Wednesday, July 18, 2012

Dack Coklat (bab 6)


Kedatangan Zaquan dan Ryu Hazim membuat semua orang yang berada di dalam rumah itu menjadi sepi. Zaquan terkejut melihat dihadapannya iaitu persiapan perkahwinan yang sudah siap.

“Zaquan, kamu sudah pulang?” ujar Mak Jah selaku pembantu rumahnya. Mak Jah sudah lama bekerja di rumah milik Datok Moktar sejak Zaquan masih kecil lagi. 

Zaquan sudah menganggap Mak Jah seperti maknya walaupun Mak Jah cuma pembantu rumahnya.

“ Eeerrrr Mak Jah, apa semua ini?” soal Zaquan.

“ Owh ini persiapan perkahwinan” belum sempat Mak Jah terangkan, Zaquan memotong cakap Mak Jah.

“ What????? Perkahwinan. Siapa yang kahwin. Quan belum bersedia hendak kahwin” jerit Zaquan terperanjat. Ryu Hazim mengelek-lekek ketawakan sepupunya. Mak Jah terlopong mendengar kata-kata anak majikannya.

“ Wei bro, relex la. Ini bukannya majlis perkahwinan kau la. Ini majlis Abang Hakimi a.k,a abang kandung kau. Kau lupa ker?” terang Ryu Hazim sambil tersengih.

“ Habis kau temberang aku lah nie?” soal Zaquan marah.

“ Hahaha yup. Aku temberang kau. Tak sangka kau boleh percaya cakap aku” ujar Ryu Hazim sambil ketawa.

“ Kau....”

“ Relex Quan, abang yang suruh Hazim buat macam itu. Kamu bukannya reti hendak balik kalau tak buat macam itu” sampuk Zaquan Hakimi.

 “ Cayalah kau Hazim. Boleh buat budak ini pulang” Ryu Hazim tersengih memandang abang sepupunya. Tanpa Ryu Hazim sedari, dirinya diperhatikan oleh seseorang.

“ Relexlah bro. Kau macam tak tahu pula kelemahan si Quan ini. Dia bukannya boleh ungkit tentang perkahwinan.” Ryu Hazim memeluk Zaquan Hakimi.

“ So how are you? Aku tengok kau makin hensem dan berisi ini. Ada apa-apa ker?” usik Zaquan Hakimi.

“ Ish kau ini. Mana ada. Aku biasa-biasa saja”

“ Hahaha puas hati kauorang. Sudahlah aku naik dulu. Hendak tidur” sampuk Zaquan bengang kerana di permainkan oleh abangnya dan sepupunya.

“ Hai nak masuk tidur.”

“ Biarlah dia Kimi. Sudah dua hari dia tidak tidur. Anyway mana isteri kau?” soal Ryu Hazim yang memilau untuk melihat isteri abang sepupunya.

“ Ila. Sini abang kenalkan. Ini Ryu Hazim sepupu abang. Hazim ini kenalkan my wife syakila. Panggil saja ila.” Ryu Hazim menilik muka Syakila.


“ Hai kak ila. Panggil saya Hazim sudah” Ryu Hazim tersenyum melihat Syakila.

 “ Kimi lawa isteri kau” usik Ryu Hazim membuat Zaquan Hakimi ketawa.

“ Ish kau ini. Kalau hendak kahwinlah cepat” kata-kata Zaquan Hakimi membuat Ryu Hazim berkerut.

“ Mengarut saja kau ini. Aku belum bersedia mahu kahwinlah. Sudahlah aku nak naik mandilah. Sudah lekit badan aku. Bilik aku masih sama ke Kimi? soal Ryu Hazim sambil memanjat tangga.

“ Yup. Bilik kau masih sama” Ryu Hazim mengangguk lalu bereda dari situ. Satu tujuannya mahu rehatkan badannya dan membersihkan dirinya.

“ Itu ker budak yang selalu abang cerita?” soal Syakila selepas bayang Ryu Hazim hilang.

“ Ya ila. Itu budaknya. Dia satu-satunya sepupu abang yang okay” ujar Zaquan Hakimi. 

Syakila memerhatikan suaminya dan mengeluh. Dia tahu Ryu Hazim boyfriend anak saudaranya yang dahulu iaitu Syafikah. Syafikah pernah beritahunya lapan tahun lepas.

‘ Ini kalau Fika tahu Ryu Hazim sudah balik Malaysia. Tak tahu apa yang terjadi’ bisik hati Syakila membuat Zaquan Hakimi memandangnya pelik.

“ Yunk. Kenapa ini. Macam fikirkan sesuatu saja” tanya Zaquan Hakimi membuat lamunan Syakila berderai pecah. Syakila mengelengkan kepalanya apabila suaminya dapat menangkap dirinya sedang berangan.

Sejam berlalu, Syafikah sampai di rumah selepas puas mencari barang yang dipesan kakak saudaranya. Datok Moktar dan Datin Rosma duduk di ruang tamu bersama-sama Syafikah.

“ Kimi, papa tengok dekat garah ada kereta Mini dan Audit. Itukan kereta Hazim dan Quan pakai. Dyeorang sudah sampai ker?” soal Datok Moktar kepada anak sulungnya.

“ Ye papa. Diaorang sudah sampai. Sekarang ada dekat bilik.” Jawab Zaquan Hakimi.

“ Jarang Si Quan hendak balik kalau tiada apa-apa hal penting. Hendak pula dia balik. Hazim ada sekali pula"

“ Kimi yang suruh Hazim paksa Quan balik. Hari perkahwinan Kimi mana boleh adik Kimi tak ada” ujar Zaquan Hakimi. Kata-kata Zaquan Hakimi membuat Datok Moktar dan Datin Rosma tersenyum. Dia tahu Zaquan Hakimi sangat menyayangi adiknya.

“ Uncle dan Aunty sudah balik” sampuk Ryu Hazim yang kebetulan baru turun tangga ternampak bapa dan mak saudaranya. 

Ryu Hazim terus menyalam kedua-dua mak saudaranya. Baginya bapa dan mak saudaranya perlu hormat walaupun mereka abang kepada papanya.

“ sudah rehat sayang” ujar Datin Rosma yang menyayangi Ryu Hazim macam dia menyayangi anaknya. 

Zaquan pun turun dan melakukan perkara yang sama selepas apa yang Ryu Hazim lakukan. Ryu Hazim mengangguk untuk menjawab pertanyaan mak saudaranya dan terpandang susuk tubuh yang dia kenali.

Ryu Hazim terpana melihat Syafikah berada di hadapannya dan membuat dirinya terpaku. Syafikah juga terpaku apabila mengetahui boyfriendnya ada dihadapannya setelah lapan tahun menghilangkan diri. Dengan tiba-tiba air matanya menitis keluar. Sungguhnya dia amat merindui Ryu Hazim.

Zaquan Hakimi, Syakila, Datok Moktar, Datin Rosma dan Zaquan terkejut melihat Syafikah menangis. Zaquan memandang Ryu Hazim yang terpaku di tempatnya.

“ Y...yy.....you.. you buat apa dekat sini?” soal Ryu Hazim gagap. Ryu Hazim tersedar terus berlari kearah pintu depan dan menutupnya dengan kuat dan kunci dari dalam. Orang yang berada di dalam terpinga-pinga melihat gelagat Ryu Hazim yang tiba-tiba.

“ Hazim, kau kenapa? Pucat muka kau. Demam ker?” soal Zaquan terkejut. Tanpa menghiraukan Zaquan, Ryu Hazim menuju cepat kearah Syafikah.

“ Apa yang you buat dekat sini?” tegas suara Ryu Hazim.

“ I datang hadiri perkahwinan kakak saudara i lah?” jawab Syafikah membuat Ryu Hazim terduduk dan pucat mukanya.

“ Hazim. Kau ok tak. Pucat muka tu?” soal Zaquan Hakimi yang risau melihat muka sepupunya pucat.

“ Mati aku..... mati aku....” ujar Ryu Hazim perlahan tetapi di dengari oleh penghuni rumah itu.

“ Apa yang mati ini”  soal Datok Hassan.

“ Tak.... Hazim cakap, mati Hazim kalau mama tahu” Ryu Hazim tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku.

“ Apa yang berlaku ini Hazim. Cuba terangkan pada Aunty” Datin Rosma cuba memujuk Ryu Hazim supaya cerita apa yang membuat Ryu Hazim berkata macam itu. Tanpa pedulikan pertanyaan Auntynya, Ryu Hazim membuat panggilan.

“ Helmi..... mati aku. Dia ada dekat sini. Dia sudah muncul depan aku. Tolong aku Mi. Mama tahu, mati aku” ujar Ryu Hazim.

“ Sabar Zim. Mama tak tahu kalau kau tidak beritahu.”

“ Heh kau gila. Aku beritahu or tak. Nanti mama tahu. Aku nak kau balik Malaysia sekarang juga. Tolong aku.. kalau kau sayangkan adik kau ini. Pulang sekarang. Macam kau tak tahu apa yang mama boleh buat. Semua sudah terjadi Ryu Helmi pada lapan tahun lepas. Tolong aku pleaseeeee aku dah tak sanggup tanggung seorang diri. Aku perlukan kau abang” ujar Ryu Hazim membuat Zaquan Hakimi, Syakila, Syafikah, Datok Moktar, Datin Rosma, dan Zaquan terkejut. Mananya tak terkejut, selama ini, Ryu Hazim mana pernah cerita dia ada abang.

“ Perkara apa yang kau takutkan ini Hazim?” soal Zaquan selepas Ryu Hazim mematikan handfonnya.

“ Hah!!!!!! Tak ada apa-apa. Quan, kau nampak Vince tak. Dia ada dekat sini tak?” tanya Ryu Hazim.

“ Vince. Dia tak ada. Setahu aku tadi dia sudah pulang KL.” Jawab Zaquan membuat Ryu Hazim terduduk.

“ Fuhhh selamat” ujar Ryu Hazim perlahan tetapi didengari oleh Zaquan Hakimi, Zaquan, Datok Moktar, Datin Rosma, Syafikah dan Syakila.

“ Apa yang selamat?” soal Zaquan Hakimi. Dia tengok sepupunya seorang ini pelik saja perangainya. Ryu Hazim memandang Syafikah seketika.

“ Tak sangka, i boleh jumpa you dekat sini. I’m sory tinggalkan you lapan tahun lepas. I buat macam itu ada sebab yang tak dapat dielakan” ujar Ryu Hazim kepada Syafikah.

“ Sebab apa you hendak cakap. You hilangkan diri sampai i terkontang kanting dekat sana. And now you just say sorry. You know i miss you!!!!!!!!” jerit Syafikah sambil menangis. Syakila memujuk Syafikah supaya bertenang. Ryu Hazim mengeluh mendengar kata-kata Syafikah yang selama ini beraja dihatinya.

“ I know but i terpaksa Ika. I TERPAKSA....... you ingat senang ker i buat macam ini. Berpisah dengan you!!!!!” terang Ryu Hazim membuat Syafikah dan ahli keluarga lain senyap.

“ Don’t tell me. Is her” sampuk Zaquan. Anggukkan Ryu Hazim membuat Zaquan tercengang.

 “ Wei... kau hendak mampus apa. Kau ingat lagi tak apa yang kau janji dengan Aunty”

“ Aku ingat Quan. Kau tak payah jerit. Aku tahu semua itu. Kau ingat senang ker” kata-kata Ryu Hazim membuat Zaquan senyap.

“ Apa yang berlaku Quan, Hazim. Terangkan pada papa” ujar Datok Moktar.

“ Tak papa. Ika ini sebenarnya girlfriend Hazim lapan tahun lepas. Kau dah lupa apa yang Aunty dah buat ker?” soal Zaquan membuat Ryu Hazim terdiam.

“ Stop it Quan. Aku tak pernah lupa hari sensara aku Quan. Hari yang buat aku menderita tanpa belas kasihan. Aku ingat semua itu Quan. So tak payah kau hendak ingatkan aku” sound Ryu Hazim secara tiba-tiba handfonnya berbunyi. Selepas melihat nama yang tertera di handfon, dia memelan liur.

“ Eerrrr mama. Ada apa call Zim?” soal Ryu Hazim takut-takut.

“ Kenapa nie sayang. Kamu ada apa-apa hal hendak beritahu mama” ujar Puan Sri Maria yang bermain tali dengan anaknya.

“ Errrr... tak de apa-apalah mama. Hazim have to go. Uncle panggil. Nanti mama call balik ya” selepas selesai cakap dia terus matikan fonnya. Mengigil kepala lututnya sampai dia terduduk. Keadaan Ryu Hazim memeranjatkan Zaquan, Datok Moktar, Zaquan Hakimi, Syakila dan Datin Rosma.

“ Abang...... please help me.. Hazim perlukan abang.” Ujar Ryu Hazim dengan cepat dia telefon abangnya.

“ Ye....ye.... abang balik. Sekarang abang dekat Airport. Pukul 4 petang nanti abang sampai. Don’t worry k. Abang akan lindungi kamu” ujar Ryu Helmi.

“ Ok.... “

“ Hah budak tu ada dengan kamu tak. Bagi fon kamu dekat dia. Abang hendak cakap” Ryu Hazim menghulurkan handfonnya kepada Syafikah.

“ Hello....”

“ Ika ker?” soal Ryu Helmi.

“ Ye... ini abang Hazim ker?” soal Syafikah. Ryu Helmi menceritakan segalanya kepada Syafikah kenapa Ryu Hazim meninggalkannya. 

Dia menitiskan air matanya selepas mendengar kata-kata Ryu Helmi. Selepas selesai bercakap, Syafikah terus peluk Ryu Hazim sambil menangis.

“ Errrr... ika” gagap Ryu Hazim yang terkejut dengan kelakuan Syafikah.

“ I’m sorry. I tak tahu you buat macam ini kerana i. I’m sorry. Abang you dah ceritakan semua pada i apa yang berlaku lapan tahun lepas. Kenapa you sanggup buat macam itu. Kalau i tahu you buat macam itu sebab tak mahu i kehilangan pelajaran, i rela but i tak rela berpisah dengan you. You know i love you.” Ujar Syafikah membuat Ryu Hazim mengeluh.

“ I tak sanggup you kehilangan pelajaran Ika. I taw you harapan keluarga you. Takkan i nak hancurkan masa depan you. Apa yang i buat tu adalah masa depan you “ ujar Ryu Hazim perlahan.

“ Maria tak restu ker hubungan kamu?” sampuk Datok Moktar membuat Ryu Hazim mengeleng-geleng kepalanya.

 “ Sebab ini kamu balik Malaysia?”

“ Yes Uncle. Sebab ini juga Zim datang Malaysia. Sebab ini juga, Hazim berpisah dengan papa dan abang. Sebab ini juga, Zim..... zim...... hilang orang yang Hazim sayang. Sampai papa pergi pun Hazim tak tahu. Balik sana top..top papa sudah tiada. Hazim menyesal Uncle. Hazim tak dapat jumpa papa buat kali terakhir” esakkan Ryu Hazim kedengaran membuat Datok Moktar terdiam.

Selama ini mana dia melihat Ryu Hazim menangis. Ini kali pertama dia melihat Ryu Hazim menangis. Semuanya sebab Maria. Selaku mama Ryu Hazim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.