Tetamu yang diundang akhirnya sampai. Tengku
Fahim dan Tengku Aina datang bersama anak perempuannya Tengku Adyana Erika. Puan
Sri Maria menjemput tetamunya masuk dan memperkenalkan kepada anak-anaknya.
“ Tengku, kenalkan anak i Ryu Helmi dan Ryu
Hazim. Ini pula anak saudara i Zaquan dan abangnya Zaquan Hakimi dan akhir
sekali ini wife Zaquan Hakimi, Syakila” Puan Sri Maria memperkenalkan seorang
demi seorang. Mereka tersenyum dapat berkenalan dengan jutawan Malaysia. Siapa
tidak kenal dengan Tengku Fahim, seorang usahawan terkenal.
“ Maria, kan i sudah pesan. Jangan panggil i
Tengku. Just call me Fahim. Dengan wife i boleh pula you panggil dia Aina.”
Ujar Tengku Fahim sambil mengeleng-geleng kepalanya.
“ I tahu la Fahim. Saja jerk hendak bergurau
dengan you.”
“ Guys, kenalkan wife uncle Aina and my
daughter Tengku Adyana Erika” Ryu Hazim dan Tengku Adyana Erika terpaku di
tempat masing-masing.
“
You”
jerit mereka serentak sambil ketawa.
“
Ika. Both of you know?” soal Tengku Fahim
terpinga-pinga.
“
Well. Small world ya. Nice to meet you again” ujar Ryu
Hazim sambil menghulurkan tangannya sambil tersenyum.
“ I pun tak sangka dapat jumpa you lagi” ujar Tengku
Adyana Erika menerima huluran tangan Ryu Hazim. Ryu Helmi, Zaquan Hakimi, Zaquan
dan Syakila tersengih melihat drama yang bakal berlaku sebentar lagi. Puan Sri
Maria, Tengku Fahim dan Tengku Aina tersenyum melihat kemesraan anak-anaknya
sambil bertentangan mata.
“ So Maria. I tak sangka pula anak you kenal
dengan anak i.” Ujar Tengku Fahim sambil memandang pemandangan luar.
“ I pun tak sangka Fahim. Terkejut juga i
dibuatnya”
“ So jadilah nie” sampuk Tengku Aina yang
sejak tadi mendiamkan diri. Dalam diam dia berkenan dengan tingkah laku anak
kawan baiknya, Ryu Hazim.
“ Nampaknya begitulah” Puan Sri Maria
menamatkan perbualannya sambil ketawa gembira. Akhirnya mereka dapat berbesan
setelah sekian lama terpisah dengan kawan baiknya sejak zaman sekolah menengah
lagi. “ Mi buat apa dekat sini?” Ryu Helmi tersenyum melihat mamanya dan
beralih matanya melihat adiknya dengan Tengku Adyana Erika sedang berbual di
tepi kolam renangnya.
“ Helmi seronok dapat tengok adik gembira. Helmi
setuju dengan cadangan mama tu” buat kali pertama anak tirinya bersetuju dengan
cadangannya. Tengku Fahim dan Tengku Aina mendiamkan diri sambil mendengar
perbualan Puan Sri Maria bersama anaknya. Puan Sri Maria terperanjat melihat
anak tirinya kerana Ryu Helmi bersetuju dengan cadangannya. “ Mama, tiba
masanya Helmi pulang Korea. Rasa sudah lama Helmi tak pulang. Syarikat entah
macam mana”
“ Sayang kamu tak perlu tinggal dekat Korea
lagi. Tinggal saja di sini. Nanti mama uruskan untuk menukar induk dekat sini
ya sayang” dalam diam Puan Sri Maria kagum dengan anak tirinya yang dapat
meneruskan syarikat hak milik suaminya yang diserahkan kepada anak tirinya.
“ Realy mama.” Ryu Helmi teruja dengan
pelawaan mamanya. Anggukkan Puan Sri Maria membuat Ryu Helmi tersenyum bangga.
“ Thank you mama” ujar Ryu Helmi lagi sambil memeluk mamanya.
Sudah dua bulan Ryu Hazim dan Tengku Adyana
Erika menjalani hubungan sebagai tunang. Semasa Ryu Helmi dan Ryu Hazim lepak
di ruang tamu, tiba-tiba telefon Iphonenya berbunyi. Selepas Ryu Hazim melihat
nama panggilan, dia terus tersenyum. Ryu Helmi memerhatikan adiknya sedang
hangat bercinta. Dia gembira melihat adiknya gembira.
“ Hello. Ika” ujar Ryu Hazim teruja dapat
mendengar suara buah hatinya.
“ Zim. Tolong ika. Kereta ika tak dapat hendak
hiduplah” ujar Tengku Adyana Erika dalam keadaan resah.
“ What!! Dekat mana. ?” soal Ryu Hazim terus
terbangun dari baring.
“ Ika dekat UM nie. Tolong Zim” ujar Tengku
Adyana Erika lagi.
“ Ok. Beri Hazim sejam. Nanti Hazim sampai.
Ika tunggu dekat UM tu” ujar Ryu Hazim selepas melihat jam. Dia terus berlari
naik atas untuk menukar bajunya. Ryu Helmi mengeleng-geleng kepalanya melihat
gelagat adiknya.
“ Hendak jumpa buah hatilah tu” jerit Ryu
Helmi melihat Ryu Hazim bergegas turun dan menuju ke pintu utama. Masa hendak
buka pintu, pintunya sudah terbuka dari luar dan terjengul Puan Sri Maria
memandang pelik anaknya.
“ Diamlah kau abang. Kecuh saja. Suka hati aku
lah hendak jumpa buah hati aku” ujar Ryu Hazim sambil menayangkan penumbuknya. Puan
Sri Maria tersenyum melihat anaknya tergesa-gesa keluar dengan kereta Auditnya.
“ Hazim hendak pergi mana tu Helmi.
Tergesa-gesa mama tengok”
“ Biasalah mama. Jumpa buah hati dialah. Tadi
Ika call cakap keretanya tak dapat hidup. Tu Hazim pergi jemput buah hatinya”
ujar Ryu Helmi sambil ketawa. Puan Sri Maria tergeleng-geleng kepalanya melihat
terlatah anak-anaknya.
Tengku Adyana Erika menunggu tunangnya datang
dengan sabar. Pelajar-pelajar di UM semua tidak menyukai dengan kedatangannya.
Semua student lelaki suka berkawan dengan Tengku Adyana Erika membuat student
perempuan tidak menyukai dirinya kecuali seorang, Qiela. Dia satu-satunya kawan
baik Tengku Adyana Erika. Mereka sudah berkenalan sejak kecil lagi sebab itu
dia dapat faham situasi Tengku Adyana Erika.
“ Jom i hantar you balik” pelawa Hazriq yang
sudah lama menaruh perasaan kepada Tengku Adyana Erika. Tengku Adyana Erika
memandang Hazriq dan mengeleng kepalanya.
“ Tak apa-apalah you. I tengah tunggu orang”
ujar Tengku Adyana Erika baik. Semua student memandang kearah kereta Audit
silver yang memasuki kampusnya. Mata semua tidak berkelip melihat kereta itu
dan apabila orangnya turun, semua pelajar terpegun termasuk student lelaki.
Memang tak dapat menafikan Ryu Hazim turun
dari kereta dengan bergaya sambil mukanya masih memakai cermin mata hitamnya
menampakkan dia lagi bergaya.
“ Hensemnya” ujar salah seorang pelajar yang
tersampuk dengan kekacakan Ryu Hazim. Ryu Hazim tersenyum melihat tunangnya
berada dihadapannya. Dia membawa mekanikal sekali untuk dia bawa kereta
tunangnya. Wayar dipasangkan dari kereta Ryu Hazim ke kereta Swift milik Tengku
Adyana Erika.
Setelah beberapa kali buat, akhirnya kereta Tengku
Adyana Erika hidup. Tengku Adyana Erika tersenyum melihat keretanya dapat
hidup.
“ Ika. Ambil barang you dan masukkan dalam
kereta i. I hantar you balik” ujar Ryu Hazim selepas bercakap dengan mekanikal.
Pelajar lain bulat matanya apabila Ryu Hazim menuju kearah Tengku Adyana Erika.
“ Okok” jawab Tengku Adyana Erika yang tidak
pedulikan Hazriq yang memandangnya dengan tajam. Dia terus membuka bonet
keretanya.
“ You buka bonet kereta i. Ada butang dekat situ.
You tekan. Biar i yang angkut barang you.” Ujar Ryu Hazim gentelment. Dia
menaikkan cermin matanya ke atas kepalanya membuat semua pelajar terpaku
melihat muka sebenar Ryu Hazim.
Tengku Adyana Erika memekan butang merah di
hadapannya yang terbuka bumbung kereta Ryu Hazim.
“ You tekan butang itu buat apa. Tekan lagi
satu” jerit Ryu Hazim di belakang. Tengku Adyana Erika mengikut apa yang Ryu
Hazim cakap dan akhirnya bonet kereta Ryu Hazim terbuka dan terus Ryu Hazim
memasukkan barang-barang milik tunangnya. Bumbung keretanya yang terbuka di
biarkan.
“ Bro. Bila siap kereta ini?” tanya Ryu Hazim
selepas selesai masukkan barang milik tunangnya.
“ Seminggu siaplah. Nanti kau ambil dekat
bengkel aku” ujar mekanikal.
“ Ok. Nanti aku ambil. Dah jom ika. Kita
balik” Ryu Hazim memerhatikan kereta tunangnya dibawa mekanikal selaku
kawannya. Tengku Adyana Erika mengikut tunangnya masuk kedalam kereta. Belum
sempat Ryu Hazim masuk, dia di teguh seseorang.
“ Hazim!!!!” jerit satu suara membuat Ryu
Hazim dan Tengku Adyana Erika menoleh.
“ Eh bro. Bila kau balik Sweden?” soal Ryu
Hazim kepada temannya.
“ Sudah 3 minggu. Aku saja tukar study sini.
Bosanlah duduk Sweden seorang diri. Lainlah kau ada” usik lelaki itu. Tengku
Adyana Erika terkebil-kebil apabila melihat tunangnya berbual dengan seseorang
yang dia kenali iaitu Hakim.
“ Poyo saja kau. Makin hensem kau aku tengok.
Apa pasal kau tak contact aku” soal Ryu Hazim mesra. Sudah lama dia tidak
berjumpa dengan housematenya.
“ Number kau pun aku tak ada. Hendak contact
macam mana?” mereka saling bertukar number dan mata Hakim tertumpu pada Tengku
Adyana Erika.
“ Ini kenalkan tunang aku. Ika. Ika kenalkan
housemate i dahulu masa dekat Sweden. Hakim”
“ Tunang kau!!!!!” jerit Hakim terkejut.
“ Yes bro. Tunang aku.”
“ Tak sangka aku” mereka ketawa sambil menepuk
bahu masing-masing.
“ Oklah. Aku gerak dulu. Aku nak hantar tunang
aku balik. Apa-apahal contact aku ya” ujar Ryu Hazim sambil menunjukkan
tangannya dengan isyarat call. Hakim menunjukkan ibu jarinya untuk menunjukkan
bagus. Ryu Hazim tersengih dan masuk kedalam kereta.
“ Jumpa kau nanti bro” jerit Ryu Hazim sambil
tangannya masukkan gear untuk bergerak dan sempat memekan butang untuk naikkan
bumbung keretanya. Hakim melihat kereta berjalan
sambil bumbung keretanya naik untuk melindungi dari kena cahaya matahari yang
panas. Kereta Audit Ryu Hazim meluncur pergi dari kawasan kamsis UM.
Ryu Hazim dan Tengku Adyana Erika berbual
sambil berselang ketawa di dalam kereta. Kelakuan Ryu Hazim yang pandai membuat
lawak setiap kali berjumpa membuat Tengku Adyana Erika menyukai Ryu Hazim lebih
mendalam. Mereka pergi makan dahulu sebelum menghantar Tengku Adyana Erika
pulang ke rumah tanpa Ryu Hazim mengetahui apa sudah berlaku di rumahnya.
Tepat pukul 6.00 petang, Ryu Hazim menghantar Tengku
Adyana Erika sampai di rumah. Tengku Farish yang sedang lepak dekat laman
bangun apabila ada kereta masuk kawasan rumahnya. Dia ternampak adiknya bersama
seorang lelaki. Dia dapat mengagak lelaki itu tunang adiknya. Dia selalu dapat
berita dari adiknya walaupun dia baru balik dari Sdney setelah selesai
pelajarannya di situ.
“ Abang Farish” jerit Tengku Adyana Erika
teruja. Ryu Hazim melihat seorang jejaka memeluk tunangnya sambil tersenyum.
“ Abang kenalkan ini tunang adik Ryu Hazim.
Hazim ini abang kesayangan i Tengku Farish” Tengku Farish dan Ryu Hazim
bersalam. Tengku Farish terpegun melihat jejaka dihadapannya. Dia sebagai
lelaki pun boleh terpegun melihat tunang adiknya, lagikan perempuan. Patutlah
adiknya gembira bila berceritakan tentang tunangnya.
Tiba-tiba telefon Hazim berbunyi dan masuk ke
radio.
“ Hazim, kau dekat mana?” soal Ryu Helmi
cemas. Suara orang menjerit di belakang Ryu Helmi kedengaran di telefonnya membuat
Ryu Hazim, Tengku Adyana Erika dan Tengku Farish berpandangan.
“ Abang?
What’s wrong?” tanya Ryu Hazim panik apabila mendengar jeritan orang. Ryu
Hazim berasa tidak sedap hati dan berdebar. Berubah mukanya apabila panggilan
abangnya terputus secara tiba-tiba.
“ Hazim” teguh Tengku Adyana Erika melihat
muka Ryu Hazim tiba-tiba pucat.
“
I have to go” ujar Ryu Hazim sambil berlari
memasuki keretanya dengan panik dan terus meluncur pergi dari banglo Tengku
Fahim. Tengku Adyana Erika dan Tengku Farish terpinga-pinga melihat kelakuan Ryu
Hazim.
“ Abang. Jom pergi rumah Hazim. Adik tidak
sedap hatilah” ujar Tengku Adyana Erika membuat Tengku Farish mengangguk. Mereka
menuju ke kereta dan meluncur keluar dari banglonya.
Ryu Hazim terus belok memasuki rumahnya yang
dalam keadaan sepi. Turun dari kereta dia dapat melihat abangnya sedang
berlumuran darah. Ryu Hazim mengigil kepala lututnya melihat keadaan rumahnya
tunggang langgang.
Tengku Adyana Erika dan Tengku Farish sampai
pun terperanjat melihat kejadian di rumah Ryu Hazim. Tengku Farish terus
menghubungi pihak polis apabila ada peristiwa pembunuhan di rumah tunang
adiknya. Tengku Adyana Erika menjerit melihat Ryu Helmi terbaring di laman dan
tubuh badannya berlumuran darah.
Tengku Farish memeluk adiknya dan memandang Ryu
Hazim terpaku dekat situ. Ryu Hazim memerhatikan abangnya yang terbaring di
situ dan tanpa dia sedari air matanya menitis deras dipipinya. Dia terjelepuk
jatuh terduduk sambil menangis melihat mayat abangnya.
Tak lama kemudian pihak polis sampai dan tidak
membenarkan sesiapa masuk untuk membuat penyiasatan. Zaquan yang kebetulan
datang ke rumah Ryu Hazim terpaku melihat peristiwa dihadapannya. Dia terus
menapak kearah sepupunya seorang yang terduduk di situ sambil menangis.
“
Hazim” teguh Zaquan membuat Ryu Hazim tersedar dan memandang sepupunya
dengan sayu. “ Sabar ya”
Ryu Hazim tergesa masuk walaupun dihalang oleh
pengawal polis tetapi tidak peduli dan terus menumbuk pengawal polis yang jaga
di situ. Kalam kabut Zaquan dan Tengku Farish menahan Ryu Hazim dari terus
mengamuk. Habis lebam muka Zaquan dan Tengku Farish kena tumbuk dengan Ryu
Hazim. Tengku Adyana Erika menangis melihat tunangnya begitu.
“ Tepi aku cakap. Aku hendak masuk” jerit Ryu
Hazim yang hilang pertimbangan. Mengamuk Ryu Hazim sambil meronta-ronta untuk
melepaskan diri dari di pegang oleh Tengku Farish dan Zaquan. Tak beberapa
minit, Ryu Hazim rebah pengsan. Kalam kabut Tengku Farish dan Zaquan memasukkan
Ryu Hazim yang pengsan ke dalam kereta Zaquan.
“ Quan, bawa Hazim ke rumah saya” ujar Tengku
Farish membuat Zaquan mengangguk dan mengikori kereta Tengku Farish. Tengku
Fahim dan Tengku Aina simpati melihat Ryu Hazim yang tak sedarkan diri di bilik
tetamu bila mengenangkan apa yang berlaku pada keluarga Puan Sri Maria.
Zaquan terus menghubungi mama dan papanya
untuk memberitahu apa yang berlaku. Datok Moktar , Datin Rosma, Zaquan Hakimi
dan Syakila bergegas ke rumah Tengku Fahim. Kedatangan Datok Moktar sekeluarga
di sambut oleh keluarga Tengku Fahim.
“ Macam mana ini boleh berlaku?” soal Datok
Moktar setelah melihat anak saudaranya terbaring pengsan.
“ Tak tahu Datok. Saya pun tak sangka ini
boleh berlaku” jawab Tengku Fahim yang risau dengan keadaan Ryu Hazim.
“ Mama, papa, Tengku, Hazim.... dia....
dia...”
“ Dia apa” Datok Moktar tak sabar dengan
jawapan Zaquan.
“ Dia demam panas.” Ujar Zaquan membuat Tengku
Farish, Tengku Adyana Erika, Datok Moktar, Tengku Fahim, Syakila, Zaquan Hakimi
menuju ke bilik Ryu Hazim tidur.
“ Yela abang. Hazim demam ini” ujar Datin
Rosma kepada Datok Moktar selepas merasai dahi Ryu Hazim panas. Datok Moktar
mengeluh kerana dia tahu kalau Ryu Hazim demam, 3 minggu dia tidak sedarkan
diri.
“ Kalau macam itu, kita kena menguruskan
jenazah Maria dan Helmi tanpa ada Hazim macam ini.” Ujar Datok Moktar membuat Tengku
Fahim dan Tengku Farish terdiam.
“ Kenapa tak tunggu Hazim sedar baru uruskan
pengebumian” sampuk Tengku Adyana Erika sambil menangis kerana tak tahan
melihat keadaan tunangnya.
“ Tak dapat sayang. Kita kena uruskan juga.
Hendak tunggu Hazim lama. Paling kurang 3 minggu baru demamnya kebah. Kimi dan
Quan tolong papa uruskan jenazah Helmi dan Aunty kamu” terang Datok Moktar
membuat Tengku Adyana Erika memandang Ryu Hazim sayu.
“ Kalau macam itu, biar Farish tolong sekali”
sampuk Tengku Farish membuat Datok Moktar mengangguk.
Selepas selesai pengebumian Puan Sri Maria dan
Ryu Helmi, mereka pulang ke rumah banglo milik Tengku Farish. Selepas tiga
minggu, Ryu Hazim sedar dan melihat Datok Moktar, Datin Rosma, Syakila, Zaquan,
Zaquan Hakimi, Tengku Fahim, Tengku Adyana Erika dan Tengku Farish berada di
sekelilingnya.
“ Uncle, mama” ujar Ryu Hazim yang terus
bangun tetapi di tahan oleh Datok Moktar.
“ Sabar. Uncle hendak Hazim sabar” pujuk Datok
Moktar yang sedih melihat keadaan anak saudaranya.
“ Tak. Uncle, Aunty cakap semua ini bohong.
Mama ada lagikan” rayu Ryu Hazim sambil menangis. Datok Moktar dan Datin Rosma
berpandangan. Datin Rosma dan Tengku Adyana Erika tak tahan terus jatuh air
matanya melihat keadaan Ryu Hazim.
“ Hazim. Uncle hendak kamu sabar”
“ Tak... tak,.... mama ada lagi. Uncle bohong
kan” jerit Ryu Hazim macam kena histeria. Zaquan dan Zaquan Hakimi memegang Ryu
Hazim kerana takut Ryu Hazim berbuat apa-apa yang memudaratkan dirinya. “ Lepas
Quan, Kimi. Korang bohongkan mama dan abang tak ada” ronta Ryu Hazim.
Ryu Hazim dapat melepaskan dirinya tetapi
kepalanya yang pening terus tersungkur di dalam bilik itu tetapi sempat ditahan
Tengku Farish yang berhampiran dengannya. Tengku Aina dan Datin Rosma menangis
melihat keadaan Ryu Hazim begini. Tengku Adyana Erika tak tahan terus memeluk
tunangnya untuk memberi semangat. Ryu Hazim menangis teresak-esak dibahu Tengku
Adyana Erika.
“ Papa macam mana ini?” soal Zaquan Hakimi
yang merisaukan Ryu Hazim.
“ Papa pun tak tahu Kimi. Dengan keadaan Hazim
macam ini, demamnya belum kebah lagi. Papa risau melihat Ryu Hazim belum pernah
dia deman sepanjang ini” luahan Datok Moktar. Kepala Ryu Hazim berasa berat dan
terus pengsan dalam pelukan Tengku Adyana Erika. Tengku Farish mengangkat Ryu
Hazim dan letak di atas katil.
“ Ma...ma” nyigau Ryu Hazim.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.