke tempat Zaquan, Zaquan Hakimi dan Syakila. Ryu Helmi berpelukan
dengan kawan baiknya.
“ Kau apa khabar? Sihat?” tanya Ryu Helmi
“ aku baik Mi. Kau sihat? Makin gemuk kau, aku
tengok” usik Zaquan Hakimi sambil ketawa.
“ Ish kau nie. Merepek saja” jawab Ryu Helmi.
“ Masuklah Quan, Kimi, Ila” jemput Puan Sri Maria
yang tiba-tiba muncul di depan pintu.
“ korang duduklah dulu. Aku nak tukar baju
dahulu” ujar Ryu Helmi dan Ryu Hazim. Zaquan sudah menghilang masuk ke
biliknya. Syakila melihat sekelilingnya yang ada semua barang-barang mewah.
Syakila melihat suaminya sedang berbual dengan Puan Sri Maria.
“ Syok berbual. Kimi berapa hari kau dekat
sini” sampuk Ryu Helmi yang baru turun menuju ke dapur.
“ Seminggu kot aku dekat sini.” Jawab Zaquan
Hakimi melihat sepupunya mengambil air susu menuju ke tempatnya.
“ Owh seminggu ya. Honeymoon ya” ujar Ryu
Helmi sambil mengenyitkan matanya kepada Syakila sambil ketawa melihat Syakila
malu.
“ Kau nie Mi. Suka mengusiklah. Kenapa kau
hendak join ker?” ajak-ajak ayam Zaquan Hakimi.
“ boleh juga.” Sampuk Ryu Hazim sambil ketawa
dengan Ryu Helmi. Bulat mata Zaquan Hakimi apabila kena mengusik dengan
sepupunya ini. Ryu Helmi dan Ryu Hazim suka mengusik sepupunya sampai hijau
mukanya. Ryu Hazim dan Ryu Helmi menepuk tangan antara satu sama lain. Puan Sri
Maria ketawa melihat gelagat anak-anaknya mengenakan Zaquan Hakimi sampai hijau
mukanya.
“ Korang nie. Suka betul nampak” geram Zaquan
Hakimi apabila dirinya kena bahan usik Ryu Hazim dan Ryu Helmi. Ryu Helmi dan Ryu
Hazim menunjukkan peacenya apabila melihat muka Zaquan Hakimi sudah merah.
“ Relax bro. Baru kena cikit. Itu pun dah tak
tahan ker?” sindir Ryu Hazim sambil tersengih. Zaquan menyertai mereka yang
sedang berborak dekat ruang tamu sambil berselang-seli ketawanya.
“ Wei, hang out jom. Aku dah lama tak keluar
ini” ujar Zaquan tiba-tiba membuat Ryu Helmi, Ryu Hazim, Zaquan Hakimi dan
Syakila terdiam.
“ Em bagus juga cadangan kau Quan. Mi, aku nak
kau dan Zim jadi tukang tunjuk jalan” Zaquan Hakimi mengenyitkan matanya sambil
ketawa apabila melihat Ryu Helmi menunjukkan penumbuknya.
“ Suka hati kau saja. Lagi sapa yang hendak
pergi?” soal Ryu Hazim membuat Ryu Helmi, Zaquan Hakimi, Zaquan dan Syakila
mengangkat tangannya. “ Lima orang saja ya. Kalau begitu, kita naik BMW series
six la. Besar cikit.” Zaquan tersengih mendengar kata-kata Ryu Hazim sambil
menunjukkan bagus kepada Ryu Hazim. Mereka bangun untuk menyiapkan diri. Puan
Sri Maria sudah tak boleh berbuat
apa-apa apabila anak saudaranya berada di sini dengan terpaksa dia
membenarkan anak-anaknya keluar.
“ Korang hendak pergi mana?” soal Ryu Hazim
yang sedang memandu kereta kesayangannya. Zaquan Hakimi dalam diam mengakumi
sepupunya seorang ini, sudah ada kereta limited Malaysia.
“ Kita lepak dekat Pavilion la” jawab Zaquan
Hakimi. Kereta yang dipandu Ryu Hazim bergerak menuju ke Bukit Bintang. Semasa
berjalan-jalan, ada seorang perempuan terlanggar Ryu Hazim dan hilang
pertimbangan diri membuat Ryu Hazim cepat-cepat memautnya. Mereka bertentangan
mata seketika membuat denyutan jantung masing-masing berdebar.
“ Hazim” jerit Ryu Helmi yang menyaksikan
kemalangan tersebut sambil tersengih. Mereka tersedar terus berdiri malu.
“
Miss, are you ok?” soal Ryu Hazim untuk menutup
malunya. Merah muka Ryu Hazim dibuatnya. Zaquan Hakimi, Zaquan, Syakila, dan Ryu
Helmi tersengih melihat gelagat Ryu Hazim.
“
A...ah. i’m ok. I have to go. Thankz” ujar perempuan
itu terus beredar dengan perasaan malu. Dia memegang pipinya yang sudah merah.
‘ Hensem juga mamat tu’ bisik hatinya.
“ kau ok tak?” soal Zaquan Hakimi. “ merah
betul muka kau Zim” membuat Ryu Hazim tersengih.
“ Aku ok. Jomlah” ajak Ryu Hazim untuk menutup
malunya. Dalam fikirannya dia tak dapat lupakan apa yang sudah berlaku tadi.
Dia dapat merasakan satu perasaan halus yang memasuki hatinya macam dia rasa
dahulu. Tanpa dia sedari, Zaquan Hakimi, Ryu Helmi, Zaquan dan Syakila
memerhatikan dirinya yang sudah tersenyum-senyum.
“ Mi, kau tengok adik kau. Sudah fallen in
love apa dengan budak tu. Aku tengok budak tu not bad” ujar Zaquan Hakimi
sambil tersengih.
“ Entah. Mana aku tahu. Kalau dia fallen in
love pun, apa salahnya. Umur dia pun sudah berlanjutan.” Sokong Ryu Helmi
kepada adiknya. Dia gembira akhirnya adiknya jatuh cinta lagi dengan perempuan
lagi sejak dia melihat adiknya asyik termenung sejak mendapat khabar Syafikah
akan berkahwin dengan orang lain.
“ Tulah. Aku pun gembira dapat melihat Hazim
berubah” mereka menuju ke tempat boling. Selepas bermain boling, mereka
menonton wayang. Jam 2.00 pagi baru mereka pulang selepas penat berjalan.
Puan Sri Maria pelik melihat anaknya seorang
ini. Televsyen terbuka tetap mata mengadap dan boleh pula tersenyum-senyum. Apa
yang seronok sangat tengok berita itu sambil boleh tersenyum-senyum. Berkerut
dahi licinnya melihat telatah anaknya seorang ini.
Zaquan Hakimi, Ryu Helmi, Zaquan dan Syakila
sudah ketawa melihat gelagat Ryu Hazim yang belum sedar dirinya jadi bahan
usikan. Puan Sri Maria melihat anak dan anak saudaranya tergelak-gelakkan Ryu
Hazim dari ruang tamu keduanya. Berkerut dahinya. Satu saja yang dia rasa
sekarang PELIK!!!!!.
“ Mama tak perlu berkerut dahi. Adik dia sudah
fallen in love with someone. Malam tadi dia terserempak dengan budak tu” ujar Ryu
Helmi membuat Puan Sri Maria tersentak. Dia tak dapat menghilangkan resahnya
kerana dia sudah merancang untuk menjodohkan anaknya dengan anak kawannya.
“ Sayang. Kawan mama nanti malam akan datang.
Kamu semua bersedia ya” ujar Puan Sri Maria membuat semua mengangguk.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.