Friday, July 20, 2012

Dack Coklat ( bab akhir)


“ Hazim siap cepat. Kita akan bertolak balik England” ujar Azza membuat Ryu Hazim menoleh. Berkerut dahinya memandang mamanya.
“ Pergilah siap. Jangan sampai mama bertukar jadi Hulk. Bahaya kalau mama mengamuk” ujar Danny perlahan apabila melihat adiknya tidak bergerak. Dengan malas dia bergerak ke biliknya dan menyiapkan apa yang patut.
Ryu Hazim memakai sweater hitam dan baju t-shirt sukan Adidas berwarna biru muda didalamnya dipadankan dengan seluar denim berwarna hitam dan sneaker putih hitam jenama All Star berserta cermin mata hitam di matanya sambil mengendung beg putih kesayangannya. Bagasi polonya di letak berhampiran bagasi mama dan abangnya lalu di angkat masuki kereta.
Danny dan Azza melihat Ryu Hazim bergaya walaupun cara pemakaiannya ringkas dan simple. Dengan rambut ala-ala cina membuat Ryu Hazim lagi bertambah kacak.
“ Ai hensem kau dik” puji Danny yang terpegun melihat adiknya tanpa berkelip. Dia pun taklah sekacak adiknya.
“ Muka kamu sebiji macam papa kamu. Dulu pun cara pemakaian papa kamu pun macam ini. Simple tetapi menarik” ujar Azza yang tak dapat melupakan bekas suaminya.
“ Ish mama ini. Dah Hazim anak papa. Mestilah ikut mama. Abang pun ada juga ikut papa walaupun banyak ikut mama.” Saut Ryu Hazim sambil ketawa dan mengeyitkan matanya kepada abangnya.
“ Letak saja beg kamu tu. Nanti mereka bawa” kata-kata Danny membuat  dahi Ryu Hazim berkerut.
“ Beg ini” tunjuk beg yang di gendungnya. Anggukan Danny membuat Ryu Hazim muncung. “ Boleh blah. Biar Hazim bawa sendiri. Beg kesayangan orang hendak suruh orang lain bawa. Kirim salam sajalah” bebel Ryu Hazim yang sensitif kalau berkaitan dengan beg putihnya.
Azza mengeleng-geleng kepalanya mendengar anaknya membebel. ‘ apa yang penting sangat beg itu sampai tak benarkan orang lain bawa’ bisik hati Azza. Ryu Hazim terus bergerak masuk kereta bersama beg kesayangannya. Azza dan Danny mengikuti jejak Ryu Hazim. Danny melihat adiknya memeluk erat beg putihnya. Entah apa dalamnya.
Perjalanan 14 jam itu memenatkan Ryu Hazim yang tidak biasa berada di dalam pesawat lama-lama lainlah Danny dan Azza sudah biasa kerana mereka selalu outstation. Sampai di destinasi membuat Ryu Hazim keluar dan mengeliat. Kelakuan Ryu Hazim membuat Danny ketawa. Pembantu-pembantu rumahnya dan pengawal peribadinya yang lain memandang Ryu Hazim dengan pelik. Selama ini, mana ada jejaka lain di istana ini selain Putera Mahkota.
“ Penat” teguh Danny membuat Ryu Hazim mengangguk. Bulat matanya memandang rumah di hadapannya.
“ Ini apa?” tanya Ryu Hazim membuat Danny memandangnya pelik.
“ Rumah la. Kau ingat apa. Mimpi apa?” jawab Danny sambil ketawa. Mamanya sudah bergerak masuk meninggalkan anak-anaknya di luar. Separuh pembantunya menunggu tuan puteranya bergerak masuk dalam.
“ Aku tahu la rumah. Ini kau kata rumah. Ini muzium ngekk” kata-kata Ryu Hazim membuat pembantu-pembantu mengangkat muka. Selama ini mana ada orang lain cakap macam itu dengan putera mahkota cuma pemuda dihadapannya saja yang berani cakap macam itu. “ Gilalah. Besar gila. Berapa hektar hah!!! Rumah papa pun tak besar macam ini” bebel Ryu Hazim terkejut.
“ Standart Putera dan pemaisuri tinggal”
“ Kepala otak kau standart. Ini mencekik aku lagi adalah. Dahlah aku nak balik Malaysia. Kalau aku duduk lama-lama dekat sini, tak nak mampus pula. Kaya sangat. Kang kena tangkap musuh nyaya” Danny ketawa mendengar percakapan adiknya.
“ Hazim. What’s wrong. Tak salahkan kau tinggal dengan aku dan mama. Dah lama mama mahu kau duduk dengan dia. Tak salahkan. Apa-apa pun kau adik aku Hazim. Itu kenyataan.” Ryu Hazim mencebik sambil mengaju kata-kata abangnya. Danny mengetap bibir melihat kelakuan adiknya. Mana tak geram.
Pembantu-pembantu sudah tercengang melihat Ryu Hazim. Paling mengejutkan pemuda dihadapannya merupakan adik kepada Putera Mahkota.
“ Sudahlah. Aku nak balik Malaysia. Sini bukan tempat aku. Mampus aku tinggal dekat rumah ini” tunjuk Ryu Hazim.
“ Mampus.??? Maksud kau? Sudah 21 tahun aku duduk tak ada mampus pun” tanya Danny sengaja meng’blur’kan dirinya membuat Ryu Hazim mengetap bibirnya. Bukan dia tak tahu maksud Ryu Hazim.
“ Eh bengong. Aku yang mampus la. Kau lain lah. Cuma kau bayangkan, selama ini aku hidup bebas alih-alih terkurung dalam rumah bapa besar ini. Wei ini bukan Ryu Hazim la.”
“ Relex sudah. Bukannya kau tak boleh keluar pun. Bolehlah Hazim. Cuma perlu ditemani oleh pengawallah untuk menjamin keselamatan kau”
“ Itu aku taknak. Tersekat siot kebebasan aku. Ish kusut kepala otak aku layan kau Danny. Dah cepatlah masuk. Hendak jadi patung cendana apa dekat depan. Kang aku jalan dulu, tak pasal-pasal sesat. Dahlah besar gila rumah ini” bebel Ryu Hazim membuat Danny tersengih. Dia mengikuti adiknya masuk dan menepuk bahu adiknya.
“ Relex sudah. Ini kunci kereta. Kalau kau nak keluar, guna kereta aku”
“ Ini aku sayang aku abang” cium Ryu Hazim sambil ketawa dan berlari ke hadapan.
“ Ain, kamu tolong tunjukkan Hazim sekeliling ya” arah Danny.
“ Baik Tuan Putera” Ain meminta diri untuk menunjuk Ryu Hazim sekeliling rumah.
Ryu Hazim mengambil kesempatan berjalan mengeliling kota England dengan menggunakan kereta abangnya. Bukan dia tak pernah jejak kota tersebut. Setahun berlalu, Ryu Hazim membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Mereka menjamu sarapan pagi bersama sebelum mamanya melaksanakan tanggungjawab sebagai queen.
“ Mama... Hazim ingat mahu pulang Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh arwah papa dan mama. Boleh tak mama?” tanya Ryu Hazim perlahan dan lembut. Dalam hati dia berdoa supaya mamanya membenarkannya pulang ke Malaysia., Azza memandang Ryu Hazim tajam membuat Ryu Hazim tunduk menanti kebenaran mamanya.
Danny berasa bersalah melihat adiknya begitu.
“ Biarlah mama dia pulang. Lagipun Syarikat papakan perlukan adik.” Sokong Danny. Pembantu-pembantu rumahnya diam sambil mendengar perbualan majikannya. Azza mendengus mendengar kata-kata anaknya.
“ Yela mama benarkan. Tapi dengan syarat” Ryu Hazim gembira mamanya membenarkan dirinya pulang ke Malaysia terus mengangguk syarat mamanya. “ Kamu perlu melaksanakan majlis perkahwinan kamu dekat sini dan setiap tahun kamu perlu balik sini”
“ Baik bossss. “Ryu Hazim mengangkap tangannya lagak sarjan mendengar arahan. Danny ketawa melihat gelagat adiknya.
“ Suka kau dapat pulang”
“ Eh mestilah. Dapat tengok muka buah hati aku. Siapa tak suka” jelih lidah Ryu Hazim kepada abangnya.
“ Bila kamu hendak bawa Ika jumpa mama?” soal Azza memandang anak bongsunya.
“ Insyallah masa terdekat nie. Nanti Hazim bawa Ika datang sini. Ok mama” pujuk Ryu Hazim sambil memeluk mamanya dari belakang. Azza mengangguk mengiakan kata-kata mamanya. Tiba-tiba Iphone milik Ryu Hazim berbunyi dan tertera nama peguamnya.
“ Yes En. Alif “
“ Tuan Muda, ada problem. Saya harap tuan muda boleh selesaikan. Cuma tuan muda boleh selesaikan senggeta ini. Perebutan kuasa pengarah” kata-kata Alif membuat Ryu Hazim menelan liurnya.
“ What perebutan kuasa. Maksud you.??? Kan i pemilik hak kuasa dan syarikat itu.”
“ Semua ini berlaku selepas tuan muda setahun tidak kembali ke Malaysia”
“ Shittt...!!! siapa dalangnya. Alif i arahkan you tempah tiket fly i  hari ini juga. I balik sekarang juga and i hendak you siasat siapa dalang semua ini. Tahulah i ajar orang yang mahu merampas syarikat papa i” marah Ryu Hazim lalu mematikan panggilan tersebut terus mendail number milik Zaquan.
“ Hello Quan. Petang nanti tunggu aku dekat KLIA. Aku akan pulang. Selama kau dekat syarikat? Siapa tak puas hati nie hah????”
“ Ini kerja Datok Iskandar yang sudah lama teringin jawatan papa kau”
“ Shitt.. maksud kau Datok gatal tu. What the hell. Apa hak dia sesuka hati hendak rampas syarikat Shinwa. Kepala otak dialah. Aku hendak kau terus terang dengan aku macam mana keadaan syarikat. And you tolong kemaskan bagasi saya” ujar Ryu Hazim kepada pembantu membuat Zaquan terperanjat. “ Aku bukannya cakap dengan kaulah. Jangan perasan boleh. Macam mana Syarikat?”
“ Selama ini ok tetapi sejak kebelakangan ini, bangunan yang syarikat bina semua retak. Macam guna bahan tak berkualiti”
“ What!!!!!!!!!! Siapa yang uruskan pengeluran barang. Aku sudah keluarkan cekkan untuk membeli barang yang berkualiti. What the fuck.... dua juta ringgit aku peruntukkan untuk beli barang ke mana beb. Cakap dekat aku sekarang.” Tengking Ryu Hazim. Sememangnya dia mengamuk kalau kena mengena dengan syarikat.
“ Kau jangan marah aku. Bukannya aku pengurus pengeluaranlah. Yang beli bahan-bahan itu semua diuruskan oleh Datok Iskandar” Ryu Hazim mengeluh mendengar masalah bertimbul sejak dia tiada.
“ Adui. Datok tu ker yang pegang. Mampus. Aku hendak kau cari bahan bukti hasil pembelian sebelum aku sampai Malaysia. Tak ada bahan bukti itu, mati korang aku kerjakan. Kau faham Zaquan. Aku tak peduli kau sepupu aku. Kau faham. Selama kau kerja dalam syarikat aku, tiada istilah sepupu. Jangan dengan kau sekali aku bantai. Kau cari bukti tu semua sekarang...” tengking Ryu Hazim membuat Azza dan Danny terdiam.
“ Mama. Sorry Hazim perlu balik sekarang. Syarikat ada problem.” Azza mengangguk membenarkan anaknya pulang.
“ Hati-hati sayang” peluk Azza. Ryu Hazim hilang dari pandangan memasuki balai perlepasan.

“ Mila, you cari bahan bukti pembelian Datok Iskandar sebelum petang. Bos akan balik petang ini. Dia mengamuk dengar syarikat problem.” Arah Zaquan cuak. Dia sendiri cuak dengan amukan sepupunya. Sepupunya kalau mengamuk memang macam Hulk. “ Kamu semua tolong mila cari resit pembelian barang oleh Datok Iskandar. Bantu Mila kalau korang tak nak kena habuan Hazim”
Semua orang tolong Mila mencari bukti-bukti kesalahan Datok Iskandar termasuk Zaquan sekali. Mereka tahu kalau Ryu Hazim mengamuk, alamatnya semua pekerja kena. Semua staf sibuk melaksanakan arahan Zaquan beri tadi. Setelah selesai mencari akhirnya mereka jumpa bahan-bahan bukti.
“ Mila, you simpan bukti ini. I kena jemput Hazim dekat Airport. Suruh semua pengurus dan ahli pelembagaan syarikat tunggu di bilik mesyurat.” Mila mengangguk sambil melaksanakan arahan bosnya. Seorang demi seorang di telefonnya untuk berkumpul di dewan mesyurat sekarang termasuk En. Alif.
Mata Zaquan melilau mencari bayangan Ryu Hazim yang masih belum keluar dari balai perlepasan. Mata Zaquan tidak lepas memandang sepupunya yang sudah berubah 100%. Sekarang Ryu Hazim yang baru, bukannya Ryu Hazim yang lama memakai pakaian simple. Di hadapannya Ryu Hazim yang bergaya serta tubuh badannya yang gagah dan perwatakan seperti orang dewasa. Ryu Hazim terus masuk kedalam kereta selepas dia memasukkan bagasinya di bonet milik kereta Zaquan. Zaquan yang ingin memeluknya terbantut melihat muka cuka Ryu Hazim.
Dia tahu Ryu Hazim sedang mengamuk dengan kejadian syarikat. siapa tak marah kalau ada orang yang ingin merampas harta milik keluarganya. Zaquan tahu Ryu Hazim sekarang bukannya calang-calang orangnya.
Ryu Hazim dengan gayanya memasuki syarikat Shinwa dengan gaya sendiri berserta cermin mata hitam masih terlekat di mukanya. Semua staf menunduk hormat kepada majikannya. Mereka berpandangan melihat susuk tubuh Ryu Hazim dengan keadaan tidak berubah. Bosnya sekarang bukannya seorang yang boleh diperlekehkan. Sekarang dia seorang yang matang dan tegas.
Dia menolak pintu syarikat dengan kasar membuat semua ahli perlembagaan dan stafnya yang lain terkejut dengan kemunculan dia. Zaquan yang berjalan di belakang Ryu Hazim mengambil tempat sebelum Ryu Hazim duduk di kerusi pengarah. Ada sesetengah ahli perlembagaan tidak senang dengan kemunculan Ryu Hazim secara tiba-tiba. Ryu Hazim memandang sinis sambil tersenyum sumbing.
“ Kenapa terkejut. Tak sangka saya balik dan memusnahkan harapan ahli-ahli yang lain untuk mengambil alih syarikat ini” perli Ryu Hazim. Dengan berketeria dia bermesyurat serta mematikan kesalahan Datok Iskandar. Semua bukti-bukti yang ada, dia menyaman Datok Iskandar serta menarik balik saham yang di miliki oleh Datok Iskandar. Datok Iskandar tidak dapat berbuat apa-apa kerana semua bukti di tangan Ryu Hazim. Dia juga perlu membayar denda kepada syarikat Shinwa kerana mengkhinat syarikat.
Akhirnya mesyurat berakhir dan Ryu Hazim berbaring lesu di tempatnya. Pihak polis sudah mengambil tindakan untuk menahan Datok Iskandar.
“ Zim...” teguh Zaquan membuat mata Ryu Hazim terbuka dan tersenyum kearah sepupunya. Ryu Hazim memeluk sepupunya yang sudah setahun mereka tidak berjumpa. “ Sudah berubah kau ya selepas setahun tidak berjumpa” mereka ketawa bersama sambil berpelukan.
“ Aku biasa saja. En. Alif mulai hari ini, saya akan menguruskan Syarikat ini. Terima kasih selama setahun ini En. Alif menjaga syarikat ini semasa ketiadaan saya.”
“ Itu sudah menjadi tugas saya untuk menjaga kebajikan syarikat. Kalau tak ada apa-apa arahan, saya pulang office dahulu. Kalau ada apa-apa lagi, call saya” Ryu Hazim mengangguk mengiakan kata-kata Alif selaku peguamnya.
“ Wei aku hendak pulanglah. Aku penatlah. Hendak rehatkan diri” ujar Ryu Hazim dihadapan staf-staf yang lain. Mereka memerhatikan majikannya dengan mata tidak berkelip. Dalam sekelip mata majikannya bertukar watak.
“ Aku sudah hubungi Pak Mat ambil kau dekat pejabat. Dia ada dekat bawah. Kau hendak pulang rumah papa aku or Villa Teratai?” soal Zaquan.
“ Rumah Uncle lah. Lagipun Villa tu tak ada siapa duduk. Seram aku hendak duduk rumah itu seorang diri. Lagipun Mak Minah ada jaga rumah itu” Ryu Hazim beredar dari situ. Zaquan memerhatikan Ryu Hazim sampai hilang bayangan apabila Ryu Hazim memasuki lif. “ See you at Home”
Ryu Hazim tertidur selepas sampai banglo milik bapa saudaranya. Ryu Hazim  sampai ketika  Datok Moktar, Datin Rosma, Zaquan Hakimi dan Syakila tiada di rumah.
“ Assalammualaikum” ujar Ryu Hazim setelah melihat Datin Rosma dan Datok Moktar duduk di ruang tamu. Ryu Hazim tersenyum melihat bapa dan mak saudaranya terpaku melihatnya.
“ Hazim!!!!!! Kamu sudah pulang nak” ujar Datin Rosma sambil memeluk anak saudaranya. Jeritan Datin Rosma menarik perhatian Zaquan Hakimi dan Syakila yang ketika itu berada di bilik. Zaquan Hakimi terus memeluk sepupunya yang kini sudah berubah menjadi matang.
Mereka berbual-bual sehingga Zaquan pulang. “ SO apa plan kau sekarang” tanya Zaquan Hakimi. Dalam diam dia memerhatikan Ryu Hazim sudah banyak berubah dan menjadi matang.
“ Entah. Aku ingat hendak stabilkan syarikat dahulu. Selepas itu, aku hendak jumpa Ika” Datin Rosma dan Datok Moktar tersenyum mendengar jawapan Ryu Hazim.

Tengku Adyana Erika sedang termenung di laman melihat ada sebuah kereta masuk ke halaman rumahnya. Selalunya Zaquan akan datang untuk memberitahu khabar Ryu Hazim yang selama ini belum pulang. Dia amat merindui buah hatinya. Air matanya sudah kering untuk dia menangis.
“ Quan, macam mana keadaan Hazim, dia tak nak pulang ker?” tanya Tengku Adyana Erika yang membelakangkan Ryu Hazim. Tengku Adyana Erika ingat Zaquan yang datang untuk menyampaikan khabar Ryu Hazim.
“ Ika.....” ujar Ryu Hazim membuat Tengku Adyana Erika pusing 360o darjah selepas dia mengecam suara.
“ Hazim!!!!!” jerit Tengku Adyana Erika sambil berlari memeluk Ryu Hazim yang tersenyum melihatnya di sisi kereta barunya swiff. Ryu Hazim juga membalas pelukan Tengku Adyana Erika. Tengku Adyana Erika menangis kerana akhirnya Ryu Hazim pulang. “ Kenapa lambat sangat balik” Tengku Adyana Erika teresak-esak merindui buah hatinya.
Jeritan Tengku Adyana Erika menarik perhatian Tengku Farish, Tengku Aina dan Tengku Fahim. Mereka tersenyum akhirnya Ryu Hazim mahu pulang seperti yang di janjikan. Senang hati mereka apabila Ryu Hazim pulang. Kalau tidak anaknya Tengku Adyana Erika akan sentiasa termenung mengenangkan buah hatinya. Mereka masuk dan Ryu Hazim menyalami tangan mertuanya.
“ Sihat?” tanya Tengku Fahim.
“ Sihat papa. Papa Hazim datang membawa hajat untuk memperisterikan Ika sebagai isteri Hazim. Harap papa terima” ujar Ryu Hazim menyampaikan hajatnya sebenar.
“ Siapa kata tak boleh sayang. Sudah lama papa dan mama menunggu Hazim pulang. Papa setuju” ujar Tengku Fahim gembira dengan keputusan Ryu Hazim. Tengku Adyana Erika tersenyum gembira akhirnya buah hatinya melamar dirinya menjadi isteri. Ryu Hazim memandang Tengku Adyana Erika dengan perasaan tak belah bagi kerana dia sememangnya menyintai Tengku Adyana Erika.


Majlis perkahwinan Ryu Hazim bersama tunangnya berakhir dengan lancar. Ryu Hazim dan Tengku Adyana Erika tinggal di rumah banglo Tengku Fahim sebelum Ryu Hazim berhasrat keluar dari rumah itu untuk duduk di rumah arwah mama dan papanya
Mereka dikurniakan anak kembar lelaki bernama Iman Fakrulsy dan Iman Farhan. Semasa Iman Farhan dan Iman Fakrulsy berumur tiga tahun, mereka dikurniakan anak kembar lagi. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang bernama  Iman Syafiq dan Adyana Syafinaz dan hidup bahagia selama-lamanya.



ini semua adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan orang yang hidup dan mati. hope korang enjoy dengan baca novel ini. remember ini adalah REKAAN~ terima kasih kerana membaca novel ini walaupun mempunyai banyak bab yang ada.. hehehhee thankssss~

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.